"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Selasa, 30 Mei 2023

Kenangan:Malam terakhir sebelum P.Ramlee meninggal dunia

 MALAM TERAKHIR P.RAMLEE

28 May 1973. 

Dalam jam 9.00 malam, P.Ramlee duduk termenung di satu sudut di rumahnya sambil memetik bibir meja seolah-olah berfikir sesuatu. Tiba-tiba beliau bangun terus menuju ke telefon lalu mendail nombor telefon seseorang. 

"Boleh kita jumpa malam ini di Shah Motel, kerana saya ingin berbincang dengan saudara mengenai skrip filem Azizah yang saudara tulis itu". 

Disebabkan ada perkara yang lebih penting, individu itu tidak dapat bertemu P.Ramlee pada malam itu dan meminta untuk bertemu dengan P.Ramlee pada keesokkan harinya dan P.Ramlee juga bersetuju. Sebelum mengakhiri perbualan sempat P. Ramlee menyanyikan lagu Azizah buat temannya itu. 

Azizah merupakan lagu pertama yang dicipta oleh P.Ramlee sejak di Pulau Pinang. Lagu itu sangat dekat dengan sejarah hidup P.Ramlee, maka dengan itu P.Ramlee bercadang untuk meriwayatkan lagu Azizah di layar perak. 

Pada waktu subuh dalam jam 5.30 pagi, sekali lagi telefon rumah teman P.Ramlee berdering. Kali ini bukan panggilan dari P.Ramlee tetapi Saloma yang memaklumkan bahawa P.Ramlee telah meninggal dunia. 

"Encik Osman, abang Ramlee sudah tiada!". 

Apabila mendengar sahaja perkhabaran itu, beliau terus jadi bingung seolah-olah tidak percaya kerana malam semalam baharu beliau bercakap dengan P.Ramlee melalui telefon.

Begitulah catatan dari Osman Abadi atau nama sebenarnya Osman Mahmud Baginda, bekas Ketua Pengarang Kumpulan (Majalah) Utusan Melayu. Osman Abadi pernah terlibat dalam dua buah filem arahan P.Ramlee sebelum ini iaitu Gelora dan Putus Sudah Kaseh Sayang sebagai penulis cerita dan skrip.

Teks : HAR

Sumber :

Catatan Osman Abadi, Utusan Malaysia, 30 Mei 1973.

Majallah Filem, bil. 160, Julai 1973.

Isnin, 22 Mei 2023

NARATIF AMANAH UNTUK MEMUJUK HATI UMNO

Oleh: Dr Tanaka Mustafa 

1) Naratif pemimpin AMANAH hari ini - terutama di Kedah, Kelantan dan Terengganu - membawa cherita mahu tamatkan sengketa masyarakat akibat politik perpecahan kononnya dibawa oleh PAS. 

2) Mereka berazam di hadapan pemimpin dan penyokong UMNO bahawa perpecahan dalam masyarakat seperti sembahyang dua imam, tidak makan sembelihan orang UMNO, nikah dua kali dan seumpamanya - tidak akan berlaku lagi. Caranya adalah - mengalahkan PAS di ketiga-tiga negeri ini.

3) Punyalah nak pujuk hati UMNO, depa korek cherita lama dan letak kesalahan atas PAS. Bangmat siap kata, dia melawan UMNO kerana ditarbiyah oleh PAS secara ekstrim sehingga menyebabkan dia meluat kepada orang UMNO semeluat-meluatnya - sampai tengok baju dacing pun geli nak pakai.

4) Bangmat dan pemimpin AMANAH kata, hari ini mereka sudah celik dan sedar bahawa dakyah yang di bawa oleh PAS adalah dakyah politik, bukannya akidah - kerana pendekatan PAS boleh berubah ikut suka. Sekejap bermusuhan dengan UMNO, sekejap berkawan dengan UMNO dan hari ini berkelahi balik.

