"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Harga Kayangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Harga Kayangan. Papar semua catatan

Sabtu, 24 Februari 2024

Beras Import Tiga Kali Mahal

 Beras Import Tiga Kali Mahal

ARAU: Kesukaran mendapatkan bekalan beras tempatan di pasaran berlarutan sehingga pengguna terpaksa membeli beras import pada harga tiga kali ganda lebih tinggi menjadi faktor keperluan penetapan gred tunggal beras.

Harga beras import ketika ini bagi berat 10 kilogram (kg) adalah sekitar RM40 hingga RM42, iaitu perbezaan antara RM14 sehingga RM15 berbanding beras tempatan, RM26.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Dibuk Sdn. Bhd., Ezreen Muhaizi Marzukhi berkata, perbezaan harga beras tempatan dengan import menjadi terlalu tinggi selepas India menyekat eksport tahun lepas.

Menurutnya, keadaan bertambah buruk apabila beras tempatan terus diletak pada harga siling RM26 bagi berat 10kg tanpa ada perbincangan dengan pihak industri dan petani.

Beliau berkata, perbezaan harga beras tempatan dengan import sebelum India membuat sekatan hanya berlegar sekitar RM5 ke RM6, iaitu jika beras tempatan RM26, beras import RM32.

Jelasnya, itu adalah julat perbezaan harga yang ‘harmoni’ dan stabil untuk pemegang taruh dalam industri pada masa itu.

“Ia juga adalah julat harga yang tidak menggalakkan penipuan gred beras oleh pemborong yang tamak seperti berlaku ketika ini. Untuk mereka pada masa itu, nilai tersebut tidak sepadan dengan risiko dan kos-kos ‘gelap’ perlu dikeluarkan.

“Bagaimanapun, apabila per­bezaan harga beras tempatan dan import mencecah sehingga RM14 ke RM15 di kedai, iaitu perbezaan tiga kali ganda daripada perbezaan harga ‘harmoni’, ia menjadi tidak terkawal kerana banyak pemborong sudah ‘merah mata.’

“Jadi, indeks perbezaan harga ‘harmoni’ perlu dikembalikan dan kerana itu juga dicadangkan harga beras tempatan atau beras gred tunggal tersebut di­selaraskan kepada harga RM35 yang sesuai dengan harga beras import sekarang, iaitu sekitar RM40 ke RM42 bagi berat 10kg,” katanya.

Semalam, akhbar ini melaporkan, rakyat tiada pilihan apabila terpaksa membeli beras putih import (SSI) dengan harga lebih mahal berikutan sukar menemui beras putih tempatan (SST) dijual termasuk di pasaran Lembah Klang.

Menyedari perkara itu, Pengerusi Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL), Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, kesukaran menemukan beras tempatan berlaku angkara kartel.

Menurutnya, ada pihak dalam industri beras atau kartel dipercayai cuba mengaut keuntungan daripada beras putih tempatan yang selama ini dijual pada harga RM26.

Dalam pada itu, tinjauan Utusan Malaysia di pasar raya dan kedai di sini mendapati beras import sahaja memenuhi rak. 

Gambar : BERAS import memenuhi pasar raya dan kedai berbanding beras tempatan yang terlalu sukar ditemui di sekitar Arau, Perlis, semalam. 

Artikel Asal : https://www.utusan.com.my/berita/2024/02/beras-import-tiga-kali-mahal/

Sumber : Utusan Malaysia

.

Like & Follow Perlis Permai Untuk Berita Dan Info Semasa Negeri Perlis.

.

#PerlisPermai

#VisitPerlis

#TMP20242025

#PakatMaiPerlis

#PerlisDamaiDanMenawan

Isnin, 4 Julai 2022

Apa ni:Bekalan minyak masak bersubsidi tidak pernah terputus di Golok

 FOTO HIASAN.

FOTO HIASAN.

Kota Bharu: Bekalan minyak masak subsidi Malaysia dikatakan tidak pernah terputus di Golok, Thailand selain senang didapati terutama di pasar negara berkenaan.

Minyak berkenaan dijual dengan harga sekitar RM6.80 hingga RM7 sepaket, mahal sedikit berbanding sebelum ini RM5.80 hingga RM6.

Malah, penduduk mendakwa boleh dikatakan hampir setiap rumah di Pekan Golok itu mempunyai bekalan minyak subsidi Malaysia memandangkan harga jauh lebih murah berbanding minyak masak keluaran negara itu.

Penduduk di Golok, Thailand yang mahu dikenali sebagai Imah, 44, turut mengakui menggunakan minyak masak dari Malaysia itu untuk kegunaan seharian.

"Memang sejak dahulu lagi minyak masak ini yang menjadi pilihan kami sekeluarga memandangkan harga yang jauh lebih murah berbanding minyak masak Thailand.

"Bayangkan jika minyak masak Malaysia hanya RM7, berbanding minyak masak Thailand RM9.50 bagi sekilogram. Jadi, sudah tentu kami akan memilih minyak yang lebih murah.

"Sebagai penduduk di sini kami tidak tahu sama ada ia menjadi kesalahan apabila minyak ini dibawa masuk ke Thailand kerana ia bukan perkara baharu sebaliknya sudah sekian lama," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, mereka hanya menganggap jika penduduk di Thailand menggunakan minyak masak Malaysia, orang Malaysia pula menggunakan beras Thailand.

Dari segi bekalan memang tidak menjadi masalah di sini kerana ia boleh didapati di pasar pagi dan setahu saya bekalan tidak pernah terputus," katanya.

Penduduk, Aziz Mohd pula memaklumkan minyak subsidi Malaysia itu dijual secara terbuka tanpa larangan di kedai runcit dan pasar pagi di negara berkenaan.

"Tiada halangan nak beli berapa paket, jika ada duit banyak nak beli 50 paket pun tiada masalah dan sememangnya minyak ini menjadi pilihan penduduk serta peniaga di sini kerana harga jauh lebih murah.

"Saya sendiri tidak tahu bagaimana minyak subsidi di Malaysia itu dibawa masuk ke Thailand, namun yang pasti minyak ini senang diperoleh dan sentiasa ada di sini," katanya.

-myMetro

Selasa, 18 Januari 2022

Kos pelekat RFID pasif biasanya bawah RM1 sekeping, kenapa jual RM35? - Najib

 GAMBAR HIASAN

GAMBAR HIASAN

Kuala Lumpur: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempertikaikan mengenai penjualan pelekat teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) yang sepatutnya hanya berharga RM1.

Najib berkata, ketika ini harga pelekat RFID itu dijual pada harga RM35, yang sepatutnya hanya diberi percuma saja.

Kos pelekat RFID pasif biasanya bawah RM1 sekeping.

"Jadi, kenapa pula dijual pada harga RM35?

"Dan adakah syarikat Touch 'n Go atau Plus Malaysia Berhad (PLUS) akan memberi rebat bagi pemilik SmartTAG yang tidak berfungsi lagi sekiranya plaza tol beralih sepenuhnya kepada sistem RFID?," katanya menerusi Facebooknya, hari ini.

