"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Info Auto. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info Auto. Papar semua catatan

Isnin, 26 Mei 2025

Info Auto:Rasa dah servis semua benda tapi kereta tetap kuat makan minyak?

 Rasa dah servis semua benda tapi kereta tetap kuat makan minyak?

Oxygen sensor ni duduk dalam ekzos, tapi kerja dia bantu kawal campuran minyak dengan udara. Bila sensor ni jalan elok, enjin pun boleh jalan lancar dan jimat minyak. Tapi kalau sensor ni problem, campuran tu jadi tak betul. Minyak pun jadi banyak terbakar, tapi kuasa tak seberapa.

Sensor ni kecik je tapi dia main peranan besar. Dia bagi signal kat ECU supaya tahu bila nak tambah atau kurang minyak. Kalau bacaan salah, ECU pun bagi arahan salah. Tu yang kereta jadi semput bila tekan atau kuat minum bila bawa jauh.

Satu lagi, sensor ni tolong kawal asap dari ekzos. Bila campuran tak betul, pembakaran pun tak sempurna. Asap pun keluar lebih gelap dan berbau. Lama-lama boleh jadi masalah kat catalytic converter pulak. Tu yang leceh skit kalau abaikan benda ni.

Tanda sensor ni mula problem selalunya senyap-senyap. Minyak cepat habis, enjin lemah skit, lepas tu tiba-tiba lampu check engine menyala. Korang ingat benda besar problem, rupanya sensor je. Tapi sebab tak check awal, makin lama makin teruk.

Sensor ni memang tahan lama, tapi dia terdedah dengan haba kuat dan kotoran dari ekzos. Bila dah lama sangat, dia boleh jadi kurang tepat. Nak senang, check sensor bila buat servis major. Tak mahal sangat pun kalau nak tukar terus.

Kalau korang nak jimat minyak, nak enjin rasa sedap dan kereta kurang keluarkan asap, pastikan oxygen sensor ni dalam keadaan ok. Jangan tunggu dah parah baru nak check. Tukar awal, enjin pun senyum sepanjang jalan.

Source 

Khamis, 24 April 2025

Info Auto:Enjin kereta ni adalah gabungan pelbagai komponen yang bekerjasama untuk memastikan kereta boleh bergerak dengan lancar.

 


Enjin kereta ni adalah gabungan pelbagai komponen yang bekerjasama untuk memastikan kereta boleh bergerak dengan lancar. Setiap komponen dalam enjin memainkan peranan penting, dari pembakaran bahan api hingga pergerakan roda. Berikut adalah penerangan mengenai beberapa komponen utama dalam enjin dan fungsinya:

Rocker Arm Cover

Penutup injap yang melindungi bahagian enjin yang bergerak di bahagian atas dan mencegah kebocoran minyak.

Rocker Cover Gasket

Gasket yang menutup sambungan antara rocker cover dan enjin untuk mengelakkan kebocoran minyak.

Rocker Arm

Mekanisme yang menyampaikan pergerakan dari camshaft ke valve stem untuk mengendalikan injap.

Valve Spring

Spring gegelung yang memastikan injap tertutup apabila tidak digunakan, mengekalkan masa dan tekanan yang tepat.

Cylinder Head

Menutup ruang pembakaran di atas enjin dan mengandungi komponen seperti injap dan palam pencucuh.

Head Gasket

Menyediakan seal antara kepala silinder dan engine block, mencegah campuran minyak dan coolant.

Cylinder

Ruang pembakaran di mana campuran udara dan bahan api dibakar untuk menghasilkan tenaga.

Valves

Mengawal kemasukan udara dan bahan api serta pengeluaran gas ekzos dalam kitaran enjin.

Spark Plug

Mencucuh campuran udara dan bahan api dalam ruang pembakaran untuk memulakan dan mengekalkan operasi enjin.

Cylinder Block (Engine Block)

Struktur utama enjin yang menempatkan silinder, piston, dan crankshaft, memberi asas kepada enjin.

Ignition Distributor

Mendistribusikan elektrik bertekanan tinggi dari koil pencucuh ke setiap palam pencucuh pada masa yang tepat.

Fuel Pump

Memindahkan bahan api dari tangki ke enjin dengan tekanan yang betul untuk aliran yang konsisten.

Piston

Bahagian berbentuk silinder yang bergerak naik turun dalam silinder untuk menukar tenaga pembakaran kepada pergerakan mekanikal.

Timing Cover

Melindungi komponen pemasa seperti tali sawat atau rantai dari kotoran dan serpihan untuk memastikan penyelarasan yang tepat.

Connecting Rod (Con Rod)

Menyambungkan piston kepada crankshaft dan memindahkan pergerakan untuk memutar crankshaft.

