"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Ulasan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ulasan. Papar semua catatan

Khamis, 13 Februari 2025

ULASAN | Kerajaan indah khabar dari rupa

 

ULASAN Minggu lepas dua perkara penting berlaku. Pertama keberangkatan Yang di-Pertuan Agong ke luar negara bagi menjalani rawatan mulai 7 Februari 2025. Kedua Mesyuarat Raja-Raja(MRR) Ke-268 di Istana Negara pada 5 dan 6 Februari 2025.

Perlu ditekankan bahawa keberangkatan Yang di-Pertuan Agong ini telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja dan Kerajaan Persekutuan.

Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen berasaskan rule of law dan keluhuran perlembagaan.

Berdasar prinsip ini adalah amat penting untuk kita memperhalusi undang-undang bagi situasi ketika Yang di-Pertuan Agong tidak berada di dalam Persekutuan.

Perkara 33 Perlembagaan Persekutuan menyatakan tugas dan hal fungsi Timbalan Ketua Utama Negara bagi Persekutuan yakni Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Yang jelas adalah apabila Yang di-Pertuan Agong berada di luar Persekutuan selama lebih dari lima belas hari, maka tugas menjalankan fungsi dan menggalas keistimewaan Yang di-Pertuan Agong adalah Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Perkara 33 juga jelas menyatakan ketika Timbalan Yang di-Pertuan Agong boleh juga jika Baginda "is satisfied" (berpuas hati), "it is necessary or expedient” (adalah perlu atau suai manfaat) untuk menjalankan fungsi Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh yang lebih pendek dari 15 hari yang dinayatakan sebelum ini.

Jelas perkara ini penting untuk difahami semua pihak.

Keperluan makin menekan

Malaysia kita sedia maklum mengamalkan sistem kerajaan perlu memaklum serta menasihatkan isu-isu pelbagai kepada Yang di-Pertuan Agong.

Setiap hari Rabu (Jumaat sekiranya Parlimen bersidang), Ketua Eksekutif/Perdana Menteri akan mengadap Yang di-Pertuan Agong untuk memberi ringkasan isu-isu berkaitan pentadbiran, ekonomi, sosial serta perkara-perkara penting.

Keperluan ini akan makin menekan dalam keadaan timbulnya pelbagai isu hari ini. Ekonomi yang tidak menentu, kesan harga barangan yang naik, aliran keluar bersih dana asing dari Bursa Malaysia buat minggu ke-17 berturut-turut, beras putih yang menjadi bualan hangat, isu membabitkan Islam dan orang Melayu, pilihan KWSP untuk menjual saham-saham MAHB pada harga rendah dan membeli balik pada harga tinggi yang membabitkan hampir 16.1 juta pencarum, tender-tender bagi perolehan kerajaan yang didakwa tidak memenuhi tatakelola, tarif elektrik yang didakwa hanya babitkan sektor perindustrian dan mahakaya, selain keadaan rakyat yang masih cuba menahan kesan kenaikan diesel dan pelbagai perkara lagi.
Selain itu, perlu diingatkan bahawa pelbagai pelantikan bagi jawatan-jawatan penting perlu diisi yang mana nasihat perdana menteri dan/atau perundingan Majlis Raja-Raja perlu dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Dalam jangka masa beberapa bulan ini, jawatan-jawatan penting dalam badan kehakiman serta pasukan polis perlu diisi segera. Ia penting agar badan-badan yang bertindak selaku benteng kepada rakyat dapat berfungsi selaras undang-undang.

Tugas kerajaan persekutuan adalah untuk mentadbir secara betul dan menurut lunas undang-undang. Ini termasuk menasihatkan institusi Yang di-Pertuan Agong mengenai fungsi di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Majlis Raja-Raja Melayu juga berhak menerima taklimat dengan maklumat yang sahih dari pihak-pihak yang berkenaan mengenai keadaan negara. Disebabkan itulah apabila Majlis Raja-Raja bersidang, Peguam Negara, Ketua Polis Negara, dan Panglima Angkatan Tentera akan hadir bagi menghuraikan apa sahaja persoalan.

Ia amat penting untuk difahamkan bahawa setiap pihak mempunyai hak di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Ini termasuk rakyat.

Beri gambaran yang betul


Rakyat mesti diperjelaskan mengenai saranan atau teguran atau pemberitahuan dari Majlis Raja-Raja setiap kali adanya persidangan.

Ini adalah untuk memastikan ketelusan dari semua pihak.

Tanpa perkara ini berlaku, mana-mana Kerajaan Persekutuan akan melakukan apa sahaja untuk kelihatan baik, walaupun keadaan sebenarnya tidak sedemikian rupa.

Sehingga kini Istana Negara mahupun Majlis Raja-Raja belum membuat apa-apa pemakluman sama ada isu-isu yang dibangkitkan atau dibincangkan serta dirasai oleh rakyat ini disembah maklum oleh kerajaan persekutuan.

