"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Pantun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pantun. Papar semua catatan

Rabu, 10 November 2021

Populariti siakap dalam pantun Melayu

Pemilik restoran tular di Langkawi memegang ikan siakap seberat lebih  7 kilogram baru-baru ini.

Andai perlu dipilih satu perkataan yang paling popular dalam beberapa hari ini, pasti ramai yang akan menyebut siakap.

Nama ikan itu tular baru-baru ini gara-gara kisah pelanggan di sebuah restoran di Langkawi yang didakwa terpaksa membayar harga kayangan RM1,196 bagi santapan seekor ikan siakap.

Maka, berlakulah perdebatan antara netizen. Menariknya, apabila sebut sahaja siakap, ramai yang segera teringat pantun Melayu dua kerat popular: siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri.

 Boleh dilihat di Twitter misalnya begitu ramai netizen yang mengulang tulis pantun tersebut dengan kreativiti versi ubah suai.

Facebook Dewan Bahasa dan Pustaka juga hangat dengan pantun tersebut yang dipetik daripada naskhah Kumpulan Pantun Melayu sehingga dikongsi ribuan warga maya.

Kebetulan atau tidak pantun ini dengan kes, penulis tidak pastilah pula dalam kisah ini siapa yang berbohong. Cuma penulis tertarik untuk mengupas mengenai siakap dan pantun.

Ikan ini memang boleh dikatakan antara yang popular dalam pantun Melayu lama. Selain versi pantun masyhur itu, terdapat juga pantun ikan siakap ikan senohong, banyak bercakap banyaklah berbohong.

Naskhah Puisi Melayu Lama: Pantun dan Syair turut menghimpunkan pantun ini: Ikan gelama ikan siakap, ikan berenang di dalam sungai, janganlah kita besar cakap, berjaga-jaga sikap dan perangai.

Mengagumkan jika kita perhalusi pantun lama, siakap memang sering digandingkan dengan bercakap.

Bukan sekadar mempunyai rima hujung sama, sesetengah pihak turut mengaitkan dengan kebijaksanaan orang Melayu dahulu kala yang mahir memilih subjek daripada alam semesta melambangkan mesej hendak disampaikan.

Siakap dikatakan dipilih kerana sifat ikan itu sendiri mengelirukan apabila ada siakap putih dan siakap merah, ada hidup di air masin dan ada di air tawar.

Lebih aneh, ikan ini dikategorikan sebagai hidupan hermaphrodite turutan iaitu kebanyakannya jantan sehingga matang, tetapi kemudian bertukar jadi betina selepas sekurang-kurangnya satu musim mengawan.

Portal umpan.com.my juga menerangkan, siakap merupakan haiwan cenderung atau berkemampuan menukar jantina (protandrous hermophodite). Jadi, jangan tertipu ya!

Tapi sebenarnya, ikan secara umumnya memang merupakan antara objek yang sering ada dalam pantun, peribahasa dan puisi orang Melayu. Menurut kajian Ikan (Pisces) dalam Peribahasa Melayu: Analisis Semantik Inkuisitif oleh pengkaji Universiti Kebangsaan Malaysia, terdapat 135 peribahasa berasaskan ikan.

Ini kerana, para pengkaji percaya, orang Melayu pada zaman dahulu banyak yang hidup sebagai nelayan.

Tambah menarik, kata pengkaji, ada perkataan yang tidak diketahui dalam peribahasa-peribahasa Melayu lama rupa-rupanya adalah nama ikan memandangkan kini ikan itu mungkin sudah tidak dikenali. Misalnya, mengail yu dapat setoka, bagai bujuk lepas dari bubu dan membuat diam-diam lepu. Setoka, bujuk dan lepu ialah nama ikan.

Penulis cuma hendak cakap, memang hebat minda orang Melayu zaman dahulu dalam kias pertuturan dan memberi perlambangan dengan hanya melihat alam di sekeliling mereka. Tabiklah!-K! ONLINE