Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine:
Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine
Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.
Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..
90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.
PEMAIN Sepanyol meraikan kejayaan muncul juara Euro 2024 selepas menumbangkan England 2-1. FOTO AFP
Berlin: Sepanyol mencipta kejayaan cemerlang dengan kemenangan 2-1 ke atas England dalam final Euro 2024 yang berlangsung sebentar tadi.
Gol kemenangan pada minit ke-86 oleh pemain gantian Mikel Oyarzabal memastikan Sepanyol meraih gelaran keempat mereka dalam kejohanan berkenaan, satu rekod baru dalam sejarah bola sepak Eropah.
-ADVERTISEMENT-
Ads by
Dalam perlawanan yang sengit ini, Sepanyol berjaya memenangi kesemua tujuh perlawanan yang mereka lalui.
Selepas separuh masa pertama yang penuh berhati-hati di mana Sepanyol menguasai penguasaan bola tetapi hanya mendapat satu percubaan tepat, permainan berubah selepas rehat.
Bintang remaja Lamine Yamal mencipta peluang dengan hantaran ke sebelah kanan, membolehkan Nico Williams menjaringkan gol pertama.
England, yang ketinggalan untuk permainan keempat berturut-turut dalam kejohanan ini, berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-73 melalui gol pemain gantian Cole Palmer.
Namun, Oyarzabal menamatkan harapan England untuk meraih trofi utama antarabangsa pertama mereka dalam tempoh 58 tahun dengan gol kemenangan yang membawa Sepanyol sebagai juara.
Penyerang Sepanyol, Lamine Yamal (tengah) meraikan jaringannya bersama Alvaro Morata (kiri) dan Jesus Navas di Munich Football Arena. - AFP
MUNICH, Jerman: Lamine Yamal, 16, menjadi penjaring termuda kejohanan ketika Sepanyol bangkit menewaskan Perancis 2-1 di Munich sebentar tadi dan mara ke final Euro 2024.
Ketinggalan selepas Randal Kolo Muani menanduk masuk hantaran lintang Kylian Mbappe pada minit kesembilan, Sepanyol menukar perlawanan dalam tempoh empat minit apabila meledak dua gol berdepan pasukan yang hanya melepaskan lima gol setakat ini dalam kejohanan.
Yamal, yang akan berusia 17 tahun sebelum aksi final Ahad ini berdepan Belanda atau England di Berlin, menyamakan kedudukan dengan sepakan padu dari luar kotak penalti mengatasi Mike Maignan di gawang.
"Saya mendapat bola, saya tidak memikirkannya terlalu lama dan hanya membuat sepakan.
"Saya hanya bergembira dalam perlawanan ini dan bangga dapat berada di final," kata Yamal.
Sepanyol kemudiannya mendahului pada minit ke-25 apabila Dani Olmo yang mendapat bola meledak ke gawang selepas terkena Jules Kounde.
Pakar dalam mengawal permainan, Sepanyol memperlahankan rentak sehingga mencipta kemenangan.
Juara tiga kali, Sepanyol menjadi pasukan pertama menang enam aksi pertama pada Euro dan hanya kurang satu aksi untuk memecahkan rekod empat mahkota Eropah.
Gol dijaringkan Yamal, yang juga sudah memiliki tiga bantuan gol di Euro 2024, menjadikan dia penjaring termuda dalam sejarah kejohanan, mengatasi rekod sebelum ini dengan jarak setahun setengah.
Sebelum ini, pemain Switzerland, Johan Vonlanthen, berusia 18, 141 hari ketika bergelar pemain termuda meledak jaringan di Euro 2004. - AFP
Saingan bola sepak eropah,Euro 2024kini semakin menghampiri penghujungnya apabila empat pasukan telah mengesahkan tempat ke peringkat separuh akhir selepas mengatasi lawan masing-masing.
Senarai 4 pasukan yang telah mara ke peringkat separuh akhir:
Sepanyol
Perancis
England
Belanda
Aksi separuh akhir akan bermula dengan perlawanan Sepanyol menentang Perancis pada hari rabu ini, 10 Julai jam 3.00 pagi waktu Malaysia. Kemudian diikuti dengan perlawanan Belanda menentang England pada waktu yang sama keesokan harinya.
Pemenang perlawanan ini akan ke perlawanan akhir yang berlangsung pada 15 Julai 2024 jam 3.00 pagi waktu Malaysia.
