"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Analisis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Analisis. Papar semua catatan

Khamis, 23 Julai 2026

Bila Jutawan Siber Cuba Membeli Kedaulatan: Dari Forest City Ke Honduras, Dan Kini Melarikan Diri Ke Kazakhstan

 "Bila Jutawan Siber Cuba Membeli Kedaulatan: Dari Forest City Ke Honduras, Dan Kini Melarikan Diri Ke Kazakhstan"

Beberapa tahun lalu, pemandangan Forest City pada waktu malam menimbulkan satu perasaan yang sukar diterangkan.

Menara kediaman sudah memenuhi kaki langit, jalan raya terbentang cantik, tetapi banyak jendelanya kekal gelap gelita kerana jumlah manusia yang menghuni kawasan itu tidak setanding dengan kepesatan bangunannya.

Media antarabangsa tanpa belas kasihan melabelkan projek serantau itu sebagai "bandar hantu".

Walaupun kerajaan Malaysia dan Johor bertungkus-lumus menaik taraf kawasan itu menjadi Zon Kewangan Khas (SFZ) dan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), sebuah bandar tidak akan hidup hanya kerana konkritnya sudah siap.

Ia memerlukan komuniti manusia yang keluar masuk dan bernafas di dalamnya.

Ketika kerajaan sedang berhempas-pulas mencari pelabur untuk memenuhi ruang tersebut, muncul seorang pelabur teknologi Amerika Syarikat bernama Balaji Srinivasan.

Bekas Ketua Pegawai Teknologi syarikat "Coinbase" ini tidak datang membawa pelan pembinaan kilang. Dia datang membawa sebuah gagasan digital yang dinamakan "Network School".

Pada penghujung tahun 2024, kumpulan pertama seramai kira-kira 150 orang peserta mula berkumpul di Forest City.

Mereka bukan pelajar universiti konvensional, tetapi terdiri daripada jurutera, pekerja jarak jauh, pencipta kandungan dan pengembara digital yang mengamalkan budaya "learn, burn, earn and fun".

Pertemuan ini pada awalnya kelihatan seperti takdir yang sempurna; Forest City ada ruang fizikal yang melambak, manakala Network School ada komuniti elit antarabangsa yang sudi berbelanja.

Kehadiran mereka mula memberi nafas baharu kepada peniaga setempat.

Balaji turut mendabik dada mendakwa komunitinya telah menyuntik pelaburan lebih RM100 juta di Johor.

Cerita ini sepatutnya menjadi sebuah kisah kejayaan pemulihan ekonomi, sehinggalah satu dakwaan liar di media sosial mengubah segalanya dalam masa beberapa hari.

Tular desas-desus mendakwa wujudnya warga Isbiol yang menyelusup masuk ke dalam kem Network School menggunakan pasport negara kedua.

Isu ini amat sensitif memandangkan Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan rejim tersebut.

Kerajaan bertindak pantas. Perdana Menteri dan Menteri Besar Johor mengarahkan siasatan bersepadu dijalankan.

Jabatan Imigresen menyerbu dan memeriksa 266 warga asing dari 40 buah negara di komuniti tersebut.

Hasilnya, kesemua mereka disahkan memiliki dokumen perjalanan yang sah dan tiada sebarang bukti fizikal kewujudan warga Isbiol ditemui.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) pula mengesahkan premis itu bukanlah sebuah institusi pendidikan berdaftar, sebaliknya hanya ruang kerja bersama (coworking space).

Jika kisahnya terhenti di sini, Balaji memang mempunyai perisai yang kebal untuk berlagak menjadi mangsa keadaan.

Malah, berang dengan serbuan tersebut, Balaji melepaskan satu amaran terbuka.

Dia mengumumkan penangguhan serta-merta perluasan fasilitinya yang kononnya bernilai RM500 juta, sehinggalah organisasinya mendapat "jaminan bertulis" daripada Pejabat Perdana Menteri bahawa insiden serbuan tidak akan berulang.

Ugutannya jelas; jika Malaysia menolak, organisasinya sedia untuk mengalihkan modal ke negara lain.

Namun, keangkuhan pelabur elit ini akhirnya memakan diri.

Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) mendedahkan satu penipuan operasi yang amat memalukan.

Rupa-rupanya, Network School beroperasi di dua premis; satu mempunyai lesen pejabat yang sah tetapi disalah guna menjadi bilik darjah tanpa kelulusan perancang bandar, manakala sebuah lagi premis beroperasi secara haram seratus peratus tanpa sebarang lesen MBIP!

Papan tanda iklan mereka juga dinaikkan secara haram.

MBIP tidak membuang masa dan terus mengeluarkan notis penutupan.