Najib mendakwa, syarikat Touch 'n Go dimiliki CIMB Bank Bhd (CIMB), Ant Group dari China, syarikat insurans AIA Group dari Amerika Syarikat dan firma pelaburan Bow Wave Capital dari New York.

"Pada ingatan saya, pelekat RFID sepatutnya diberi percuma kepada setiap pelanggan Touch 'n Go sebab kosnya rendah dan ia memang percuma dari 2018 hingga Februari 2020.

"Bermula 15 Februari 2020, ianya dijual pada harga RM35 sekeping pula," katanya.

Najib berkata, Touch 'n Go sudah bernilai RM3 bilion apabila CIMB memperolehi keuntungan tambahan sebanyak RM1.16 bilion pada tahun lalu akibat kenaikan nilai Touch 'n Go.

"Jadi, sebab apa masih mahu jual pelekat RFID yang kosnya kurang dari RM1 pada harga RM35 sekeping?

"Jika tidak mahu beri percuma lagi turunkanlah harganya ke RM5," katanya.

Menurutnya, dia berharap pihak tertentu fokus kepada perniagaan teras iaitu e-wallet saja.

"Bukan melalui keuntungan melampau melalui penjualan pelekat.

"Jangan jaga kepentingan bank besar sahaja sehingga membebankan rakyat biasa," katanya.

-myMetro

Isnin, 17 Januari 2022

Terkejut Dicaj Shg RM9,348.30, Wanita Persoal Kenapa Tak Sama Harga dgn Iklan

 


“Dalam iklan tulis lain, bila dah makan tengok bil caj lain”


Tular satu video di sosial media seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila dia dikenakan caj yang tak masuk akal ketika makan di sebuah restoran.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali


Menurut wanita tersebut, dia pergi makan ke restoran itu kerana berdasarkan harga hidangan bagi seekor lobster adalah RM 299 bukan per gram dalam satu iklan.

Namun selepas selesai makan,beliau terkejut apabila dikenakan caj sebanyak RM 9,348.30.

Namun, ada netizen yang menyatakan itu adalah kesalahan sendiri.


Setelah diteliti bil tersebut, ternyata harga bagi lobster dan king crab adalah berdasarkan gram bukan seekor RM 299 seperti yang diiklankan.

Lebih parah lagi, restoran tersebut juga mengenakan caj perkhidmatan sebanyak 10% iaitu RM 800.

Kredit Tiktok : lizzy_keen

Khamis, 30 Disember 2021

Kelah merah RM3,100 rezeki pasca banjir

 Abd Hadi  Sulaiman menunjukkan  ikan kelah merah yang ditangkapnya. FOTO ihsan pembaca

Abd Hadi Sulaiman menunjukkan ikan kelah merah yang ditangkapnya. FOTO ihsan pembaca

Lipis: Kata orang-orang tua, rezeki tidak tersalah alamat. Hal ini dialami oleh nelayan Sungai Tanum di Kampung Chegar Perah, dekat sini, Abd Hadi Sulaiman, 47, apabila memperoleh ikan kelah merah atau nama saintifiknya, Tor putitora, satu-satunya spesies liar di sungai yang paling mahal di pasaran.

Abd Hadi berkata, banjir yang melanda kampung tersebut bulan ini membawa tuah di sebalik menanggung kesusahan susulan Sungai Tanum melimpah masuk ke rumah.

Katanya, kesempatan air sungai surut dua hari lalu, dia memasang jaring sambil berharap pada tuah untuk memperoleh ikan liar.

Beliau berkata jika dapat ikan sungai liar, dapatlah dia berjual untuk menampung pendapatan bagi mencongak perbelanjaan selepas banjir.

"Semalam pada 6.30 patang, saya turun memasang jaring di sungai Tanum berdekatan rumah sambil berdoa serta mengharap ada rezeki ikan liar terperangkap dalam jaring ini.

"Apabila turun ke sungai ini pada 7 pagi tadi untuk melihat jaring yang dipasang ternampak jaring bergoyang dengan kuat seolah-olah seekor ikan besar tersangkut di samping menggelepar sehingga air berkocak di permukaan sungai," katanya.

Menurut Abd Hadi nyata sekali Allah SWT memakbulkan permintaannya apabila ditarik sahaja jaring ke atas ternampak ikan kelah merah bersaiz besar yang tidak pernah ditangkap sejak dia bekerja sebagai nelayan Sungai Tanum, 20 tahun lalu.

"Saya menarik jaring perlahan-lahan ke atas bot gentian kaca bimbang sekiranya rezeki ikan kelah ini yang kuat menggelepar ini terlepas ke sungai semula.

"Apabila sudah naik ke darat dan dibawa pulang ke rumah, saya terus menimbang ikan ini seberat 12.4 kilogram menyebabkan saya terpegun seketika sambil membayangkan jumlah pendapatan hari ini," katanya.

Katanya ikan kelah merah memang sukar diperolehi kerana berada di hulu sungai dan mungkin ia dihanyutkan arus deras ke sini.

Abd Hadi berkata, dia memperoleh rezeki dianggarkan bernilai RM3,100 berasaskan harga sekilogram ikan kelah merah di pasaran hari ini iaitu RM250 sekilogram.

"Oleh kerana saya sangat perlukan wang selepas musibah banjir untuk perbelanjaan peralatan rumah yang rosak, keperluan dapur dan persiapan persekolahan tahun depan, ikan ini dijual terus kepada pengusaha restoran di bandar Kuala Lipis dengan nilai tersebut.

"Saya bersyukur memperoleh rezeki ini dan bercadang untuk memasang jaring ini semula di tempat yang sama pada petang ini sambil berharap ada lagi ikan kelah merah atau spesies liar lain tersangkut pada jaring untuk juadah keluarga pula," katanya.-myMetro

Jumaat, 17 Disember 2021

Muntah Kayangan: UMT terima sampel muntah paus untuk analisis

 LAPORAN Harian Metro sebelum ini

LAPORAN Harian Metro sebelum ini

Kuala Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) akan membuat analisis terhadap objek yang didakwa muntah ikan paus atau ambergris yang dijumpai seorang wanita di Marang, baru-baru ini.

Pengarah Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan (PPPL) UMT Prof Madya Dr Hasrizal Shaari berkata pihaknya sudah menerima sampel tersebut daripada Jabatan Perikanan Negeri Terengganu.

"Kita terima sampel seberat empat gram itu malam tadi dan keputusan analisis akan diketahui dalam tempoh seminggu lagi.

"Ini selaras dengan memorandum persefahaman (MoU) yang terjalin antara UMT dengan Jabatan Perikanan untuk sentiasa bekerjasama dalam apa sahaja berkaitan spesies marin terancam dan kelautan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Selasa lalu, media melaporkan seorang wanita dari Kemaman menjumpai objek yang dipercayai muntah ikan paus itu ketika memancing berhampiran jeti Lembaga Kemajuan Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Marang pada akhir November lalu.

Susulan itu, Jabatan Perikanan Negeri Terengganu pergi ke rumah wanita tersebut keesokannya untuk mengambil sedikit sampel bagi tujuan kajian sama ada ia benar-benar muntah ikan paus atau hanya gumpalan sisa-sisa lain yang dibawa ombak.

