"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Panduan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Panduan. Papar semua catatan

Isnin, 26 Mei 2025

Info Auto:Rasa dah servis semua benda tapi kereta tetap kuat makan minyak?

 Rasa dah servis semua benda tapi kereta tetap kuat makan minyak?

Oxygen sensor ni duduk dalam ekzos, tapi kerja dia bantu kawal campuran minyak dengan udara. Bila sensor ni jalan elok, enjin pun boleh jalan lancar dan jimat minyak. Tapi kalau sensor ni problem, campuran tu jadi tak betul. Minyak pun jadi banyak terbakar, tapi kuasa tak seberapa.

Sensor ni kecik je tapi dia main peranan besar. Dia bagi signal kat ECU supaya tahu bila nak tambah atau kurang minyak. Kalau bacaan salah, ECU pun bagi arahan salah. Tu yang kereta jadi semput bila tekan atau kuat minum bila bawa jauh.

Satu lagi, sensor ni tolong kawal asap dari ekzos. Bila campuran tak betul, pembakaran pun tak sempurna. Asap pun keluar lebih gelap dan berbau. Lama-lama boleh jadi masalah kat catalytic converter pulak. Tu yang leceh skit kalau abaikan benda ni.

Tanda sensor ni mula problem selalunya senyap-senyap. Minyak cepat habis, enjin lemah skit, lepas tu tiba-tiba lampu check engine menyala. Korang ingat benda besar problem, rupanya sensor je. Tapi sebab tak check awal, makin lama makin teruk.

Sensor ni memang tahan lama, tapi dia terdedah dengan haba kuat dan kotoran dari ekzos. Bila dah lama sangat, dia boleh jadi kurang tepat. Nak senang, check sensor bila buat servis major. Tak mahal sangat pun kalau nak tukar terus.

Kalau korang nak jimat minyak, nak enjin rasa sedap dan kereta kurang keluarkan asap, pastikan oxygen sensor ni dalam keadaan ok. Jangan tunggu dah parah baru nak check. Tukar awal, enjin pun senyum sepanjang jalan.

Source 

Selasa, 8 April 2025

Bank Mana Paling Untung ketika anda buat Loan Rumah?

 APRIL 2025: Bank Mana Paling Untung untuk Loan Rumah?

Kalau korang plan beli rumah sekarang, jangan main redah je sign loan. Tengok betul-betul kadar faedah. Salah pilih bank, rugi beribu setiap tahun.

Realiti di Pasaran Sekarang

===========≠==========

OCBC, BSN, CIMB, RHB antara yang tawarkan kadar bawah 4% untuk pinjaman atas RM300K.

Public Bank, AmBank, BSN (loan kecil) antara yang paling tinggi boleh cecah 5.5% untuk pinjaman rumah bawah 100k!

Bank macam HSBC, Affin, Standard Chartered pula ikut skor kredit kau. Kalau profil cantik, boleh dapat deal menarik. Kalau tidak, bayar lebih.

Persoalannya? Kenapa beza jauh sangat?

Sebab bank tak tengok jumlah pinjaman je, tapi,

- Skor kredit (CTOS/CCRIS)

- Komitmen sedia ada

- Ada pakej MRTT atau tidak

- Status pekerjaan & gaji

Apa Kau Patut Buat?

=================

1. Elakkan loan bawah RM100, kadar selalunya tinggi.

2. Kalau boleh, combine loan suami isteri untuk capai RM300K ke atas.

3. Check skor kredit dulu sebelum apply.

4. Bandingkan bank berdasarkan keperluan kau, bukan ikut cakap ejen.

5. Cari bank yang tak paksa beli produk sampingan (MRTA tinggi, kad kredit dll.).

Jangan tengok kadar je. Tengok juga syarat tersembunyi. Ada bank letak kadar cantik, tapi ikat MRTT mahal, loading fee tinggi, atau penalty lock-in 5 tahun.

Kalau kau serius nak beli rumah, saring dulu semua bank. Jangan biar bank tentukan nasib kewangan kau.

Nak mudah, contact mortgage specialist atau tanya ejen berpengalaman yang neutral dan bukan ejen bank.

