"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Guru. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Guru. Papar semua catatan

Rabu, 30 April 2025

Belasungkawa:Tuan Guru Baba Hj Abd Rahman Hj Nuh-Pondok Sungai Limau Baling

 


انا لله وانا اليه راجعون

اَللّٰهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّهَ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ اْلأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَس وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجٙا خَيْرًا مِنْ زَوْجٙهِ وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَفِتْنَتِهِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ. 

Telah kembali ke rahmatullah, ulama' tertua bumi Kedah Darul Aman, Tuan Guru Baba Haji Abdul Rahman Bin Haji Nuh dalam usia lebih kurang 95 tahun di Sungai Limau, Baling.

Beliau merupakan antara murid terakhir al-Muhaqqiq Pak Da Eil Mekah di Kedah.

Moga Allah Taala menerima segala amal kebajikan, jasa baktinya terhadap agama dan penat lelah Allahyarham dalam mendidik masyarakat. Moga Allah Taala menempatkan Allahyarham di kalangan mereka yang mendapat Syurga ilahi. Amin

Manaqib ringkas beliau :

Tuan Guru Baba Bedol, Sungai Limau ( 1929 - 2025 )

Oleh : Tengku Yusuff 

Nama penuh Allahyarham Tuan Guru Baba Haji Abdul Rahman Bin Haji Nuh dan beliau dilahirkan di Kampung Rambong, Betong, Thailand pada tanggal 4 Oktober 1929 seperti mana tertera di dalam Kad Pengenalan beliau, namun Baba pernah menyebut bahawa beliau lahir awal 30an. Beliau lebih mahsyur dengan panggilan Baba Man Betong atau Baba Bedol oleh sahabat dan anak-anak murid.

Ketika berusia 13 tahun, Tuan Guru Baba memasuki pondok di Betong, Yala, Thailand iaitu di dalam Masjid Betong dibawah tarbiyah Tuan Guru Qadhi Haji Derani selama 6 tahun. Pada tahun 1955 beliau meneruskan pengajian di Pondok Mokgol, Patani berguru dengan Tok Mokgol selama beberapa tahun.

Di antara sahabatnya ketika menuntut ilmu di Pondok Mokgol ialah : 

1. Tuan Guru Haji Isa Bin Haji Yahya, Gerik 

2. Tuan Guru Haji Abdul Rashid Wara' - Carak Kerian, Teluban

3. Tuan Guru Haji Abdul Rahman Tendung - (masih hidup dan tinggal di Batu 18, Betong, Thailand)

4. Tuan Guru Haji Awang Tendung (tenaga pengajar di Pondok Tok Mokgol)

5  Tuan Guru Haji Yusof Tok Jong (masih hidup dan menetap di Mekah)

Pada tahun 1964 ketika berumur 35 tahun beliau melanjutkan pengajiannya ke Mekah. Pada mulanya Baba Man belajar di Madrasah Indonesia sehingga tamat kelas 4 yang melayakkan untuk menyambung pengajian ke Universiti al-Azhar, Mesir. Kerana tidak ada kemampuan kewangan dan pembiayaan beliau terpaksa melepaskan hasratnya untuk ke Mesir dengan menyambung pengajian di Madrasah Darul Ulum al-Diniyyah, Mekah yang pada waktu itu dibawah kelolaan Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani, selain itu beliau juga turut bertalaqqi di halaqah ilmu sekitar Masjidil Haram selama 13 tahun. 

Di antara guru-gurunya ialah :

1. Tuan Guru Qadhi Haji Derani Betong

2. Tuan Guru Haji Hassan Mokgol 

3. Syeikh Abdul Qadir al-Mandili

4. Syeikh Muhammad Yasin Bin Isa al-Fadani

5. Syeikh Sayyid Muhammad Alwi al-Maliki

6. Baba Li Chaiya 

7. Baba Malik Lubuk Sawa

8. Baba Pak Man Cang

9. Syeikh Engku Abdul Jalil al-Maqdisi

10. Pak Da Eil Mekah

Antara sahabat-sahabat beliau di Madrasah Indonesia pula ialah :

1. Tuan Guru Baba Haji Abdullah Bin Masud, Kampung Tok Faqeh, Yala

2. Tuan Guru Baba Haji Ghazali Bin Abdul Wahab, Kampung Tok Faqeh, Yala

3. Tuan Guru Haji Yaakob Bin Abdul Rashis @ Ayah Su, Pohon Mace

4. Syeikh Wan Mustafa Bin Wan Ibrahim, Gajah Mati, Pendang

Pada tahun 1970, setelah 6 tahun berada di Mekah, beliau telah berkahwin dengan Hajah Aisyah Binti Haji Yahya (adik bongsu Tuan Guru Haji Isa Gerik). 

Pada akhir tahun 1977, beliau bersama dua sahabatnya iaitu Tuan Guru Haji Isa Bin Haji Yahya dan Tuan Guru Baba Haji Abdul Karim Bin Haji Yahya telah mengasaskan sebuah pondok pengajian yang diberi nama Madrasah Darus Saadah di Betong, Thailand. Namun aktiviti pengajarannya di pondok terpaksa dihentikan pada tahun 1980 akibat pergolakan politik di Thailand ketika itu yang sangat meruncing.