Ring Gear

Gear bertanda gigi pada flywheel yang berfungsi dengan motor starter untuk memulakan enjin.

Camshaft

Memutar untuk membuka dan menutup injap enjin pada selang waktu yang tepat, mengawal kitaran masuk dan keluar.

Flywheel

Disk berputar berat yang menyimpan tenaga kinetik, menstabilkan putaran enjin dan membantu kereta mula dengan lancar.

Crankshaft

Menukar pergerakan naik turun piston kepada pergerakan putaran untuk menggerakkan roda.

Crankcase Gasket

Seal yang menghalang kebocoran minyak antara crankcase dan komponen enjin lain.

Distribution Chain (Timing Chain)

Menghubungkan camshaft dan crankshaft untuk memastikan keduanya berputar dengan selaras untuk masa injap yang tepat.

Oil Pump

Mengepam minyak dengan tekanan di seluruh enjin untuk pelinciran, pembersihan, dan penyejukan komponen bergerak.

Oil Pan

Diletakkan di bahagian bawah enjin untuk menyimpan minyak enjin sebelum ia dipam ke seluruh sistem.

Oil Pump Strainer

Penapis mesh yang menghalang kotoran dan serpihan memasuki pam minyak, melindungi enjin dari pencemaran.

Setiap komponen ni berfungsi dengan cara yang saling berkaitan untuk memastikan enjin berjalan lancar dan tahan lama.

Source 

Isnin, 11 November 2024

Tips Auto:Cara jumper kereta yang betul

 Cara jumper kereta yang betul

1. Matikan Enjin

Dalam situasi yang memerlukan anda untuk jumper bateri kereta dengan bantuan kereta ‘penderma’, anda perlu pastikan peralatan dan sistem elektrik kedua-dua kereta seperti lampu hadapan, radio dan sebagainya dimatikan.

2. Parking Dekat

Kemudian, parking kereta ‘penderma’ berdekatan dengan kereta anda. Letakkan kenderaan sedekat yang mungkin supaya kabel jumper kereta boleh dicapai oleh terminal negatif dan positif kedua-dua kereta. Namun begitu, pastikan kedua-dua kereta ini tidak bersentuhan antara satu sama lain. Ia mungkin boleh menyebabkan insiden berbahaya lain yang tidak diingini.

3. Cabut Kunci

Pastikan enjin kedua-dua kereta dimatikan, cabut kunci dan buka bonet hadapan kenderaan anda.

4. Sambung Kabel Jumper Kereta – Klip Positif

Sambungkan klip kabel jumper kereta dengan berhati-hati. Mulakan dengan menyambungkan terminal positif kabel jumper kereta dengan terminal positif bateri kereta ‘penderma’. Terminal positif biasanya mempunyai penutup plastik berwarna merah dengan simbol tambah (+). Selepas itu, sambungkan hujung klip kabel jumper kereta yang lain dengan terminal positif bateri kereta yang rosak.

5. Sambung Kabel Jumper Kereta – Klip Negatif

Kemudian, sambungkan klip kabel jumper kereta berwarna hitam (negatif) pada terminal negatif bateri kereta ‘penderma’. Selepas itu, sambungkan hujung klip kabel jumper kereta yang lain dengan benda logam yang tidak bercat pada kereta yang rosak seperti batang besi bonet hadapan.

6. Hidupkan Enjin

Hidupkan enjin kereta ‘penderma’.

7. Tunggu Sebentar

Tunggu beberapa minit. Kemudian, cuba hidupkan enjin kereta yang rosak. Jika ia masih belum boleh dihidupkan selepas beberapa cubaan, kereta anda mungkin menghadapi masalah lain selain daripada masalah bateri.

8. Biarkan Enjin

Jika enjin kereta anda hidup, biarkan kedua-dua enjin kereta beroperasi selama 5-10 minit.

9. Cabut Kabel Jumper Kereta

Untuk mencabut kabel jumper kereta, anda hanya perlu membuka sambungan kabel mengikut urutan berlawanan. Cabut kabel hitam pada kereta yang rosak, diikuti dengan kabel hitam pada kereta ‘penderma’, kabel merah pada kereta yang rosak dan kabel merah pada kereta ‘penderma’.

Kredit - carsome.my

Atau guna jumper Powerbank bersize kecil ni. X payah tunggu kawan tolong jumper lg lepas ni

👉https://s.shopee.com.my/3ApyvJMeQr

👉https://s.lazada.com.my/s.mpOIc


Follow Page Tips Jaga Kereta

Selasa, 6 Ogos 2024

Geely Galaxy E5 kembar Proton eMas 7 dilancar di China – bermula RM70k, lawan terus untuk BYD Atto3

 


Selepas didedahkan pada Mei lalu, SUV EV Geely Galaxy E5 secara rasminya dilancarkan di pasaran China pada Sabtu, 3 Ogos lalu. Apa yang menarik, pelancaran itu dibuat hanya sehari selepas model kembar yang dibangunkan bersama iaitu Proton eMas 7 (ditulis e.MAS 7) didedahkan di Malaysia pada Jumaat lalu.

