"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Artis Kahwin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Artis Kahwin. Papar semua catatan

Sabtu, 11 Mei 2024

Ingatkan Raja Azura yang kahwin, rupa-rupanya...

 

Tangkap layar hantaran di TikTok Syed Saif Alsagoff pada Sabtu.
Tangkap layar hantaran di TikTok Syed Saif Alsagoff pada Sabtu.

KECOH di media sosial apabila pengacara dan pelakon, Raja Azura memuat naik hantaran memaparkan beliau sedang berjalan menuju ke pelamin bersama pembawa dulang ketika berada di sebuah majlis perkahwinan.

Video berdurasi 19 saat itu menerima lebih 800,000 jumlah tontonan dan rata-rata netizen serta rakan artis turut meninggalkan ucapan tahniah di ruangan komen.

Alhamdullilah, syukur ke hadrat llahi dengan limpah kurnia-Nya. Semoga ikatan ini kekal hingga ke jannah.

"Kepada yang selalu mendoakan. Daripada sendirian, kini telah berdua. Terima kasih," katanya menerusi satu hantaran di Instagram pada Jumaat.

Bagaimanapun ada beberapa pihak yang mempersoal dan tidak mempercayai bahawa Kak Engku sudah berkahwin semula selepas 17 tahun hidup bersendirian.

Namun semuanya sudah terjawab apabila individu yang dikenali sebagai Syed Saif Alsagoff memuat naik video dan menjelaskan ia bukan majlis Raja Azura tetapi orang lain.

Turut kelihatan Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah mencemar duli menghadiri majlis perkahwinan itu.
Turut kelihatan Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah mencemar duli menghadiri majlis perkahwinan itu.

Menerusi hantaran di TikTok, Syed Saif Alsagoff memaklumkan bahawa resepsi berkenaan adalah majlis pernikahan sepupunya.

"Tahniah sepupu, semoga ALLAH merahmati anda berdua," ujarnya ringkas.

Berdasarkan sumber, Syed Saif merupakan sepupu kepada pengantin lelaki yang juga mempunyai pertalian keluarga dengan Raja Azura.

Pada masa sama turut kelihatan Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah mencemar duli menghadiri majlis perkahwinan itu.

Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terhibur dengan situasi berkenaan kerana ia dikatakan telah memberi kejutan dalam cerita mengenai kejadian tersebut.

Menurut pengguna @puteri_marzia, sudah pasti keadaan itu menghiburkan artis berkenaan kerana hampir seluruh rakyat Malaysia tampil mengucapkan tahniah.

"Kak Engku tengah ketawa terbahak-bahak tu (itu), satu Malaysia punya ucap. Tahniah, selamat pengantin baru buat pasangan ini," ujarnya.

-SH Online 

Sabtu, 14 Oktober 2023

Tahniah:Sabri Yunus, Angeline Tan bernikah

 

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah, Sabri Yunus, 62, selamat bernikah dengan Angeline Tan, 56, pagi tadi.

Pasangan itu dinikahkan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr Maza.

Pada majlis ringkas itu, Sabri menyerahkan mas kahwin berupa seutas rantai emas. Pasangan itu tampil menggayakan persalinan sedondon rona putih.

Majlis pernikahan Sabri dan Angeline turut disiarkan melalui siaran langsung Facebook (FB) dan tular.

Sabri dan Ageline digandingkan buat kali pertama menerusi drama Pak Din KK pada 1992. Ketika itu, Angeline menganggapnya sebagai guru dalam lakonan.

Mereka kemudian meraih populariti menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Dalam sitkom itu, mereka menggalas watak Wan Ismail Golok dan Lucy.

Sabri sebelum ini kehilangan isteri Norraya Mohd Yusuf pada 2007 akibat kanser. Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata.

Sementara Angeline pula memiliki dua anak daripada perkahwinan terdahulu.

Rakan artis, Issey Fazlisham memuat naik foto menghadiri majlis pernikahan Sabri dan Angeline melalui media sosial. Foto IG Issey Fazlisham.

Rakan artis, Issey Fazlisham memuat naik foto menghadiri majlis pernikahan Sabri dan Angeline melalui media sosial. Foto IG Issey Fazlisham.

-BH Online

Jumaat, 23 Jun 2023

Dengan sekali lafaz,Shuib kini suami Watie

 Shuib bersalaman dengan Watie. FOTO Zaara Talita

Shuib bersalaman dengan Watie. FOTO Zaara Talita

Subang Jaya : Dengan sekali lafaz, Shuib, 39, sah bergelar suami kepada pasangannya, Watie Hanifiah, 35, jam 8.47 malam, hari ini, di Putra Glass House, di sini.