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail (TMJ) turut mencemar duli menyatakan pendirian tegas bahawa Johor tidak akan sesekali berkompromi terhadap sebarang pelanggaran undang-undang, walau sehebat mana pun nilai pelaburan yang dijanjikan.

Ternyata, pasport sah di sisi Imigresen tidak menjadikan anda kebal daripada mematuhi undang-undang lesen PBT.

Kalau kedai runcit mak cik di kampung boleh disita kerana beroperasi tanpa lesen, tidak ada sebab mengapa sebuah komuniti jutawan teknologi dunia perlu diberi layanan istimewa.

Untuk memahami mengapa kumpulan pelabur elit ini berani bertindak seolah-olah mereka berada di atas undang-undang tempatan, kita wajib membedah siapa sebenarnya Balaji dan apa ideologi politik yang dibawanya.

Balaji memegang ijazah sarjana muda, sarjana, dan doktor falsafah dalam Kejuruteraan Elektrik dari Universiti Stanford.

Sebelum mendominasi dunia mata wang kripto, dia adalah pengasas syarikat genetik yang dibeli dengan nilai AS$405.9 juta, dan pernah bergelar rakan kongsi di "Andreessen Horowitz", firma modal teroka paling berkuasa di Silicon Valley.

Tetapi ancaman sebenar Balaji terletak pada gagasan pemikirannya. Dia adalah penulis buku "The Network State: How to Start a New Country".

Melalui buku ini, Balaji mempromosikan kepercayaan ekstrem bahawa masyarakat masa depan tidak lagi perlu bermula dengan sempadan tanah dan bendera tradisional.

Dia mengajar bagaimana sekumpulan elit teknologi boleh berkumpul di alam siber, membina ekonomi digital, mengutip yuran keahlian, dan apabila kekayaan mereka menggunung, mereka akan datang "membeli" atau memajak wilayah fizikal di pelbagai negara dunia ketiga sebelum menuntut pengiktirafan autonomi secara diplomatik.

Dalam erti kata lain, Network School di Forest City ini bukanlah sekadar ruang kerja biasa.

Ia adalah "makmal percubaan" awal untuk menguji sama ada komuniti siber ini mampu membentuk sebuah negara hibrid di atas tanah negara orang lain.

Jika tidak diawasi, impian negara siber ini akan bertukar menjadi kolonialisme korporat moden.

Golongan elit ini bebas bergerak dengan jet peribadi menikmati zon tanpa cukai, manakala rakyat tempatan sekadar menjadi kelas pekerja bawahan atau buruh murah yang terpaksa menanggung kesan kenaikan harga hartanah.

Sebuah negara berdaulat tidak boleh berfungsi seperti syarikat aplikasi yang bebas "membuang" warganegara yang miskin atau kurang bijak.

Benda gila yang cuba dicetuskan di Johor ini bukanlah sekadar angan-angan kosong. Ia sudah pun terjadi dan sedang memusnahkan negara Honduras di Amerika Tengah.

Di Pulau Roatan, Honduras, wujud sebuah projek bernama Prospera.

Ia bermula apabila pentadbiran kerajaan Honduras yang terdesak mencari pelabur asing telah meluluskan akta Zon Pekerjaan dan Pembangunan Ekonomi (ZEDE).

Melalui akta ini, pihak Prospera yang beribu pejabat di Delaware, Amerika Syarikat, telah diberikan kuasa autonomi yang teramat melampau.

Di atas tanah Prospera, mereka bebas menggunakan sistem perundangan sendiri, merangka peraturan cukai komersial, malah menjadi syurga kepada syarikat bioteknologi Barat untuk menjalankan eksperimen klinikal yang belum diluluskan secara sah.

Ia beroperasi ibarat sebuah kerajaan kecil swasta di dalam perut negara Honduras.

Penduduk nelayan miskin di perkampungan bersebelahan hidup dalam ketakutan, bimbang tanah warisan mereka akan ditelan oleh perluasan sempadan entiti korporat ini pada masa hadapan.

Apabila Presiden baharu Honduras, Xiomara Castro naik memegang kuasa dan Mahkamah Agung Honduras membatalkan kerangka undang-undang ZEDE tersebut kerana ia mencabuli perlembagaan kedaulatan negara, pihak pelabur asing Prospera mengamuk sakan.

Mereka pantas mengheret kerajaan Honduras ke tribunal timbang tara antarabangsa (ICSID) di bawah Bank Dunia.

Pihak Prospera dengan angkuh menuntut kerajaan Honduras untuk memulihkan kembali hak autonomi pentadbiran mereka, atau berdepan denda pampasan kewangan sekitar AS$1.63 bilion!