Kerajaan persekutuan pula seharusnya memainkan peranan memberi nasihat dan gambaran yang betul.

Jika tidak, maka kerajaan persekutuan gagal mengurus negara dengan baik dan wajar diberi amaran.

Di media sosial nampaknya kerajaan banyak dikritik. Ini tidak salah kerana lagi sekali undang-undang membenarkannya selagi mana menurut batasan.

Rakyat menanti kerana kerajaan ini, indah khabar dari rupa.

RAFIQUE RASHID merupakan ketua penerangan Pejuang.

-Wak Labu Farm

Rabu, 6 Julai 2022

Najib bersalah, perlu masuk penjara, tahniah Mat Hasan, kata Rafizi

 


ULASAN l Negara dikejutkan dengan laporan-laporan berita hasil satu wawancara di antara Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan dengan dua wartawan Nick Kochan dan Nile Bowie.

Berita yang bertajuk “Umno’s No 2 thinks Najib should go to jail” atau “Pemimpin No. 2 Umno berpendapat Najib perlu ke penjara” itu disiarkan oleh laman berita antarabangsa Asia Times.

Dalam temu ramah itu, Mohamad atau dikenali sebagai Mat Hasan secara jelas menyatakan pendapatnya bahawa bekas Perdana Menteri, Najib Razak adalah bersalah setelah mahkamah membuktikan Najib menyeleweng dana rakyat melalui 1MDB.

“Mahkamah adalah tempat kamu (Najib) boleh buktikan kamu bersalah atau tidak. Dia tidak buktikan dia tidak bersalah. (Malah) Dia tidak dapat buktikan dia tidak bersalah.”

“Setiap orang perlu menanggung kesan perbuatan mereka. Kalau kita (Umno) mahu memberi pengampunan, dia (Najib) perlu melalui proses. Dia (Najib) perlu ke penjara dahulu.”

Mohamad Hasan, Timbalan Presiden Umno

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Mat Hasan kerana masih ada suara-suara berani di dalam Umno yang menyanggah kempen Najib yang cuba memperbodohkan rakyat, terutamanya orang Melayu bahawa dia tidak bersalah.

Walaupun Umno adalah saingan PKR, masa depan negara bergantung kepada parti-parti politik (termasuk Umno) dipimpin oleh mereka yang bersih dari rasuah, cekap mentadbir dan mempunyai wawasan.

Jika pun parti yang menang (pada suatu masa nanti) adalah PKR, negara masih memerlukan barisan pembangkang (seperti Umno) yang cekap dan bersih untuk membawa isu-isu rakyat serta menyemak tindakan kerajaan.

Oleh sebab itu, kempen berterusan Najib yang ingin menyelewengkan fakta yang telah dibentangkan di mahkamah adalah berbahaya kepada Umno dan negara. Apatah lagi apabila sebahagian besar dari rakyat Malaysia percaya bahawa Najib adalah bersalah dan telah menyeleweng dana rakyat melalui 1MDB.

Dalam satu kaji selidik dan laporan kepada organisasi korporat dan perbankan yang melantik syarikat saya untuk memberi pandangan mengenai populariti Najib (dan pimpinan politik lain) dalam tahun 2021, dapatan menunjukkan lebih 80 peratus rakyat Malaysia percaya Najib bersalah (termasuklah dari kalangan orang Melayu dan ahli Umno sendiri).

Negara kita sedang berdepan dengan pelbagai cabaran terutamanya cabaran ekonomi. Rakyat terpaksa berdepan dengan bebanan sara hidup yang lebih tinggi dan kemampuan kerajaan untuk membantu rakyat makin terbatas kerana ruang fiskal yang sempit.

Sebahagian dari punca kebuntuan kewangan kerajaan ini adalah disebabkan bebanan hutang 1MDB yang diwariskan oleh Najib kepada rakyat.

Sebab itu, untuk negara bergerak ke hadapan dan menerima hakikat kita akan terus dibebankan dengan bencana kewangan yang berpunca dari 1MDB, sekurang-kurangnya kita wajar diberi keadilan bermula dengan dalang-dalang utama 1MDB dihukum seadilnya oleh mahkamah.

Walaupun kita tidak akan dapat kembali semua wang yang telah diselewengkan, sekurang-kurangnya rakyat mendapat keadilan apabila dalang-dalang utama 1MDB dihukum.

Dalam konteks itu, keberanian Mat Hasan menyuarakan apa yang terbuku di hati rakyat kebanyakan wajar mendapat pujian dan sokongan semua pihak.


RAFIZI RAMLI adalah timbalan presiden (dipilih) PKR dan bekas ahli parlimen Pandan.

Tulisan ini adalah pendapat peribadinya dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.