"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Isu kuil. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Isu kuil. Papar semua catatan

Selasa, 1 April 2025

Isu kuil haram dan Abang Belon dari sudut pandang RORA

 


Di kesempatan ini saya ingin membuat sedikit coretan berkenaan isu Abang Belon dan Kuil haram.

Saya hendak titipkan sedikit pesanan dan ingatkan kepada Cytro PH, kalian bukan sahaja berdepan dengan penyokong parti politik lawan, kalian juga sedang berdepan dengan non partisan yang tidak mengharapkan sokongan undi dalam PRU. Kalian sedang berdepan dengan majoriti umat Islam. Saya tidak mahu bermusuh dengan kalian walaupun kalian memfitnah dan menuduh saya apabila saya bersuara beberapa perkara. Tetapi saya akan terus menulis dan memberikan buah fikiran sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara. PMX pimpinan tertinggi kalian juga pejuang kebebasan bersuara. Janganlah bila sudah di tampuk kuasa kalian pula mahu menutup suara marhaen kami.

Ingin saya tegaskan di mana isunya. Biar saya tulis dalam bentuk nota bernombor supaya kita lebih jelas:

1. Tidak ada dalam mana-mana tulisan saya membela orang salah. Sesiapa yang salah ambillah tindakan sewajarnya. Saya sendiri memuji PMX sebelum ini apabila beliau menyatakan dengan tegas bahawa ini negara hukum dan semua pihak perlu mematuhi peraturan.

2. Isu yang menjadi polemik ialah apabila pihak kuil yang tiada permit diberi layanan yang lain macam bertahun-tahun. Menteri sendiri usaha supaya tidak dibawa ke mahkamah. Alasan yang diberi:

- nak jaga keharmonian.

- nak segerakan binaan Masjid Madani.

Yang menjadi lagi pelik ialah diberi pula tanah gantian bertaraf premium di tengah-tengah KL. Lain macam punya treatment mereka terima sedangkan mereka sudah langgar peraturan begitu lama. 

3. Mungkin ada yang beralasan kuil itu di tanah persendirian. Izinkan saya bertanya, bukankah mana-mana binaan di KL perlu mendapat kebenaran dari DBKL? Jika tanah pun bukan milik mereka bagaimana mereka dapat kelulusan merancang pembangunan di tanah itu?

4. Cytro PH mula main naratif menyalahkan kerajaan lama. Saya katakan siapa pun kerajaan kita akan desak supaya isu kuil haram dan ceroboh tanah ini mesti dihentikan. Kerajaan Madani yang diketuai oleh PMX yang sentiasa menjadi penegak peraturan dan tatakelola sepatutnya boleh akhiri episod ini. Tetapi kami dituduh batu api dan adu domba oleh sebahagian penyokong PH. Tidak mengapa, tuduhan itu tidak memberi kesan kepada kami untuk terus menulis.

5. Kami sesekali tidak faham dengan Cytro PH kali ini. Sangat binari otak mereka. Di medsos, sesiapa saja yang mengkritik tindakan DBKL sekarang akan dituduh walaun dan pro PN. Sangat bahaya tindakan mereka. 

6. Benar, abang belon bersalah. Samanlah beliau dan ambil tindakan kepada beliau. Saya tidak ada bantahan cuma jangan kasari beliau. Tetapi dalam masa yang sama kenapa semangat nak tegakkan peraturan ini tidak kelihatan sewaktu berurusan dengan pihak kuil sebelum ini? Ini yang memusykilkan saya sebagai rakyat. Ini yang menyebabkan saya bertanya.

Ingatlah, kalian telah menjadi kerajaan. Kritikan rakyat itu perkara yang menjadi lumrah. Jika kalian anggap kritikan dan teguran sebagai adu domba saya bimbang hayat kalian memerintah tidak lama. Saya titipkan sebuah hadis Nabi sallallah alaih wasallam untuk peringatan kita bersama:

فإنَّما أهْلَكَ النَّاسَ قَبْلَكُمْ: أنَّهُمْ كانُوا إذا سَرَقَ فِيهِمُ الشَّرِيفُ تَرَكُوهُ، وإذا سَرَقَ فِيهِمُ الضَّعِيفُ أقامُوا عليه الحَدَّ، والذي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بيَدِهِ، لو أنَّ فاطِمَةَ بنْتَ مُحَمَّدٍ سَرَقَتْ، لَقَطَعْتُ يَدَها.

Maksudnya: Sesungguhnya perkara yang membinasakan manusia sebelum kamu ialah apabila orang bangsawan mencuri dalam kalangan mereka, mereka biarkannya dan apabila orang lemah yang mencuri mereka laksanakan hukuman hudud. Demi Tuhan yang diri Muhammad berada di tangan-Nya, jika Fatimah binti Muhammad mencuri, aku sendiri yang akan potong tangannya. [HR al-Bukhari, no: 4304]

Jika kalian suka pendekatan rahmah kepada non Muslim, jangan pula guna pendekatan kasar dan melaknat sesama Muslim.

Akhukum fillah yang memberikan nasihat,

Dr Rozaimi Ramle