Pada pasaran berkenaan Galaxy E5 dijual pada harga bermula 112,800 yuan (RM70k) hingga 148,800 yuan (RM92k), lebih murah berbanding harga anggaran 123,000 yuan (RM76k) hingga 157,000 yuan (RM97k) yang diumumkan Geely sebelum ini. Malah menurut laporan CarNewsChina, pelanggan yang membeli model ini sebelum 1 Oktober, mereka turut ditawarkan dengan diskaun 3,000 yuan (RM1.8k) membolehkan ia dijual pada harga lebih murah bermula 109,800 yuan (RM68k).

Geely Galaxy E5 dan Proton eMas7 dihasilkan dengan dimensi 4,615 mm panjang, 1,901 mm lebar, 1,670 mm tinggi dengan jarak roda 2,750 mm. Jadi SUV ini akan bertanding dalam kelas segmen-C dan di China Galaxy E5 merupakan lawan terus kepada BYD Atto 3 yang hadir dalam saiz dan kelengkapan hampir sama.

Geely Galaxy E5 kembar Proton eMas 7 dilancar di China – bermula RM70k, lawan terus untuk BYD Atto3

Ia merupakan model yang diasaskan dari platform Global Intelligent New Energy Architecture (GEA), atau untuk Proton ia dikenali sebagai platform Global Modular Architecture (GMA). Platform ini juga sebenarnya adalah evolusi yang diasaskan dari Sustainable Experience Architecture (SEA) yang dibangunkan oleh Geely untuk digunakan oleh jenama-jenama dibawah naungannya yang lain.

230 tenaga kerjas dari Proton, membolehkan ia dikenali sebagai model usahasama kedua-dua jenama tersebut.

Oleh itu unit-unit awalan untuk Proton eMas 7 kelak akan diimport sepenuhnya (CBU) dari China terlebih dahulu, dan dengan harga baharu yang diumumkan oleh Geely ini mungkin boleh membayangkan eMas 7 akan dijual pada harga bermula sekitar RM100k untuk permulaan, ia tahap minimum yang ditetapkan oleh kerajaan bagi EV CBU hingga hujung tahun depan.

Selepas ia dihasilkan sebagai model pemasangan tempatan (CKD) kelak, Proton eMas 7 mungkin boleh dijual pada harga bermula bawah RM100k.




Sumber

Ahad, 23 Jun 2024

Cara Tukar Nama Pemilik Kenderaan Tanpa Pergi Ke JPJ (Online)


jpj

Temukan panduan lengkap untuk tukar nama kereta di Malaysia termasuk langkah-langkah tukar hak milik di JPJ, pemeriksaan Puspakom, serta cara tukar nama online melalui MySikap.

Dalam artikel ini, kami berhasrat untuk membawakan panduan terperinci berserta dengan informasi proses tukar nama kenderaan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), termasuk borang yang diperlukan, kaedah tukar nama di JPJ, serta kos tukar nama kereta di Puspakom.

Langkah Tukar Hak Milik Kenderaan di JPJ

Kalau anda berminat untuk menjual kereta lama atau membeli kereta terpakai yang sudah lunas tapi tidak ingin melibatkan perantara dalam proses tukar nama kereta, panduan ini pasti berguna.

Secara umum, proses tukar hak milik kenderaan mestilah dilakukan di JPJ kerana memerlukan pengesahan biometrik.

Langkah-langkah Utama:

  1. Selesaikan Baki Bayaran: Pastikan hutang atau baki pembayaran kereta telah dilunaskan sepenuhnya sebelum memulai proses.
  2. Pemeriksaan Puspakom: Lakukan pemeriksaan kenderaan di Puspakom untuk mengubah nama kereta ke pemilik baru. Anda boleh buat janji temu Puspakom atau memilih servis pemeriksaan bergerak di tempat yang anda pilih. Biaya tukar nama hanya RM30.
  3. Urusan di JPJ: Sama ada anda pemilik asal atau baru, urusan tukar nama di JPJ memerlukan dokumen relevan seperti kad pengenalan dan ROC atau VOC. Isilah Borang JPJ K3 dan lengkapkan proses pengesahan cap jari. Ketahui bahawa, sekiranya proses pengesahan telah dilakukan, roadtax dan insurans akan terbatal secara automatik, jadi pastikan anda memperbaharui kedua-duanya atas nama baru terlebih dahulu.