Pasangan itu dinikahkan abang pengantin perempuan, Muammar Qadhaffi Hanifiah di hadapan Penolong Pendaftar Pernikahan Masjid Hidayatul Muttaqin Kampung Bukit Lanchung, Ustaz Zubairi Ghazali.

Acara itu turut disaksikan 600 tetamu termasuk keluarga kedua-dua belah pihak, sahabat handai serta rakan-rakan media.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad berkata, mas kahwin berjumlah RM8,288 diiringi lima dulang hantaran.

Pihak Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah membalas dengan tujuh dulang hantaran.

Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Majlis serba indah dengan tema warna 'dusty pink' itu turut mengusung konsep Mutiara.

Sebelum ini, Shuib dan Watie mengadakan majlis khatam al-Quran dan berinai pada 13 Jun lalu. Mereka mengikat tali pertunangan pada 6 Mei lalu.

Tetamu turut dihiburkan dengan persembahan penyanyi, Anuar Zain dan Lah Ahmad.

Hari bahagia Shuib dan Watie juga turut diraikan oleh rakan-rakan artis antaranya Fasha Sandha, Zulin Aziz, Zara Zya, Nora Danish dan ramai lagi.

-myMetro 

Isnin, 10 Januari 2022

“Soal lain jawab lain” – [VIDEO] Ditanya Perihal ‘Isteri Pertama’, Nora & Suami Berdalih Jawab Soalan Wartawan?


 Lebih kurang sebulan yang lepas, penyanyi terkenal Datuk Nora Ariffin mengumumkan yang dia telah pun bernikah dengan rakan baik Allahyarham suaminya, Dr Rushdi Ramli.

Namun begitu, selepas pernikahannya itu banya persoalan lain yang timbul termasuklah didakwa telah bernikah sejak lebih dua tahun lalu serta perkahwinannya itu dibuat senyap-senyap tanpa pengetahuan isteri pertama.

Oleh kerana ini, wartawan rancangan Melodi telah mengambil kesempatan untuk menemu bual pasangan ini apabila mereka hadir bersama-masa ke sebuah majlis.majlis.



Kahwin senyap senyap

Menjawab persoalan merahsiakan pernikahan dengan suaminya, Nora akui niatnya memang tak mahu memperbesarkan perkara ini kerana ini merupakan pernikahan keduanya.

Kahwin senyap tu memang betul. Bagi saya ini adalah perkahwinan kedua dan ini adalah hak saya. Kami berkahwin bukan buat benda yang tak baik.”

Adakah hubungan diketahui oleh isteri pertama?

Ketika Dr Rushdi ditanya adakah hubungan mereka diketahui oleh isteri pertama, suami Nora ini menjawab dia mengenali penyanyi itu kerana berkahwin dengan Allahyarham Johan Nawawi namun ketika itu perhubungan antara dia dan Nora terbatas.

Manakala ketika Nora ditanya mengenai statusnya serta status isteri pertama suaminya, Nora enggan memberikan jawapan.

Itu kena tanya dia (suami) sendiri sebab nanti saya jawab salah pulak. Bagi saya sebenarnya tak penting pun, yang penting saya bukan pergi buat dosa, pergi bermaksiat. Itu cerita lain.”

Macam mana hubungan dengan isteri pertama?

Ketika ditanya adakah penyanyi ini mempunyai hubungan baik dengan isteri pertama, Nora hanya mengatakan yang dia kenal dengan ramai orang dan dia baik dengan semua orang.

Saya kenal ramai orang. Saya baik dengan semua orang. Baik-baik sahaja, macam biasa, kita sebagai sama-sama muslimah kan?”

 Namun temubual ini ditamatkan apabila Dr Rushdi enggan menjawab mengenai status hubungannya dengan isteri pertama. Korang boleh tengok sendiri temubual penuh dekat bawah ni.

“Soal lain, jawab lain”

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mempersoalkan cara Nora dan suaminya menjawab soalan dari Melodi ini serta merasakan jawapan yang diberikan tak kena dengan soalan yang ditanya.