Inilah amaran geopolitik yang paling keras buat negara kita.

Kes Honduras membuktikan bahawa apabila sesebuah kerajaan terlalu terdesak melutut menagih pelaburan asing, garisan pemisah antara "pelabur hartanah" dengan "perampas kedaulatan negara" akan menjadi sangat kabur dan memakan diri.

Menyedari bahawa ketegasan undang-undang Johor tidak boleh digugat dengan ugutan pelaburan "bayangan" bernilai RM500 juta, Balaji akhirnya memilih jalan yang paling sinonim dengan budaya kapitalis; angkat kaki dan lari mencari tuan rumah yang baharu.

Selang beberapa jam sahaja selepas Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) mengumumkan penutupan operasi Network School di Johor, Balaji bersama Kementerian AI dan Digital Kazakhstan telah mengumumkan sebuah memorandum persefahaman (MoU) untuk membuka kampus baharu Network School di negara Asia Tengah tersebut.

Dari sudut logik operasi, pilihan Balaji ini sangat bertepatan dengan masalah yang dihadapinya. Kazakhstan, walaupun 70 peratus penduduknya beragama Islam, mengamalkan sistem pemerintahan yang sangat sekular.

Paling utama, Kazakhstan mempunyai hubungan diplomatik dan perdagangan yang amat intim dengan rejim Isbiol sejak awal 1990-an, malah bertindak membekalkan sekitar 20 hingga 25 peratus keperluan minyak mentah kepada rejim tersebut.

Kazakhstan bukanlah anggota perjanjian "Abraham Accords", namun keakraban sedia ada mereka dengan rejim Tololviv sudah cukup untuk menyelesaikan dilema terbesar Balaji.

Di Kazakhstan, dia tidak perlu lagi pening kepala memikirkan isu sekatan imigresen atau sentimen penolakan awam sekiranya ada pemegang pasport Isbiol yang mahu menyertai kampus kayangannya itu.

Cuma perpindahan mengejut ini meninggalkan satu sindiran yang agak ironi.

Mengapa Balaji tidak memilih tanah tumpah darahnya sendiri di India, sebuah negara yang sering dipromosikannya sebagai kondusif dan merupakan penyumbang demografi terbesar kepada komuniti Network School?

Dan yang paling melucukan, pasukannya kini terpaksa memerah otak memikirkan skrip pemasaran yang baharu.

Mereka tidak lagi boleh memancing pelabur teknologi dengan slogan eksotik "sebuah pulau bersebelahan Singapura".

Mungkin kali ini mereka terpaksa menggunakan tarikan keindahan cuaca ekstrem di pergunungan Kazakhstan.

Biar apapun lokasi yang mereka pilih selepas ini, pengajaran buat kita sangat jelas.

Malaysia dan Johor sememangnya amat mengalu-alukan kemasukan syarikat pelabur digital, modal teroka dan jurutera untuk memakmurkan fasiliti tempatan.

Tetapi pelaburan tidak pernah dan tidak akan sesekali diiktiraf sebagai "lesen besar" untuk menekan kerajaan supaya mengabaikan kedaulatan undang-undang perniagaan mahupun imigresen.

Sebelum seorang jutawan mahu bercita-cita membina sebuah "negara masa depan" tanpa sempadan, dia masih perlu membuktikan bahawa dia mampu patuh untuk mendaftar lesen premis majlis perbandaran di atas tanah yang dia sedang pijak.

Bercakap fasal pelabur korporat yang cuba mendominasi dasar sesebuah negara melalui lubang pelaburan ekonomi ini, sebenarnya banyak lagi aturan kehidupan kita yang dikawal oleh tangan ghaib kewangan tanpa kita sedar.

Kalau anda nak faham secara mendalam bagaimana sistem ekonomi dunia dan manipulasi pasaran ini digerakkan di belakang tabir secara senyap, anda wajib membaca naskhah "Undercover Economist" tulisan Tim Harford.

Ia membongkar rahsia besar tentang bagaimana setiap keputusan harian dan dasar sesebuah negara itu sangat dipengaruhi oleh hukum ekonomi kapitalis yang disembunyikan.

Source 

Isnin, 23 Disember 2024

Ada kes pada 2018 dibuat ‘tergesa-gesa’, dicemari ‘racun, permusuhan’-Anwar Ibrahim

 Ada kes pada 2018 dibuat ‘tergesa-gesa’, dicemari ‘racun, permusuhan’

Anwar Ibrahim menyifatkan beberapa pendakwaan berprofil tinggi pada 2018 dilakukan secara “tergesa-gesa” dan dicemari oleh “racun dan permusuhan.”

