"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Free For Palestine. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Free For Palestine. Papar semua catatan

Selasa, 28 Oktober 2025

Ketika Dunia Fokus ke Gaza, West Bank JANGAN LUPA...

 Ketika Dunia Fokus ke Gaza, West Bank JANGAN LUPA...

Hari ini, seluruh dunia tertumpu kepada Gaza tentang "gencatan senjata", bantuan kemanusiaan dan harapan untuk damai - yang tak cukup tiba...

Tapi jangan lupa, di Tebing Barat (West Bank), kezaliman terus berlaku tanpa henti.

Bayangkan... sekarang ni musim menuai buah zaitun, yang sepatutnya jadi musim paling indah buat rakyat Palestin, masa keluarga berkumpul, panjat pokok zaitun, petik buah hasil tanah mereka sendiri.. tapi kini bertukar menjadi musim ketakutan.

Menurut laporan Al Jazeera, keganasan oleh peneroka haram Israel semakin meningkat. Petani Palestin diserang ketika mereka cuba menuai zaitun di tanah milik sendiri. 

Pokok-pokok zaitun ada yang berusia ratusan tahun, yang diwarisi turun-temurun, ditebang dan dimusnahkan di depan mata pemiliknya.

*Gambar petani/pekebun dihalang tentera lsraelI

Serangan ni sengaja untuk membuatkan rakyat Palestin takut, rasa tidak selamat, dan akhirnya tinggalkan tanah mereka sendiri.

Padahal, buah zaitun adalah sumber kehidupan bagi mereka.

Menurut data Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), antara 80,000 hingga 100,000 keluarga Palestin bergantung kepada pokok zaitun dan minyak zaitun sebagai sumber pendapatan utama atau sampingan.

Bayangkan, satu pohon zaitun yang dibakar bukan hanya kehilangan sebatang pokok tapi hilangnya rezeki sebuah keluarga.

Seorang petani berkata dalam nada sebak:

“Zaitun kami bukan sekadar buah. Ia simbol kehidupan kami. Bila mereka bakar pokok zaitun, mereka cuba bakar identiti kami.”

Inilah wajah sebenar penjajahan.

Bukan hanya melalui roket dan bom di Gaza, tapi juga dengan mencabut akar kehidupan rakyat Palestin di West Bank satu demi satu, pokok demi pokok, kampung demi kampung.

Apa pendapat anda?

-ik

dari pandang mata timur tengah

PS: Jangan berhenti bersuara. Jangan berhenti peduli.

Dan kalau anda nak bina kekuatan ekonomi sendiri supaya mampu bantu lebih ramai dan berdiri di atas kaki sendiri, sertai sesi percuma 📍Webinar “Nak Jual Apa? Mulakan Perniagaan Dari Zero… Dari Rumah”. Klik di sini www.MulaDariRumah.com

Kerana dalam dunia hari ini, kebebasan ekonomi juga satu bentuk perjuangan.

Khamis, 16 Oktober 2025

Peace 2025: Gencatan Senjata G dan Isyarat Baharu Kuasa Dunia?

 “Peace 2025: Gencatan Senjata G dan Isyarat Baharu Kuasa Dunia?"

Di Sharm el-Sheikh, dunia menyaksikan detik bersejarah apabila pemimpin dari pelbagai negara duduk semeja menandatangani perjanjian gencatan senjata di G. Di atas pentas yang dihiasi panji-panji antarabangsa, Donald Trump berdiri teguh bersama pemimpin Mesir, Qatar dan Turkiye, mengumumkan apa yang disebut sebagai “permulaan era baharu untuk Timur Tengah.”

Dalam ucapannya, Trump menggambarkan masa depan yang penuh harapan untuk G, seolah-olah tanah yang hancur ini akan dibangunkan semula menjadi kota moden. Beliau memuji para pengantara serantau yang katanya berjaya membawa keamanan selepas dua tahun peperangan yang memusnahkan ribuan nyawa. Dengan penuh keyakinan, beliau menyatakan bahawa “pembinaan semula adalah bahagian paling mudah,” lalu menegaskan bahawa tiada siapa di dunia yang lebih tahu cara membina semula selain mereka.

Satu persoalan yang masih menghantui ramai pemerhati dunia. Siapa sebenarnya yang memusnahkan G? Siapa tangan-tangan jahat yang menekan butang peluru berpandu hingga seluruh kota bertukar menjadi debu? Dua tahun lamanya bumi itu dibedil tanpa henti, namun di pentas megah Sharm el-Sheikh, tiada satu pun pemimpin berani menyebut nama penjenayah sebenar di hadapan dunia. Mereka bersorak atas nama keamanan, sedangkan darah rakyat G belum pun kering di tanah mereka sendiri.