Rujuk jadual penuh perlawanan separuh akhir menerusi grafik dibawah.
Pemain Colombia meraikan jaringan yang diledak Miguel Borja ketika menentang Panama dalam aksi suku akhir Copa America 2024. - Foto AFP
GLENDALE, Amerika Syarikat: James Rodriguez meledak satu gol dan membantu dua jaringan lain ketika Colombia membelasah Panama 5-0 di Stadium State Farm di Glendale, Arizona, sebentar tadi, untuk melangkah ke separuh akhir Copa America 2024.
Skuad Los Cafeteros mara ke separuh akhir buat kali ketiga dalam empat edisi dan mereka akan menentang sama ada Uruguay atau Brazil yang akan bertembung dalam satu lagi aksi suku akhir di Las Vegas, hari ini.
Penyerang, Jhon Cordoba meletakkan Colombia di depan pada minit kelapan, sebelum kapten Rodriguez menyempurnakan sepakan penalti selepas penjaga gol Panama, Orlando Mosquera menjatuhkan Jhon Arias.
Colombia menghukum lawan mereka dari satu lagi situasi bola mati pada minit ke-41 dengan Rodriguez membantu pemain sayap Liverpool, Luis Diaz menewaskan Mosquera.
Skuad kendalian Nestor Lorenzo memperlahankan sedikit rentak permainan mereka pada babak kedua, namun tetap mampu menghasilkan satu lagi gol pada minit ke-70 menerusi rembatan Richard Rios.
Kekecewaan Panama kelihatan terserlah apabila pemain pertahanan, Jose Cordoba merempuh Santiago Arias untuk menghadiahkan Colombia sepakan penalti pada masa kecederaan dan peluang itu disempurnakan pemain gantian, Miguel Borja.
Kemenangan itu melebarkan rekod tanpa kalah Colombia kepada 27 perlawanan dengan kekalahan terakhir dialami mereka ketika tunduk 1-0 kepada Argentina pada Februari 2022. - REUTERS
Stefan de Vrij meraikan jaringannya. Foto: REUTERS
BERLIN: Belanda memperoleh dua gol dalam tempoh tujuh minit pada aksi babak kedua untuk bangkit menewaskan Turkiye 2-1 sekali gus menempah slot ke separuh akhir menentang England.
Samet Akaydin meletakkan Turkiye di hadapan pada babak pertama namun Stefan de Vrij menanduk jaringan penyamaan sebelum Murt Muldur menjaringkan gol sendiri pada minit ke-76 untuk membenarkan Belanda meraih kemenangan.
Perlawanan suku akhir itu dibayangi perbalahan diplomatik antara Turkiye dan Jerman selepas wira mereka di saingan 16 terbaik, Merih Demiral digantung dua perlawanan kerana menunjukkan isyarat tangan yang menimbulkan kontroversi.
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan hadir menyaksikan perlawanan di Olympiastadion bersama puluhan ribu penyokong bagi memberi sokongan kepada pasukan.
Belanda berjaya menyerap setiap tekanan yang dihadapi di dalam dan di bangku penonton untuk mara ke pentas separuh akhir pertama mereka di Euro sejak 2004.
Pengendali Turkiye, Vincenzo Montella meletakkan lima pemain di bahagian pertahanan dengan harapan pasukan mudanya boleh menghalang Belanda ketika serangan balas.
Begitupun, juara Euro 1988 terlebih dahulu mencipta peluang dengan Cody Gakpo dan Memphis Depay bergabung namun usaha berkenaan gagal menemui penyudah diinginkan.
Skuad kendalian Ronald Koeman itu tampak hambar di babak pertama selepas melancarkan serangan awal mereka yang membenarkan Turkiye mengukuhkan kemampuan mereka dalam perlawanan.
Akaydin yang menggantikan Demiral membuka tirai jaringan pada minit ke-35 menerusi tandukannya sekali gus menggamatkan stadium yang dipenuhi hampir majoritinya daripada penyokong Turkiye.
Ketika perlawanan berbaki 20 minit, Stefan de Vrij menemui jaringan penyamaan menerusi tandukannya untuk menewaskan penjaga gol Turkiye, Mert Gunok.
Penjaga gol Turkiye, Mert Gunok gagal menampan jaringan pemain Belanda, Stefan de Vrij. Foto: AFP
Enam minit kemudian, Belanda mendahului permainan apabila hantaran rendah Denzel Dumfries ditampan masuk Muldur ke gawang sendiri.