Di Malaysia, hanya UMT satu-satunya universiti yang berupaya untuk menentusahkan ketulenan sampel ambergris itu berdasarkan kepakaran PPPL yang turut dibantu oleh pakar di Fakulti Sains dan Sekitaran Marin UMT serta Universiti Plymouth di England.

Muntah ikan paus yang bernilai tinggi akan mempunyai bahan aktif yang terdiri daripada tiga bahan utama iaitu ambrein (25 hingga 45 peratus), epicoprosterol (30 hingga 40 peratus) dan coprostanone (tiga hingga empat peratus).

Mengikut rekod UMT, sebanyak 18 sampel objek yang didakwa muntah ikan paus telah dibuat kajian setakat ini namun hasil analisis yang dijalankan mendapati kesemua sampel tersebut tidak menunjukkan kehadiran tiga bahan aktif itu dan tidak mempunyai harga di pasaran.

Beliau berkata ramai yang tidak sabar untuk mengetahui apakah objek ditemui wanita tersebut adalah muntah ikan paus yang asli atau sebaliknya dan mengakui turut teruja untuk menjalankan proses analisis tersebut.

"Proses analisis ini hanya menggunakan sedikit sahaja daripada kuantiti sampel yang diberikan, bakinya akan kita kembalikan kepada Jabatan Perikanan," katanya.

-myMetro

Rabu, 15 Disember 2021

Tiga pihak nyatakan minat beli muntah paus - Aida Zurina

AIDA Zurina bersama suaminya menunjukkan ketulan dipercayai muntah ikan paus yang disimpan mereka. FOTO Rosli Ilham
AIDA Zurina bersama suaminya menunjukkan ketulan dipercayai muntah ikan paus yang disimpan mereka. FOTO Rosli Ilham

Chukai: Tiga pihak sudah menyatakan minat membeli ketulan dipercayai muntah ikan paus yang ditemui Aida Zurina Long.

Aida Zurina, 41, berkata, ketiga-tiga individu menghubunginya hari ini dipercayai orang tengah dan hanya ingin mengetahui bagaimana muntah ikan paus itu ditemuinya.

"Salah seorang daripada individu itu bertanya sama ada saya berminat menjual 'barang' ini dan dia sudi menjadi orang tengah untuk urusan jual beli.

"Individu itu mendakwa sebelum ini dia pernah menjual muntah ikan paus terbabit kepada seorang artis dengan jumlah bayaran sebanyak RM500,000," katanya.

Menurutnya, dia mengambil keputusan menunggu ujian makmal untuk mengesahkan ketulenan muntah ikan paus terbabit terlebih dulu.

 "Memang saya nak jual, tapi saya nak pastikan 'barang' yang saya temui ini benar-benar tulen sebelum saya meletakkan harta sebenarnya.

"Hari ini, enam kakitangan Jabatan Perikanan Terengganu datang ke rumah menemubual saya termasuk mengambil sedikit muntah paus untuk analisa," katanya.

Katanya, dia dimaklumkan sampel akan dihantar ke makmal dan keputusannya akan diketahui dalam tempoh dua minggu lagi.

"Saya bukan jenis yang berangan-angan hendak jadi jutawan, tapi saya dedahkan penemuan ini untuk cari pihak yang boleh menentukan ketulenannya.

"Kalau sudah ditakdirkan rezeki berpihak kepada saya, saya bersyukur dan anggap ia rezeki yang tidak disangka," katanya.

Aida Zurina berkata, sekiranya ketulan itu tulen dan berjaya dijual, hasil yang diperoleh itu akan digunakan sebaik mungkin.

"Saya akan memperbesarkan kedai makan saya. Saya nak hantar ibu serta kedua ibu bapa mentua saya mengerjakan haji serta bersedekah kepada mereka yang susah," katanya.

Menurutnya, dia turut menafikan apabila ada pihak yang menyatakan objek yang ditemui itu diuji Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

"Pihak itu mungkin salah faham, saya nafikan kerana saya tidak pernah menghantar sampel ke UMT untuk diuji," katanya.

Harian Metro semalam melaporkan Aida Zurina menemui ketulan dipercayai muntah ikan paus ketika memancing bersama keluarganya di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Marang November lalu.-myMetro

Selasa, 14 Disember 2021

Dakwaan muntah ikan paus:'Saya sudah uji ketulan ini, bila dibakar ia meleleh, berbau wangi'

 AIDA Zurina menunjukkan ketulan berupa muntah ikan paus yang ditemuinya. FOTO Rosli Ilham

AIDA Zurina menunjukkan ketulan berupa muntah ikan paus yang ditemuinya. FOTO Rosli Ilham

Chukai: "Kalau kena dengan harganya saya akan jual," kata Aida Zurina Long, 41, yang bersedia menjual ketulan yang dipercayai muntah ikan paus yang ditemuinya.

Aida berkata, setakat ini, dia tidak menerima sebarang panggilan daripada mana-mana pihak yang menyatakan minat membeli muntah ikan paus terbabit.

Saya bersama suami dan ayah sudah berbincang dan bersetuju untuk menjual 'barang' ini. Kalau ada yang berminat boleh datang berbincang.

"Saya sudah timbang muntah ikan paus ini. Beratnya melebihi lima kilogram dan kini muntah itu menjadi sedikit keras berbanding ketika saya menemuinya pada November lalu ,"katanya.

Katanya, dia dan suaminya sudah menguji dengan membakar ketulan itu dan ianya meleleh seperti lilin serta mengeluarkan bau yang wangi,

Kami membuat ujian itu sebagaimana yang saya lihat di Internet dan hasil ujian itu seakan sama sebagaimana muntah ikan paus yang asli.

"Jadi saya tak letak benda itu seratus peratus asli dan sekiranya ada pihak ingin membuat ujian di makmal bagi mengesahkan kesahihan benda ini saya bersedia untuk bekerjasama," katanya.

Aida berkata, setakat ini dia dimaklumkan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menawarkan kepakaran untuk mengesahkan ketulenan muntah ikan paus terbabit.

"Setakat ini saya tidak mendapat panggilan daripada UMT dan saya sedia memberi kerjasama," katanya.

Pada Januari lalu, seorang nelayan di Thailand, Chalermchai Mahapan, 20, menemui ketulan lilin yang dipercayai muntah ikan paus dan berjaya menjual dengan harga bernilai 210,000 paun (RM1.16 juta).

Penemuan muntah ikan paus sebelum itu turut ditemui nelayan di Bengkelulu, Indonesia pada 2017, sekali gus menjadi jutawan segera dengan berjaya menjual muntah terbabit seberat 150 kilogram dengan harga 22 juta rupiah sekilogram membolehkan dia memperoleh 3.3 bilion rupiah (RM927,000).

Muntah ikan paus digunakan dalam pengeluaran kosmetik dan pewangi agar bau wangian itu kekal lama menyebabkan harganya mahal dan sesetengah saintis menggelar ia emas terapung.

Pada 2016, nelayan Oman menjual 80 kilogram muntah paus ditemuinya dengan harga AS$2.5 juta (RM10.4 juta ) dan pada 2013, seorang lelaki di Britain menemui ketulan 2.7 kilogram muntah paus di pantai Lancashire yang dianggar bernilai £100,000 (RM549,623).