5) Mahfuz Omar juga mengajak rakyat Kedah supaya meninggalkan politik sembahyang dua imam, tak makan sembelihan orang berbeza fahaman politik, nikah dua kali dan seumpamanya. Mereka mahu bawa politik yang harmoni saling menghormati.

6) Betapa sembang merapunya para pemimpin AMANAH. Mereka melawan UMNO bukan pasal isu akidah, dan tarbiyah PAS pun tak pernah ajar untuk mengkafirkan orang UMNO. Tetapi sekian lama pemimpin AMANAH membawa politik memaki hamun UMNO sebagai perompak, penyamun, perasuah, kleptokrat dan sebagainya - tidak ada satu pun permohonan maaf kepada UMNO. 

7) AMANAH membenci UMNO bukan pasal tarbiyah takfiri, tetapi pasal pelajaran maki hamun yang diyakini mereka terhadap UMNO. Demi merebut kuasa, mereka sanggup bersekongkol dengan pihak yang mereka label sebagai perompak, penyamun dan kleptokrat. Untuk memujuk dan membelai UMNO kerana mahu berkawan - mereka menjadikan PAS sebagai punching bag mereka, dan menunjukkan kehebatan mereka membantai PAS kepada UMNO.

8 ) UMNO pula bukan tak tahu seriang dimaki hamun oleh pemimpin AMANAH. Cuma disebabkan mahu berpakat melawan PAS/PN, mereka melupakan rasa terkilan mereka dicerca sedemikian oleh pemimpin AMANAH/PH. Bukan perkara lama... baru saja berlaku...dalam PRU14 dan PRU15. 

9) Tetapi yang dikoreknya kisah pergeseran dengan PAS 40 tahun lalu. Saja habuan nak bergaduh, cherita 40 tahun dikorek semula, cherita panas lima enam bulan, telingan masih merah kepedihan pun...boleh sanggup dilupakan kerana nak berpakat. 

10) Bahkan cherita 40 tahun lalu, ramai penceramah PAS yang mengkafirkan UMNO sudah dipecat lama dah dan ada yang masuk UMNO. Dah meninggal pun. Tapi yang maki hamun UMNO, maki hamun Rosmah dan Najib, menyanyi lagu hoi ho yahoi - semua itu masih hidup - sedang berpakat-pakat dengan UMNO.

Sekian

Ahad, 14 Mei 2023

SEMUA ORANG MELAYU KENA TANYA ANWAR IBRAHIM KENAPA TIDAK SAMAN BILA DITUDUH ‘MELIWAT’ DAN AMALKAN ‘SEKS SONGSANG.’

Saya amat hairan dan sangsi dengan sikap Anwar Ibrahim yang dari dulu sehingga kini tidak mahu menyaman atau mengambil tindakan undang-undang kepada sesiapa yang menuduh beliau sebagai ‘peliwat’ serta ‘homoseksual.’

Berita mengenai tuduhan-tuduhan meliwat dari pelbagai pihak termasuk mangsa-mangsa liwat oleh Anwar Ibrahim tular ke seluruh dunia.

Berita-berita ini amat mengaibkan Anwar Ibrahim tetapi malangnya beliau tidak pernah berani mengambil tindakan undang-undang terhadap kalangan yang menuduh beliau sebagai peliwat serta berzina dengan pelacur-pelacur dari China dan sebagainya.

Bila Anwar Ibrahim kini menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia terus memfitnah kononnya Tun Dr Mahathir Mohamad ‘kayakan’ anak-anak beliau ketika menjadi pemimpin nombor satu negara dahulu; mantan Perdana Menteri dua kali ini terus menyaman serta mengambil tindakan undang-undang terhadap Anwar Ibrahim.

‘Berani kerana benar dan takut kerana salah.’

Pada tahun 1998 Tun Dr Mahathir Mohamad yang ketika itu menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia tidak mahu mempercayai bahawa Anwar Ibrahim berperangai tidak senonoh sedemikian rupa.