Akhirnya pada tahun 1980, Baba Bedol berhijrah ke Malaysia dan menetap di Kampung Kuak Hulu, Pengkalan Hulu, Perak. Setelah itu beliau membuka pula Madrasah an-Najah di Kampung Sungai Limau, Baling, Kedah.

Di antara jawatan yang pernah disandang Tuan Guru Baba Haji Abdul Rahman ialah :

1. Mudir Madrasah Darus Saadah, Betong, Thailand (1977 hingga 1980)

2. Mudir Madrasah an-Najah, Sungai Limau, Baling (1981 hingga 1997)

3. Guru di Sekolah Agama an-Najah pada sebelah pagi (1981 hingga 1997)

4. Mengajar masyarakat sekitar kawasan Baling (1981 hingga 1997)

5. Penasihat Madrasah Darus Saadah Kampung Sungai Limau, Baling, Kedah (2004 sehingga sekarang )

Antara amalan beliau adalah :

1. Tarekat Syatariyyah yang di ambil dari guru beliau secara bersanad iaitu Syeikh Soleh di Mekah

2. Lum’atul Aurad yang di ambil dari gurunya Tuan Guru Haji Hassan Bin Muhammad Amin @ Tok Mokgol

Berikut merupakan sahabat seperjuangannya di Kedah :

1. Tuan Guru Haji Omar Zuhdi, Pondok Lanai

2. Tuan Guru Haji Abu Bakar Wara', Pondok Parit Panjang

3. Tuan Guru Haji Abu Bakar Ibrahim, Pondok Bandar Hilir

4. Tuan Guru Haji Salleh Musa, Pondok Sik

Allahyarham Tuan Guru Baba telah kembali ke rahmatullah pada pukul 1.00 pagi, 30 April 2025 dalam usia 95 tahun.

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya. Amin 

*Sumber - Temubual penulis dengan Ustaz Moru Ju - Anakanda Tuan Guru Baba Haji Abdul Rahman

#WafatnyaUlamak

Sumber: WhatsApp 

Khamis, 16 Jun 2022

Cik Puan Gojes tinggalkan kerjaya demi bantu orang ramai


Cik Puan Gojes tekad untuk mengundurkan diri dalam professionya sebagai pendidik demi meneruskan bisnes yang sedang aktif dijalankan.

 PETALING JAYA – Seorang guru dikenali sebagai Cik Puan Gojes (CPG) atau nama sebenarnya Ismaniza Fahida Ismail membuat satu kejutan untuk bersara awal dari profesionnya sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Syed Syeh, Kedah.

Cik Puan Gojes menerusi hantarannya di Facebook menyatakan beliau memilih untuk meninggalkan kerjayanya sebagai pendidik demi meneruskan bisnes kosmetik yang sedang dijalankan selain dapat membantu mengubah nasib orang ramai.

“Cpg ingat mampu harungi setahun ini dengan baik sebelum pencen pilihan tapi makin lama cpg makin rasa tak kuat. Sebelum masalah lagi teruk, cpg perlu undur diri,” luah sedih Cik Puan Gojes.

Meskipun keputusan yang dibuat ini berat, Cik Puan Gojes terpaksa akur kerana desakan masa serta kemampuan yang tidak mampu diteruskan.

Namun, Cik Puan Gojes turut meminta orang ramai mendoakan beliau supaya dapat menjadi seperti pendakwah terkenal, Ebit Liew suatu hari nanti.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya terkejut dan sedih dengan pengumuman yang dibuat oleh pendidik itu sehingga meninggalkan pelbagai reaksi.

“Semoga berjaya. Semua yang terjadi sudah tertulis. Moga niat baik Cik Puan Gojes terus dipermudahkan untuk bantu ramai orang dalam bisnes,” ucap Anis Syuhada.

“Keputusan cpg sudah terbaik. Bagi saya buat keputusan ikutlah kehendak hati. Utamakan dulu perasaan cpg. Kami sentiasa menyokong. Kerja amal cpg itu bekalan akhirat nanti,” tulis seorang pengguna.

“Walaupun ada sedikit sedih dengan kehilangan seorang guru yang berjiwa besar dan berhati mulia dalam dunia pendidikan tetapi semoga cpg terus berjaya dan meneruskan hasrat murni cpg,” kata seorang lagi pengguna. – KOSMO! ONLINE

Rabu, 3 November 2021

Wanita Terkejut Menemui Bekas Guru Merempat Di Stesen Keretapi Jadi Gelandangan

 Kisah Yang Berlaku beberapa Tahun Dahulu.Seorang Wanita Terkejut Apabila Menemui Bekas Gurunya Berpakaian Lusuh Merempat Di Stesen Keretapi Jadi Gelandangan.

