"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Jepun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jepun. Papar semua catatan

Rabu, 21 Ogos 2024

Gempar:Kemas rumah, jumpa rangka ibu sendiri

 BOS firma pembersihan itu berkata, penemuan invididu

BOS firma pembersihan itu berkata, penemuan individu

Tokyo: Menggemparkan apabila tukang cuci profesional yang diupah untuk mengemas rumah seorang lelaki Jepun, terjumpa rangka manusia yang kemudian dikenal pasti sebagai ibu kandung pemilik kediaman itu yang hilang sejak sedekad lalu.

Lelaki itu bagaimanapun tinggal bersendirian di rumah itu selepas ibunya 'hilang' kira-kira 10 tahun lalu.

South China Morning Post (SCMP) melaporkan, penemuan mengerikan di wilayah Kyoto Jepun itu menarik perhatian netizen di China.

Lelaki muda itu mengupah sebuah syarikat pembersihan untuk membersihkan empat bilik tidurnya, yang dipanggilnya sebagai rumah sampah.

Bapanya meninggal dunia beberapa tahun kemudian dan kakaknya berpindah untuk bekerja.

Memandangkan dia mendapat pekerjaan baharu dan mahu berpindah, lelaki itu mengupah syarikat pembersihan profesional yang menghantar lapan pekerja untuk menyelesaikan kerja itu dalam masa tujuh jam.

Bagaimanapun, selepas tiga jam bekerja, pekerja terbabit membuat penemuan mengejutkan.

Ketika mereka mengangkat selimut dan tempat tidur lama, mereka melihat tulang manusia dan pada mulanya, mereka menyangka ia adalah model rangka manusia sebelum memaklumkan pemilik rumah.

Mengesyaki rangka itu milik ibunya, pemilik rumah berkenaan segera menghubungi polis, yang kemudian mengesahkan perkara berkenaan.

Lelaki itu berkata, ibunya mungkin meninggal dunia di dalam bilik.

Menurutnya lagi, ibu sering meninggalkan rumah selama berhari-hari tanpa notis dan jarang bercakap dengan sesiapa.

"Kemungkinan ibu saya kembali selepas beberapa hari pergi dan tiada sesiapa dalam keluarga yang menyedarinya.

"Oleh kerana rumah itu dipenuhi dengan sampah yang berbau busuk, tiada siapa yang menyedari bau yang luar biasa," katanya.

Punca kematiannya dan sebarang kemungkinan tindakan undang-undang terhadap keluarga itu belum didedahkan.

Kerja pembersihan akhirnya selesai pada Februari lalu, dan ia menelan belanja 500,000 yen (kira-kira RM15,027).

Rumah itu pernah didiami bersama ibu bapa dan kakaknya, dengan tidak seorang pun berminat untuk mengemas kediaman itu.

-myMetro 

Ahad, 23 Jun 2024

Pulau Aogashima: Keajaiban Alam di Tengah Laut Filipina

 Pulau Aogashima: Keajaiban Alam di Tengah Laut Filipina

MasyaAllah, Pulau Aogashima adalah sebuah keajaiban alam yang terletak di Prefektur Tokyo, Jepun. Pulau terpencil ini mempunyai ciri-ciri geologi yang unik dengan dua kawah gunung berapi, di mana sebuah kon gunung berapi kecil muncul di dalam kawah yang lebih besar. Lanskap gunung berapi yang aktif ini terus mengingatkan kita tentang keindahan semula jadi pulau yang liar dan tidak terusik.

Geografi dan Sejarah Pulau Aogashima

Pulau Aogashima terletak di Laut Filipina, kira-kira 358 kilometer di selatan Tokyo dan merupakan sebahagian daripada Kepulauan Izu. Pulau ini terbentuk daripada sisa-sisa kawah gunung berapi yang bertindih dan mempunyai panjang kira-kira 3.5 km serta lebar maksimum 2.5 km. Kawah yang paling dominan dikenali sebagai Ikenosawa dengan diameter sekitar 1.5 km, manakala kon gunung berapi Maruyama terletak di tengah kawah ini.

Pulau ini telah menyaksikan beberapa letusan gunung berapi yang besar, dengan letusan terakhir berlaku pada tahun 1785 yang menyebabkan kematian sekitar 130-140 orang daripada populasi 327 orang pada masa itu. Sejak itu, tidak ada aktiviti gunung berapi yang signifikan, tetapi pulau ini masih dianggap aktif dan diawasi secara rapi oleh Agensi Meteorologi Jepun.