Bila saya terbitkan ‘Buku 50 Dalil Mengapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi PM’ yang ditulis oleh sahabat Allahyarham Khalid Jafri; Perdana Menteri pada waktu itu telah menyuruh salah seorang daripada pegawai pengiring beliau untuk mencari serta membawa saya ke kediaman rasmi Seri Perdana lama yang terletak berhampiran dengan bangunan Parlimen Malaysia.

Saya masih ingat ketika disoal-siasat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad serta dimarahi sepanjang perbualan dengan beliau pada waktu itu kerana menuduh saya memfitnah Anwar Ibrahim.

Pada realitinya, Tun Dr Mahathir Mohamad di kala itu tidak mahu mempercayai langsung bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang ‘peliwat’ dan mengamalkan ‘seks songsang.’

Imej ‘warak’ Anwar Ibrahim terlalu kuat pada waktu itu kerana senantiasa memperalatkan agama bagi menutup kemungkarannya.

Namun, bersyukur kehadrat Allah swt kerana apabila pihak PDRM dari pasukan Bukit Aman membuat penyiasatan ke atas buku ‘50 Dalil Mengapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi PM’ akhirnya terdapat bahan bukti sepertimana yang didakwa oleh semua pihak mengenai sifat luar tabi’e Anwar Ibrahim itu berserta dengan pelbagai salahlaku.

Pada tahun 1998, saya lihat Tun Dr Mahathir Mohamad mulai yakin dengan perangai ‘luar tabi’e’ serta segala salah laku Anwar Ibrahim apabila pihak PDRM berjaya mengumpulkan pelbagai bahan-bahan bukti hasil dari siasatan secara komprehensif ke atas ‘Buku 50 Dalil Mengapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi PM.’

Tetapi pada hari ini Anwar Ibrahim adalah seorang Perdana Menteri Malaysia (PMX) yang mempunyai ‘seribu satu kekuasaan.’

Sebagai seorang Perdana Menteri kini Anwar Ibrahim harus mengambil satu pendirian yang berani serta tegas untuk membersihkan namanya dari dikaitkan dengan amalan ‘meliwat’ dan ‘seks songsang’ jika beliau masih menuduh kononnya terpenjara sebanyak dua kali atas konspirasi fitnah terhadapnya.

Dalam sosial media pada hari ini masih ramai yang mewar-warkan mengenai pelbagai salah laku ‘songsang’ Anwar Ibrahim.

Hari ini Anwar Ibrahim bukan lagi ‘kutu haprak’ tetapi sekarang beliau adalah seorang ketua negara Malaysia.

Tuduhan ‘meliwat’ dan ‘seks luar tabi’e’ merupakan satu tuduhan yang amat berat bukan saja dari perspektif undang-undang duniawi tetapi juga dari sudut pendekatan agama.

Sepertimana Anwar Ibrahim mengecam serta memfitnah orang lain secara tidak berasas dan mangsa yang difitnah seperti Tun Dr Mahathir Mohamad berani mengambil tidakan undang-undang saman fitnah terhadap Perdana Menteri Malaysia (PMX) pada hari ini maka sesungguhnya, Anwar Ibrahim juga mesti mengambil contoh yang sama seperti Tun Dr Mahathir Mohamad berani menyaman PMX demi kebenaran.

Malangnya, pada hari ini Anwar Ibrahim tidak berani langsung mengambil sebarang bentuk tindakan undang-undang ke atas sesiapa saja yang menuduh beliau sebagai ‘peliwat.’ 

Situasi ini amat menghairankan keseluruhan rakyat dan orang-orang melayu yang beragama Islam di tanahair kita.

Pendirian saya amat konsisten dari dulu sehingga kini tidak boleh terima Anwar Ibrahim sebagai tokoh pemimpin utama kita.

Mana mungkin seseorang yang Nabi Muhammad saw tidak ‘mengaku umat’ diangkat sebagai ‘khalifah utama’ untuk memimpin ummah.