Disclaimer: Info ini dikumpulkan dari sumber terbuka sebagai rujukan umum sahaja. Kadar tertakluk kepada kelulusan dan profil pemohon. Hubungi pegawai bank atau mortgage advisor anda untuk info terkini.

Source 

Selasa, 12 November 2024

Tangisan Seorang Ibu: Kisah Mengharukan Baginda Nabi dan Halimah As-Sa'diyah"

 "Tangisan Seorang Ibu: Kisah Mengharukan Baginda Nabi dan Halimah As-Sa'diyah" 

Allahu Akbar... Di sebalik setiap kejayaan seorang insan agung, tersembunyi pengorbanan dan kasih sayang yang tidak terhingga daripada seorang ibu. Begitulah kisah di sebalik kehidupan awal junjungan besar kita, Nabi Muhammad SAW, bersama ibu susuannya, Halimah As-Sa'diyah. Kisah yang menyentuh kalbu ini mengajar kita erti kasih sayang yang melewati ikatan darah.

Pada suatu hari, di tengah padang pasir yang gersang, seorang wanita dari Bani Sa'ad bersama suaminya dalam perjalanan ke Mekah. Mereka, seperti kebiasaan kaum Badwi ketika itu, mencari bayi untuk disusui sebagai salah satu sumber rezeki. Halimah As-Sa'diyah, wanita yang kemudiannya akan menjadi sebahagian dari sejarah Islam yang agung, datang dengan keadaan yang sangat daif. Unta yang ditungganginya kurus, dan dia sendiri tidak mampu menghasilkan susu yang mencukupi untuk bayinya sendiri kerana kemarau yang melanda.

Ketika sampai di Mekah, satu persatu bayi telah dipilih oleh wanita-wanita lain. Namun, tiada yang mendekati seorang bayi yatim - Muhammad bin Abdullah. Mungkin kerana status yatim yang menyebabkan mereka kurang berminat, namun Allah SWT telah menentukan bahawa Halimah yang akan menjadi ibu susuan kepada bayi istimewa ini.

MasyaAllah, sejak hari Halimah membawa pulang bayi Muhammad, kehidupannya berubah sepenuhnya. Unta yang dahulunya kurus menjadi sihat dan bertenaga. Kambing-kambing yang dahulunya kering susunya kini menghasilkan susu yang melimpah ruah. Tanah yang gersang menjadi subur dengan rumput yang menghijau. Para pengkaji sirah menyifatkan ini sebagai berkat kehadiran Rasulullah SAW dalam kehidupan keluarga Halimah.

Namun, lebih daripada keberkatan zahir ini, yang paling mengharukan adalah ikatan kasih sayang yang terjalin. Halimah menyaksikan sendiri tanda-tanda keistimewaan Muhammad kecil. Baginda tidak menangis seperti bayi-bayi lain, sentiasa tersenyum, dan memiliki peribadi yang istimewa sejak kecil. Halimah merawat dan membesarkan baginda seperti anak sendiri, malah melebihi kasih sayangnya kepada anak-anaknya yang lain.

Detik yang paling menyayat hati adalah ketika Halimah terpaksa memulangkan Muhammad kepada ibu kandungnya, Aminah, selepas dua tahun. Air mata berlinangan di pipi Halimah tatkala melepaskan 'anak' yang telah membawa begitu banyak keberkatan dalam hidupnya. Namun, takdir Allah menentukan bahawa ini bukanlah perpisahan terakhir mereka.

Beberapa tahun kemudian, Halimah kembali ke Mekah untuk memohon agar Muhammad tinggal lebih lama bersamanya, dengan alasan wabak penyakit yang melanda Mekah ketika itu. Permohonan ini dikabulkan, dan Muhammad kembali ke padang pasir bersama keluarga angkatnya. Namun, peristiwa pembedahan dada yang dialami oleh Muhammad kecil membuat Halimah risau dan akhirnya memulangkan baginda kepada Aminah.

Kasih sayang antara Rasulullah SAW dan Halimah tidak pernah pudar walaupun setelah baginda dewasa dan dilantik menjadi Rasul. Setiap kali Halimah mengunjungi baginda, Rasulullah SAW akan menanggalkan serbannya sebagai alas duduk untuknya sambil berkata, "Ummí, Ummí" (Ibuku, Ibuku). Air mata kegembiraan mengalir di pipi Halimah setiap kali melihat 'anak susuan'nya kini menjadi pemimpin yang diagungkan.