“Anda juga perlu tahu pada masa itu, pendakwaan dilakukan dengan tergesa-gesa, (dengan) racun, permusuhan dan dendam politik oleh pihak yang berkuasa ketika itu, sehingga banyak pendakwaan ada kelemahan,” katanya.

Sumber:

Ada kes pada 2018 dibuat ‘tergesa-gesa’, dicemari ‘racun, permusuhan’ - PM

 https://m.malaysiakini.com/news/729593

APA MAKSUDNYA?

Hanya satu kes sahaja dari #AnyamanFITNAH yang dirancang rapi, selebihnya pintu2 neraka sengaja dibuka seluas2nya dengan fitnah2 kezaliman dalam konpirasi fitnah yang tersusun rapi ini. 

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

تُعْرَضُ الْفِتَنُ عَلَى الْقُلُوبِ كَالْحَصِيرِ عُودًا عُودًا

Fitnah-fitnah akan mendatangi hati bagaikan anyaman tikar yang tersusun seutas demi seutas”. 

(HR.Muslim no 144)

Hanya satu kes sahaja dari #AnyamanFITNAH yang dirancang rapi, selebihnya, peranan anjing2 yang menegakkan keadilan diperlukan untuk menghukum. Dalam hal ini, Hakim Maimun sendiri termengaku tugasnya by hook or by crook menghukum Ds. Najib Razak selesai. Selanjutnya;

https://www.facebook.com/100044597012590/posts/727370198759541/?mibextid=Nif5oz

Bertepatan dengan Hadis AkhirZaman.

Dari Anas Ra, Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wassalam bersabda: "Akan terjadi di suatu zaman atas umatku di mana para penguasa mereka seperti Singa, dan menteri-menterinya seperti Serigala, dan Hakim (para penegak Hukumnya) seperti Anjing, serta rakyatnya seperti Domba/Kambing. Bagaimana mereka para domba [para rakyat] boleh hidup diantara kerumunan para Singa, Serigala dan Anjing?"

(HR. Ad-Dzahabi)

Hanya satu kes sahaja dari #AnyamanFITNAH yang dirancang rapi, selebihnya dibuat ‘tergesa-gesa’, dicemari ‘racun, permusuhan’ antaranya;

1. Kes Ds. Zahid Hamidi.

Kes ini sepatutnya tidak perlu bersusah payah membazir waktu melantik pendakwa menggeledah mencari salah dengan memanggil saksi2 sekadar membuktikan YAYASAN adalah KEBAJIKAN untuk dirinya, agamanya, bangsanya. Bukannya pertubuhan NGO atau Parti branded Islam yang menjana keuntungan.

Tapi pintu2 neraka yang sengaja dibuka seluas2nya oleh DAP, Mahathir, Anwar, Muhyiddin dll dibantu oleh para #AgamaWang itu sendiri yang turut berjemaah menghasut agar kita semua membantu dalam konpirasi kezaliman ini. 

Akhirnya? Mahkamah Rayuan memutuskan untuk melepaskan dan membebaskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atas 40 pertuduhan menerima rasuah daripada Syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) berhubung Sistem VLN. 

Selanjutnya; 

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1145480740281816&id=100044597012590&mibextid=Nif5oz

2. Kes Ds. Rosmah Mansor.

Dalam kes ini unik. Pendakwa tak berpuas hati Ds. Rosmah gagal dianiaya dizalimi. 

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1149016869928203&id=100044597012590&mibextid=Nif5oz

Pihak pendakwaan akan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang melepaskan dan membebaskan Datin Seri Rosmah Mansor daripada 12 tuduhan pengubahan wang haram dan lima kes gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Pendakwaan akan rayu keputusan bebas Rosmah 

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pendakwaan-akan-rayu-keputusan-bebas-rosmah-501298

3. Kes TH Ds. Azeez Rahim.

Sia2 jutaan melayu termasuk agamawan berjemaah berjemaah bersama kafir DAP, Mahathir, Anwar, Muhyiddin dll memfitnah mencaci sebagai bekalan mati konon wang Tabung Haji dirompak dicuri.

Akhirnya! Azeez Rahim lepas bebas kes rasuah, pengubahan wang haram. Selanjutnya;

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=704732587689969&id=100044597012590&mibextid=Nif5oz

Tiada satu pun pertuduhan yang digembar gemburkan selama ini ada kaitannya dengan penyelewengan dan rasuah Tabung Haji. https://m.facebook.com/kang.nasir/photos/a.1606109259445236/3931547773568028/?type=3&source=54&ref=bookmarks

Kesudahannya?