-myMetro

Ahad, 12 Disember 2021

Beli Air Mineral RM9.55 dan Viralkan di Facebook, Akhirnya Kena Kecam Secara Berjamaah

 Sejak semalam viral di media sosial dan menjadi topik perbualan hangat antara netizen mengenai harga air mineral mencecah RM9.55 sebotol.

Pada mulanya seorang wanita bernama Azleera Hamzah memuatnaik gambar sebotol air mineral berserta resit dengan harga RM9.55 sebotol.

Ni mencekik darah ke apa? First time beli mineral nak jejak RM10. Tulisnya ringkas di laman sosial facebook.
air mineral starbucks

 

Disebabkan postingnya itu, ia mula menjadi viral di laman sosial sejak semalam. Sehingga kini posting itu mendapat ratusan perkongsian di laman facebook.

Dan seperti biasa, Malaysia yang terkenal dengan pahlawan papan kekunci pun terus menyerang hendap terhadap posting itu.

Antara komen-komen dari netizen adalah:

Naseb laaa zmn bljor dlu sis kje prtime 7e..jdnye x pelik klu air mineral brand evian ni hrga mahal..air ni x ditapis dr gunung sbb tu hrga dye mahal..

Die ni first time beli ke? Evian ni mmg mhl la. Tp kat oversea murah gilos. Hahaha

Siannya lah hai. Satu. Starbuck. 2. Genting. Baru nak belajar tu tp kesianlah , org kata jgn keja nak viral je lebih dah tak pasal tpampang sendiri yg xtau pape

Kak,memang bodoh dari kecik ke ?

Sakai la beli kat genting memang lah triple mahal lol.

Hahahahahaha air Evian ni memang mahal cik kak…lain la kalau beli Evian ni dkt u.k harga 1 pound sebotol. Murah sikit rm3 dr harga malaysia.hahahahhahahaha

Byk lagi tmpt boleh beli air mineral..nk bgtaw ko minum air mineral starbuck kan pastu acah2 ckp mahal..

Malaysia adalah negara orang-orang kaya, jadi janganlah berani untuk “complaint” itu mahal ini mahal. Kan tidak pasal-pasal dikecam secara berjamaah.

-blogammar.com

Isnin, 6 Disember 2021

Harga kayangan: Pengadu roti canai RM4 belum tampil, premis gagal dikesan

 

KPDNHEP masih mengesan peniaga yang didakwa menjual roti canai kosong berharga RM4 di Langkawi, Kedah, baru-baru ini.

POKOK SENA: Pengadu yang mendakwa  peniaga menjual sekeping roti canai kosong berharga RM4 di sebuah gerai di Langkawi, belum tampil membuat aduan rasmi di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kedah.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP Kedah, Mohd. Shahran Mohd. Arshad berkata, pihaknya juga sudah menghantar anggota ke lokasi yang diperkata dalam dakwaan itu di Kuah, namun gagal mengesan gerai berkenaan.

Selain itu, katanya, mereka turut mengambil keterangan daripada Persatuan Pengguna Kedah untuk mengesan premis berkenaan sebelum ini.

“Siasatan awal mendapati, aduan ini hanya diambil daripada ‘hear and say’ iaitu cakap-cakap orang dan tiada bukti ditemukan seperti resit atau lokasi sebenar premis.

“Kita sudah menyeru agar pengadu ini tampil membuat aduan secara rasmi bagi membolehkan siasatan dan tindakan lanjut diambil namun sehingga kini tiada sesiapa yang muncul,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kata beliau, pihaknya memandang serius aduan kenaikan harga barang dan makanan yang tidak munasabah seperti itu yang dikhuatiri membebankan rakyat.

“Seperti kes hidangan seekor ikan siakap yang dijual lebih EM1,000 sebelum ini, kita ke Rawang, Selangor untuk mengambil keterangan pengadunya untuk membuka kertas siasatan, jalankan pemeriksaan dan akhir kes tersebut diselesaikan.

“Kita berharap semua pihak mengambil tanggungjawab agar tidak memviralkan sesuatu yang tidak pasti dan tidak mempunyai bukti kukuh agar tidak mencetuskan panik dalam kalangan pengguna,” katanya.

Akhbar sebelum ini melaporkan seorang pelancong terkejut apabila perlu membayar RM4 untuk sekeping roti canai kosong di sebuah gerai di Pulau Langkawi.

Aduan tersebut dikemukakan kepada Persatuan Pengguna Kedah (Cake) selepas kejadian harga hidangan seekor ikan siakap lebih RM1,000 di pulau tersebut.- UTUSAN ONLINE 

Jumaat, 3 Disember 2021

Harga makanan luar bandar ‘cekik darah’

 

INILAH makanan yang dibeli Mohamad berharga RM10 di sebuah kedai makan di Jerantut semalam.

JERANTUT – Isu makanan mahal bukan sahaja membelenggu pengguna bandar tetapi juga di luar bandar sejak kerajaan memberi kelonggaran dine-in.

Tinjauan Kosmo! mendapati, rata-rata pelanggan yang ditemui memberitahu, harga makanan naik sehingga sekali ganda de­ngan purata seorang akan membayar paling sedikit RM10.

Kenaikan harga makanan itu ternyata menekan pelanggan luar bandar yang terpaksa ber­belanja lebih pada ketika ini.

Seorang pengguna, Mohamad Kautsar, 40, berkata, dia terkejut apabila nasi putih beserta ikan pelaling goreng, sayur kangkung dan masak lemak pucuk ubi kayu dijual pada harga RM10 di sebuah kedai makan berbanding RM5 sebelum ini.

“Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), makanan yang sama dijual pada harga RM5, namun hari ini (semalam) saya terkejut apabila harganya naik sekali ganda.

“Saya hanya minta diletakkan sedikit sayur kangkung dan pucuk ibu masak lemak serta ikan bersaiz kecil dan tidak sangka harga mencecah RM10.

“Mahal melampau, cekik darah, tak kesian langsung kepada pelanggan,” katanya ketika ditemui semalam.

Sehubungan itu, Mohamad mendesak pihak berkuasa me­lakukan pemantauan berterusan bagi mengelakkan peniaga menaikkan harga bagi mendapat keuntungan berlebihan.

“Kangkung dan pucuk ubi ba­nyak ditanam dan begitu mudah diperoleh dengan harga seikat antara RM2 hingga RM3 yang dijual di pasar atau pekan sehari.

“Adakah peniaga mengambil kesempatan mengenakan harga tidak masuk akal selepas beberapa harga sayur antaranya kailan, sawi naik harga sejak minggu lepas?” soalnya.

Luahan sama disuarakan Norhafizan Zulkifli, 35, yang mendakwa, kenaikan harga makanan sememangnya berlaku di seluruh negeri apabila purata makanan yang dimakan dikedai pada masa ini adalah kira-kira RM10.

“Baru-baru ini, saya beli nasi putih dengan ayam goreng serta sup kaki ayam di sebuah restoran di Jengka dekat sini dengan harga RM11.