Dalam satu riwayat yang mengharukan, suatu ketika, setelah perkahwinannya dengan Khadijah r.a., ibu susuannya Halimah As-Sa'diyah datang mengunjungi baginda. Rasulullah SAW, dengan penuh penghormatan, segera bangkit menyambutnya. Baginda membentangkan pakaiannya sebagai alas duduk untuk Halimah sambil berkata kepada Khadijah, 'Ini ibuku.' Khadijah, yang turut tersentuh dengan kasih sayang baginda, menyambut kehadiran Halimah dengan baik, dan memberi hadiah yang berharga sebagai tanda penghormatan.

Ya Allah, betapa indahnya kasih sayang yang Engkau anugerahkan antara seorang ibu dan anak, walaupun tanpa ikatan darah. Kisah Halimah As-Sa'diyah mengajar kita bahawa kasih sayang sejati tidak mengenal batasan nasab atau status. Pengorbanan dan kasih sayangnya kepada Rasulullah SAW telah mengangkat darjatnya menjadi salah seorang wanita yang paling berpengaruh dalam sejarah Islam.

Kepada para ibu yang mendidik anak-anak orang lain, sama ada guru, pengasuh, atau ibu angkat, ketahuilah bahawa anda sedang meneruskan warisan mulia Halimah As-Sa'diyah. Kepada anak-anak angkat atau anak-anak susuan, contohlah bagaimana Rasulullah SAW menghormati dan membalas jasa ibu susuannya.

Semoga kisah ini menjadi inspirasi kepada kita untuk menghargai jasa setiap 'ibu' dalam hidup kita, tidak kira sama ada mereka terikat dengan kita melalui darah atau kasih sayang semata-mata. Sesungguhnya, dalam kisah Halimah As-Sa'diyah ini terdapat pengajaran yang sangat bermakna tentang erti kasih sayang dan pengorbanan yang hakiki.

Ya Allah, kurniakanlah kami hati yang penuh kasih sayang seperti hati Halimah As-Sa'diyah, dan jadikanlah kami anak-anak yang tahu membalas budi seperti kekasih-Mu, Nabi Muhammad SAW. Amin ya Rabbal 'alamin.

___

Source 

Ahad, 6 Oktober 2024

11 step yang kami lakukan sebagai persediaan untuk umrah DIY Februari yang lalu

 


11 step yang kami lakukan sebagai persediaan untuk umrah DIY Februari yang lalu

1. Beli tiket flight. 

Kami gunakan Saudia dan buat multi-city. 

Arrival di Madinah, Departure di Jeddah

2. Apply Visa. 

Apply Visa tourist sangat mudah tak macam K-eta Korea hehe. Mcm tak smpai seminit dah approve. Harga 107usd(rm500++) utk  setahun validity. Pilih multiple entry kot la mana tahu nk p lagi dlm masa setahun. Sebelum payment dia akan wajibkan utk pilih insurance, pilih je yg paling murah utk cukup syarat. Kemudian nnt ambil la insurance perjalanan mcm etiqa ke apa.. 

Guna website color purple ni murah -> ksavisa.sa 

**Tips: untuk gambar, tak perlu beriya pergi kedai gambar untuk ambil gambar, cari background putih, ambil gambar guna apps ID photo, setting ikut size yg dia nk,  blh edit2 buang background, blh edit muka jadi flawless siap. 

3. Book & Bayar Hotel

Di Madinah: Artal International. Guna booking com , Book dan pay now. 

Ciri-ciri hotel Artal- Bahagian belakang masjid, agak dekat dlm 3 minit jalan ke masjid, dekat dengan kiosk2 jual makanan n coffee , sebaris dengan underground shopping, sebaris dengan restoren ayam penyet. 


Di Mekah: Double Tree by Hilton Jabal Omar

Guna apps honor hilton, dia akan charge 1night fees, atleast rasa secure sbb dah confirm booking. Lepastu email juga mereka untuk lebih rasa confirm . 

