"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label PBAPP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PBAPP. Papar semua catatan

Sabtu, 27 April 2024

Ramai pengguna air Pulau Pinang mengeluh bil mahal

 Ketua Biro Pengaduan Awam Gerakan Pulau Pinang Andrew Ooi memberi kenyataan media mengenai isu kenaikan tariff Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd (PBAPP) pada sidang media di Pejabat Parti Gerakan Negeri Pulau Pinang di sini hari ini. FOTO MIKAIL ONG

Ketua Biro Pengaduan Awam Gerakan Pulau Pinang Andrew Ooi memberi kenyataan media mengenai isu kenaikan tariff Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd (PBAPP) pada sidang media di Pejabat Parti Gerakan Negeri Pulau Pinang di sini hari ini. FOTO MIKAIL ONG

Georgetown: Gerakan Pulau Pinang mendakwa menerima aduan lebih 50 pengguna di negeri itu yang terkejut dengan peningkatan kadar bil bekalan air dengan kebanyakan meningkat lebih 100 peratus sehingga lebih 150 peratus sejak Februari lalu.

Ketua Biro Pengaduan Awam Gerakan Pulau Pinang Andrew Ooi berkata, dia sendiri terkejut apabila mendapati perlu membayar sebanyak RM111.40 bagi jumlah yang dikira dalam tempoh dua bulan iaitu Januari dan Februari lalu berbanding hanya RM6.60 bagi bil November dan Disember 2023.

"Saya hairan kerana hanya tinggal seorang diri di rumah teres di Bayan Baru sejak ibu bapa meninggal dunia. Saya juga hanya memelihara seekor anjing jadi penggunaan air kurang dan bila saya periksa memang tiada sebarang kebocoran.

"Jadi saya buat aduan kepada pihak Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) kerana berasakan kadar itu tidak munasabah. Mujurlah selepas buat aduan, mereka datang periksa dan saya hanya perlu bayar kira-kira RM10 sahaja," katanya ketika sidang media di sini, hari ini.

Ooi mengambil maklum kenaikan bil yang dialami pengguna disebabkan perubahan tarif seperti diumumkan PBAPP sebelum ini namun beliau menyarankan pengguna membuat aduan untuk semakan sekiranya berdepan peningkatan yang dirasakan terlampau tinggi.

Dia turut mendakwa ramai tidak berpuas hati kerana PBAPP masih menggunakan kaedah pengiraan lama dwibulanan selepas kenaikan tarif yang dianggap lebih mahal terpaksa ditanggung pengguna jenis kediaman biasa.

Seorang penguna dari Sungai Nibong Norini Abdul Ghani, 57, berkata, kadar bil yang perlu dijelaskan dalam tempoh 13 Februari hingga 12 April lalu adalah RM97.16 berbanding kira-kira RM20 hingga RM40 sebelum ini.

"Saya tahu ada kenaikan tarif. Tetapi tak sangka sampai semahal ini kerana saya hanya tinggal berdua dengan anak lelaki. Mungkin juga bila musim panas kami kerap mandi, tetapi bagi saya kadar ini agak membebankan," katanya.

Seorang lagi pengguna, Susilawati Sapie, 38, berkata, bil terkini yang diterima mencecah RM119.40 berbanding RM42 sebelum ini selain rumah yang didiami bersama suami dan tiga anak mereka di Sungai Duri, dekat sini kerap mengalami gangguan bekalan selain tekanan air rendah.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas Datuk Azrul Mahathir Aziz berpandangan kenaikan bil sehingga ada mencecah tiga kali ganda agak keterlaluan yang mana ada sebuah rumah jenis kediaman biasa menerima bil mencecah RM200 bagi setiap dua bulan.

"Saya membawa hal ini kepada pihak PBAPP dan kerajaan negeri untuk pertimbangan segera bagi mengkaji semula sistem pembilan dan juga melihat segala sudut kelompongan atau kelemahan yang ada hingga menyusahkan rakyat.

"Saya cadangkan sistem 'band' (jalur penggunaan) dinilai semula dengan kadar relevan kerana peningkatan jumlah penggunaan air selari kadar 'band' yang ditetapkan dilihat membebankan terutama bagi perkampungan Melayu yang masih berkongsi meter atau akaun PBAPP," katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP K Pathmanathan berkata, pihaknya menafikan pengguna membayar lebih untuk perkhidmatan bekalan air kerana perbadanan itu mengeluarkan bayaran secara dwibulanan.

"Bil air dwibulanan PBAPP dikira dengan tepat mengikut peraturan Persekutuan, berdasarkan kepada meter padu sebulan justeru kadar air yang sama dikenakan dalam bil air bulanan dan dwibulanan di Pulau Pinang.

PBAPP mengeluarkan sebahagian bil airnya secara dwibulanan sejak dikorporatkan pada Mac 1999, lebih 25 tahun lalu dan sebab utamanya adalah untuk kecekapan kos," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, kadar air Pulau Pinang dikawal Kerajaan Persekutuan dengan perkhidmatan bekalan air di negeri itu dibilkan berdasarkan peraturan kadar air yang ditetapkan Kerajaan Pusat.

-myMetro