Kita faham pentingnya pembangunan semula, tetapi bagaimana mungkin sebuah tamadun baharu ingin dibina di atas kezaliman yang belum diadili? Dalam kalangan puluhan pemimpin yang berdiri di belakang Trump, tiada satu pun yang menuntut agar mereka yang memusnahkan G dibawa ke muka keadilan. Dunia seolah-olah buta terhadap hakikat bahawa keamanan tanpa pertanggungjawaban hanyalah ilusi yang akan hancur semula apabila angin politik bertiup ke arah lain.

Disebalik nada damai itu, tersirat makna yang jauh lebih besar. Ucapan Trump bukan sekadar menandakan berakhirnya serangan, tetapi permulaan kepada penyusunan semula kuasa geopolitik di Timur Tengah. Pembinaan semula G akan dijadikan model baharu untuk pelaburan global yang dikawal oleh kuasa-kuasa besar.

Kehadiran Mesir sebagai tuan rumah memberi isyarat jelas bahawa Kaherah mahu mengukuhkan kedudukannya sebagai penjaga sempadan dan pintu utama ke G. Mesir kini menjadi pusat logistik kemanusiaan yang menghubungkan dunia Arab dengan Barat. Dalam masa yang sama, Mesir memperoleh kedudukan strategik baharu sebagai penjaga laluan perdagangan Laut Merah yang semakin penting.

Qatar pula memainkan peranan yang jauh lebih "complicated". Doha ialah pengantara yang dipercayai semua pihak, menjadi jambatan antara Barat dan kumpulan pejuang P. Dengan reputasinya sebagai penyumbang dana kemanusiaan, Qatar memastikan pengaruhnya tidak akan pudar walaupun selepas letupan senjata berhenti berbunyi.

Turkiye hadir sebagai penyeimbang kepada dominasi Mesir dan memberi sentuhan Islamik dalam rundingan ini. Presiden Erdoğan membawa suara dunia Muslim dengan tegas bahawa keamanan tidak akan bermakna tanpa keadilan. Dalam masa yang sama, Turkiye menawarkan kepakaran pembinaan, tenaga dan industri berat bagi membangunkan semula G.

Dari Eropah pula, kehadiran Perancis, United Kingdom, Itali dan Jerman menunjukkan kepentingan ekonomi yang besar. Mereka hadir bukan hanya atas nama kemanusiaan tetapi kerana melihat G sebagai pasaran baharu untuk teknologi air, tenaga dan prasarana. Kehadiran Setiausaha Agung PBB António Guterres dan Liga Arab pula memberi sentuhan sah kepada perjanjian itu, menjadikannya kelihatan "seimbang" di mata dunia.

Trump menekankan keperluan nyahketenteraan G sebagai asas kepada proses pembinaan semula. Ia kedengaran seperti langkah keselamatan, tetapi di sisi lain ia memberi peluang kepada Amerika untuk menentukan struktur keselamatan baharu yang berpusat di bawah kawalan sekutu mereka. Sebenarnya "Money, money, money".

Perjanjian “Peace 2025” ini juga memberi ruang besar kepada Eropah untuk memainkan peranan ekonomi. Negara-negara seperti Jerman dan Itali dilapor akan menaja projek tenaga solar dan rawatan air, sementara syarikat-syarikat pembinaan dari Turkiye dan Qatar akan menjadi peneraju utama pembinaan semula rumah dan sekolah.

Namun di balik janji pembangunan, tersembunyi risiko besar yang mereka ini tak mahu sebut. Setiap pelaburan akan datang dengan syarat. Setiap kontrak akan membawa kuasa. Jika tidak berhati-hati, G yang baru akan dibina di bawah pengawasan antarabangsa yang terlalu ketat hingga rakyatnya terkurung dalam tembok yang lebih senyap daripada sebelumnya.

Rakyat P mungkin akan menikmati bekalan elektrik dan sekolah baharu, tetapi jika hak mereka untuk menentukan nasib sendiri tidak diiktiraf, maka pembangunan itu hanya menjadi topeng bagi sebuah penjajahan gaya baharu. Dunia mungkin melihat keamanan, sedangkan jiwa G terus dibelenggu dalam sistem kawalan yang kompleks.

Mesir beruntung kerana peranannya kini menjadi nadi diplomasi serantau. Sharm el-Sheikh berubah menjadi ibu kota baharu rundingan antarabangsa, menggantikan Geneva sebagai pentas perbincangan dunia Arab. Qatar pula memperoleh pengaruh luar biasa dalam Majlis Kerjasama Teluk, manakala Turkiye mengukuhkan pengaruhnya sebagai kuasa Islam yang tidak tunduk sepenuhnya pada Barat.