Elok2 Hibah TH setiap tahun tak kurang dari 4% tapi demi redha DAP mereka mahu kita redha dan bersyukur hibah 2018 1.5%.

Akibatnya, Yang dikejar dosa berantai, yang dikendong anjing yang gonggong. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=615959669900595&id=100044597012590

4. Kes Cukai LHDN Yana Najib.

Dalam kongsian Noryana dipautan ini. 

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=808750443608306&id=100034200728835&mibextid=Nif5oz

LHDN telah secara rasmi menarik balik rayuan berhubung saman mereka terhadap saya. 

Kes ini sama seperti kes cukai mengarut RM1.7b bapYana Najibjuan utama kerajaan Pakatan Harapan ketika itu adalah untuk menganiaya keluarga kami dengan menggunakan LHDN walaupun ia melanggar undang-undang dan peraturan, menyalahgunakan klausa “bayar dulu, bincang kemudian.”

Ianya tidak pernah dan tidak akan masuk akal. 

Majoriti warganet mengalu2kan agar Yana Najib buat saman kembali pada LHDN. 

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=656472255849336&id=100044597012590

5. Banyak lagi kes2 berprofil tinggi pada 2018 yang dilakukan secara “tergesa-gesa” dan dicemari oleh “racun dan permusuhan.”

Kesudahannya! Hingga sekarang tiada siapapun #AgamaWang #PakLebai #PakWahab yang berjemaah membantu DAP, Mahathir, Muhyiddin, Anwar dll menutup pintu2 Neraka yang dibuka seluas2nya dalam konpirasi fitnah dan kezaliman ini. 

Hadith Riwayat Ibnu Majah

 عَنْ حُذَيْفَةَ بْنِ الْيَمَانِ قَالَ:قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَكُونُ فِتَنٌ عَلَى أَبْوَابِهَا دُعَاةٌ إِلَى النَّارِ فَأَنْ تَمُوتَ وَأَنْتَ عَاضٌّ عَلَى جِذْلِ شَجَرَةٍ خَيْرٌ لَكَ مِنْ أَنْ تَتْبَعَ أَحَدًا مِنْهُم.رواه ابن ماجه. 

Dari Hudzaifah bin Al-Yaman dia berkata: bersabda Rasulullah saw: "akan muncul fitnah dan di atas pintu-pintunya ada para penyeru yang mengajak manusia ke neraka, jika engkau mati dalam keadaan menggigit batang pohon , akan lebih baik bagimu daripada mengikuti salah seorang dari mereka."

(HR. Ibnu Majah)

#IslamJalanPenyelesaian

@ Kang Nasir 

21hb. Dec 2024

#BebaskanNajibRazak💪🏻 #TeamNajibRazak #DemiNajib #WeStandBYyou #BajibRazak #MalaysiaBeKang Nasir🇲Nasir

-Kang Nasir

Isnin, 28 November 2022

PH ‘tunggang’ istilah Kerajaan Perpaduan?

 

Anwar jumpa sesiapa dia tawar TPM.. maybe calon bebas pun dapat offer TPM jika sokong PH SEMUA DI TAWAR TPM

1. PH ‘tunggang’ istilah Kerajaan Perpaduan

KERAJAAN Perpaduan

Kerajaan Perpaduan (Unity Government) merupakan sebuah kerajaan yang terdiri daripada semua parti politik. Semua parti, sama ada sebelum ini menjadi kerajaan ataupun pembangkang, akan digabungkan dalam satu kapal. Dalam hal ini, blok pembangkang tidak akan wujud. Bagi memudahkan lagi kefahaman, kita letakkan dua syarat bagi membentuk Kerajaan Perpaduan iaitu:

1. Semua parti politik perlu bergabung dan berada dalam satu tingkatan yang sama bagi membentuk sebuah kerajaan.

2. Tiada Pembangkang.

Sekiranya kita meneliti sejarah tanah air, Malaysia sebenarnya belum lagi mempunyai sejarah membentuk Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan. Jadi, tiada contoh yang boleh dirujuk bagi memperjelas bagaimanakah bentuk Kerajaan Perpaduan dalam konteks Persekutuan Malaysia. 

Namun pada 2009, cadangan Kerajaan Perpaduan pernah diutarakan oleh Presiden PAS agar dibentuk Kerajaan Perpaduan antara Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) yang pada masa tersebut dipimpin oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi. 

Cadangan Kerajaan Perpaduan ini mengambil model yang sama dengan Kerajaan Perpaduan Indonesia semasa pentadbiran mantan Presiden Indonesia iaitu B.J. Habibie. Model Kerajaan Perpaduan ini berteraskan kepada kerajaan tanpa pembangkang. 

