"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Artis Wanita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Artis Wanita. Papar semua catatan

Ahad, 18 Februari 2024

Perlis Indah Tapi Rita Nadira Berparut Diserang Pacat

Gambar : RITA Nadira berkongsi keterujaan menjalani penggambaran di Perlis walaupun berdepan episod seram diserang pacat.

KUALA PERLIS – Sebelum Perlis yang kini menjadi tumpuan dek suasana alam bertukar menjadi keperang-perangan akibat kemarau, pelakon Rita Nadira sebenarnya telah lama jatuh cinta dengan keindahan negeri paling utara Semenanjung Malaysia itu sewaktu menjalani penggambaran drama Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah tahun lalu.

Rita atau nama sebenarnya Rita Nadira Mohd. Ritamurni, 26, lokasi pemggambaran yang dijalankan di Taman Negeri Perlis, Wang Kelian, Padang Besar itu, dianggap cukup mempesonakan dengan pemandangan alam yang sungguh indah.

“Pengalaman menjalani penggambaran di Perlis terutama di Taman Negeri Perlis, Wang Kelian sangat membuatkan saya teruja. Lokasinya begitu mendamaikan dan indah.

“Jarang saya dapat peluang untuk berlakon di tempat sebegitu. Tenang dan terasa dekat dengan alam,” katanya.

Rita yang ditemui ketika majlis tayangan episod akhir drama Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah di sini, malam tadi turut berkongsi pengalaman ‘menakutkan’ apabila terpaksa berdepan dengan kawasan yang dipenuhi pacat, selain liputan telefon yang sukar untuk dicapai.

“Tapi ada masalah lain pula. Kawasan tersbeut susah nak dapat ‘line’ telefon dan internet. Jadi susah saya untuk berkongsi apa-apa perkembangan di sana, selain terpaksa berdepan dengan cuaca hujan.

“Paling menakutkan saya, kawasan di sana banyak pacat. Kaki saya penuh dengan parut, kesan gigitan pacat.

“Seronoklah pacat-pacat itu hari-hari dapat ‘makan’ darah kami,” katanya sambil berseloroh.

Bagaimanapun, Rita menyifatkan pengalaman yang dialaminya itu sebagai sangat bermakna. Sebagai seorang pelakon, Rita beranggapan kejadian seumpama itu adalah ‘harga’ yang perlu dibayar untuk memberikan yang terbaik kepada penonton.

“Kalau orang tengok, pelakon sentiasa cantik dalam televisyen. Tapi banyak lagi perkara lain yang terpaksa kami lalui dan terjadi di belakang tabir.

“Apa-apa pun, saya sangat seronok apabila dapat berpeluang merasai pengalaman menjalani penggambaran di kawasan sebegitu,” ujarnya.

Selain Rita yang memegang watak sebagai Nur Dania Safuan dan Siti Aisyah (pasangan kembar), drama arahan pengarah Shuhaimi Zulkefli itu turut dibintangi pelakon Aniq Suhair yang memegang watak sebagai Ustaz Iqbal.

Drama Cinta Bersemi Di Wadi Safiyyah siaran slot Akasia TV3 sejak 9 Januari lalu itu turut menampilkan lakonan handalan Aidit Noh, Zamarul Hisyam dan Lydiawati. 

Artikel Asal : https://www.kosmo.com.my/2024/02/16/perlis-indah-tapi-rita-nadira-berparut-diserang-pacat/

Sumber : Kosmo!

Like & Follow Perlis Permai Untuk Berita Dan Info Semasa Negeri Perlis.

.

#PerlisPermai

#VisitPerlis

#TMP20242025

#PakatMaiPerlis

#PerlisDamaiDanMenawan

#CintaBersemiDiWadiSafiyyah

#WangKelian

Ahad, 26 Jun 2022

Rupanya Lagu Taman Rashidah Utama Ada Kaitan Dengan Seorang Gadis Yang Sekarang Dh Jadi Pelakon Terkenal?