Screenshot 2022 01 10 At 12.47.03 Pm Down

Harapnya nanti Nora dan suami dapat betul-betul perjelaskan isu ini supaya tak ada lagi salah faham dari pihak lain…

-Lobak Merah

Sabtu, 27 November 2021

Tauke Jambu jawab isu kahwin lagi, jelaskan majlis berlaku dengan izin isteri

 

Beberapa hari lepas, tular di media sosial berkenaan beberapa video memperlihatkan pelawak terkenal, Tauke Jambu berpakaian nikah disamping seorang wanita yang turut berbusana sedondon.

Ramai yang membuat spekulasi bahawa Tauke dan wanita tersebut yang dikenali sebagai Shu telah bernikah memandangkan masing-masing bergambar di hadapan sebuah masjid.

Walau bagaimanapun, tiada sebarang penjelasan daripada kedua-dua belah pihak dan ia seakan menjadi tanda tanya kepada netizen berhubung rumah tangga Tauke dengan isterinya, Nadia Mohd Effendi.

Majlis mendapat restu isteri

Namun begitu, menerusi temu bual bersama Mstar, Tauke dan wanita yang dikenali sebagai Shu telah tampil menjelaskan hal sebenar.

Menurut pelawak itu, memang benar dia yang berada di majlis pernikahan tersebut dan apa yang dilakukannya mendapat restu daripada isterinya, Nadia.

Atas desakan netizen, umum hal sebenar

Menurut Tauke lagi, dia tidak berniat merahsiakan perkara tersebut namun berasa tidak selesa memandangkan sudah beberapa kali berkahwin. Akan tetapi, atas desakan daripada netizen, dia ikutkan sahaja kehendak mereka yang ingin mengetahui hal tersebut.

Hubungan semua baik2 saja

Dalam pada itu, wanita yang dikenali sebagai Shu itu juga menyatakan yang dia sama sekali tidak mempunyai masalah dengan perkahwinan ini kerana hubungannya dengan isteri Tauke juga baik-baik sahaja.

Isteri reda dengan majlis, tapi tak jawab soalan tentang dimadukan

Ditanya perihal penerimaan isterinya apabila dimadukan, Tauke memaklumkan yang Nadia meredai majlis tersebut dan sangat beruntung mempunyai isteri yang baik sepertinya. Namun, dia sama sekali tidak menjawab sama ada isterinya reda ataupun tidak jika dimadukan.

Dia juga menjelaskan tiada sebarang masalah antara mereka dalam perkahwinan ini dan semuanya dalam keadaan damai.

Sebelum ini, tular di media sosial berkenaan video-video Tauke Jambu yang didakwa telah bernikah lagi dengan seorang wanita bernama Shu.

Wanita itu juga sebelum ini pernah viral susulan kontroversi sehingga mendapat perhatian ramai terutamanya pengguna TikTok.

Sumber: Mstar (Ali Toupan Rajali)

Kredit:ohmymedia.cc

Sabtu, 20 November 2021

Wedding Of The Year, Kos Majlis Kahwin Haqiem Rusli RM7 Juta

 


Penyanyi Haqiem Rusli sah bergelar suami kepada gadis pilihan hati, Anis Sofea dengan dua kali lafaz di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah Cyberjaya pada jam 3.40 petang tadi.

Pada majlis tersebut, Haqiem menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300, wang hantaran berjumlah RM100,00, selain lima dulang hantaran berbalas lima dulang hantaran kepada isteri.

Majlis resepsi akan diadakan secara tertutup bertemakan Wedding in the Sky atau Raikan Cinta Langit Asmara bertempat di SkyGlass Cyberjaya.

Dekorasi majlis diberikan nama The SOFEA, berinspirasikan Floral Garden persis taman kayangan dengan rona pastel merupakan ilham dan sentuhan daripada Primadona Events atas permintaan Anis yang minat dengan fesyen dan drama Korea.

Haqiem dan Anis mengenakan busana dari pereka, Razman Razmi. Manakala, untuk majlis resepsi busana direka khas oleh pereka fesyen tersohor Rizman Ruzaini.

Turut meraikan detik bersejarah HABIB Jewels menyerikan pasangan dengan aksesori berlian dan barangan kemas bernilai RM5 juta bagi kedua-dua majlis.

Haqiem turut memberikan cincin berlian Hearts of Fire yang merupakan berlian terbaik dunia buat isterinya. Difahamkan, nilai keseluruhan majlis perkahwinan penyanyi itu dianggarkan lebih RM7 juta.