Sesiapa yang terlibat melantik Anwar Ibrahim sebagai ‘khalifah utama’ kita untuk memimpin ummah bakal berjawab dengan Allah swt di Padang Masyhar kelak.

Atas dasar ini juga apabila Anwar Ibrahim dilantik semula sebagai Presiden parti KEADILAN dan Pengerusi PH; saya meletakkan jawatan sebagai Penyelaras Parlimen Jasin seterusnya isytihar untuk keluar dari parti AMANAH yang bernaung kuat di bawah PH.

Secara jujur dan ikhlas, saya tidak akan bernaung di bawah seorang pemimpin yang ‘sewel’ dan ‘gila’ seperti itu.

Ini bukan isu politik tetapi ianya adalah persoalan aqidah agama. 

Namun, ini adalah ujian kepada keseluruhan orang-orang melayu dan umat Islam di negara kita kerana terpaksa menghadapi ‘ujian’ dari Allah swt kemungkinan besar buat sementara waktu saja. Ameen.

Mungkin Allah swt yang Maha Mengetahui lagi Maha Esa mahu menunjukkan kepada kita semua akan siapa itu Anwar Ibrahim yang sebenarnya?

Yakinilah, Allah swt tidak pernah memungkiri janji dan akhirnya kebenaran pasti timbul.

Anwar Ibrahim mampu memperbodohkan dan menipu ummah ‘kadang kala’ namun percayalah beliau tidak akan mampu membohongi Allah swt.

Mana-mana pemimpin hipokrit, munafiq dan fasiq di atas muka bumi ini harus ditentang secara bermatian demi perjuangan untuk menegakkan kebenaran.

LAWAN TETAP LAWAN!

Yang Ikhlas,

KHAIRUDDIN ABU HASSAN

13 Mei 2023

Ahad, 7 Mei 2023

SINOPSIS:VIDUTHALAI PART 1 - TAMIL 2023

 VIDUTHALAI PART 1 - TAMIL 2023

Berbaloi le siapa yang tengok filem ni. 2 jam setengah .Puas hati.  Sedih sangat cerita dia. Jalan cerita memang best la. Tapi tak boleh tengok dengan anak2 sebab ganas. 

Viduthailai Part 1 mengisahkan tetang penindasan polis pada penduduk kampung yang melindungi hutan mereka dari di kaut oleh kerajaan. Orang kampung yang disyaki terlibat dengan Tentera Rakyat akan ditangkap ,disiksa dan dibunuh dengan sangat kejam oleh pihak polis.

Bukan penduduk kampung saja di tindas ,polis yang bertugas dihutan tu pun ditindas dan tak mendapat kemudahan dan layanan yang baik

Sorang polis baru melaporkan diri dikampung tu. Namanya Kumaresan dan dilantik menjadi pemandu yang tugasnya menghantar makanan di setiap post kawalan polis.

Disebabkan dia melanggar arahan, ketua dia sangat bencikan dia sampaikan ketua dia pernah rancang nak bunuh dia. 

Dalam masa yang sama Kumaresan kenal dengan sorang gadis kat kampung tu. 

satu hari polis buat tangkapan besar-besaran kat kampung tu. Gadis yang dia kenal tu pun ditangkap dan disiksa. Demi nak menyelamatkan kekasih dia, Kumaresan tekad untuk menangkap pengasas Tentera Rakyat agar polis dapat melepaskan kekasihnya dan orang kampung yang lain.

Khamis, 4 Mei 2023

TOK DET MANGSA ANAK TIRI KERAJAAN MADANI

Coretan oleh: Mat Jiwa

Mahdzir Khalid (Tok Det) semenjak kalah pilihanraya lalu, kita lihat para penyokong tegar dia tidak tentu hala seakan tidak dapat menerima hakikat kekalahan. Kini para penyokong tegar Tok Det menyerang Ahli Parlimen Padang Terap siang dan malam.