Ciri-ciri hotel double tree: Terletak di Jabal omar kawasan hotel2 baru, view masjid, bilik sangat luas dan selesa walaupun jenis bilik yg paling murah , teringat keempukan tilamnya yang mampu menenggelamkan badan ku 😂 (bahaya2).. tapi serius lepas balik dari Masjid penat2 sakit2 sekali lepas mandi baring terus atas katil dia mcm dapat reward 😅… 

Anyway, jarak nk pergi masjid bawah 10minit berjalan guna shortcut masuk bangunan hotel lain. Ada cara lain guna buggy yang disediakan tp asik penuh je, bagi la pada yang memerlukan, kita muda2 ni jalan je la . Balik ke hotel mendaki sikit so kalau dpt naik buggy satu nikmat yg x terkata. 

**Tips: pilih payment method “pay now” dan sentiasa chat (melalui apps booking com) dengan pihak hotel untuk mengelakkan kene scam atau sampai2 hotel depa kata booking tak ada (naya) 

4. Book tiket keretapi Madinah-Mekah 

Book di laman web rasmi dia.  Dengar kata harga lain2 ikut tarikh buat booking, tidak pasti pula tp kami dapat harga normal utk kelas ekonomi

Dewasa: 172.5 riyal 

Kanak2:  86.25 riyal dan paling x leh terima logik

Bayi: 17.25 riyal (x fhm kenapa kene byr sbb x dpt seat pun) 

**Tips: lepas settle payment dia akan keluar tiket, terus save as pdf sbb dia tak send pun tiket tu ke email. Blh simpan kat phone nnt masa kat station keretapi scan barcode daripada phone je. Pastikan buat 100% kecerahan skrin phone utk bg senang scan. Tp blh juga printout buat backup takut scanner tak boleh baca barcode drpd phone. 

5. Download apps Nusuk dan daftar. 

Download apps ni masa pendaftaran dia akan minta verification tru email. So tak perlu ada no tel Saudi pun bereh. Apa2 verification semua melalui email. 

Kenapa kene ada apps ni? 

Tujuan utama ialah untuk book slot raudhah. 

**Tips: Slot booking akan dibuka setiap hari jumaat pukul 7pm waktu Malaysia, jd pasang alarm siap2. Sebelum nk pergi tu pasang je alarm setiap jumaat 7pm praktis siap2 walaupun slot tarikh yg nk book tu tak open lg. 

Kami hartu flight nk berlepas 7.10pm, Alhamdulillah sempat buat sebelum flight berlepas. Bila nk terbang fhm2 la kelam kabutnya tp sbb ada alarm sgt2 membantu. 

**peringatan: Jangan book pada slot 6 jam sebelum masuk Saudi. Cthnya smpai Madinah 3pm, tp p gatal book slot raudah jam 7pm pada hari yg sama , automatic dia akan cancel dan peluang utk masuk raudah amatlah gelap. 

6. Sign up policy insurance perjalanan. 

Sebagai ikhtiar untuk menghadapi “the worst”, pilihla apa yang terbaik. 

Macam kami guna AIG , dan ad yg mencadangkan ambil alkhairi care dia macam medical card kat sana tp kami terlupa nak ambil. 

7. Penuhkan ilmu di dada 

Join kursus Umrah. Kami join kursus umrah Andalusia kat seksyen 9 BBBangi, free je. Saaaaangat2 berterima kasih, tak berkira walaupun tidak pergi dengan mereka. Mula2 pg Rayhar tp tiada respon, pastu cuba nasib pg Andalusia rilex je dia jawab dtg je sabtu free je, Berulang2 gak tanya dia yg kami p DIY tak ikut andalusia tak apa ke, Ya tak apa, terbuka untuk semua. Alhamdulillah. Dekat kursus ni penting sebab semua persoalan blh tanya direct dan terus masuk dlm kepala. Dah boleh bayang mcmna proses umrah tu. 

Selain drpd itu banyakkan tengok video2 cara buat umrah, baca buku dan sebagainya. 

Bukan takat ilmu utk buat umrah, tp cara menghadapi keadaan di sana cthnya ambil tahu suhu dan cuaca, budaya di sana dll. 

Oh jangan lupa masuk group FB forum umrah DIY dan Umrah Backpackerz Malaysia @ DIY. 

Kat situlah segala jenis info A to Z ada. Search keywords dia semua ada. Kadang ad bnyk bnda berubah kat sana, so dlm group ni saling update meng update. 