Ia adalah gol sendiri ke-10 dalam kejohanan itu. - AFP
Trent Alexander-Arnold berjaya menjarinkan sepakan penentuan penalti yang membawa England ke separuh akhir Euro 2024. Foto: REUTERS
DUSSELDORF (Jerman): England mara ke separuh akhir Euro 2024 apabila menewaskan Switzerland 5-3 menerusi penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam aksi lapan terbaik, hari ini.
Trent Alexander-Arnold menyempurnakan sepakan penalti kemenangan untuk membawa England ke perlawanan empat terbaik sama ada bertemu Belanda atau Turkiye di Dortmund pada Khamis ini.
"Menakjubkan. Ini adalah sasaran yang kami letakkan dalam diri kami. Sekali lagi bertemu lawan yang sukar, ketinggalan, pasukan menunjukkan banyak karakter, kepercayaan, jiwa dan semangat," kata Alexander-Arnold.
Bukayo Saka menjaringkan gol penyamaan pada baki 10 minit terakhir permainan sekali gus mengheret perlawanan ke masa tambahan.
Lima minit sebelum itu, England tampak hampir tersingkir daripada kejohanan apabila Breel Embolo membuka tirai jaringan perlawanan buat Switzerland.
Kedua-dua pasukan gagal menemui penyudah selepas itu.
Reaksi Manuel Akanji selepas gagal melunaskan sepakan penentuan penalti buat Switzerland. Foto: REUTERS
Selepas Jordan Pickford menafikan sepakan penalti pertama Manuel Akanji, England dengan yakin menjaringkan kesemua sepakan penalti mereka untuk menjamin slot ke separuh akhir. - AFP
Majoriti peminat bola sepak sekarang tidak pernah melihat aksi Johan Cryuff sebagai pemain tetapi ada yang sempat melihatnya sebagai individu yang berada di heararki tertinggi kelab bola sepak.
Cryuff hebat dalam semua dunianya, sebagai pemain, pengurus dan sebagai individu dalam pengurus kelab.
Sebagai pemain, Cryuff memenangi 8 gelaran Eredivisie dan 3 Piala Eropah bersama Ajax. Dia berpindah ke Barcelona dengan yuran perpindahan rekod dunia ketika itu.
Cryuff menjulang trofi La Liga pada musim pertamanya. Pada tahun 1974, dia membawa Belanda ke final Piala Dunia. Dia memenangi 3 trofi Ballon d'Or.
Terdapat rekod yang tidak dapat ditulis mengenai Cryuff iaitu kepantasan, muslihat kaki, interaksi, keindahan permainannya.
Sebagai jurulatih, dia telah berkongsi dan mewarikan seni bola sepaknya.
Ketika di Ajax, dia membina generasi baharu Belanda. Nama Marco van Basten, Dennis Bergkamp, Frank Rijkaard, Ronald Koeman muncul. Mereka semua menjadi nama besar.
Bersama Barcelona Cryuff memenangi 4 kejuaraan La Liga berturut-turut serta 1 Piala Eropah. Salah seorang pemain dalam pasukan itu ialah Pep Guardiola.
Cryuff adalah mentor Guardiola. Guardiola kemudiannya menjadi arkitek kepada permainan tiki-taka. Cruyff adalah pengaruh terbesar dalam kerjaya kejurulatihan Guardiola.
Pada satu ketika Cryuff pernah memulihkan Ajax di posisi lain, bukan sebagai pemain dan jurulatih tetapi di bahagian pengurusan.
Dari pelan Cryuff, Ajax membina pemain di akademi dan berhasil meraih jualan sebanyak €297 juta melibatkan pemain,
Antara rekod tertinggi pasukan bola sepak Jordan, mereka satu kaki langkah untuk ke Piala Dunia pada kelayakan 2014. Namun kalah telak di tangan Uruguay 5-0 di Home Away.
Kini di tahun 2024 mereka satu langkah lagi untuk menjulang Piala Asia , dan juara bukan sekadar menjulang piala tetapi akan mendapat slot ke Piala Konfederasi Dunia 2026 di Amerika Syarikat.
Bagi Qatar, mereka mahu membuang gelaran tuan rumah pelengkap jadual apabila dihumban dan dimalukan di Piala Dunia lalu dengan menjulang Piala buat kali kedua berturut.Sentimen sebagai tuan rumah dan juara bertahan akan menjadi satu motivasi atau bebanan jika gagal di kawal dengan baik.