Cara Tukar Nama Kereta Secara Online:

JPJ kini menyediakan kemudahan untuk tukar nama kereta secara online melalui MySikap bagi mempermudah proses tanpa perlu ke pejabat JPJ:

  1. Daftar Akaun MySikap: Pertama, daftar akaun dengan MySikap jika belum memiliki satu.
  2. Log Masuk dan Ikuti Prosedur: Ikuti prosedur yang diberikan dalam platform untuk pemilik asal dan pemilik baru dengan melengkapkan maklumat yang diperlukan dan membayar sebarang yuran yang berkaitan.

Proses Tukar Nama bagi Kereta Milik Orang Meninggal Dunia:

Prosesnya menjadi lebih rumit jika pemilik asal meninggal dunia tanpa meninggalkan wasiat. Waris boleh mula dengan membuat tuntutan pembahagian harta kecil ke Pejabat Tanah atau Unit Pembahagian Harta Pusaka Kecil. Setelah itu, waris yang terlibat boleh melanjutkan dengan proses pemeriksaan Puspakom dan tukar nama di JPJ dengan menunjukkan dokumen pengesahan yang relevan.

Kos tukar nama kereta di JPJ adalah seperti berikut:

  • Motor: RM30
  • Kereta: RM100
  • Kenderaan perdagangan: RM40
  • Kenderaan off-road: RM100

Penting untuk diingat bahawa waris atau pemohon disarankan untuk hadir sendiri ke JPJ dan menyediakan semua dokumen yang diperlukan untuk memudahkan proses tukar nama.

Credit :Portal Bantuan

Jumaat, 21 Jun 2024

Usia kenderaan lebih 10 tahun? Cek 6 benda ini kalau tak nak ‘sangkut’ tepi jalan

 


Kalau manusia boleh jatuh sakit, begitu juga dengan barang-barang yang mempunyai tempoh hayatnya.

Contohnya,  kereta yang sudah melebihi usia sepuluh tahun pasti akan menghadapi masalah kerosakan di pelbagai bahagian.

Merasa ‘sakit’ hati memang tidak dapat dielakkan apabila perlu mengeluarkan wang yang besar untuk membaiki  kenderaan yang digunakan untuk mencari rezeki.

Bagi pemilik  kereta yang sudah berusia, sensitiviti terhadap setiap ‘rasa yang lain’ pada kenderaan adalah penting untuk mengelakkan perbelanjaan yang tidak dijangka.

Berikut adalah enam perkara penting yang perlu diberi perhatian, seperti yang dikongsikan oleh Fadil Mohd Yusof:

1. Penutup atas radiator

Radiator moden menggunakan plastik sebagai sebahagian daripada komponen. Disyorkan untuk menukar penutup plastik setiap tiga hingga empat tahun. Fadil pernah mengalami pecahnya penutup plastik radiator semasa memandu pada kelajuan 120km/jam, yang berakhir dengan perbaikan besar-besaran pada enjin. Lebih baik mencegah daripada mengubat.

2. Timing belt & belt air-cond

Tukar mengikut panduan pengeluar, biasanya setiap 100,000 km. Walau batas jarak perjalanan belum sampai, namun disarankan untuk menukar jika  kereta sudah hampir sepuluh tahun. Ini untuk mengelakkan kejadian putus belt di tengah jalan yang boleh membawa kos yang tinggi.

3. Minyak power steering & minyak  brek

Tukar setiap lima tahun atau apabila minyak bertukar warna daripada merah kehitaman. Minyak asal adalah kuning cair.

4. Sistem penyejukan udara (air-cond)

Perkhidmatan penuh disyorkan setiap dua atau tiga tahun.

5. Minyak gearbox

Tukar setiap 40,000 hingga 80,000 km atau mengikut panduan pengeluar. Jika tidak mencapai batas jarak, menukar setiap dua atau tiga tahun adalah pilihan terbaik.

6. Ambil perkhidmatan tarik tak terhad ketika memperbaharui insurans

Biasanya hanya memerlukan tambahan sekitar RM100 daripada jumlah insurans asal. Dengan perkhidmatan tarik tak terhad, pemilik  kereta lama tidak perlu risau jika mengalami masalah ketika memandu.

Ini memberikan ketenangan fikiran dan mengelakkan dari perbelanjaan tambahan yang tidak dijangka.

Jika tidak mahu pening kepala, membeli  kereta baru mungkin pilihan terbaik. Semuanya dalam keadaan terbaik dan tidak perlu bimbang tentang kos pembaikan. Hanya perlu fokus pada ansuran bulanan yang tetap.

-NextStep Malaysia