8. Book Mutawwif/Mutawwifah 

Raaaaaaamaiii sgt freelancer di sana bersedia memberi khidmat yang pelbagai. Macam kami, kami hire Mutawwifah untuk jagakan anak2 kami di bilik hotel sementara kami buat umrah pertama kami. Sebelum bergerak utk buat tawaf umrah kami siap ulangkaji dengan dia, bnyk input dan tips dia bagi. Kami manfaatkan betul2, lepas umrah siap makan shopping ap semua baru balik bilik. Pandai betul dia jaga anak2 kami.  Lepastu hire lg di hari lain utk ziarah dalam kawasan masjid. Nak jimat blh share2 dengan org lain. Siapa nak no ustaz ustazah ni blh PM saya. 

9. Duit : Bigpay & Wise 

Kami ke Saudi dengan jumlah 0 riyal di tangan. Cash Riyal langsung tiada di tangan. Sampai je di Madinah sebelum keluar airport terus ke bank atm dan withdraw duit guna Wise card. Lg murah drpd tukar kat money changer. 

Paling best penggunaan apple pay dan card sangat meluas di sana, Wise pula boleh masuk dlm apple pay, so cash tak pakai sgt melainkan nk bayar Mutawwif ,  beli2 shopping , bercukur dan derma2. Makan minum kebanyakan restoren blh apple pay/card.

Jangan lupa jika pertama kali guna Wise, aktifkan dlu siap2 kat Malaysia. 

10. Download apps Careem, Uber & Bolt. 

Tp kat sana sempat pakai careem, taxi meter dan taxi sapu. 

Paling murah taxi sapu sbb masa pg tanaim Masjid Aisyah taxi meter smpai 70riyal, tp bila dari masjid aisyah ke Haram guna taxi sapu 20riyal je dia charge. Hampagas sungguh kene tipu meter . (Betul da Mutawwifah tu ad ckp slalu 50riyal je pg balik) 

Tp bnyk guna Careem sbb cashless blh bayar guna apple pay dlm apps. 

11. Shopping di Malaysia utk persiapan umrah

- beli kain ihram yang selesa. Bawa 2 3 pasang ok kot sbb itulah pakaian rasmi lelaki masa kat masjid sepanjang masa sbb nk p kawasan mataf WAJIB pakai ihram. Sebolehnya nak ada kat kawasan mataf je setiap kali solat. Jgn lupa praktis pakai ihram yg x kn melucut walaupun kita pg kawasan hajar aswad, mmg jd cara tu, nnt nk share kt komen. 

- Buku panduan umrah yg ada tali tu. Serius ni membantu sbb follow sejibik2 je. Yg paling best bila follow buku tu time tawaf n saie dia blh jd tanda kepada jumlah bilangan tawaf dan saie yang dibuat. Pakai phone toksahlah kot takut je terscroll smpai muka surat hujung pastu x ingt da duk pusingan ke berapa. 

- Beli selipar yang boleh nampak semua jari kaki utk dipakai sepanjang di Mekah. (Belilah yg selesa n berkualiti, sbb konpem melecet kalau x kene). Baaaaanyak sgt berjalan, cecah 35K steps. Tp ad je cerita beli terpaling mahal last3 melecet gak so dun worry gunalah salonplas tampal siap2 kat kawasan yg bergesel dengan selipar tu. 

- Beli selipar khas nak pakai masa saie. Tak tahu kenapa inilah yg mak aku duk pesan slalu, tp YES sgt membantu, masa tawaf x perlu sbb duk asik ko pijak ak, ak pijak ko. Pkai selipar last2 terputus sana sini.

- Makanan ❌ xperlu.. segalanya ada di Bin Dawood. Ecewah xd la, bawa la maggi2 n dendeng sbb dendeng mkn ngn nasi arab sumpah sedap. Lain2 mkn sana je smpai lah bila balik Msia nnt boleh puasa nasi arab 3 bulan tp kau tak kan tahan nya untuk nak repeat Romansiah the best nasi arab yg pernh mkn atas muka bumi ini mengikut selera tekak ku. Lagi satu ayam albaik tapi tak rindu mana la kat Malaysia blh mkn ayam Mashigetta.koreanfood

- Ubat-ubatan. Lg2 bawa anak, mmg kalau pergi berjalan batuk selsema mcm da include dlm pakej, tp smpai rumahku syurgaku  blh plak hilang batuk n selsema tu. Ujian dari Allah , toksah duk kata apa la. Utk dewasa Panadol Extend ikhtiar yg sgt membantu. 