Sebut saja lagu-lagu seperti Sejati, Intanku Kesepian, Misteri Mimpi Syakila dan Belenggu Irama pasti imaginasi terus terbayangkan kumpulan rock legenda, Wings.

Ditubuhkan sekitar tahun 1985 di Sekolah Menengah Seri Ampang Kuala Lumpur oleh lima orang anak muda yang masih menuntut, siapa sangka Wings antara kumpulan rock 80an yang kekal popular hingga kini.

Bercakap pasal kumpulan Wings, pelbagai kisah menarik tentang kumpulan rock lagenda ini telah dibongkar dan dikongsikan dengan peminat.

Kali ini, Kualalumpur Viral nak berkongsi satu kisah yang tidak kurang menariknya iaitu tentang lagu Taman Rashidah Utama, salah sebuah lagu keramat Wings yang diciptakan oleh Bob Lokman.

Lagu tersebut diterbitkan pada tahun 1988 dan sudah mencecah 30 tahun menerusi album Wings Hukum Karma.

Lagu ini masih segar dan popular serta diterima baik peminat muzik tempatan samada yang lama dan baru.

Bob Lokman sebenarnya mempunyai cerita yang tersendiri sehingga mendapat ilham untuk menulis lagu tersebut dan menjadi sebuah lagu hits hingga kini.

Adakah Taman Rashidah Utama itu wujud?

Bob Lokman menceritakan kepada New Straits Times tentang terhasilnya lagu tersebut.

Di Senawang, iaitu kira-kira 10 kilometer dari Bandar Seremban terdapat satu taman perumahan yang diberikan nama Taman Rashidah Utama.

Rupa-rupanya tajuk lagu popular kumpulan Wings itu adalah bersempena dengan nama tempat tersebut.

Kisahnya adalah begini…

Ketika Bob berusia lewat 20-an, beliau telah mengenali sorang gadis berusia 14 tahun dan dia benar-benar jatuh cinta pada seorang gadis.

Akhirnya Bob mendapat tahu yang gadis tersebut tinggal di Taman Rashidah Utama, Seremban. Pada masa itu Bob berulang-alik dari KL ke Seremban kerana Studio tempat Kumpulan Wings berlatih terletak di sana.

”Pada satu hari gadis diminat dia tersebut telah singgah di studio dengan kawan-kawannya untuk bertemu dengan Kumpulan Wings.

”Bagi saya, dia sangat cantik tapi saya tidak pernah dihiraukannya. Walau bagaimanapun saya tetap suka padanya dan kami kekal berkawan”. ujar Bob.

Kisah pinangan ditoIak

Boleh dikatakan setiap hari Bob sanggup berulang dari Seremban semata-mata untuk melihat gadis itu dari jauh ketika dia menunggu bas sekolah setiap pagi.

Bob sanggup menunggu sehingga gadis tersebut habis sekolah dan merancang berjumpa dengan keluarganya untuk meminang. Walau bagaimanapun gadis tersebut menjelaskan bahawa dia memang tidak ada perasaan terhadap Bob.

”Saya tetap menghantar rombongan meminang, namun pinangan saya ditolak. Saya sangat kecewa dan patah hati,” luah Bob.

Walaupun pinangan ditolak dan ke.cewa, Bob tetap pergi ke Seremban dan melalui kawasan perumahan itu untuk melihat gadis tersebut walaupun sekejap.

Dari situlah datang ilham untuk Bob mencipta lagu Taman Rashidah Utama yang akhirnya meletup.

Gadis tersebut adalah pelakon popular, Aida Aris

Tanpa kita duga, gadis yang menjadi kegiIaan Bob Lokman itu sebenarnya adalah seorang gadis yang kini menjadi pelakon popular iaitu Aida Aris.

Setelah Aida menjadi pelakon, mereka kekal berkawan sehinggalah ke hari ini. Bob memberitahu mereka sering tergelak mengenangkan peristiwa itu.

”Aida ada mencadangkan agar saya membuat kisah kami ini untuk dijadikan drama tetapi sehingga kini idea tersebut masih tidak direalisasikan”. kata Bob.