“Memang harga nasi bungkus pada masa ini meningkat dan saya berpandangan baik berkemungkinan peniaga berkenaan membeli ayam dengan harga yang mahal,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Pejabat Perdagangan Dalam Ne­geri dan Hal Pengguna Jerantut, Abdul Mubin Ahmad berkata, orang ramai perlu membuat ­aduan kenaikan harga barang makanan bagi memudahkan siasatan dijalankan pihaknya.

Katanya, peniaga boleh dikenakan tindakan sekiranya didapati menaikkan harga bagi mendapatkan keuntungan berlebihan. -K! ONLINE

Rabu, 1 Disember 2021

Apa Hukum Menjual Beli Pokok Keladi Dengan Harga Melampau? Ini Penjelasan Mufti

 


Sejak akhir-akhir ini, memiliki pokok hiasan seperti keladi eksotik seakan-akan menjadi kegilaan orang ramai ketika ini sehingga ia menjadi fenomena dalam urusan penjualan.

Mana tidaknya, harga pokok tersebut mampu mencecah harga ribuan ringgit sehingga orang ramai yang mempunyai hobi mengumpul pokok hiasan sanggup berhabis wang ringgit dalam kadar yang banyak.

Tinjauan Oh! Media juga mendapati harga pokok keladi tersebut boleh didapati bermula dari RM10 hingga RM38,000 bergantung kepada jenis serta baka tumbuhan tersebut.

Bagaimanapun, adakah urusan menjual beli pokok tersebut dengan harga yang tidak masuk akal diperbolehkan dalam ajaran Islam? Sehingga kini, ia masih menjadi tanda tanya orang ramai.

Mufti perjelas urusan penjualan keladi, diperbolehkan dengan bersyarat

Bertindak dengan perkara itu, Timbalan Mufti Terengganu, Sahibul Fadilah Ahadi Othman berkata, penjualan pokok hiasan termasuklah keladi eksotik ini dengan harga mahal diperbolehkan dengan bersyarat.

Syaratnya ialah kedua-dua pihak perlu bersetuju dengan harga tersebut dan tidak salah jika ia dijual dengan mahal kerana bukan berbentuk barangan keperluan asasi seperti makanan.

Sumber: Facebook

Bergantung kepada pilihan dan kesediaan pembeli itu sendiri, jika sanggup membayar dengan harga yang mahal ditetapkan penjual tidak menjadi kesalahan di sisi agama.

 Selagi tiada elemen paksaan dan penganiayaan kepada pembeli ia tidak menimbulkan masalah dan bercanggah dengan ajaran Islam.

Tambahnya, penjualan barangan bukan keperluan itu bergantung kepada kesudian pembeli atau penjual ketika berurusniaga.

Beliau juga mengakui pengumpulan pokok hiasan itu semakin menjadi kegemaran orang ramai, namun jika pembeli mempunyai wang, tiada masalah untuk membeli biarpun dengan harga yang melampau.

Barangan seperti makanan asasi ‘haram’ dijual terlalu mahal

Dalam pada itu, beliau juga turut mengambil contoh barangan yang tidak boleh dijual terlalu mahal iaitu makanan berbentuk asasi seperti nasi.

Hal itu kerana ia merupakan keperluan asas manusia dan tidak boleh dijual dengan mahal sehingga mampu memberikan kesan kepada manusia.

Bagaimanapun, penjualan keladi eksotik itu dilihat semakin mendapat permintaan yang tinggi sehingga harganya meningkat secara mendadak walaupun pada asalnya berharga rendah.

Semua orang tahu, keladi eksotik berharga tinggi kerana permintaannya yang meningkat. Oleh itu tidak hairanlah keladi yang selama ini berharga murah menjadi mahal sekarang.

Mengakhiri ulasannya, beliau turut berharap agar para peniaga keladi eksotik ini tidak mengunakan elemen penipuan semasa berurusniaga dan perlu dijual mengikut harga yang sepatutnya.

Kredit: Harian Metro

Sumber:ohmedia.my

Isnin, 29 November 2021

Persatuan Pengguna Kedah terima aduan roti canai dijual RM4 sekeping di Langkawi

Persatuan Pengguna Kedah terima aduan roti canai dijual RM4 sekeping di Langkawi

Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) dakwa menerima aduan daripada pengguna sekeping roti canai dijual pada harga RM4 di Langkawi.

 ALOR SETAR: Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) menerima lebih 100 aduan daripada pengguna berkaitan kenaikan harga makanan serta bahan mentah di negeri ini.

Setiausaha CAKE, Mohd Yusrizal Yusoff berkata, kebanyakan aduan yang diterima adalah berkaitan makanan di kedai makan terutama di daerah Kota Setar dan Kuala Muda.

Beliau berkata, aduan diterima sejak dua minggu lalu dan ternyata ia membebankan pengguna yang mempunyai keluarga besar.

"Selain aduan berkaitan harga mahal ikan siakap di Langkawi, kita juga menerima maklumat berkaitan harga roti canai sekeping RM4 di pulau itu.

"Harga itu tidak masuk akal kerana berdasarkan maklumat daripada pengguna, kedai roti canai itu hanya dijual di tepi jalan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Sehubungan itu Mohd Yusrizal meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kedah melakukan pemeriksaan di setiap gerai atau premis kedai makan yang didapati menaikkan harga yang tinggi.
Selain itu katanya, peniaga kedai makan juga perlu meletakkan tanda harga untuk setiap makanan bagi membolehkan pengguna membuat pilihan sebelum membuat pesanan.
"Sekiranya didapati peniaga mengenakan harga yang tidak munasabah dan terlalu mahal, pengguna perlu menyimpan resit dan membuat aduan bagi membolehkan siasatan dilakukan pihak berkuasa.
"Malah kita berharap peniaga juga jangan mengambil kesempatan menaikkan harga ketika ini bagi mengelakkan pengguna terbeban," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Kedah, Mohd Shahran Mohd Arshad berkata, pihaknya belum menerima aduan berkaitan kenaikan harga sekeping roti canai dijual pada harga RM4.
Bagaimanapun pihak KPDNHEP telah menggerakkan pegawai dan anggota penguatkuasa menerusi “Op Menu” bagi melakukan pemeriksaan di restoran dan kedai makan di seluruh negeri.
“Operasi ini dijalankan bermula 6 November lalu tertumpu kepada aduan orang awam berlakunya kenaikan harga makanan.
“Menerusi pemeriksaan ini KPDNHEP melakukan pemeriksaan terhadap harga makanan dan minuman serta alat penimbang di restoran yang menjual makanan laut,” ujar Mohd -AstroAwani

Isu harga kayangan: Juruwang tersilap key in saiz L punca kailan RM18? -pemilik restoran

PENJELASAN di laman Facebook oleh pengusaha restoran di Kepala Batas, Pulau Pinang berhubung isu harga kailan ikan masin RM18 yang tular di dalam media sosial baru-baru ini.

KEPALA BATAS: Pengusaha restoran yang tular selepas menjual masakan kailan ikan masin berharga RM18 di sini tampil memberi penjelasan berhubung perkara itu hari ini. 

Menerusi catatan yang dimuat naik di laman Facebook Anjung Ikan Bakar Nory, pengusaha berkenaan berkata, insiden itu mungkin berlaku akibat salah faham pekerjanya ketika menyediakan tempahan pelanggan. 