-rotikaya.com

Selasa, 16 November 2021

Caprice Kongsi Video Dan Akui Berkahwin Dengan Seorang Ibu Tunggal Anak Satu Selepas 40 Hari Hilang

 


Tadi kita dikejutkan dengan berita perkahwinan penanyi rap tanah air, Caprice bersama seorang wanita yang dikenali sebagai Farra. Walaupun Caprice masih gagal dihubungi pihak media bagi mengesahkan perkara itu, gambar Caprice sedang menyarungkan cincin sudah tersebar.

Memetik laporan Kosmo, nama penuh wanita yang berjaya memikat hati Caprice adalah Farra Inalis Hussni yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Dia yang lebih mesra dipanggil Elis itu juga dalah seorang ibu tunggal anak satu yang baru berusia 26 tahun.

Isteri Caprice juga seorang usahawan berjaya

Untuk pengetahuan, Elis sudah enam tahun bergelar ibu tunggal dan anak perempuannya berumur tujuh tahun. Dia seorang usahawan wanita berjaya dan mempunyai jumlah pengikut yang ramai di media sosial.

Setakat ini hanya pengurus Caprice, Aiman Munier sahaja yang dapat dihubungi pihak media bagi mengesahkan perkara itu.

Apa yang saya tahu, sepatutnya pernikahan dilangsungkan di sebuah masjid di Kuala Lumpur, tetapi berdasarkan gambar itu lokasi mungkin ditukar pada saat akhir. Saya sendiri dapat gambar mereka (nikah) daripada Azira Shafinaz, bukan Caprice, sebelum berkongsi di Instagram saya. – Katanya.

Pengurus Caprice yakin Elis mampu jadi isteri yang baik

Aiman bagaimanapun tidak mahu menjawab lebih dan menyerahkan kepada Caprice untuk mengesahkan berita baik ini.

Apa yang boleh saya maklumkan, saya pernah bertemu Elis dan dari situ yakin dia mampu menjadi isteri yang baik serta dapat menjaga Caprice dengan sempurna.

 


Terkini! Caprice sahkan dirinya telah berkahwin selepas 40 hari menghilang

Akhirnya, Caprice sendiri telah berkongsi dengan kita semua satu video bagi mengesahkan berita perkahwinannya. Dia mengakui sudah bergelas suami kepada Farra Inalis dan turut memohon maaf kepada semua kerana menghilangkan diri dalam tempoh yang agak lama. Caprice memaklumkan dia akan berkongsi berita gembira ini dalam masa terdekat.

Caprice dan Elis sudah berkenalan hampir setahun untuk mengenal hati budi yang akhirnya mengambil keputusan untuk bersama. Sebelum kita dapat pengesahan dari Caprice boleh la kita ucapkan tahniah dahulu buat mereka berdua dan semoga bahagia hingga akhir hayat.

Kredit: Kosmo | Instagram

Sumber:ohmedia.my

Ahad, 24 Oktober 2021

Perghh...Ezlynn berhajat nak lengkapkan 'madu 4' buat suami!

EZLYNN bersama suami tercinta, Wan Mohd Hafizam.
EZLYNN bersama suami tercinta, Wan Mohd Hafizam.

Kuala Lumpur: Selepas mengumumkan perkahwinannya dengan penderma hati pertama negara Wan Mohd Hafizam Wan Ismail pada 11 September lalu, penyanyi Ezlynn tampil pula memberitahu dia mahu mencari madu atau 'isteri baharu' untuk suaminya lagi.

Ezlynn, 39, atau nama sebenarnya Azline Ariffin yang dihubungi berkata, keputusan itu dibuat kerana dia terlalu menyintai suaminya, selain mahu mencari 'saham akhirat'.

 "Dalam Islam pun membolehkan lelaki berkahwin empat. Saya nak cukupkan suami saya ada empat isteri. Kalau ada yang sanggup bermadu dengan saya, boleh terus mesej di Instagram.

"Kita hidup hanya sementara, mesti kena gembira. Jom mengorak langkah menuju 'jannah' (syurga).

 Saya mengangkat sunnah Rasullullah SAW, dan saya yakin boleh hidup bermadu," katanya berterus terang kepada Harian Metro.

Penyanyi lagu Hi Hi Bye Bye ini mengakui, dia sudah mula bertanyakan beberapa orang individu dan ada yang sudah bersetuju untuk menjadi madu baharunya.

"Cuma saya masih lagi cari yang sesuai untuk dia. Suami memang tahu berkenaan perkara ini kerana saya mengutarakan 'hajat' dan kami sudah bincang mengenainya.

"Sebab itulah saya putuskan nak cari madu yang baik dan sesuai, yang sudi terima saya sebagai madu juga.