Taman Rashidah Utama bukan sekadar patah hati, tetapi mengingatkan kita bahawa jika kita buat sesuatu ikhlas dari hati, ia akan membawa kita ke suatu arah yang tak pernah diduga.

Tahulah Bob yang cintanya telah ditolak..

Sementara itu, menerusi satu versi berbeza yang ditulis oleh portal Watandaily.com mengatakan ada satu kjadian yang mencetus kepada satu lirik di dalam lagu Taman Rashidah Utama.

“Ku berjalan di dalam hujan
Mencari api yang terpadam…”

Demikian petikan lirik lagu Taman Rashidah Utama nukilan Bob Lokman.

Lagu dendangan Wings ini merupakan imbasan pengalaman Bob Lokman ‘bercinta’ dengan pelakon Aida Aris (masa tu belum jadi pelakon lagi) yang tinggal di Taman Rashidah Utama, Seremban.

Bob tunggu Aida Aris tak muncul-muncul

Ada satu ketika Bob mengajak Aida Aris untuk dating dan Bob menunggu Aida dari petang sampai ke malam di deretan kedai mamak namun Aida  tak muncul-muncul.

Disebabkan ins1den itulah, Bob menulis pengalamannya menunggu Aida Aris yang tak kunjung tiba dan diabadikan dalam lagu Taman Rashidah Utama.

Selepas Bob ‘berhijrah’ kira-kira sedekad yang lalu, beliau didatangi oleh ramai peminat yang mengaku menggemari lirik-lirik tulisan beliau.

Seorang peminat mengaku meminati lirik Taman Rashidah Utama kerana terdapat unsur tasawuf di dalamnya melalui rangkap “Ku berjalan di dalam hujan mencari api yang terpadam”.

Macam mana berjalan dalam hujan yang basah tapi mencari api, fuh ini memang deep ni. Agaknya mencari api hidayah kot.

Bob hanya ketawa saja dan berkata itu bukannya tasawuf. Cerita sebenar lirik itu ialah Bob menunggu Aida Aris dari tiga petang sampai ke sembilan malam, waktu tu hujan lebat.

Tunggu punyalah lama sambil h1sap ro.k0k sampai ro.k0k dia terpadam sebab terkena tempias hujan. Mancis dia pulak dah habis.

Maka dia merayaulah mencari kedai atau orang yang ada mancis/lighter supaya dia boleh h1sap ro.k0k.

Kerana itu dia sebut “ku berjalan di dalam hujan mencari api yang terpadam”, maknanya aku tunggu kau punyalah lama sampai api ro.k0k aku pun habis dan dalam hujan tu aku carilah mancis untuk menggantikan mancis aku sebab api ro.k0k dah terpadam.

Bukannya tasawuf pun!

Sumber/Kredit: watandaily.com, sukaviral.net via muzikjalanan

-kualalumpurviral.com

Selasa, 21 Jun 2022

Suami dah bertunang? Ini reaksi Puteri Sarah

 

REAKSI ringkas Puteri Sarah berhubung dakwaan suaminya, Syamsul yang sudah bertunang dengan Ira Kazar.

PETALING JAYA – “Kalau betul, alhamdulillah, jangan lupa tanggungjawab kepada anak-anak”.

Demikian respons ringkas pelakon Puteri Sarah berhubung suaminya Syamsul Yusof yang didakwa sudah bertunang dengan seorang anak dramatis popular dikenali sebagai Ira Kazar.

Syamsul dan Ira Kazar sudah pun bertunang. Selamat bertunang Syamsul!,” tulis mesej yang dikirim seorang netizen kepada Puteri Sarah dalam Instagramnya.

Langsung tidak melatah apatah lagi terkejut, Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37, dilihat memberi reaksi dengan nada cukup positif.

“Terima kasih DM saya. Kalau betul, alhamdulillah. Jangan lupa tanggungjawab pada anak-anak,” tulisnya ringkas menerusi InstaStory.