“Kesilapan kami mungkin juruwang tersilap ‘key in’ harga hidangan saiz L (besar) atau mungkin pelanggan memesan saiz L, tetapi, kru bahagian dapur sediakan kailan ikan masin itu dalam saiz S (kecil) berdasarkan gambar (yang tular). 

 “Jika pihak kami silap, boleh datang terus bertemu kami untuk menyelesaikan isu ini dan bukan ditularkan,” katanya. 

RESIT bayaran makanan sayur kailan ikan masin berharga RM18 yang tular di dalam media sosial hari ini dipercayai dimuat naik pelanggan sebuah restoran di Kepala Batas, Pulau Pinang

Tambah pengusaha restoran itu, dengan penjelasan terbabit, pihaknya berharap dapat menyelesaikan isu tersebut dan memohon kerjasama pengadu terlibat untuk menghubungi mereka. 

Malah, pihak restoran berkenaan turut memberi penjelasan mengenai harga masakan kailan ikan masin mengikut saiz iaitu S berharga RM6; M (RM12) dan L (RM18) dengan memaparkan gambar menu restoran. 

Kelmarin tular di dalam media seorang pelanggan yang terkejut apabila membeli sebungkus kailan ikan masin bagi seorang makan yang berharga RM18 di sebuah restoran di sini. 

Pelanggan terbabit turut berkongsi gambar resit dan hidangan itu sambil mendakwa harganya sukar diterima biarpun reda. 

Resit berkenaan turut memaparkan lauk ikan jenahak berharga RM90, sayur campur (RM9) serta ulam dan sambal (RM5) dengan nilai keseluruhan RM122. – UTUSAN ONLINE  

Jual kailan ikan masin RM18: Peniaga diberi notis

 

PEGAWAI Penguat Kuasa PPDNHEP Pulau Pinang menyiasat sebuah restoran susulan tular harga RM18 bagi hidangan kailan ikan masin di sebuah restoran di Kepala Batas, Pulau Pinang.

GEORGETOWN: Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang mengeluarkan Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) kepada peniaga sebuah restoran di negeri ini susulan tular hidangan kailan ikan masin pada harga RM18.

KPDNHEP Pulau Pinang dalam satu kenyataan memaklumkan, peniaga restoran itu perlu memberi maklum balas terhadap notis terbabit dalam tempoh dua hari bekerja. 

“Pegawai Penguat Kuasa hadir ke lapangan untuk menyiasat aduan yang diterima berhubung perkara ini pada hari sama melalui aduan pengguna.

“Satu NPMB bagi kalian ikan masin berharga RM18 telah diberikan kepada peniaga dan peniaga perlu memberi maklum balas dalam tempoh dua hari bekerja,” katanya.

Selepas dikejutkan dengan sotong berharga RM100 di Pulau Pinang, semalam pengguna media sosial dikejutkan pula dengan harga sebungkus masakan sayur kailan ikan masin RM18 yang disifatkan terlalu mahal dan tidak masuk akal.  

Perkara itu tular dalam media sosial Facebook semalam, selepas resit bayaran beserta gambar menu berkenaan dikongsi oleh individu dipercayai pelanggan di sebuah restoran yang didakwa di Kepala Batas, dekat sini. 

Menerusi hantaran di media sosial itu, pelanggan berkenaan berkata dia sedia maklum dengan kenaikan harga barang mentah dan reda dengan harga ikan jenahak, sayur campur, ulam dan sambal yang dibelinya di sebuah restoran di kawasan Kepala Batas, di sini. 

Bagaimanapun, harga sebungkus kailan ikan masin untuk seorang makan pada harga RM18 dianggap terlalu mahal. 

Kos keseluruhan makanan yang dibeli pelanggan berkenaan adalah berjumlah RM122 namun dia tidak mendedahkan nama restoran berkenaan. – UTUSAN ONLINE

KELADI KAYANGAN: 18 JENIS KELADI HIASAN YANG POPULAR


Jenis keladi hiasan yang popular – Jenis pokok keladi hiasan yang popular kebanyakannya merupakan tumbuhan natif kepada Asia Tenggara. Terdapat beberapa genus keladi yang begitu popular di negara kita antaranya ialah Alocasia, Dieffenbachia dan Caladium.

Kebanyakan genus yang menjadi buruan penggemar keladi adalah genus Caladium dan Alocasia. Hal ini kerana keladi daripada jenis dieffenbachia dilaporkan senang untuk menyebabkan alergi dan keracunan. Tetapi, kalau diletakkan di tempat yang sesuai, tidak menjadi masalah untuk memiliki keladi dieffenbachia ini di rumah.

Dan yang semestinya setiap individu mungkin mempunyai keladi kegemaran masing-masing. Dan di bawah ini disertakan antara jenis keladi hiasan yang menjadi buruan penggemar keladi.

Berikut adalah disertakan 18 jenis keladi hiasan yang popular dan menjadi keinginan penggemar keladi hiasan untuk memilikinya :

.

1. Keladi Black Magic
Keladi Black Magic

Ҡeladi Black magic mempunyai pelbagai saiz bergantung kepada cara penjagaan. Jika diberikan baja yang mencukupi, saiznya akan menjadi besar dan boleh menjadi setinggi 2 kaki atau lebih.

Memiliki Calcium Oxalate yang beracun dan boleh menyebabkan allergi dan keracunan kepada manusia dan haiwan ternakan. Warna hitamnya sangat cantik dan memerlukan cahaya matahari yang mencukupi.

Harga Pasaran ialah sekitar RM20-RM200 bergantung kepada saiz dan kualiti.

.

2. Keladi Albino
keladi albino

Ҡeladi variety Alocasia Macrorrhiza Variegata ini sering kali membentuk pigmen atau tompok-tompok yang berwarna putih dan seterusnya membentuk corak-corak yang tertentu. Corak-corak yang tidak tetap ini menjadikan kelαdi albino ini unik dan menjadi buruan para penggemar pokok keladi hiasan.

Juga memiliki Calcium Oxalate yang beracun dan boleh menyebabkan allergi dan keracunan kepada manusia dan haiwan ternakan. Warna tompokan putihnya sangat cantik dan memerlukan cahaya matahari yang mencukupi.

Harga Pasaran ialah sekitar RM10-RM100 bergantung kepada saiz, warna tompokan dan kualiti.

Baca : Harga Pokok Keladi Hiasan dan Pokok Keladi Mahal RM5000

.

3. Keladi Cat Tumpah
Keladi Cat Tumpah

Ҡeladi cat tumpah merupakan salah satu daripada pokok keladi hiasan yang popular di Malaysia dan banyak dicari oleh penggemar keladi pada hari ini. Tanaman keladi hiasan menjadi tular kerana ianya agak senang untuk dijaga dan rupanya yang cantik.

Tumbuhan keladi hiasan ini juga memiliki Calcium Oxalate yang beracun dan boleh menyebabkan allergi dan keracunan kepada manusia dan haiwan ternakan. Warna tompokan merah sangat cantik seolah-olah ada cat merah yang tertumpah di atasnya. Ia memerlukan cahaya matahari yang mencukupi untuk hidup subur.