 "Maksudnya berkahwin dengan saya sekalilah dan bukan dengan suami saja. Sebabnya, nanti banyak perkara perlu dilakukan oleh kami bersama," katanya.  

Ezlynn berkata, mereka mengangkat sunnah Rasullullah SAW dan dia amat mementingkan kebahagiaan suaminya.

"Kebahagian suami penting bagi saya. Dalam dunia ini saya dah tak perlu apa-apa lagi. Saya nak cari saham akhirat saja.

"Mana-mana yang boleh saya dapat reda Allah dan 'syafaat Rasulullah', saya akan ikut. Inilah hadiah buat suami saya," katanya. 

Ezlynn sebelum ini berkata, Wan Hafizam, 45, memiliki ciri-ciri lelaki idamannya, kerana dia mencari seorang imam dalam hidupnya.

"Saya tertarik dengannya sebab hatinya. Dia orang yang hebat bagi saya dan tak berkira serta banyak membantu orang. Dia bukannya buat untuk dunia, tapi lebih kepada akhirat," katanya.

Detik perkenalan Ezlynn dan suami, Wan Hafizam bermula apabila sama-sama terbabit dalam aktiviti amal dalam sebuah badan bukan kerajaan (NGO) pada tahun lalu.

-myMetro

Jumaat, 22 Oktober 2021

Gambar nikah Fizo Omar tular?


 KUALA LUMPUR: Sekeping gambar yang dimuat naik oleh akaun Instagram menggunakan nama @fazeeranazriaz mencetuskan teka teki adakah benar pelakon, Fizo Omar sudah selamat mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya.

Gambar memaparkan lelaki persis Fizo dan seorang wanita di atas pelamin seolah-olah menjadi noktah persoalan sama ada duda anak satu itu bakal bernikah semalam.

Malah, gambar profil akaun tersebut juga sama dengan gambar yang dimuat naik Fizo semalam.

Dalam akaun tersebut, gambar pertama yang dimuat naik memaparkan seorang lelaki sedang menyarung cincin usai akad nikah dan disertakan dengan kapsyen Alhamdulillah.

Manakala, gambar kedua yang dimuat naik akaun itu memaparkan wanita tersebut sedang bersiap.

Gambar-gambar yang dimuat naik terus mencetuskan teka-teki dan sehingga kini, masih tiada kenyataan daripada Fizo.

Malah, pertanyaan yang dilayangkan wartawan Utusan Malaysia juga hanya dibaca dan dibiarkan sepi tanpa jawapan.

-Utusan Online

Jumaat, 20 Ogos 2021

Remy Ishak, Ezza Yusof nikah Sabtu ini

 REMY Ishak dikhabarkan bakal melangsungkan pernikahan dengan Ezza Yusof.

REMY Ishak dikhabarkan bakal melangsungkan pernikahan dengan Ezza Yusof.

Kuala Lumpur: Pelakon popular, Remy Ishak dikhabarkan bakal melangsungkan pernikahan dengan Ezza Yusof pada pagi Sabtu ini.

Sumber kepada Harian Metro berkata, sebelum itu Remy dan Ezza akan bersiap di sebuah hotel terkemuka di sini sebelum dibawa di lokasi pernikahan pada pagi Sabtu ini.

Busana pernikahan mereka juga mendapat sentuhan pereka fesyen muda terkenal.

Remy dan Ezza pernah mengikat tali pertunangan pada 2017, namun putus pada 2019. Bagaimanapun, ikatan kasih mereka bercantum kembali tahun ini.

Difahamkan pasangan itu sepatutnya mengadakan majlis pernikahan pada Mei lalu, namun disebabkan pandemik Covid-19 majlis itu dibatalkan.

Menerusi temu bual media sebelum ini, Remy mengakui hubungan dengan Ezza penuh dengan dugaan dan ujian.

"Saya rasa semua tahu, perhubungan saya dengan Ezza ada pasang surutnya dan pernah putus tunang, namun bercantum kembali.

"Saya ingatkan nak bina masjid pada bulan Syawal selepas ombak, segala badai di lautan yang kami tempuhi sebelum ini, tapi apakan daya, perancangan Allah itu lebih besar daripada kehendak kami," katanya.

Selepas putus tunang sekitar tahun 2019, Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak meraikan hari jadi Ezza di sebuah restoran sekali gus mengesahkan bahawa hubungan cinta mereka kembali bertaut.

-myMetro