Terdahulu, menerusi laporan sebuah portal sebelum ini, timbul desas-desus mengatakan seorang pengarah dan pelakon terkenal bakal berkahwin dengan seorang wanita yang telah dikenali sejak empat tahun lalu dalam waktu terdekat.

Sebelum ini, pelakon drama Sabarlah Duhai Hati itu pernah mendedahkan tidak lagi tinggal sebumbung dengan Syamsul. Dia juga mendakwa suaminya itu tahu punca keretakan hubungan mereka sejak 2018.

Meskipun begitu sehingga kini, Syamsul yang juga pengarah filem Mat Kilau itu masih mengunci mulut berkenaan kemelut rumah tangganya yang didakwa ada orang ketiga.

Sementara bapanya, pengarah tersohor, Datuk Yusof Haslam sebelum ini memberitahu media bahawa beliau enggan masuk campur hal peribadi anaknya itu dan menyerahkan kepada Syamsul untuk menyelesaikan kemelut rumah tangganya sebaik mungkin.

Untuk rekod, Puteri Sarah berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5 dan Sumayyah yang kini berusia tiga tahun. – KOSMO! ONLINE

Isnin, 20 Jun 2022

Dia ‘Terlalu Istimewa’ Buat Kami Semua, Rakan Artis & Menteri Malaysia Terkesan Pemergian Adibah Noor

 

Berita pemergian artis versatil Adibah Noor, bukan sahaja dirasai penggiat seni tanah air dan para peminat, tapi juga dalam kalangan pemimpin negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata penyanyi lagu ‘Terlalu Istimewa’ itu bukan sahaja sangat berbakat dalam bidang nyanyian, tetapi menyerlah menerusi industri lakonan serta pengacaraan.

Hilang sebutir permata negara

Perdana Menteri, meluahkan rasa sedih dan memberi ucapan salam takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan semoga mereka tabah menghadapi kehilangan ini.

Semoga Allahyaham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah buat Allahyarham Adibah Noor.

Selain Ismail Sabri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan negara kehilangan sebutir lagi permata.

Negara dikejutkan dengan pemergian tokoh penghibur yang sangat berbakat dan disenangi ramai, Allahyarham Adibah Noor. Saya mengutuskan salam takziah kepada keluarga. Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh. Ternyata pemergian Allahyarham adalah kehilangan yang cukup besar dan tiada galang gantinya buat industri seni tanah air. Sesungguhnya karya-karya seni Allahyarham akan terus dikenang dan dingati selamanya oleh rakyat Malaysia.

 Ahli Parlimen Lembah Pantai iaitu Fahmi Fadzil turut mengambil peluang merakamkan ucapan takziah buat keluarga Adibah Noor. Ujar Fahmi, sikap merendah diri dan jangan pernah takut untuk belajar merupakan sikap Adibah Noor yang wajar dicontohi oleh generasi zaman sekarang. Tambah Fahmi, arwah seorang yang tegas dengan pegangan prinsip. Seperti contohnya orang berkata mengenai berat badannya tapi arwah melihat ia dari sudut positif.

Selalu menyokong dan tidak pernah merungut

Pengarah dan pelakon Datuk Hans Isaac menyifatkan Adibah Noor seorang yang ikhlas dan baik hati. Allahyarham juga sering berkongsi mengenai kebaikan orang lain dalam industri seni dan tidak pernah merungut mengenai diri sendiri.

Wanita yang sangat ikhlas dan baik. Bila bekerja, dia selalu menyokong dan tidak pernah merungut. Kadang-kadang keadaan tak sempurna tapi dia relaks saja. Tak perlu bercakap mengenai bakatnya, itu memang tak boleh dipersoalkan. Kita kehilangan insan yang hebat.

Menurut Suki Low yang merupakan rakan seperjuangan arwah dalam program Gegar Vaganza, dia berasa ralat kerana tidak sempat melawat arwah semasa sedang sakit.