————————————————————————

***insyaAllah kisah pengalaman pahit manis sepanjang disana akan menyusul. Semoga bermanfaat. 

***kepada sesiapa yang nak menambah tips2 persediaan sebelum berlepas utk umrah dipersilakan tulis di ruangan komen dibawah.

*** Ada 1 lagi perkara yg kami buat tapi sbb x wajib so x listkan dekat atas . 

Iaitu suntikan meningococcal umrah. Ini optional tp kami semua buat kecuali baby.

Kredit: Ashraf Mohd Razi















Sabtu, 10 Ogos 2024

Jom kenali 6 tiang-tiang penting yang ada di dalam Raudhah.Masjidil Nabawi.


 Jom kita kenali 6 tiang-tiang penting yg ada di dalam Raudhah.. Tiang2 ini bukan sebarang tiang kerana suatu masa dahulu tiang2 ini ada kisah2 yg hebat disebaliknya.. 

Antara Tiang tersebut ialah:- 

1. Tiang Sarir-

Tiang ini ialah tiang dimana suatu masa dahulu adalah tiang dimana tempat Nabi Muhammad berehat dan disini dahulu ada pangkin dimana Saidatina Aishah R.A menyikat dan menyisir rambut Nabi. 

2. Tiang Ali / Tiang Pengawal-

Tiang ini dahulu adalah tiang yang digunakan pengawal sebagai port untuk mengawal rumah Nabi Muhammad S.A.W, dimana pengawalnya diketuai oleh Saidina Ali. 

3. Tiang Wufud (Deligasi) -

Suatu masa dahulu di tiang ini digunakan oleh Nabi Muhammad untuk berjumpa dengan pemimpin dari deligasi luar yg datang ke Madinah utk berjumpa dgn Baginda. 

4. Tiang Aishah - 

Tiang ni sangat istimewa, dimana ditiang inilah Nabi Muhammad selalu mengerjakan solat Tahajut dan solat Taubat setiap malam. Tiang ini juga turut disukai oleh Saidina Abu Barq dan Saidina Umar. Kalau kita masuk ke dlm Raudhah, cubalah utk bersolat di tepi atau belakang tiang ni.. mintak doa byk2.. 

5. Tiang Abu Lubabah (Tiang Taubat) 

Tiang ini adalah tiang Abu Lubabah yg telah melakukan kesilapan dgn berbohong kepada Nabi Muhammad, akibat rasa bersalah pada Nabi Muhammad dia mengikat dirinya di tiang ini selama 3 hari. Dan tiang ini digelar tiang taubat Abu Lubabah. 

6. Tiang Muhallaqah - 

Tiang ni dahulu adalah sebatang pokok kurma, batang pokok ini menangis dan bunyinya seperti seekor anak unta, kerana dia tidak mahu ditukarkan dgn batang pokok yg baharu. Lalu Nabi Muhammad berkata kepada pokok tu, "hang akan kekal dgn aku di syurga dgn batang pokok macam ni" barulah pokok kurma ini diam dan ditukar dgn tiang yg baru. Tiang ini juga dikenali dgn tiang wangi.

7. Mehrab Nabi -  

Ini Mehrab Nabi (Mehrab baru) di Mehrab ini lah nabi gunakan utk solat berjemaah bersama sahabat2 beliau.. kalau tuan2 berpeluang masuk ke dalam Raudah cuba lah utk solat betui2 depan mehrab ini, tuan2 seolah2 telah bersujud di telapak kaki Nabi. Di Mehrab ini juga Saidina Umar di tikam oleh Abu lulu'ah al-majusi semasa beliau mengimamkan solat subuh.

Saya sharekan maklumat ni kepada semua.. kadang2 jemaah masuk Raudhah depa x tau nak tuju utk solat dan berdoa di tempat2 yg mustajab utk berdoa, asalkan masuk Raudhah solat ja kat mana yg boleh.. so, skrg dah tau la port mana yg nak ditujui.. 