Nothing to lose untuk Jordan , cerita Greece yang kalahkan Portugal di Euro 2004 di tanah Portugal menjadi nilai tambah untuk diikuti manakala cerita tuan rumah Brazil dikalahkan German 7-0 menjadi gerun kepada Qatar.
Dunia akan memerhati kualiti sebenar benua Asia menerusi perlawanan akhir ini. Tiada nama Jepun, Korea tetapi siapa sangka dua pasukan arab yang buas dan lasak akan beradu.
Perlawanan akan diadili pengadil China Ma Ming . Harey punya AFC game Arab lawan Arab pandai pulak pengadil benua asia lain.
Ramalan: Qatar 4-4 Jordan (Penalti 3-1 Qatar Juara)
Kedah Darul Aman (KDA) FC terus mempamerkan belang sebenar apabila membelasah Visakha FC 5-1 pada aksi terakhir saingan kumpulan G Piala AFC 2022 yang berlangsung di Stadium Kapten I Wayan, Dipta, Bali sebentar tadi.
Kemenangan besar tersebut sekali gus meletakkan skuad kendalian Aidil Sharin Sahak itu di tangga teratas yang mana membawa mereka ke separuh akhir Zon Asia Tenggara.
Keadaan yang cukup bermakna buat bola sepak Malaysia selepas satu lagi wakil negara, KL City turut mencatatkan kemenangan pada aksi terakhir untuk melayakkan diri.
Pemain import baharu Kedah, Mahmoud Al-Mardi menjadi perbualan utama pada aksi ini berikutan hatrik yang diledakkannya.
Kedah berpeluang mendapatkan jaringan pendahuluan pada minit ke-12 tetapi sepakan penalti yang diambil Ronald Ngah Wanja sekadar melewati palang gol.
Tidak cukup dengan kekecewaan tersebut, skuad kenari dihukum pada minit ke-20 setelah hantaran jauh ketika situasi sepakan percuma diambil Teat Kimheng berjaya ditanduk Faeez Khan untuk meletakkan wakil Kembaoja itu dihadapan.
Tersentak dengan jaringan itu, Kedah bangkit melawan dan kembali menyamakan kedudukan berselang lapan minit kemudian menerusi Mahmoud yang mudah menolak masuk bola berikutan kegagalan pertahanan lawan untuk mengeluarkan bola hantaran cantik daripada Dechi Marcel N’Guessan.
Ketika para pemain sedang berkira-kira untuk kembali ke bilik persalinan, Mahmoud menyempurnakan sepakan percuma menarik yang jelas mengelirukan penjaga gol Visakha FC, Keo Soksela untuk memberikan kelebihan 2-1 buat Kedah.
Mahmoud melengkapkan hatrik sulungnya pada minit ke-54 selepas beliau tidak berdepan masalah untuk merembat masuk bola susulan ‘cutback’ dilakukn Fayadh Zulkifli.
Fayadh kemudiannya turut meletakkan namanya selaku penjaring apabila rembatannya selepas menerima lorongan baik daripada Ronald Ngah yang melakukan gerakan solo ke dalam kawasan penalti tidak mampu dinafikan Soksela.
Ronald Ngah menutup pesta jaringan Kedah untuk mereka mengesahkan tempat selaku juara kumpulan sekali gus bakal menentang kelab dari Indonesia, PSM Makassar.
Perlawanan akhir kejohanan paling agung di Eropah, Champions League musim 2021/22 akhirnya telah tiba masanya yang sentiasa menjadi penutup tirai musim bola sepak Eropah saban tahun.
Finalis bagi musim ini adalah wakil dari Sepanyol, Real Madrid yang dibimbing oleh Carlo Ancelotti bertemu pasukan Liga Inggeris yang dibimbing Jurgen Klopp, Liverpool.
Gergasi Sepanyol, Real Madrid merupakan pasukan terpaling elit di Eropah dengan memegang rekod kemenangan terbanyak Champions League dengan 13 kejuaraan berpeluang menjadikannya 14.
Liverpool pula menjadi pasukan paling cemerlang di England dengan muncul juara sebanyak 6 kali dan menjadi satu-satunya pasukan England menerima Badge of Honour untuk kelab meraih 5 kejuaraan.
Perjalanan Liverpool untuk mara ke final dilihat lebih tenang, selesa dan mudah ibarat rokok kretek, nikmat, nyaman dan gurih kerana bertemu lawan yang tidak setanding mereka.