Saya ada tanya kalau diizinkan kami mahu melawat dan dia kata boleh apabila dia sudah okay nanti. Tapi saya tak sempat nak berjumpa. Kakak (Adibah) seorang yang sangat membantu, disenangi walaupun dia nampak tegas tapi dia sangat lembut. Dia bagi saya galakan ketika di GV8. Saya masih ingat dia mengatakan walau apa pun yang juri katakan, awak jadi diri sendiri. Saya tak pernah menyangka dia akan meninggalkan kami sebegitu. Dia yang mencadangkan nak buat projek untuk keluarga kami di GV8 sebab dia nak kami terus berhubung. Semuanya tidak akan sama lagi.

-ohbulan.com 

Rabu, 20 April 2022

Netizen kata Emma Maembong tambah dosa suami

 

GELAGAT Emma dan Alvin yang tidak disenangi netizen.
PETALING JAYA – Pelakon Emma Maembong dikecam netizen gara-gara berkongsi video mesra berlaga pipi bersama rakan baiknya yang juga pelakon, Alvin Chong.

Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, Emma atau nama lengkapnya Fatimah Rohani, 30, dikecam netizen kerana statusnya sebagai isteri orang serta beragama Islam.

Difahamkan video tersebut telah dibuat oleh Alvin sebagai tanda menghargai persahabatan antara dia dengan Emma sebelum pelakon tersebut berkongsi video sama dalam Instagram miliknya.

“Video yang indah oleh Alvin Chong. Saya sayang awak selama-lamanya,” tulis Emma dalam ruangan kapsyen.

Bagaimanapun, terdapat segelintir netizen dilihat kurang senang dengan kandungan dalam video tersebut apabila memaparkan adegan mesra antara Emma dan Alvin yang dianggap tidak sesuai memandangkan status wanita itu sebagai isteri orang.

Rata-rata netizen memuji hubungan persahabatan antara Emma dan Alvin, namun menegur kedua-duanya kerana berstatus bukan muhrim apabila bersentuhan.

“Bff (best friend forever) boleh. Tapi sentuh-sentuh tak boleh kak,” kata seorang netizen.

“Mana boleh bersentuhan. Haram dah jadi isteri orang,” tegur seorang lagi pengikutnya.

“Tak salah hendak berkawan, tapi jangan berlebihan,” komen seorang lagi peminatnya.

Bahkan, terdapat juga komen netizen melahirkan rasa kasihan terhadap suami kepada Emma kerana perlu menanggung dosa yang dilakukan oleh isterinya.

“Pelik. Suami dia tak marah ke? Macam tidak ada perasaan isteri ada ‘bff’ lelaki,” kata seorang netizen.

Sekadar info, Emma dan Alvin pernah bergandingan bersama-sama menerusi drama Awak Suka Saya Tak. Keserasian kedua-dua pelakon itu turut menarik perhatian peminat mereka yang suka melihat gandingan mereka berdua.

Malah, Alvin menerusi satu kenyataannya kepada media memberitahu tiada siapa dapat menggantikan tempat Emma dalam hatinya sebagai seorang sahabat baik. – KOSMO! ONLINE

Sabtu, 19 Februari 2022

“Fattah sepupu Syamsul?” – Ini Barisan Selebriti Yang Rupa-rupanya Bersaudara!

 


Lately ni mesti korang selalu tengok gelagat comel penyanyi terkenal tanah air, Ernie Zakri dengan suaminya Syamel kan? Tambah pula, Ernie ni merupakan anak saudara kepada Ziana Zain dan Anuar Zain.

Takpun, korang mesti tahu juga yang Nelydia dan juga Uqasha merupakan adik beradik yang aktif dalam bidang lakonan. Bukan tu je, sepupu-sepupu diorang yang lain pun turut aktif dalam bidang yang sama.

Nelydia

Haa, tahu tak siapa lagi yang ada pertalian darah sebagai keluarga dalam kalangan selebriti kat negara kita ni? Jangan terkejut plak okay.. Meh, min listkan satu-satu. Korang baca tau…

1. Jasmin Hamid & Aleza Shahdan (Sepupu)

Kita mulakan dengan Jasmin Hamid dan juga Aleza Shahdan. Siapa je tak kenal dua-dua pelakon wanita hebat yang selau bawa watak mak-mak ni kan? Kalau jadi mak yang jahat tu, memang menjadi betul! Haa rupa-rupanya diorang berdua ni merupakan sepupu.