Harga Pasaran ialah sekitar RM30-RM200 bergantung kepada saiz, warna tompokan merah dan kualiti.

.

4. Pokok Keladi Gajah
Pokok Keladi Gajah

Keladi gajah merupakan pokok keladi hiasan yang biasanya diletakkan di beranda rumah. Walaupun begitu, ada juga yang diletakkan di dalam rumah sekiranya saiznya masih lagi kecil. Pokok Kelαdi gajah sinonim dengan ketinggiannya dan berupaya mencapai ketinggian 10 kaki. 

Pokok keladi gajah ini juga memiliki Calcium Oxalate yang beracun dan boleh menyebabkan allergi dan keracunan kepada manusia dan haiwan ternakan. Warna bagi keladi hiasan ini ialah berwarna hijau keseluruhannya. Ia memerlukan cahaya matahari dan air yang mencukupi untuk hidup subur.

Harga Pasaran ialah sekitar RM10-RM100 bergantung kepada saiznya.

5. Caladium Moonlight – Jenis Keladi Hiasan Yang Popular
Caladium Moonlight

Keladi Caladium moonlight merupakan keladi yang bersaiz kecil dan sederhana. Amat sesuai untuk dijadikan tanaman dalam rumah. Warnanya yang putih menaikkan lagi serinya jika diletakkan dalam keamatan cahaya yang tinggi.

Pokok keladi caladium moonlight ini memiliki Calcium Oxalate yang beracun dan boleh menyebabkan allergi dan keracunan kepada manusia dan haiwan ternakan. Warna bagi keladi ini ialah berwarna putih pada daun dan hijau pada batangnya.

Harga Pasaran ialah sekitar RM30-RM300 bergantung kepada saiznya.

.

6. Monstera Delicosa
Monstera Delicosa

Kelαdi jenis ini jarang dijumpai dan boleh dikatakan agak rare dalam kalangan penggemar pokok keladi hiasan. Disebabkan spesis ini agaklah rare, harganya boleh mencecah ribuan ringgit. Mostera Delicosa mempunyai beberapa subspesis yang bentuk fizikalnya seakan-akan sama tetapi mempunyai sedikit perbezaan antara satu sama lain.

Pokok keladi monstera delicosa ini juga memiliki Calcium Oxalate yang beracun dan boleh menyebabkan allergi dan keracunan kepada manusia dan haiwan ternakan. Warna bagi keladi hiasan ini ialah berwarna hijau keseluruhannya. Ia memerlukan cahaya matahari dan air yang mencukupi untuk hidup subur.

Harga Pasaran ialah sekitar RM30-RM6000 bergantung kepada bentuk, kualiti, warna daun dan saiznya.

.

7. Caladium Festivia
Caladium Festivia

Keladi spesis ini mempunyai urat yang berwarna merah dan hijau. Saiznya sederhana dan sesuai untuk dijadikan tanaman dalam rumah. Keladi ini banyak dijual di media sosial dan di marketplace dan mempunyai permintaan yang tinggi disebabkan rupanya yang cantik dengan harga yang boleh dikatakan murah.

Caladium Festivia ini memiliki Calcium Oxalate yang beracun dan boleh menyebabkan allergi dan keracunan kepada manusia dan haiwan ternakan. Warna bagi keladi ini ialah kebiasaannya gabungan antara warna putih dan merah. Ia juga cantik jika dijadikan pokok hiasan luaran rumah.

Harga Pasaran ialah sekitar RM10-RM100 bergantung kepada saiznya dan warna daunnya.

.

8. Philodendron Billietiae
Kelompok yang cantik

Tumbuhan Philodendron Billietiae merupakan keladi yang berdaun panjang dan tirus ke bawah. Keseluruhan warna batang keladi ini adalah berwarna hijau. Keladi ini senang untuk dibiakkan jika dibandingkan dengan jenis keladi lain dan senang untuk diletakkan di dalam rumah.

Philodendron Billietiae ini memiliki Calcium Oxalate yang beracun dan boleh menyebabkan allergi dan keracunan kepada manusia dan haiwan ternakan. Pokok keladi hiasan yang popular ini mampu membesar dengan membentuk satu kelompok yang banyak dan sangat cantik bila dipandang. Warna bagi keladi ini ialah kebiasaannya warna hijau.

Harga Pasaran ialah sekitar RM10-RM150 bergantung kepada saiznya daun dan kelompoknya.

.

9. Keladi Mickey Mouse
Bentuk daun seperti mickey mouse

Ҡeladi Mickey Mouse ini merupakan jenis keladi hiasan yang popular dan mempunyai bentuk daun seolah-olah watak kartun mickey mouse. Keseluruhan warna batang keladi ini adalah berwarna hijau dan terdapat tompokan putih pada daunnya. Selain itu, keladi ini memerlukan air dan cahaya matahari yang mencukupi untuk hidup subur.

Ҡeladi Mickey Mouse ini juga memiliki Calcium Oxalate yang beracun dan boleh menyebabkan allergi dan keracunan kepada manusia dan haiwan ternakan. Jauhkan daripada golongan yang berisiko jika diletakkan di dalam rumah.

Harga Pasaran ialah sekitar RM10-RM100 bergantung kepada saiz dan corak daunnya.

.

10. Keladi Tengkorak Silver
Cantik rupa daunnya

Ҡeladi tengkorak silver ini merupakan keladi yang agak popular sebagai tanaman hiasan dalam rumah. Daunnya mempunyai tulang yang berwarna hijau dan sebahagian daripada daunnya adalah berwarna perak. Selain itu, keladi ini memerlukan cahaya matahari dan airyang mencukupi untuk hidup subur dan kekal segah.

Ҡeladi tengkorak silver ini juga memiliki Calcium Oxalate yang beracun dan boleh menyebabkan allergi dan keracunan kepada manusia dan haiwan ternakan. Letak pada tempat yang jauh dari capaian golongan yang berisiko jika diletakkan di dalam rumah.

Harga Pasaran ialah sekitar RM30-RM200 bergantung kepada saiz dan warna daunnya.

.

11. Keladi Black Coral
Cantik daunnya berwarna hitam berkilat

Pokok keladi black coral ini merupakan keladi yang agak popular sebagai tanaman hiasan dalam rumah dan juga di luar rumah. Daunnya berwarna hitam keseluruhannya dan sungguh memukau. Keladi black coral ini memerlukan cahaya matahari dan air yang mencukupi untuk hidup subur dan segar.

Pokok keladi black coral ini juga memiliki Calcium Oxalate yang beracun dan boleh menyebabkan allergi dan keracunan kepada manusia dan haiwan ternakan. Letak pada tempat yang jauh dari capaian golongan yang berisiko jika diletakkan di dalam rumah terutamanya bayi, kanak-kanak, kucing dan juga anjing.

Harga Pasaran ialah sekitar RM15-RM300 bergantung kepada saiz, jumlah daun dan warna kehitaman daunnya.

.