Aktiviti dan Tarikan di Pulau Aogashima

Mendaki dan Berkhemah: Pulau ini menawarkan pemandangan yang menakjubkan dengan tebing-tebing curam, hutan yang subur, dan pemandangan panoramik. Pengunjung boleh mendaki di sekitar kon gunung berapi Maruyama dan menikmati keindahan semula jadi pulau ini. Terdapat juga kemudahan perkhemahan di mana pengunjung boleh berkhemah di bawah langit yang penuh bintang.

Mata Air Panas Semulajadi: Pulau ini diberkati dengan mata air panas semulajadi yang boleh digunakan untuk berendam dan merehatkan badan. Mata air panas ini kaya dengan mineral dan memberikan pemandangan yang menenangkan dari lautan sekitar.

Sauna Geoterma: Fureai Sauna adalah tempat di mana pengunjung boleh menggunakan wap geoterma untuk memasak makanan. Telur boleh dimasak dalam masa kira-kira 20 minit dan kentang dalam masa kira-kira 40 minit menggunakan wap panas dari bumi.

Bintang Mengerdip: Pulau Aogashima adalah salah satu tempat terbaik di Jepun untuk melihat bintang. Ketiadaan pencahayaan buatan menjadikan langit malam di pulau ini sangat jelas dan indah. Observatori Oyama adalah tempat yang popular untuk memerhati bintang di pulau ini.

Budaya dan Komuniti: Walaupun terpencil, pulau ini mempunyai komuniti kecil yang mesra. Pengunjung boleh melawat Kampung Aogashima, satu-satunya penempatan di pulau ini, untuk merasai budaya tempatan dan mencuba masakan tradisional yang dibuat daripada bahan-bahan segar yang diperoleh dari alam sekitar pulau.

Bagaimana untuk ke Pulau Aogashima?

Untuk sampai ke Pulau Aogashima, pengunjung boleh menaiki feri dari Tokyo ke Pulau Hachijojima, yang mengambil masa kira-kira 10 jam. Dari Hachijojima, pengunjung boleh menaiki helikopter yang mengambil masa kira-kira 20 minit untuk sampai ke Aogashima. Terdapat juga feri kecil yang beroperasi antara Hachijojima dan Aogashima, tetapi perjalanannya bergantung pada keadaan cuaca dan laut.

Cuaca di Pulau Aogashima

Cuaca di Pulau Aogashima umumnya sederhana sepanjang tahun dengan suhu purata sekitar 15-25 darjah Celsius. Walau bagaimanapun, pulau ini boleh mengalami angin kencang dan ribut tropika pada musim panas, yang boleh mempengaruhi perjalanan feri dan helikopter. Pengunjung dinasihatkan untuk memeriksa ramalan cuaca sebelum merancang perjalanan mereka.

Kesimpulan

Pulau Aogashima adalah contoh keagungan ciptaan Allah yang Maha Berkuasa. Walaupun terpencil dan terdedah kepada risiko gunung berapi, keindahan alam semula jadi dan budaya uniknya menjadikan pulau ini destinasi yang menakjubkan. Melawat Aogashima memberikan peluang untuk mengalami keindahan alam yang tidak terusik dan ketenangan yang jarang ditemui di dunia moden. Bagi mereka yang mencari pengembaraan dan kedamaian, Aogashima adalah destinasi yang sempurna. MasyaAllah, betapa indahnya ciptaan Tuhan yang memberi kita peluang untuk menikmati keajaiban alam ini.

John Cosmos II

Credit 

Ahad, 4 Februari 2024

Piala Asia:Jepun yang dijangka menjadi juara dihantar pulang sebelum masuk separuh akhir


 2 bulan sebelum Piala Asia, persiapan Jepun memang nampak akan kuasai Asia dan Piala Asia tampak jelas akan ke Jepun.

 Rekod persahabatan matches dan WCQ memang sangat impressive. 

Bermula dengna kalahkan El Salvador 6-0, kalahkan Peru 4-1, kalahkan German 4-1, kalahkan Turkey 4-2, kalahkan Canada 4-1 dan kalahkan Tunisia 2-0. 

Kemudian di WCQ mereka kitai Myanmar dan Syria 5-0. 

Sebelum kick-off Piala Asia, dalam friendly mereka, Thailand dan Jordan di lanyaknya masing2 dgn 5-0 & 6-1. 