Satu contoh yang boleh dilihat di peringkat negeri iaitu pasca pembentukan Kerajaan PERIKATAN NASIONAL pada 2020 di peringkat Persekutuan. Kelantan menukarkan model kerajaannya daripada Kerajaan Majoriti yang menjadi kebiasaan kepada kerajaan tanpa pembangkang. Ini juga boleh kita namakan sebagai Kerajaan Perpaduan.

Kerajaan Campuran

Berbeza pula dengan Kerajaan Campuran (Coalition @ Grand Coalition Government). Kerajaan Campuran pula ialah kerajaan hasil daripada gabungan beberapa parti sahaja dalam membentuk kerajaan. Pada masa ini, parti yang tidak menjadi kerajaan akan menjadi pembangkang.

Sebagai contoh, kerajaan yang dibentuk pada tahun 1971 dahulu iaitu selepas pengisytiharan Darurat akibat insiden 13 Mei 1969. Pada masa ini, kerajaan dibentuk yang dipimpin oleh Tun Haji Abdul Razak Dato’ Hussien merupakan Kerajaan Campuran antara PERIKATAN dan PAS. Manakala parti lain seperti DAP dan Gerakan (sebelum tahun 1973), mereka menjadi pembangkang.

Sama juga keadaannya pada 2020. Rejim Pakatan Harapan (PH) telah tumbang sebaik sahaja Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatannya dan yang mengisinya ialah Kerajaan Campuran antara PAS, BN dan BERSATU. PH pada ketika ini, merupakan pembangkang yang menjadi semak imbang kepada kerajaan semasa.

Kerajaan pasca PRU ke-15

Melihat kepada apa yang dibincangkan, adalah tidak tepat sekiranya kerajaan yang dibentuk pasca PRU ke-15 ini merupakan Kerajaan Perpaduan kerajaan syarat bagi perpaduan itu tidak dipenuhi. PERIKATAN NASIONAL jelas menyatakan hasratnya bahawa akan terus menjadi pembangkang selaku semak imbang kepada kerajaan semasa. Maka, di manakah model perpaduannya? Terma tepat yang patut digunakan ialah Kerajaan Campuran sepertimana yang berlaku pada tahun 1971 dan 2020. 

Penggunaan terma ‘Kerajaan Perpaduan tanpa PERIKATAN NASIONAL’ oleh Pakatan Harapan ini juga bukan merupakan satu konotasi yang betul. Kita andaikan seperti ini. Kita ingin makan roti canai telur, tanpa telur. Soalan cepu emasnya ialah, adakah itu roti canai telur ataupun roti canai biasa?

Sama juga dengan Kerajaan Perpaduan dan Kerajaan Campuran. Kerajaan Perpaduan, perlu kepada ketiadaan pembangkang. Sekiranya ada pembangkang, nama dia Kerajaan Campuran. Jadi, bagaimanakah boleh keluar istilah ‘Kerajaan Perpaduan tanpa PERIKATAN NASIONAL’ sedangkan syarat asas pun tidak dipenuhi?

Jadi, saranan kepada semua yang menunggang perkataan ‘Kerajaan Perpaduan’ agar tidak lagi mengabur mata dan memeningkan masyarakat dengan penggunaan terma yang tidak tepat seperti ini. Apa salahnya sekiranya kita kata kerajaan semasa ini merupakan Kerajaan Campuran PH dan BN? Bukankah ini lebih tepat dan benar?

DZAFIR FIRDAUS
Sejahtera Research Group – HARAKAHDAILY 28/11/2022

Khamis, 16 September 2021

Bolasepak:Analisis Liga Super Malaysia sepanjang musim 2021

 


Berakhir sudah saingan Liga Super Malaysia 2021. 🇲🇾 👋

🏆 Johor Darul Ta'zim (ACL)

2️⃣ Kedah Darul Aman FC (AFC Cup)

3️⃣ Penang FC 

4️⃣ Terengganu FC 

⚽ Top Scorers - 26 Gol

🇧🇭 Ifedayo Omosuyi (Selangor FC)

🅰️ Top Assists - 10 Assists

🇨🇮 Tchetche Kipre (Kedah Darul Aman FC)

🧤 Clean Sheet - 13 Clean Sheet

🇲🇾 Farizal Marlias (JDT)

Sebanyak 357 gol terhasil di Liga Super musim ini:

➡️ 125 gol dari pemain tempatan  

➡️ 222 gol dari pemain import

➡️ 10 gol sendiri (8 pemain tempatan / 2 pemain import)

⚽ Gol terbanyak liga - JDT (50 Gol)

🥅 Bolos sedikit liga - JDT (9 Bolos)

