"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Muntah Ikan Paus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Muntah Ikan Paus. Papar semua catatan

Jumaat, 24 Disember 2021

Isu muntah paus:‘Saya tak pernah berangan hendak jadi jutawan’ -Aida Zurina

AIDA ZURINA menunjukkan ketulan batu berlilin yang ditemui di Marang, Terengganu pada bulan lalu.

 KEMAMAN – Pengusaha kedai makan yang menjumpai ketulan batu berlilin pada akhir bulan lalu akur dengan keputusan analisis dikeluarkan Jabatan Perikanan Terengganu yang mengesahkan objek itu bukan muntah ikan paus.

Begitupun, Aida Zurina Long, 41, bersedia untuk melakukan ujian semula bagi menentukan ketulenan objek tersebut sekiranya terdapat pakar-pakar lain yang berminat.

Saya bersedia untuk memberi sampel batuan berlilin ini kepada mana-mana pihak yang mahu mengujinya.

Saya bersedia untuk memberi sampel batuan berlilin ini kepada mana-mana pihak yang mahu mengujinya.-Kosmo

Jumaat, 17 Disember 2021

Muntah Kayangan: UMT terima sampel muntah paus untuk analisis

 LAPORAN Harian Metro sebelum ini

LAPORAN Harian Metro sebelum ini

Kuala Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) akan membuat analisis terhadap objek yang didakwa muntah ikan paus atau ambergris yang dijumpai seorang wanita di Marang, baru-baru ini.

Pengarah Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan (PPPL) UMT Prof Madya Dr Hasrizal Shaari berkata pihaknya sudah menerima sampel tersebut daripada Jabatan Perikanan Negeri Terengganu.

"Kita terima sampel seberat empat gram itu malam tadi dan keputusan analisis akan diketahui dalam tempoh seminggu lagi.

"Ini selaras dengan memorandum persefahaman (MoU) yang terjalin antara UMT dengan Jabatan Perikanan untuk sentiasa bekerjasama dalam apa sahaja berkaitan spesies marin terancam dan kelautan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Selasa lalu, media melaporkan seorang wanita dari Kemaman menjumpai objek yang dipercayai muntah ikan paus itu ketika memancing berhampiran jeti Lembaga Kemajuan Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Marang pada akhir November lalu.

Susulan itu, Jabatan Perikanan Negeri Terengganu pergi ke rumah wanita tersebut keesokannya untuk mengambil sedikit sampel bagi tujuan kajian sama ada ia benar-benar muntah ikan paus atau hanya gumpalan sisa-sisa lain yang dibawa ombak.

Di Malaysia, hanya UMT satu-satunya universiti yang berupaya untuk menentusahkan ketulenan sampel ambergris itu berdasarkan kepakaran PPPL yang turut dibantu oleh pakar di Fakulti Sains dan Sekitaran Marin UMT serta Universiti Plymouth di England.

Muntah ikan paus yang bernilai tinggi akan mempunyai bahan aktif yang terdiri daripada tiga bahan utama iaitu ambrein (25 hingga 45 peratus), epicoprosterol (30 hingga 40 peratus) dan coprostanone (tiga hingga empat peratus).

Mengikut rekod UMT, sebanyak 18 sampel objek yang didakwa muntah ikan paus telah dibuat kajian setakat ini namun hasil analisis yang dijalankan mendapati kesemua sampel tersebut tidak menunjukkan kehadiran tiga bahan aktif itu dan tidak mempunyai harga di pasaran.

Beliau berkata ramai yang tidak sabar untuk mengetahui apakah objek ditemui wanita tersebut adalah muntah ikan paus yang asli atau sebaliknya dan mengakui turut teruja untuk menjalankan proses analisis tersebut.

"Proses analisis ini hanya menggunakan sedikit sahaja daripada kuantiti sampel yang diberikan, bakinya akan kita kembalikan kepada Jabatan Perikanan," katanya.

-myMetro

Rabu, 15 Disember 2021

Tiga pihak nyatakan minat beli muntah paus - Aida Zurina

AIDA Zurina bersama suaminya menunjukkan ketulan dipercayai muntah ikan paus yang disimpan mereka. FOTO Rosli Ilham
AIDA Zurina bersama suaminya menunjukkan ketulan dipercayai muntah ikan paus yang disimpan mereka. FOTO Rosli Ilham

Chukai: Tiga pihak sudah menyatakan minat membeli ketulan dipercayai muntah ikan paus yang ditemui Aida Zurina Long.

Aida Zurina, 41, berkata, ketiga-tiga individu menghubunginya hari ini dipercayai orang tengah dan hanya ingin mengetahui bagaimana muntah ikan paus itu ditemuinya.

"Salah seorang daripada individu itu bertanya sama ada saya berminat menjual 'barang' ini dan dia sudi menjadi orang tengah untuk urusan jual beli.

"Individu itu mendakwa sebelum ini dia pernah menjual muntah ikan paus terbabit kepada seorang artis dengan jumlah bayaran sebanyak RM500,000," katanya.