Jepun telah dilihat sebagai calon no 1 untuk juarai Piala Asia.

Tapi bermulanya game competitive di Piala Asia, mereka tumbang pada Iraq 1-2 walau kalahkan dua pasukan ASEAN Vietnam dan Indonesia.

Di R16, Jepun diletakkan bertemu juara Kumpulan E, Bahrain dan mereka menang 3-1. 

Tetapi di Quarter Final, Jepun diletakkan cabaran terbesar bertemu pasukan no 1 Asia. Iran. Walau leading 1-0 pada mulanya, tapi Jepun gagal tambah score mereka hingga Iran berjaya lakukan comeback dan seri 1-1.  

Game yang seakan melarat ke extra time tiba2 pemain Jepun lakukan mistake yang akan dikesalinya sepanjang kariernya. 

Iran dapat penalti di minit ke 4 masa tambahan 4 minit. Akhirnya Jepun tumbang walaupun cuba melakukan last minute attack dengan 9 orang menyerang. 

Akhirnya Jepun tersingkir dan Jepun dihantar pulang oleh Iran tanpa mampu mara ke Separuh Akhir di Piala Asia.

Begitulah bolasepak. Jordan yang dikitainya habis-habisan 3 hari sebelum bermula Piala Asia dgn 6-1 kini ke Semi Final malah ada harapan cerah ke final tapi prospek Juara Piala Asia sudah pun mulakan perjalanan mereka ke Sheikh Hamad Airport untuk mulakan perjalanan pulang selama 13 jam atau mungkin semua terus pulang ke kelab masing2 di Eropah.

Qatar seperti diramal mara ke semi final tapi cabaran Uzbekistan agak mengejutkan hingga mengheret game ke penalty shoot-out. 

Will it be an All Arabs Asian Cup Final? Kita tunggu.

Sumber Fb 

Isnin, 27 Disember 2021

Wow..Cipta skrin boleh dijilat

 SEORANG wanita merasa skrin TV ciptaan Miyashita. FOTO ABC7.

SEORANG wanita merasa skrin TV ciptaan Miyashita. FOTO ABC7.

Tokyo: Seorang pakar sains dan teknologi di Jepun memperkenalkan ciptaan terbaharunya iaitu skrin televisyen yang boleh dijilat untuk merasa makanan.

Homei Miyashita yang juga Profesor Madya Sekolah Sains dan Teknologi Universiti Meiji berkata, ciptaannya Rasa TV menggunakan gabungan 10 perisa bagi menghasilkan rasa makanan yang digambarkan skrin.

Profesor terbabit berkata beliau yakin teknologi itu akan membantu orang ramai yang sukar atau tidak boleh melancong untuk menikmati sampel rasa makanan daripada seluruh dunia.

"Saya sedang memikirkan untuk membuat platform di mana cita rasa dari seluruh dunia boleh diedarkan sebagai 'kandungan rasa'.

"Ia sama seperti menonton filem atau mendengar lagu yang anda gemari," katanya yang menunjukkan demonstrasi merasa televisyen itu.

Miyashita berharap orang ramai boleh memuat turun dan menikmati rasa makanan daripada restoran terkenal tidak kira di mana sahaja di masa hadapan.

Dalam laman web kolejnya, pensyarah itu menjelaskan hasil kerjanya menyasarkan untuk "mengkaji hubungan antara manusia dan kandungan."

"Saya percaya kita tidak boleh membina hubungan manusia-kandungan baharu melainkan kita menetapkan kandungan yang sama pentingnya dengan makanan dan udara," tulisnya.-myMetro

Selasa, 12 Oktober 2021

Kelayakan Piala Dunia 2022: Rekod Tanpa Kalah Australia Lebur Di Tangan Jepun

 


Jepun kini menyalakan harapan untuk raih tiket ke Piala Dunia 2022 apabila menewaskan pendahulu kumpulan B, Australia 2-1 dalam saingan kelayakan di Stadium Saitama sebentar tadi sekaligus meleburkan rekod tanpa kalah pasukan itu dalam 11 perlawanan.

Perlawanan ini cukup penting bagi pasukan Jepun kerana mereka memerlukan 3 mata untuk menghidupkan peluang merebut tiket automatik ke Piala Dunia setelah mencatat 2 kekalahan ketika menentang Oman dan Arab Saudi.

