Ahad, 24 Oktober 2021

Atlet remaja perempuan maut dipenggal

 MAHJABIN dilaporkan dipenggal Taliban.

MAHJABIN dilaporkan dipenggal Taliban.

Kabul: Atlet bola tampar pasukan remaja perempuan Afghanistan, Mahjabin Hakimi didakwa maut dipenggal pejuang Taliban, awal bulan ini.

Imej mengerikan leher atlet itu yang terputus tular di media sosial Afghanistan.

Seorang daripada jurulatihnya dalam satu wawancara bersama Persian Independent mendedahkan keluarga mangsa terpaksa merahsiakan kematian remaja itu yang dibunuh awal Oktober lalu akibat diugut Taliban.

Menurut jurulatih yang hanya mahu dikenali sebagai Suraya Afzali, semua pemain lain berada dalam risiko.

MAHJABIN
MAHJABIN

Katanya, ia kerana hanya hanya dua daripada rakan pasukan Mahjabin termasuk dalam puluhan atlet wanita yang berjaya melarikan diri dari Afghanistansejak Taliban menguasai kembali negara itu pada Ogos lalu.

"Semua pemain dalam pasukan bola tampar dan seluruh atlet wanita dalam situasi teruk, putus asa dan ketakutan.

"Setiap orang terpaksa melarikan diri dan tinggal di tempat yang tidak diketahui," katanya seperti dipetik New York Post.

Namun, laporan lain menyebut insiden itu berlaku lebih awal dengan bukti kematian yang menunjukkan remaja itu dibunuh pada 13 Ogos pada hari terakhir, sebelum Taliban berjaya menguasai Kabul.

Bagaimanapun, Pusat Kewartawanan Penyiasatan Payk berkata, sumbernya mengesahkan, Mahjabin dipercayai 'dipenggal' Taliban di Kabul.

Sehingga kini, kerajaan masih belum memberikan sebarang kenyataan.

Sementara itu, Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa (FIVB) memberitahu Inside The Games, pihaknya mengambil maklum laporan pembunuhan atlet terbabit dan sedang mendapatkan pengesahan segera isu terbabit.

"Buat masa ini tiada lagi kenyataan akan dikeluarkan demi keselamatan dan kesejahteraan seluruh komuniti bola tampar yang menjadi kebimbangan utama kami," katanya.

Mahjabin antara pemain terbaik dalam Kelab Bola Tampar Perbandaran Kabul.

-myMetro

Related Posts:

  • Jom kenali siapa Taliban di AfghanistanSelepas 20 tahun, Taliban kembali menguasai Afghanistan dengan menawan Kabul. Presiden Ashraf Ghani meletak jawatan dan melarikan diri. Benda ini dah dijangka apabila Joe Biden mengumumkan pengunduran tentera US pada Mei… Read More
  • Atlet remaja perempuan maut dipenggal MAHJABIN dilaporkan dipenggal Taliban.Kabul: Atlet bola tampar pasukan remaja perempuan Afghanistan, Mahjabin Hakimi didakwa maut dipenggal pejuang Taliban, awal bulan ini.Imej mengerikan leher atlet itu yang terputus t… Read More
  • Taliban warisi sumber mineral RM4.24 trilion Kanak-kanak Afghanistan. FOTO AFPParis: Taliban kini memegang kunci kepada sumber mineral yang belum diterokai dianggarkan bernilai AS$1 trilion (RM4.24 trilion) yang dapat memberi peralihan dunia ke tenaga boleh diperb… Read More
  • Taliban salahkan AS punca huru-hara di KabulSeorang lelaki menolak warga emas yang tiba di sempadan Pakistan-Afghanistan di Chaman. - FOTO AFPKabul: Taliban menyalahkan Amerika Syarikat (AS) atas kejadian huru-hara yang berlaku di lapangan terbang Kabul.AS memberi amar… Read More

0 comments:

Catat Ulasan