Namun kehadiran Mahmoud Abbas bagi mewakili Autoriti P menimbulkan persoalan tentang legitimasi. H yang lebih berakar di lapangan tidak berada di meja utama, walaupun merekalah pihak yang mengangkat senjata mempertahankan G. Inilah paradoks paling besar dalam perjanjian ini dimana suara rakyat yang paling terkesan tidak berada di kerusi rundingan. Apapun diharap mereka bersatu tidak kisah siapa wakilnya demi ummah. 

Eropah menggunakan momentum ini untuk menunjukkan bahawa mereka masih relevan di pentas global. Setelah bergelut dengan krisis ekonomi dan ketegangan dalaman, projek pembinaan semula G menjadi peluang untuk membina imej semula sebagai pelindung nilai kemanusiaan. Dalam senyap, Eropah turut memastikan syarikat mereka menjadi penerima utama kontrak infrastruktur.

Amerika pula tidak datang dengan tangan kosong. Mereka hadir dengan agenda jelas untuk mengawal arus geopolitik selepas era peperangan. “Peace 2025” bukan sahaja tentang G tetapi juga tentang imej Amerika sebagai kuasa yang mampu menamatkan konflik setelah dua dekad hanya dikenali kerana mencetuskannya.

Bagi Trump, ini adalah pentas politik yang sempurna baginya. Dunia Islam pula melihatnya sebagai ujian sejauh mana suara mereka benar-benar diambil kira atau sekadar menjadi perhiasan di meja rundingan.

Dalam kesibukan ucapan dan sidang media, rakyat G masih hidup di antara runtuhan. Mereka menunggu air bersih, makanan, ubat dan keamanan sebenar. Bagi mereka, “Peace 2025” hanya akan bermakna jika ia menghadirkan kehidupan yang manusiawi, bukan sekadar janji di podium.

Apa yang kita lihat ialah permulaan kepada fasa geopolitik baharu. Timur Tengah sedang disusun semula dengan cara yang lebih halus. Kuasa besar tidak lagi menakluk dengan senjata, tetapi dengan pinjaman, kontrak dan dasar ekonomi. G menjadi papan ujian seterusnya bagi model ini.

MasyaAllah, dunia menyaksikan satu babak besar dalam sejarah manusia. Umat Islam perlu bersatu hati, menolak perpecahan dan berhenti menembak sesama sendiri. Jika kita benar-benar mahu melihat bumi P bebas, maka kesatuan dan hikmah mesti menjadi senjata utama dalam perjuangan ini.

---

Source 

Khamis, 2 Oktober 2025

PMX Anwar Ibrahim Kecam Tindakan Isbiol Rampas Flotilla Sumud: Apa Maknanya Kepada Malaysia dan Dunia?

 "PMX Anwar Ibrahim Kecam Tindakan Isbiol Rampas Flotilla Sumud: Apa Maknanya Kepada Malaysia dan Dunia?" 

Kapal-kapal dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla sudah berhari-hari meredah ombak, membawa ubat-ubatan, makanan dan doa jutaan manusia agar bantuan itu sampai ke G.

Namun, seperti dijangka, ia tidak disambut dengan tangan terbuka. Tentera laut Isbiol menceroboh perairan antarabangsa dan merampas kapal-kapal ini, menahan para aktivis dan menutup laluan terakhir yang diharapkan rakyat P.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak menunggu lama untuk mengangkat suara. Beliau mengecam tindakan Isbiol itu sebagai satu penghinaan terang-terangan, bukan sahaja kepada rakyat P, tetapi juga kepada hati nurani seluruh dunia. Dalam nada tegas, beliau menyatakan Malaysia akan menggunakan segala saluran undang-undang antarabangsa bagi memastikan Isbiol dipertanggungjawabkan.

Kapal-kapal itu tidak bersenjata. Ia dipenuhi manusia biasa yang hanya membawa makanan, ubat dan bantuan asas. Namun, mereka diperlakukan seolah-olah ancaman ketenteraan. Dunia dapat melihat dengan jelas bagaimana Isbiol mempergunakan kuasa untuk menekan orang awam. Ia adalah pelanggaran undang-undang maritim antarabangsa yang tidak boleh disapu di bawah karpet.

Anwar Ibrahim menekankan bahawa keselamatan warganegara Malaysia dalam flotilla adalah keutamaan. Malaysia tidak akan membiarkan rakyatnya diancam atau diperlakukan tanpa maruah di lautan terbuka. Kenyataan ini adalah mesej jelas kepada dunia bahawa Malaysia tidak gentar bersuara walaupun lawannya adalah kuasa yang disokong blok Barat.