Sebaik sahaja pengadil meniup wisel sepak mula, pasukan kendalian Hajime Moriyasu itu bermula dengan garang dan kerap memberi tekanan kepada benteng pertahanan Australia.

Hasilnya, mereka memperolehi gol pembukaan melalui rembatan  Ao Tanaka seawal minit ke 8 di dalam kotak penalti hasil hantaran cantik daripada Takumi Minamino. Keputusan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Memasuki babak kedua, Australia bangkit mengatur serangan dan mereka memperolehi satu sepakan percuma pada minit ke 68.

Ajdin Hrustic mengambil kesempatan menyempurnakan sepakan percuma tersebut dengan rembatan lencong yang terkena palang sebelum masuk ke gawang menewaskan penjaga gol Jepun, Shuichi Gonda.

Jaringan penyamaan tersebut tidak mematahkan semangat Jepun untuk terus mencari gol kedua walaupun berdepan kesukaran untuk menembusi benteng pertahanan Australia yang lebih mempunyai kelebihan dari segi fizikal.

Bagaimanapun, tuah berpihak kepada pasukan tuan rumah apabila pemain Australia, Aziz Behich melakukan kesilapan dengan menolak masuk bola lambungan Takuma Asano pada minit ke 85 sekaligus menghadiahkan gol kemenangan untuk Jepun.

Australia cuba membantah gol itu dan meminta pengesahan melalui Video Bantuan Pengadil (VAR) kerana pemain Jepun didakwa berada dalam kedudukan offside. Bantahan tersebut tidak diterima dan pengadil mengesahkan jaringan itu menjadi milik Jepun.

Dengan kemenangan ini, Jepun kini berada di kedudukan ketiga dengan 6 mata dan berpeluang merampas kedudukan dua teratas jika mereka konsisten mengutip 3 mata dalam baki perlawanan yang akan datang.

-vocketfc.com

Sabtu, 2 Oktober 2021

Kerana Cinta, Puteri Diraja Jepun Sanggup Tolak Tawaran RM5.17 Juta Untuk Kahwini Orang Biasa


Demi cinta, anak Putera Mahkota Jepun, Putera Akishino iaitu Puteri Diraja Jepun, Puteri Mako, 29 tahun bukan sahaja sanggup menolak bayaran $1.3 juta (RM5.17 juta) yang ditawarkan kepadanya tetapi juga sanggup melangsungkan perkahwinan tanpa majlis besar-besaran.

 Beliau yang juga merupakan anak saudara Maharaja Jepun, Maharaja Naruhito bakal menamatkan zaman bujangnya bersama tunangannya yang daripada kalangan orang biasa, Kei Komuro, 29 tahun pada 26 Oktober ini. 

Sumber: Page Six 

 Keduanya kemudian dilaporkan akan berhijrah ke Amerika Syarikat, di mana Komuro akan meneruskan kerjayanya sebagai peguam. 

 Ini adalah pengumuman rasmi pertama bahawa mereka akan meneruskan pernikahan yang telah ditangguhkan bertahun-tahun kerana skandal kewangan yang melibatkan ibu Komuro.

 Puteri Mako pernah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau dan tunangannya adalah orang biasa yang tidak boleh digantikan antara satu sama lain dan perkahwinan adalah pilihan yang diperlukan untuk kehidupan mereka.

 Keputusan Puteri Diraja Jepun yang enggan menerima bayaran itu adalah kerana beliau mahu membawa haluannya sendiri.

 Menurut media Jepun, ahli perempuan keluarga diraja yang berkahwin dengan orang biasa akan dikeluarkan namanya daripada senarai ahli keluarga diraja. 
 

Kerana Cinta, Puteri Diraja Jepun Tolak Tawaran RM5.17 Juta Untuk Kahwini Orang Biasa 1 Berbeza dengan anak lelaki diraja, sekiranya anak perempuan diraja mahu terus kekal sebagai puteri diraja, mereka perlu berkahwin dengan lelaki daripada golongan bangsawan berdarah diraja.

 Manakala jika anak lelaki diraja iaitu putera raja berkahwin dengan orang biasa, secara automatik isteri mereka akan menjadi ahli kerabat diraja. Puteri Mako bersama keluarganya. 

Sumber: Japan Times 

Disebabkan tradisi inilah, keluarga diraja Jepun hanya memiliki 18 orang ahli jika mahu dibandingkan dengan keluarga diraja dunia lain. 

 -odisi.my