PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri hari ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani mewakili Kerajaan Perpaduan dan calon PAS, Mohd Rizwadi Ismail mewakili Perikatan Nasional (PN).
BN TAWAN SEMULA DUN NENGGIRI DENGAN KEMENANGAN BESAR
GUA MUSANG: Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani diumumkan secara rasmi menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri selepas menewaskan calon BERSATU mewakili Perikatan Nasional (PN), Mohd Rizwadi Ismail sekali gus menawan semula kerusi itu.
Pengumuman dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK DUN Nenggiri, Nik Raisnan Daud, di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Kompleks Perdana, Majlis Daerah Gua Musang, jam 9.35 malam ini.
KEMENANGAN DI NENGGIRI PEMANGKIN UMNO, BN DAPAT SOKONGAN RAKYAT - ZAHID
KUALA LUMPUR: UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu meraikan kemenangan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri dengan penuh tawadhu' dan keinsafan bahawa jalan perjuangan parti masih panjang untuk rakyat.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kemenangan ini juga adalah pemangkin dalam meneruskan usaha mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO dan BN.
PRK NENGGIRI: PEMIMPIN PN UCAP TAHNIAH KEPADA BN
KUALA LUMPUR: Selepas keputusan semakin jelas menunjukkan Barisan Nasional (BN) kembali merampas kerusi DUN Nenggiri, pemimpin Perikatan Nasional (PN) mengaku kalah dan mengucapkan tahniah kepada BN.
KEMENANGAN BESAR INI BUKTI RAKYAT TAK TOLAK BN - AHMAD JAZLAN
GUA MUSANG: Barisan Nasional (BN) menyifatkan kemenangan besar calon mereka, Mohd Azmawi Fikri Abdul pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, malam ini adalah bukti rakyat tidak menolak parti itu.
Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Dr Ahmad Jazlan Yaakub, berkata kemenangan bergaya itu turut menyaksikan gelombang kebangkitan anak muda dan Melayu.
TERIMA KASIH PENGUNDI KERANA PILIH SAYA - MOHD AZMAWI
GUA MUSANG: 'Terima kasih pengundi kerana memilih saya'.
Demikian ucapan calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Pilihan Raya Kecil (PRK) hari ini.K
Ketua Pemuda UMNO Kelantan dan Gua Musang itu berkata, kemenangan malam ini bukan kemenangan beliau semata-mata sebaliknya kemenangan parti.
8.12 malam: Selepas semua 20 PDM dikira, BN meraih 9,112 manakala PAS mendapat 5,741 undi sekali gus BN meraih majoriti lebih besar 3,372 undi.
8.06 malam: TIDAK RASMI: BN mendahului dengan 8,969 undi berbanding PAS 5,566 undi. Daripada 20 PDM, 17 dimenangi BN, dua dimenangi PAS
8 malam: Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani berjaya merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri dengan menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Rizwadi Ismail. BN mendahului dengan majoriti besar 3,026 undi selepas meraih 8,202 undi berbanding PAS 5,176 undi.
Daripada 20 Pusat Daerah Mengundi (PDM) , 17 PDM sudah selesai pengiraan dengan 15 PDM dimenangi BN. Hanya dua PDM dimenangi PAS setakat ini.
7.47 malam: TIDAK RASMI: Berbaki tiga daripada 20 PDM belum selesai proses pengiraan.
7.45 malam: TIDAK RASMI: BN mendahului dengan 8,202 undi berbanding PAS 5,176 undi. BN menang dengan majoriti 3,026 undi.
7.36 malam: TIDAK RASMI: BN mendahului 7,931 undi berbanding PAS 5,067 undi. 14 PDM dimenangi BN, manakala 2 PDM dimenangi PAS.
7.36 malam: TIDAK RASMI: 12 PDM ditawan BN, manakala 2 PDM dimenangi PAS. Enam PDM masih dalam proses pengiraan.
7.34 malam: TIDAK RASMI / BN mendahului dengan 7,115 undi berbanding PAS 4,431 undi. BN mendapati majoriti 2,857 undi
7.30 malam: TIDAK RASMI: 12 PDM dimenangi BN, manakala 2 PDM dimenangi PAS setakat jam 7.30 malam. Hanya 6 PDM yang belum selesai pengiraan undi.
7.25 malam: TIDAK RASMI: BN mendahului dengan 6,911 undi berbanding PAS 4,109 undi. Setakat jam 7.25 malam, 11 PDM dimenangi BN, 2 PDM dimenangi PAS.
7.18 malam: TIDAK RASMI: BN mendahului dengan majoriti 2,763 undi.
7.17 malam: TIDAK RASMI: BN mendahului dengan 6,305 undi berbanding PAS 3,635 undi sehingga jam 7.15 petang. Sehingga kini 11 PDM dimenangi BN dan satu dimenangi PAS.
7.15 malam: TIDAK RASMI: PDM KESEDAR Limau Kasturi menjadi PDM pertama yang dimenangi PAS.
7.14 malam: TIDAK RASMI: Sembilan PDM yang dimenangi BN adalah Tohoi, Sungai Wias, Kuala Sungai, Serian, Pos Simpor, Sungai Puian, Bertam Baru, Star, Sungai Jenera.
7 malam: TIDAK RASMI: BN mendahului dengan 3,447 undi berbanding PAS 1,490 undi. Hingga kini 7 daripada 20 PDM dimenangi BN
6.40 petang: TIDAK RASMI: BN mendahului dengan 2,278 undi berbanding PAS 597 undi setakat jam 6.40 petang ini. Tujuh daripada 20 PDM dimenangi BN setakat ini
6.36 petang: Tidak rasmi - BN mendahului dengan 1,592 undi
Barisan Nasional (BN) menang di enam pusat daerah mengundi (PDM) yang ditutup awal pada Pilihan Raya Kecil (PRN) DUN Nenggiri.
Enam PDM terbabit adalah Tohoi, Sungai Puian, Kuala Sungai, Sungai Jenera, Pos Simpor dan Pos Sungai Wias.Kemenangan di enam PDM itu dengan majoriti 1,592 undi.
6.20 petang: Pemimpin PN, Tan Sri Annuar Musa membayangkan persaingan sengit dengan kemungkinan undi untuk gabungan itu merosot.
6.20 petang: Pemimpin PN, Tan Sri Annuar Musa membayangkan persaingan sengit dengan kemungkinan undi untuk gabungan itu merosot.
Dalam satu hantaran di Facebook, Annuar mendakwa lebih 2,000 pengundi PN tidak keluar mengundi "gara-gara tempias berita pihak lain mendapat duit."
Pun begitu Annuar tidak menjelaskan kaitan antara perkara ini.
Pemimpin PAS itu juga mendakwa peratusan keluar mengundi yang lebih tinggi pada hari ini mungkin memberi kelebihan kepada BN.