Apa yang melucukan, isu yang dibawa para penyokong terutama Pemuda UMNO Padang Terap seolah olah nak merintih kepada Kerajaan Persekutuan. Kununnya, UMNO sedang dianaktirikan oleh kerajaan Madani, mereka pun tidak dapat manfaat dan peruntukan daripada kerajaan Persekutuan macam Ahli Parlimen pembangkang jugak kih kih.

Perasaan kecewa UMNO ini adalah kerana dalam kerajaan BNPH hari ini, yang dilihat mendominasi kerajaan ialah PKR dan DAP sebab ketua mereka ialah Anwar PKR. Sebagai contoh jamuan hari raya di Raia Hotel, Pengarah Program ialah dari geng PKR. Tidak ada peranan kepada UMNO. Hanya dijemput kemudian dipinggirkan sebagai tetamu utama di meja utama menyebabkan ramai pimpinan utama UMNO angkat kaki awal meninggalkan majlis yang belum habis.

Sama juga Himpunan Madani di Stargate, UMNO hanya jemputan dan penceramah sampingan sahaja tidak sebagai player utama.

Berbalik di Padang Terap, Pemuda UMNO macam cacing kepanasan sebab boss mereka kalah pilihanraya, kalah pemilihan Naib Presiden UMNO, tidak diberikan sebarang jawatan dalam kerajaan Madani.

Ahli Parlimen Padang Terap yang aktif berjumpa rakyat bawahan, mengikhtiar pelbagai cara untuk bantu rakyat sebab peruntukan ahli Parlimen disekat oleh kerajaan zalim Madani, cuba bantu penoreh getah. UMNO buat kerja gila salahkan Ahli Parlimen sedangkan mereka berpeluk tubuh, langsung Tok Det tak bagi apa pun bentuk bantuan dengan alasan tidak ada jawatan. Lemah sungguh Tok Det bekas Menteri 3 Kali, bekas Ahli Parlimen Beberapa penggal, bekas MB, bila hilang jawatan, tak boleh nak deal dengan Kerajaan Persekutuan untuk salurkan bantuan kepada rakyat Padang Terap. Takkan lah gaji, elaun dan kekayaan yang dikumpul semasa jadi menteri dah habis langsung untuk bantu rakyat?

Kekayaan Mat Ayob orang kanan Tok Det pon dah cukup kalau nak bantu 15 ribu penoreh getah Padang Terap.

Nasib baik ada Ahli Parlimen Padang Terap yang berusaha siang malam bantu rakyat.

(Nantikan coretan seterusnya.. Tok Det Bakal Gali Kubur sendiri terima jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah)

Isnin, 1 Mei 2023

Gaji penjawat awam akan dikaji - PM

 Gaji penjawat awam akan dikaji - PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Sambutan Hari Pekerja 2023 yang bertemakan Pekerja Pemangkin Wadah Malaysia Madani pada Isnin. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan akan menilai dan mengkaji semula gaji penjawat awam yang disifatkan masih tidak memuaskan ketika ini.
Beliau berkata, kajian itu membabitkan pekerja gred rendah dan menengah dalam sektor itu.
"Saya memang tahu upah penjawat awam tidak memuaskan (jadi) sudah tiba masanya kita buat penilaian dan kajian semula.
"Ini jaminan saya dan kita akan bagi komitmen," katanya ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Pekerja 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini pada Ahad.
Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai gesaan Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) supaya kerajaan menaikkan kadar caruman KWSP bahagian majikan daripada 13 peratus kepada 20 peratus, Anwar mengesahkan cadangan itu ada dikemukakan kepada kerajaan.
Bagaimanapun, jelasnya, perkara itu perlu dibincangkan terlebih dahulu dan akan dibawa kepada Jemaah Menteri.
"Cadangan itu ada dikemukakan, tetapi kita belum bawa kepada Jemaah Menteri dan akan dibincangkan dahulu," kata Anwar.
Menurutnya, ia merupakan salah satu daripada 12 perkara yang dicadangkan UNI-MLC untuk ditangani dengan kadar segera sebagai hadiah sempena Hari Pekerja 2023.
-Astroawani