Jasmin Hamid
Sumber: Gambar Hiasan

Jasmin Hamid dilahirkan pada 15 September 1974 manakala Aleza Shahdan pula dilahirkan pada 21 November 1975. Mereka berdua sangat sinonim dengan watak dalam drama-drama Melayu. Teringin juga min nak tengok dua sepupu ni berlakon sekali! 

Siapa yang rindu nak tengok dua-dua pelakon ni, korang geng dengan min!

2. Rosyam Nor & Faizal Hussein (Sepupu)

Siapa sangka rupanya hero remaja yang pernah menjadi pujaan orang ramai iaitu Datuk Rosyam dan Faizal Hussein juga merupakan sepupu! Difahamkan, Rosyam Nor melangkah ke dalam dunia seni terlebih dahulu dan kemudiannya baru diikuti oleh Faizal Hussein.

Mereka yang menjadi kegilaan orang ramai selepas kemunculan bersama dalam filem ‘Gila-Gila Remaja’ yang mana Faizal Hussein memegang watak utama dan ianya ditayangkan pada 1985!

Faizal
Sumber: Portal

Ohh yaa, kalau korang nak tahu juga… penyanyi Datuk Khadijah Ibrahim juga merupakan sepupu kepada Faizal Hussein tau!

3. Fattah Amin & Syamsul Yusof (Sepupu)

Pengarah dan juga penerbit terkenal tanah air, Datuk Yusof Haslam yang juga bapa kepada pelakon serta pengarah Syamsul Yusof merupakan bapa saudara kepada pelakon Fattah Amin!

Ini menjadikan Fattah Amin sepupu kepada Syamsul Yusof. Ternyata Fattah Amin pernah menjadi kru penggambaran untuk Syamsul dan juga Datuk Yusof Haslam sebelum menyertai program Hero Remaja.

Fattah
Sumber: Portal

Fattah dan Syamsul rupanya pernah berlakon bersama dalam filem ‘KL Special Force’ yang pernah ditayangkan pada tahun 2018.

Bukan tu je, pelakon wanita Sabrina Ali juga merupakan sepupu kepada Syamsul… Kalau korang perasan, diorang berdua pun pernah berlakon sama-sama dalam filem ‘Munafik’…

4. Ella & Kaka Azraff (Ibu-anak saudara)

Ratu rock Malaysia Ella merupakan ibu saudara kepada penyanyi yang juga bersuara serak iaitu Kaka Azraff!

Kaka
Sumber: mStar

Buat sesiapa yang tak tahu, Kaka sendiri mendedahkan bahawa Ella sememangnya bersikap manja seperti yang sering ditunjuk pada orang awam. Bukan itu sahaja, Ella juga dikatakan sangat akrab dengan anak-anak saudaranya yang lain.

Dengar cerita Kaka sampai jadikan Ella sebagai inspirasi untuk mulakan langkah sebagai penyanyi sebelum ni…

5. Sherry Al-Hadad & Sharifah Shahirah (Ibu-anak saudara)

Kalau korang rajin tengok TV, mesti akan familiar dengan pengacara yang selalu menghiasi program-program TV, Sherry Al-Hadad.

Korang jangan terkejut pula kalau Sherry Al-Hadad atau nama sebenarnya Shariffah Mariam Syed Abdullah Al-Hadad ni merupakan ibu saudara kepada pelakon dan juga pengacara iaitu Sharifah Shahirah!

Shery
Sumber: Portal

Walaupun Sherry lebih muda dari Sharifah Shahirah, namun Sherry sangat dihormati oleh anak buahnya itu. Malah, Sharifah Shahirah pernah mendedahkan bahawa sebelum Sherry mula dikenali, dia mengalami kesukaran bersama keluarganya.

