"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Penemuan Baru. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Penemuan Baru. Papar semua catatan

Selasa, 28 Disember 2021

Benua kelapan ditemui? Saiznya dianggarkan enam kali ganda Madagascar diberi nama Zealandia

 Benua kelapan ditemui? Saiznya dianggarkan enam kali ganda Madagascar

Pasukan saintis amat yakin untuk memberitahu seluruh dunia bahawa tanggapan bahawa hanya terdapat tujuh benua adalah salah. - Gambar hiasan/www.wallpaperflare.com
SEKUMPULAN pakar geologi mencuri perhatian tajuk berita dunia apabila mereka mengumumkan penemuan Zealandia pada tahun 2017.
Benua itu dianggarkan seluas 4.9 juta kilometer per segi yang secara perbandingannya bersaiz enam kali ganda Madagascar, lapor BBC.
Meskipun ensiklopedia, peta dan enjin carian dunia masih teguh menyatakan bahawa hanya ada tujuh benua selama ini, pasukan itu amat yakin untuk memberitahu seluruh dunia bahawa tanggapan itu salah.
Penemuan terbaharu itu memecahkan rekod sebagai benua kelapan dan yang terkecil dan termuda di dunia.
Hamparan benua Zealandia yang berada 'di bawah' dan di sekeliling New Zealand.
Hamparan benua Zealandia yang berada 'di bawah' dan di sekeliling New Zealand.

Zealandia tersembunyi di bawah New Zealand dan diliputi Lautan Pasifik di sekelilingnya. Penenggelaman ‘benua’ itu berlaku sekitar 23 juta tahun lalu.
Hari ini, New Zealand adalah bahagian terbesar Zealandia yang berada di atas permukaan laut, diikuti New Caledonia.
Memandangkan 94 peratus Zealandia ditenggelami dan berada bawah permukaan air, penentuan usia benua itu dan usaha pemetaannya begitu sukar.
Penyelidikan terbaru mencadangkan bahawa Zealandia adalah berusia 1 bilion tahun, kira-kira dua kali ganda daripada yang dianggarkan pakar geologi pada awalnya.
Tempoh 375 tahun berlalu sebelum saintis menemui benua kelapan itu, yang selama ini terselindung ‘di bawah’ sebuah negara pulau.
Begitupun, misteri kewujudannya masih belum terbongkar sepenuhnya.
-Astro Awani