⚽ Gol sedikit liga - PJ City FC & UiTM FC (16 Gol)

🥅 Bolos terbanyak liga - Perak FC (45 Bolos)

Pemain yang berjaya melakar hattrick musim ini (8 hattrick)

🇧🇭 Ifedayo Omosuyi (Selangor FC) vs Perak FC, Kedah Darul Aman FC & Sabah FC

🇧🇷 Bergson (JDT) vs Perak FC & Sri Pahang FC

🇧🇷 Paulo Josue (KL City FC) vs Penang FC

🇧🇷 Rafael Vitor (Penang FC) vs Perak FC

🇬🇭 Nana Poku (Perak FC) vs Penang FC

Pasukan paling banyak menerima sepakan penalti musim ini:

🥅 JDT (8 Penalti, 6 Gol, 2 Miss)

Kemenangan terbesar di Home:

🏘️ Sri Pahang FC 5-0 UiTM FC

🏘️ Terengganu FC 5-0 Perak FC

🏘️ JDT 5-0 Perak FC

Kemenangan terbesar di Away:

✈️ Sabah FC 0-6 Selangor FC

Pemain paling muda membuat penampilan musim ini:

🧒 Zikri Khalili (Selangor FC) vs Sri Pahang FC (18 tahun 8 bulan 9 hari)

Pemain paling muda menjaringkan gol musim ini:

🧒 Arif Aiman (JDT) vs UiTM FC (18 tahun 10 bulan 9 hari)

Pemain paling berusia menjaringkan gol musim ini: 

👴 Shukor Adan (KL City FC) vs UiTM FC (41 tahun 7 bulan 14 hari)

Pasukan paling banyak mengutip kad kuning: 

🟨 Perak FC (57 Kad Kuning)

Pasukan paling banyak mengutip kad merah:

🟥 Kedah Darul Aman FC (3 Kad Merah)

🟥 Selangor FC (3 Kad Merah)

🟥 Penang FC (3 Kad Merah)

Gol terpantas musim ini:

🇧🇷 Rafael Vitor (Penang FC) vs Perak FC (9 saat)

Gol paling banyak dalam satu perlawanan:

🆚 Perak FC 3-5 Penang FC (8 Gol)

🔼 Dinaikkan pangkat ke Liga Super 2022

🔵 Sarawak United 

🔴 Negeri Sembilan FC 

🔽 Diturunkan pangkat ke Liga Premier 2022

💛 Perak FC

🎓 UiTM FC

Sumber:Fb Perkembangan Bolasepak Tempatan Dan Antarabangsa

Ahad, 22 Ogos 2021

ISMAIL SABRI GAGAL DALAM PERUTUSAN KHAS SULUNGNYA, SEPATUTNYA CUKUP DALAM BENTUK PDF SAJA


Mendengar perutusan khas sulung Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob petang tadi dan kemudian meneliti semula teks ucapan bellau, saya sehingga kini masih lagi tercari-cari apa yang menarik atau barangkali ada sesuatu yang ummphhh yang cuba disampaikannya.

Sebagai Perdana Menteri yang memang diragui oleh kebanyakan orang sejak awal lantaran tidak memiliki “PM material” dalam perwatakan dan pengucapannya, kemunculan dalam perutusan khas julung kali ini sepatutnya dimanfaat dengan sebaik-baiknya.

Walaupun cuba menggambarkan dirinya seorang yang rajin bekerja kerana memulakan tugas dan menyampaikan perutusan khas pada hari Ahad, sedang barangkali beliau hanya mula mengetip punch kad pertama sebelum memasuki pejabat pada Isnin esok hari, namun disebabkan kemunculan pertama ini tiada isi yang menarik, tiada yang baru dan sekadar biasa-biasa saja, penilaian rakyat terhadapnya tetap di tahap meragukan.

Dalam kata lebih mudah, Ismail Sabri sebenarnya gagal dalam kemunculan pertama melalui perutusan khas ini.

Mengajak semua pihak bersatu dan bergerak ke hadapan, memperkenalkan konsep Keluarga Malaysia, menawarkan pembangkang menyertai Majlis Pemulihan Negara serta Jawatankuasa Khas Menangani Covid19, bercerita panjang lebar mengenai usaha kerajaan menangani wabak tersebut, bertekad bekerja bersama rakyat dan sebagainya, selain semuanya tiada yang luar biasa, ia juga pada hakikatnya langsung tidak mampu memberi keyakinan dan harapan baru kepada sesiapa yang mendengarnya.