Tulisan ini, saya buat adalah juga bertujuan utk rujukan saya semasa bawa jemaah mengerjakan umrah.. kredit Azrul Zabani

Sumber 


Ahad, 23 Jun 2024

Cara Tukar Nama Pemilik Kenderaan Tanpa Pergi Ke JPJ (Online)


jpj

Temukan panduan lengkap untuk tukar nama kereta di Malaysia termasuk langkah-langkah tukar hak milik di JPJ, pemeriksaan Puspakom, serta cara tukar nama online melalui MySikap.

Dalam artikel ini, kami berhasrat untuk membawakan panduan terperinci berserta dengan informasi proses tukar nama kenderaan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), termasuk borang yang diperlukan, kaedah tukar nama di JPJ, serta kos tukar nama kereta di Puspakom.

Langkah Tukar Hak Milik Kenderaan di JPJ

Kalau anda berminat untuk menjual kereta lama atau membeli kereta terpakai yang sudah lunas tapi tidak ingin melibatkan perantara dalam proses tukar nama kereta, panduan ini pasti berguna.

Secara umum, proses tukar hak milik kenderaan mestilah dilakukan di JPJ kerana memerlukan pengesahan biometrik.

Langkah-langkah Utama:

  1. Selesaikan Baki Bayaran: Pastikan hutang atau baki pembayaran kereta telah dilunaskan sepenuhnya sebelum memulai proses.
  2. Pemeriksaan Puspakom: Lakukan pemeriksaan kenderaan di Puspakom untuk mengubah nama kereta ke pemilik baru. Anda boleh buat janji temu Puspakom atau memilih servis pemeriksaan bergerak di tempat yang anda pilih. Biaya tukar nama hanya RM30.
  3. Urusan di JPJ: Sama ada anda pemilik asal atau baru, urusan tukar nama di JPJ memerlukan dokumen relevan seperti kad pengenalan dan ROC atau VOC. Isilah Borang JPJ K3 dan lengkapkan proses pengesahan cap jari. Ketahui bahawa, sekiranya proses pengesahan telah dilakukan, roadtax dan insurans akan terbatal secara automatik, jadi pastikan anda memperbaharui kedua-duanya atas nama baru terlebih dahulu.

Cara Tukar Nama Kereta Secara Online:

JPJ kini menyediakan kemudahan untuk tukar nama kereta secara online melalui MySikap bagi mempermudah proses tanpa perlu ke pejabat JPJ:

  1. Daftar Akaun MySikap: Pertama, daftar akaun dengan MySikap jika belum memiliki satu.
  2. Log Masuk dan Ikuti Prosedur: Ikuti prosedur yang diberikan dalam platform untuk pemilik asal dan pemilik baru dengan melengkapkan maklumat yang diperlukan dan membayar sebarang yuran yang berkaitan.

Proses Tukar Nama bagi Kereta Milik Orang Meninggal Dunia:

Prosesnya menjadi lebih rumit jika pemilik asal meninggal dunia tanpa meninggalkan wasiat. Waris boleh mula dengan membuat tuntutan pembahagian harta kecil ke Pejabat Tanah atau Unit Pembahagian Harta Pusaka Kecil. Setelah itu, waris yang terlibat boleh melanjutkan dengan proses pemeriksaan Puspakom dan tukar nama di JPJ dengan menunjukkan dokumen pengesahan yang relevan.

Kos tukar nama kereta di JPJ adalah seperti berikut:

  • Motor: RM30
  • Kereta: RM100
  • Kenderaan perdagangan: RM40
  • Kenderaan off-road: RM100

Penting untuk diingat bahawa waris atau pemohon disarankan untuk hadir sendiri ke JPJ dan menyediakan semua dokumen yang diperlukan untuk memudahkan proses tukar nama.

Credit :Portal Bantuan

Ini 5 cara kurangkan bil elektrik anda, pakai aircond tapi bil macam tak pakai

 


Penggunaan peralatan elektrik seperti mesin basuh, pengering pakaian, peti sejuk, dan penghawa dingin adalah keperluan yang tidak dapat dielakkan dalam kehidupan moden ini.

Kondisi cuaca yang tidak menentu membuatkan  peralatan rumah seperti itu semakin penting.

Namun, penggunaan yang kerap boleh menyebabkan bil elektrik melambung tinggi, yang boleh menimbulkan kebimbangan terhadap kos tambahan dalam belanjawan isi rumah.