Di pusingan 16 Liverpool telah diundi bertemu Inter Milan sebelum bertemu benfica di suku akhir dan sekali lagi bertemu lawan mudah diseparuh akhir iaitu Villarreal yang mengejutkan Bayern Munich.
Real Madrid bertemu lawan yang sangat keras berhempas pulas mencipta kebangkitan menumbangkan PSG di pusingan 16 dan Chelsea pula menanti disuku akhir .
Carlo Ancelotti berjaya menunjukkan Chelsea jalan keluar untuk mara ke separuh akhir bertemu gergasi penuh bertaktikal Manchester City.
Liverpool dan Real Madrid kali terakhir bertemu adalah pada final Champions League 2018 di mana Real Madrid menang 3-1 dengan aksi yang penuh drama.
Sergio Ramos telah menjudo Mohamed Salah di awal permainan sehingga terpaksa di keluarkan ditambah pula dengan aksi kelakar Loris Karius yang kekal epik sehingga kini.
Kehangatan perlawanan akhir ini sedikit tercalar dan terbantut lantaran terjadi penangguhan perlawanan yang disebabkan oleh kelewatan ketibaan penyokong.
Perlawanan yang dijadualkan berlangsung jam 2.55 pagi waktu Malaysia di Kota Paris ini telah dianjak ke 3.36 pagi.
Camila Cabello akhirnya membuat persembahan pembukaan perlawanan ketika penyokong masih lagi lagi bersesak di luar untuk masuk menandakan perlawanan akan bermula selepas itu.
Tempoh 10 minit pertama menyaksikan Liverpool dan Real Madrid saling merencanakan gerakan bagi memecahkan kubu lawan masing-masing dengan bola banyak berlegar di tengah padang.
Selepas 15 minit permainan barulah percubaan bahaya dihadirkan oleh Liverpool, hantaran Trent Alexander Arnold mencari Salah telah memaksa Thibaut Courtois berkerja keras.
Bola tepisan Curtois terus disambar pemain Liverpool dan percubaan Thiago dari luar kotak berjaya diselamatkan dan tidak lama berselang Salah pula merembat namun Curtois masih kental.
Sadio Mane mempamerkan kepantasan gerakan kaki memperdayakan pertahanan Real Madrid dengan satu rembatan kencang yang sudah berjaya menewaskan Thibaut Courtois.
Selain percubaan Mane, Liverpool banyak melakukan percubaan yang agak mengancam tetapi tepat dn terus kepada Curtois.
Tapi sayang tiang menjadi penyelamat kali ini. Itulah peluang terbaik Liverpool dan perlawanan selepas 20 minit berlangsung.
Dipenghujung babak pertama kontroversi tercetus apabila jaringan Karim Benzema telah dibatalkan kerana offside walaupun Fabinho menolak bola kebelakang.
Kerana hantaran kebelakang daripada Fabinho itu adalah satu perbuatan tidak disengajakan maka Video Assistant Referee (VAR) memutuskan jaringan Benzema tidak dikira.
Tamat babak pertama menyaksikan Liverpool lebih dominan dengan serangan bertali arus namun gagal diterjemahkan dengan sebarang jaringan.
Vinicius Jr. yang berjaya melepasi perangakap offside secara tipis akhirnya meletakkan Real Madrid dihadapan selepas mudah menolak masuk hantaran cantik secukup rasa Federico Valverde.
Segala percubaan Mohamed Salah setakat ini dinafikan oleh Thibaut Courtois.
Casemiro telah melepaskan peluang keemasan dari sepakan percuma lantaran sentuhan pertama seperti Romelu Lukaku ketika hanya berdepan Alisson Becker.
aSelepas 80 minit permainan Liverpool melakukan 26 percubaan dengan 7 percubaan tepat, betapa gilanya Liverpool menyerang untuk kejuaraan ketujuh.
Dengan masa kecederaan 5 minit tiada apa yang dapat dilakukan Liverpool dan Real Madrid berjaga mempertahankan satu gol mereka hingga wisel penamat.
Real Madrid melebarkan koleksi kejuaraan mereka kepada 14 dalam 17 perlawanan akhir yang pernah mereka mara.
Kesebelasan utama Liverpool (4-3-3) Alisson; Alexander-Arnold, Konate, van Dijk, Robertson; Henderson, Fabinho, Thiago; Salah, Mane, Diaz.