Sekadar mengatakan memahami derita rakyat yang susah, dibuang kerja dan hilang pendapatan, disertai dengan asal usul dirinya yang berasal daripada keluarga susah, tetapi tanpa perincian yang lebih khusus tentang fokus dan perancangannya untuk memulihkan ekonomi, semuanya tidak lebih seperti kempen pilihanraya di pentas tepi bendang saja.

Lagi pun, janji-janji sebegitu sudah biasa kita dengar sejak puluhan tahun dulu lagi.

 Semua pemimpin menjanjikan bekerja untuk rakyat, termasuk Mahiaddin dulu dengan ayat yang lebih sedap – kerajaan ini mungkin bukan pilihan rakyat, tetapi inilah kerajaan yang diperlukan rakyat – tapi akhirnya semua janjinya kosong belaka di mana setelah berbuih mulut pelbagai pihak menuntut itu dan ini, yang ditunaikan beliau hanya sekelumit saja.

Sebagai bekas TPM era kerajaan gagal sebelum ini, Ismail Sabri sepatutnya tahu apa yang benar-benar diperlukan rakyat dalam suasana pandemik ini, bukan mengulang perkara-perkara biasa dan janji yang kabur sifatnya.

Jika benar beliau ingin memperkenalkan konsep Keluarga Malaysia dan ingin menyelesaikan kegawatan politik yang ada, beliau sepatutnya berani mengajak semua parti untuk bersamanya membentuk kerajaan perpaduan perpaduan yang inklusif.

Sekadar mempelawa pembangkang menyertai Majlis Pemulihan Negara dan berada dalam Jawatankuasa Khas Menangani Covid19 tidak memadai dan tidak mampu membuahkan suasana politik yang aman dan nyaman buat negara sebagaimana dikehendaki Agong.

Penyelesaian untuk politik aman dan nyaman sehingga PRU15 akan datang hanya mungkin dapat dicapai dengan mengajak semua parti bergabung dalam sebuah kerajaan perpaduan agar semua pihak dapat menggembleng tenaga secara bersama menyelesaikan masalah dalam negara.

Lagi pun dengan membentuk kerajaan tipis hanya dengan 114 sokongan, sama seperti Mahiaddin sebelum ini, bersama pula watak beliau yang kemampuannya lebih diragui berbanding PM8, menawarkan kedudukan kepada pembangkang dalam sebuah jawatankuasa semata-mata bukanlah penyelesaiannya.

Mahiaddin sebelum ini pun mempelawa pembangkang menyertai Jawatankuasa Khas Bebas Darurat yang dipengeruskkan bekas Ketua Hakim, Ariffin Zakaria, lihatlah akhirnya apa jadi kepada peranan mereka?

Dijanjikan pada awalnya jawatankuasa tersebutlah yang akan menasihati Agong berkenaan bila darurat mahu ditamatkan, malangnya selain penamatan darurat tidak mengambil kira pandangan jawatankuasa itu, kedudukan Agong pun dibelakangkan bila kerajaan membuat keputusan mengenainya.

Jadi, apa jaminan pelawaan Ismail Sabri itu hanya seperti pencuci mulut yang nampak sedap dan manis, tapi tidak pun boleh mengenyangkan – sama seperti yang dilakukan Mahiaddin sebelumnya?

Yang paling ketara, di samping tidak memakai tanda nama di dadanya dalam kemunculan pertama ke seluruh negara, Ismail Sabri juga nampaknya tidak arif menyebut nama yang betul parti yang menyokong kuat dan paling awal mengangkatnya sebagai Perdana Menteri.

Tidak harus seorang Perdana Menteri menyebut nama Bersatu sekarang ini dengan sebutan PPBM, sedangkan semua orang tahu sebaik saja PH memenangi PRU14 lalu, nama Bersatu yang diharamkan penggunaannya ketika era Najib Razak dahulu telah pun dibenar menggunakan nama tersebut.

PPBM biasanya hanya menjadi sebutan pihak yang masih mahu memperkecilkan Bersatu seperti lazimnya dilakukan Zahid Hamidi dan Najib dalam posting di laman sosialnya.

Adakah Ismail Sabri secara tersirat juga mahu memperkecilkan Bersatu?

Kesimpulannya, dengan perutusan khas sulungnya yang gagal, tiada yang baharu dan tidak menjanjikan apa-apa harapan, Ismail Sabri tidak sepatutnya tergesa-gesa memunculkan dirinya secara langsung.

Seharusnya banyak kajian, penelitian dan pendapat mereka yang pakar digali terlebih dahulu agar penampilan pertamanya benar-benar ada ummphh serta kelainan.

Kalau sekadar seperti petang tadi, lebih baik dibuat dalam bentuk pdf saja. – ShahbudinHusin 22/08/2021.