Bagi mereka yang menghadapi cabaran ini, jangan risau, terdapat cara untuk mengurangkan penggunaan elektrik di rumah.

Berikut adalah beberapa tip dan trik untuk mengurangkan bil elektrik daripada bekas kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB), Joe Boyking93, yang boleh anda amalkan.

1. Panel suria mudah alih

Panel suria atau solar merupakan sumber tenaga yang boleh diperbaharui yang semakin popular di kalangan pemilik rumah.

Kos penyelenggaraannya rendah dan ia berfungsi tanpa bergantung kepada bekalan elektrik tradisional.

Anda hanya perlu meletakkan panel ini di tempat yang mendapat cahaya matahari untuk menghasilkan voltan.

Bahkan semasa berlakunya gangguan bekalan elektrik, panel suria tetap dapat menghasilkan tenaga.

2. Guna lampu LED

Lampu LED lebih efisien berbanding lampu mentol pijar atau halogen.

Ia menggunakan foton untuk menghasilkan cahaya dengan penggunaan tenaga yang rendah, menjadikannya empat hingga lima kali lebih cekap.

Anda boleh mengurangkan penggunaan elektrik sehingga 25 hingga 30 peratus dengan menggantikan lampu tradisional dengan lampu LED yang berlabel Sirim untuk keselamatan.

3. Pilih alatan yang jimat elektrik

Pilih alatan elektrik yang mempunyai label MEPS (Minimum Energy Performance Standards) dengan skor 5 bintang.

Ini menjamin bahawa alatan tersebut telah diuji dan dinilai cekap dari segi penggunaan tenaga.

Dengan memilih alatan yang berinovasi dan cekap tenaga, anda dapat berjimat dalam jangka masa panjang.

4. Tanaman hiasan penyerap haba

Tanaman hiasan tidak hanya mempercantik rumah, tetapi juga berfungsi sebagai penyerap haba.

Mereka membantu menapis udara, memberikan oksigen, serta menjadikan rumah lebih selesa.

Tambahkan sedikit hijauan dalam rumah anda untuk mencipta keadaan yang lebih nyaman.

5. Smart power saving box

Gunakan smart power saving box untuk menguruskan penggunaan elektrik secara bijak.

Ini adalah satu cara mudah untuk mengawal dan mengurangkan kos bil elektrik bulanan, terutamanya untuk peralatan seperti penyaman udara atau peti sejuk.

Pastikan anda memahami setiap fungsi peralatan yang digunakan untuk memaksimumkan penjimatan elektrik.

-NextStep Malaysia 

Sabtu, 8 Jun 2024

Ibadah Korban: Niat, Syarat, Perkara Sunat, Pembahagian Daging

 

Ibadah Korban: Niat Korban, Syarat Sah, Pembahagian Daging Korban

Ibadah Korban merupakan salah satu amalan sunat yang sangat dianjurkan dalam Islam. Ia dilakukan  pada Hari Raya Aidiladha dan hari-hari Tasyriq. 

Lazimnya, di Malaysia acara penyembelihan ternakan korban ini dilakukan di masjid, surau, padang awam, balai raya ataupun rumah persendirian.

Berikut adalah penjelasan mengenai niat korban, syarat sah, pembahagian daging korban dan info-info berkaitan berdasarkan sumber daripada JAKIM dan Mufti. 

Maksud Ibadah Korban

Merujuk laman sesawang Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), ibadah korban bermaksud penyembelihan binatang ternakan tertentu pada Hari Raya Aidiladha dan hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah SWT. 

Ibadah ini mengingatkan umat Islam akan ketaatan dan pengorbanan Nabi Ibrahim AS yang bersedia mengorbankan anaknya, Nabi Ismail AS atas perintah Allah SWT.


Sabda Rasulullah SAW,

 إِذَا دَخَلَتِ الْعَشْرُ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلاَ يَمَسَّ مِنْ شَعَرِهِ وَبَشَرِهِ شَيْئًا

Maksudnya: Apabila telah masuknya sepuluh (hari terawal Zulhijjah), dan salah seorang daripada kamu hendak melakukan ibadah korban maka janganlah dia memotong rambutnya serta kukunya.