12. Keladi Putih – Jenis Keladi Hiasan Yang Popular
Warna putih yang cantik

Pokok keladi putih ini sesuai untuk dijadikan tanaman hiasan dalam rumah. Daunnya berwarna yang putih adalah sungguh cantik dan memukau. Keladi putih ini memerlukan cahaya matahari dan air yang mencukupi untuk hidup subur dan segar di dalam rumah. Sekali sekala, letakkan pokok ini di luar untuk dapatkan cahaya matahari.

Pokok keladi putih ini juga memiliki Calcium Oxalate yang beracun dan boleh menyebabkan allergi dan keracunan kepada manusia dan haiwan ternakan. Jika diletakkan di dalam rumah, jauhkan daripada capaian bayi, kanak-kanak, kucing dan juga anjing.

Harga Pasaran ialah sekitar RM10-RM200 bergantung kepada saiz, jumlah daun dan warna keputihan daunnya.

.

13. Keladi Tengkorak Black Velvet
Corak daun yang unik

Pokok keladi tengkorak black velvet ini juga merupakan jenis keladi hiasan yang popular sebagai tanaman hiasan dalam rumah. Daunnya berwarna hijau dan batangnya bewarna hijau muda. Keladi black velvet ini memerlukan cahaya matahari dan air yang mencukupi untuk hidup subur dan segar. Jika diletakkan di dalam rumah, letakkan seketika di luar rumah untuk mendapatkan cahaya matahari.

Pokok keladi tengkorak black velvet ini mempunyai kandungan Calcium Oxalate yang beracun dan boleh menyebabkan allergi dan keracunan kepada manusia dan haiwan ternakan. Letak pada tempat yang jauh dari capaian golongan yang berisiko jika diletakkan di dalam rumah terutamanya bayi, kanak-kanak, kucing dan juga anjing.

Antara simptom keracunan calcium oxalate pokok keladi ialah kegatalan dan tindakbalas alahan pada bahagian yang terkena pokok keladi. Jika termakan, boleh menyebabkan ketidakselesaan pada bahagian mulut dan boleh menyebabkan simptom-simptom seperti keracunan makanan.

Harga Pasaran ialah sekitar RM30-RM300 bergantung kepada saiz, jumlah daun dan warna kehitaman daunnya.

.

14. Keladi Tembikai
Warnanya seperti tembikai

Pokok keladi tembikai ini merupakan keladi yang agak popular sebagai tanaman hiasan dalam rumah dan juga di luar rumah. Daunnya berwarna merah terang dan ini menjadikannya sangat cantik. Keladi tembikai ini memerlukan cahaya matahari, baja dan air yang mencukupi untuk hidup subur dan segar agar warna merahnya kekal bermaya.

Keladi tembikai ini juga mempunyai Calcium Oxalate yang beracun dan boleh menyebabkan allergi dan keracunan kepada manusia dan haiwan ternakan. Justeru, perlu diletakkan pada tempat yang jauh dari capaian golongan yang berisiko jika diletakkan di dalam rumah terutamanya bayi, kanak-kanak, kucing dan juga anjing.

 Harga Pasaran ialah sekitar RM30-RM400 bergantung kepada saiz, jumlah daun dan warna kemerahan daunnya.

.

15. Keladi Tikus
Kelompok yang cantik

Pokok keladi tikus ini merupakan keladi yang agak popular sebagai tanaman hiasan dan juga sebagai tumbuhan yang digunakan dalam perubatan tradisional. Daunnya berwarna hijau terang dan ini menjadikan kelompok pokoknya kelihatan sangat cantik.

Keladi tikus ini mempunyai spesies yang beracun dan juga ada yang tidak beracun dan boleh digunakan oleh manusia. Spesies yang tidak beracun inilah yang dijadikan ubatan tradisional. Bentuk bunganya yang seakan-akan ekor tikus menyebabkan ia mendapat gelaran Keladi Tikus. Termasuk dalam kategori Araceae, berketinggian antara 25 hingga 30cm.

Harga Pasaran ialah sekitar RM10-RM50 bergantung kepada saiz kelompok dan kesuburan pokoknya.

.

16. Keladi Kemoyang
Cantik sebagai hiasan dalam rumah

Pokok keladi kemoyang ini merupakan keladi yang agak popular sebagai tanaman hiasan di dalam rumah. Daunnya berwarna hijau terang berbentuk bulat dan ini menjadikan kelompok pokoknya kelihatan sangat cantik.

Keladi kemoyang ini adalah spesies keladi yang beracun dan mempunyai calcium oxalate di dalamnya. Bahan kimia ini boleh menyebabkan alahan kepada kulit manusia dan haiwan.

Harga Pasaran ialah sekitar RM30-RM200 bergantung kepada saiz kelompok, saiz daun dan kesuburan pokoknya.

.

17. Keladi Tengkorak Hijau
Bentuk daunnya yang cantik

Pokok keladi tengkorak hijau ini merupakan keladi yang agak popular sebagai tanaman hiasan dalam rumah. Daunnya berwarna hijau gelap dan berkilat dengan salutan lilin menjadikannya sangat cantik bila dilihat. Keladi tengkorak hijau ini memerlukan cahaya matahari dan air yang mencukupi untuk hidup subur dan segar. Jika diletakkan di dalam rumah, letakkan seketika di luar rumah untuk mendapatkan cahaya matahari.

Pokok keladi tengkorak hijau ini mempunyai kandungan Calcium Oxalate yang beracun dan boleh menyebabkan allergi dan keracunan kepada manusia dan haiwan ternakan. Letak pada tempat yang jauh dari capaian golongan yang berisiko jika diletakkan di dalam rumah seperti kanan-kanak dan haiwan peliharaan.

Antara simptom keracunan calcium oxalate pokok keladi ialah kegatalan dan tindakbalas alahan pada bahagian yang terkena pokok keladi. Jika termakan, boleh menyebabkan ketidakselesaan pada bahagian mulut dan boleh menyebabkan simptom-simptom seperti keracunan makanan.

Harga Pasaran ialah sekitar RM30-RM300 bergantung kepada saiz, jumlah daun dan warna kehijauan daunnya.

.

18. Keladi Tricolor
Gabungan warna yang ringkas tapi cantik

Pokok keladi tricolor ini merupakan keladi yang agak popular sebagai tanaman hiasan dalam rumah. Daunnya gabungan daripada warna hijau, putih, sedikit merah dan berkilat menjadikannya sangat cantik bila dilihat.

Pokok keladi ini mempunyai kandungan Calcium Oxalate yang beracun dan boleh menyebabkan allergi dan keracunan kepada manusia dan haiwan ternakan. Jauhkan daripada capaian golongan yang berisiko jika diletakkan di dalam rumah seperti kanan-kanak dan haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing.

Antara simptom keracunan calcium oxalate pokok keladi ialah kegatalan dan kebas pada bahagian mulut.

Harga Pasaran ialah sekitar RM10-RM50 bergantung kepada saiz, jumlah daun dan corak pada daunnya.

.

Cantik Sungguh Keladi Ini,

Dilihat Mari Berseri- Seri,

Sekian Dulu Kali Ini,

Keladi Popular Untuk Dicari.

.

Semoga Bermanfaat Kepada Semua, Sila SHARE dengan rakan-rakan ya

sumber: pokokkeladi,com