Rampasan flotilla ini bukan perkara baharu. Dunia masih ingat tragedi Mavi Marmara pada 2010 apabila tentera laut Isbiol menyerang kapal bantuan dan menembak mati aktivis antarabangsa di perairan antarabangsa. Lima belas tahun kemudian, sejarah itu berulang. Bezanya kali ini teknologi dan media membolehkan setiap saat dirakam, setiap tindakan disebarkan dan setiap kezaliman ditelanjangkan.

PMX menyatakan, selagi rakyat P dinafikan hak mereka, Malaysia akan terus berdiri bersama tanpa goyah. Beliau tidak sekadar bercakap tentang diplomasi, tetapi tentang maruah. Misi flotilla adalah simbol keberanian manusia biasa yang menolak untuk tunduk pada KEKEJAMAN dan Malaysia memilih untuk berdiri di sisi mereka.

Apa yang berlaku di laut ini adalah ujian geopolitik. Isbiol mahu menunjukkan dominasi penuh, bahawa tiada siapa boleh mengalirkan bantuan tanpa kebenarannya. Amerika Syarikat pula akan mengangkat alasan keselamatan, padahal dunia tahu ini adalah pelanggaran undang-undang antarabangsa secara terang-terangan.

Malaysia muncul sebagai suara Global South yang berani. Negara kecil yang tidak memiliki kapal perang besar atau pengaruh VETO tetapi berani menyuarakan kebenaran. Kenyataan PMX memberi gema lebih besar kerana Malaysia tidak mencari laba politik atau keuntungan ekonomi. Suara kita datang dari prinsip, dari hati yang peduli kepada keadilan.

Tindakan Isbiol ini sekali lagi menelanjangkan kelemahan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Apabila kapal kemanusiaan pun dihalang, dan dunia hanya diam kerana kuasa veto melindungi penjajah, apakah lagi nilai PBB di mata dunia? Inilah yang dimaksudkan Anwar: kita tidak boleh biarkan sistem antarabangsa ini terus lumpuh.

Bagi rakyat Malaysia, kenyataan ini membawa makna besar. Ia menunjukkan negara tidak akan berdiam diri apabila rakyat sendiri yang turut berada dalam flotilla diperlakukan dengan ancaman. Ia juga membina imej Malaysia sebagai negara yang tidak takut pada tekanan kuasa besar apabila menyuarakan kebenaran.

Sejarah P mengajar kita bahawa penjajah tidak pernah jujur dengan perjanjian. Mereka mencipta garis sempadan, menandatangani deklarasi, lalu melanggarnya tanpa rasa malu. Rampasan flotilla di laut ini adalah sambungan daripada sejarah panjang tipu daya kuasa besar, daripada Sykes-Picot hingga ke blokade G hari ini.

Apa yang dilakukan oleh tentera laut Isbiol semalam adalah bukti bahawa mereka tidak gentar melanggar undang-undang kerana mereka tahu akan dilindungi sekutu. Tetapi kenyataan PMX membuktikan ada suara lain yang tidak rela berdiam. Walaupun Malaysia tidak mempunyai kekuatan tentera sebesar mereka, suara moral tetap tajam jika diungkap dengan tegas.

Bagi mereka yang memahami undang-undang laut antarabangsa, tindakan ini jelas pelanggaran. Flotilla berada di perairan antarabangsa, membawa misi kemanusiaan, tidak bersenjata dan tidak mengancam mana-mana pihak. Menghalangnya adalah tindakan kejam, lebih-lebih lagi menahan sukarelawan yang hanya membawa ubat dan makanan.

Reaksi keras Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim juga isyarat kepada dunia Islam. Malaysia tidak akan memandang ke belakang apabila Masjidil Aqsa, tanah P dan nyawa rakyatnya terus dipermainkan. Ini bukan lagi isu politik, ini adalah isu iman dan kemanusiaan.

MasyaAllah, misi flotilla ini adalah nyawa yang mewakili suara orang ramai. Mereka membawa bukan sekadar beras atau ubat tetapi harapan. Apabila harapan itu dirampas di tengah laut, dunia melihat siapa yang sebenarnya zalim. Dan Malaysia melalui PMX menegaskan, perjuangan ini tidak akan padam.

Selagi ada manusia yang berani melangkah ke laut membawa bekalan untuk mereka yang terkepung, selagi itu semangat solidariti tidak akan mati. Dan selagi ada negara yang berani bersuara seperti Malaysia, selagi itu dunia tahu keadilan masih ada ruang untuk diperjuangkan.

Source