Wanita Terkejut Menemui Bekas Guru Merempat Di Stesen Keretapi Jadi Gelandangan

Suatu ketika dahulu, dia merupakan seorang guru yang begitu dihormati masyarakat, namun wanita itu kini hanya mampu merempat tak berumah bak seorang gelandangan terbiar.
Begitulah realiti yang dihadapi seorang bekas guru di wilayah Kerala, Selatan India apabila beliau telah ditinggalkan oleh suami dan anaknya kira-kira enam tahun lalu sebelum ditemui.

Menurut seorang kakitangan kerajaan yang dikenali sebagai Vidya, dia menemui guru berkenaan merempat di stesen kereta api Thampanoor pada awal bulan lalu ketika sedang menunggu seorang rakan.

“Ketika di stesen berkenaan, saya terpandang seorang wanita tua berpakaian kotor dan lusuh sedang memegang beg plastik, lantas saya terfikir untuk mengekorinya.

Wanita Terkejut Menemui Bekas Guru Merempat Di Stesen Keretapi Jadi Gelandangan

“Wanita tua itu juga dilihat memetik buah-buah dari pokok berhampiran lalu memakannya,” katanya memetik portal berita Timeofindia.

Vidya kemudian bertanya sama ada wanita tua itu lapar, biarpun pertanyaannya tidak dijawab, dia cuba memujuk dengan membelikannya makanan untuk mengajaknya berbual.

Daripada perbualannya, firasatnya kuat merasakan wanita itu seorang yang berpendidikan tinggi dan setelah mengajukan beberapa soalan, dia mendapati wanita itu merupakan seorang bekas guru Matematik.

Vidya kemudian berkongsi kisah menerusi di laman Facebook dan turut menyertakan nama sekolah tempat wanita itu pernah berkhidmat iaitu Sekolah Malapurram.

Wanita Terkejut Menemui Bekas Guru Merempat Di Stesen Keretapi Jadi Gelandangan

Dalam masa singkat ramai bekas murid mula mengecam guru mereka yang dipanggil Teacher Valsa dan pernah mengajar mereka subjek Matematik.

Ramai bekas muridnya yang berasa terkesan dengan kesusahan hidup guru mereka sekarang dan ingin membantu namun sebagai manusia bermaruah, Valsa menolak dan berkata dia hanya akan tinggal bersama anak dan suaminya.

Sementara itu, laporan polis dibuat bagi kes pengabaian keluarga dan pihak polis akhirnya berjaya mengesan adik perempuan Valsa, namun kini masih mencari suami dan anak lelakinya.

Meskipun sikap prihatin bekas anak muridnya patut dipuji namun realiti bekas guru yang sudah tua ini tergamak diabaikan keluarganya amat menyayat hati.Wanita Terkejut Menemui Bekas Guru Merempat Di Stesen Keretapi Jadi Gelandangan

Seorang guru amat besar jasanya dalam membentuk peribadi ramai manusia, namun patutkah dia diabaikan tanpa belas dan kasihan sebegini rupa oleh darah dagingnya sendiri.

Jasa guru mesti dikenang kerana tanpa mereka tak mungkin kita pandai membaca dan menjadi manusia berguna.

Namun pada masa sama, jangan sesekali lupa tanggung jawab pada ibu bapa dan pasangan kerana setinggi mana pun pendidikan tiada gunanya kalau tak ada sahsiah diri.

-arenagempak.com

Isnin, 23 Ogos 2021

Guru lelaki jadi mangsa peras ugut video bogel

 

Gambar hiasan

MELAKA – Seorang guru lelaki membuat laporan polis selepas menjadi mangsa peras ugut membabitkan video bogelnya oleh wanita yang baru dikenali menerusi aplikasi Michat, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Asisten Komisioner Mohd. Sukri Kaman berkata, mangsa berusia 26 tahun itu membuat laporan pada Sabtu lalu selepas suspek meminta wang dan mengugut untuk menyebarkan video bogel berkenaan.

Mengikut laporan dibuat, mangsa mendakwa berkenalan dengan suspek menerusi Michat pada hari sama sebelum meneruskan perbualan melalui panggilan video di aplikasi WhatsApp.

“Mangsa berkenalan dengan wanita terbabit kira-kira dua jam sebelum mereka membuat panggilan video dalam keadaan masing-masing berbogel.

“Selepas lima minit berbual, suspek mematikan panggilan dan menghantar video berdurasi 30 saat memaparkan mangsa dalam keadaan berbogel yang dirakamkan ketika mereka bersembang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum membuat laporan polis, mangsa memasukkan sejumlah wang seperti yang diminta dan suspek berjanji untuk memadamkan klip video berkenaan.

“Mangsa yang bimbang video itu tersebar telah memenuhi permintaan suspek dan memasukkan wang RM600 ke dalam akaun bank penama Hernie John.

“Mangsa membuat laporan kerana bimbang akan terus diugut pada masa akan datang,” katanya.

Setakat ini, polis menerima 10 laporan kes pemerasan atau ugutan membabitkan perbuatan lucah hasil perkenalan menerusi media sosial. – K! ONLINE