Menurutnya, dia mengambil keputusan menunggu ujian makmal untuk mengesahkan ketulenan muntah ikan paus terbabit terlebih dulu.

 "Memang saya nak jual, tapi saya nak pastikan 'barang' yang saya temui ini benar-benar tulen sebelum saya meletakkan harta sebenarnya.

"Hari ini, enam kakitangan Jabatan Perikanan Terengganu datang ke rumah menemubual saya termasuk mengambil sedikit muntah paus untuk analisa," katanya.

Katanya, dia dimaklumkan sampel akan dihantar ke makmal dan keputusannya akan diketahui dalam tempoh dua minggu lagi.

"Saya bukan jenis yang berangan-angan hendak jadi jutawan, tapi saya dedahkan penemuan ini untuk cari pihak yang boleh menentukan ketulenannya.

"Kalau sudah ditakdirkan rezeki berpihak kepada saya, saya bersyukur dan anggap ia rezeki yang tidak disangka," katanya.

Aida Zurina berkata, sekiranya ketulan itu tulen dan berjaya dijual, hasil yang diperoleh itu akan digunakan sebaik mungkin.

"Saya akan memperbesarkan kedai makan saya. Saya nak hantar ibu serta kedua ibu bapa mentua saya mengerjakan haji serta bersedekah kepada mereka yang susah," katanya.

Menurutnya, dia turut menafikan apabila ada pihak yang menyatakan objek yang ditemui itu diuji Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

"Pihak itu mungkin salah faham, saya nafikan kerana saya tidak pernah menghantar sampel ke UMT untuk diuji," katanya.

Harian Metro semalam melaporkan Aida Zurina menemui ketulan dipercayai muntah ikan paus ketika memancing bersama keluarganya di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Marang November lalu.-myMetro

Selasa, 14 Disember 2021

Dakwaan muntah ikan paus:'Saya sudah uji ketulan ini, bila dibakar ia meleleh, berbau wangi'

 AIDA Zurina menunjukkan ketulan berupa muntah ikan paus yang ditemuinya. FOTO Rosli Ilham

AIDA Zurina menunjukkan ketulan berupa muntah ikan paus yang ditemuinya. FOTO Rosli Ilham

Chukai: "Kalau kena dengan harganya saya akan jual," kata Aida Zurina Long, 41, yang bersedia menjual ketulan yang dipercayai muntah ikan paus yang ditemuinya.

Aida berkata, setakat ini, dia tidak menerima sebarang panggilan daripada mana-mana pihak yang menyatakan minat membeli muntah ikan paus terbabit.

Saya bersama suami dan ayah sudah berbincang dan bersetuju untuk menjual 'barang' ini. Kalau ada yang berminat boleh datang berbincang.

"Saya sudah timbang muntah ikan paus ini. Beratnya melebihi lima kilogram dan kini muntah itu menjadi sedikit keras berbanding ketika saya menemuinya pada November lalu ,"katanya.

Katanya, dia dan suaminya sudah menguji dengan membakar ketulan itu dan ianya meleleh seperti lilin serta mengeluarkan bau yang wangi,

Kami membuat ujian itu sebagaimana yang saya lihat di Internet dan hasil ujian itu seakan sama sebagaimana muntah ikan paus yang asli.

"Jadi saya tak letak benda itu seratus peratus asli dan sekiranya ada pihak ingin membuat ujian di makmal bagi mengesahkan kesahihan benda ini saya bersedia untuk bekerjasama," katanya.

Aida berkata, setakat ini dia dimaklumkan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menawarkan kepakaran untuk mengesahkan ketulenan muntah ikan paus terbabit.

"Setakat ini saya tidak mendapat panggilan daripada UMT dan saya sedia memberi kerjasama," katanya.

Pada Januari lalu, seorang nelayan di Thailand, Chalermchai Mahapan, 20, menemui ketulan lilin yang dipercayai muntah ikan paus dan berjaya menjual dengan harga bernilai 210,000 paun (RM1.16 juta).

Penemuan muntah ikan paus sebelum itu turut ditemui nelayan di Bengkelulu, Indonesia pada 2017, sekali gus menjadi jutawan segera dengan berjaya menjual muntah terbabit seberat 150 kilogram dengan harga 22 juta rupiah sekilogram membolehkan dia memperoleh 3.3 bilion rupiah (RM927,000).

Muntah ikan paus digunakan dalam pengeluaran kosmetik dan pewangi agar bau wangian itu kekal lama menyebabkan harganya mahal dan sesetengah saintis menggelar ia emas terapung.

Pada 2016, nelayan Oman menjual 80 kilogram muntah paus ditemuinya dengan harga AS$2.5 juta (RM10.4 juta ) dan pada 2013, seorang lelaki di Britain menemui ketulan 2.7 kilogram muntah paus di pantai Lancashire yang dianggar bernilai £100,000 (RM549,623).

-myMetro