Haaa, sekarang korang dah tahu kan? Terkejut tak? Kalau min, paling terkejut yang Fattah dengan Syamsul tu! Rupanya selama ni pusing-pusing situ juga family diorang ni…

Sumber: TikTokPortal Murai

Kredit:Lobak Merah

Rabu, 26 Januari 2022

“Kalau Tak Mohon Maaf Saya Akan Tuntvt” Nabila Huda Diminta Bayar Ganti Rugi! Ini Jumlah Yang Diminta

 

Aktivitis tempatan, Fatimah Zaharah Rahim yang mendakwa difitn4h pelakon dan pengacara televisyen Nabila Huda Suhaimi di laman media sosial Instagram dan Twitter tahun lepas, mula mengambil tindak4n undang-undang dengan menuntut permohonan maaf dan ganti rvgi fitnah sebanyak RM900 ribu dari artis tersebut.

Surat tuntvtan telah dihantar melalui serahan tangan oleh firma guam4n NHA Advocates & Solicitors yang mewakili aktivis tersebut kepada Nabila Huda pada hari Khamis, 20 Januari. Tuntut4n tersebut dibuat setelah aktivis itu mendapat nasihat daripada barisan peguamnya.

Aktivis tempatan itu mend4kwa Nabila Huda telah menyebarkan berita pal.su dan kenyataan-kenyataan berunsur fitn4h pada 25 Disember tahun lepas dengan memuat naik, menulis dan menerbitkan melalui aplikasi Instagram dengan nama pengguna kupu-kupu.

Aktivis Fatimah Zaharah mendkwa yang Nabila Huda telah mendedhkan beliau kepada kebenci4n orang ramai apabila melihat dan membaca apa yang telah ditulis dan diterbitkan oleh pelakon tersebut.

Foto: Instagram @kupu_kupu

Nabila Huda didakw4 telah menyiarkan kenyataan-kenyataan berbaur fitnh yang membawa maksud yang aktivis tersebut adalah seorang yang bangst, bod0h, pencvri, mengambil dan memberi barang sumbangan orang lain namun mengakui barangan tersebut adalah daripadanya, mengambil kesempatan ke atas orang lain dan lain-lain kenyataan.

Pada tarikh yang sama, Nabila Huda juga didkwa telah memuat naik gambar aktivis dan menerbitkan satu penyiaran yang mana kenyataan-kenyataan tersebut membawa maksud yang aktivis tersebut telah memberi barang sumbangan yang bukan miliknya namun menyatakan bahawa barang sumbangan tersebut adalah daripada beliau dan mengambil kesempatan ke atas orang lain.

Kenyataan-kenyataan yang didkwa fitnh dan berita palsu tersebut telah dikongsi dan ditonton di pelbagai platform media sosial yang lain termasuk di platform Youtube, laman-laman portal berita dan juga saluran media.

“Anak guam, Fatimah Zaharah tidak pernah melakukan seperti apa yang didkwa Nabila Huda dan beliau telah menerima kecamn, ugutn dan komen-komen yang tidak benar daripada masyarakat berikutan kata-kata yang dikongsikan oleh pelakon tersebut,” tambah Nurul Hafidzah lagi.

 Sekiranya tiada permohonan maaf, pembayaran gantirugi RM900 ribu atau gantirugi yang setimpal dengan kesan daripada tindakan dakwa4n fitnh tersebut dalam masa tujuh hari selepas penerimaan surat tuntutan, aktivis tempatan itu akan terus memfailkan tuntutan di mahkamah.

Aktivis itu juga mendkwa yang perkara tersebut telah menyebabkan beliau mengalami ma.lu, tekanan em0si dan kesedih4n apabila masyarakat mempercayai dakw4an berita pal.su dan fitn4h yang telah dimuat naik dan diulang siar oleh pengguna-pengguna media sosial yang lain setelah melihat “postings” tersebut.

Beliau seterusnya mendkwa yang fitnh dan berita palsu it juga telah turut memberi kesan buruk kepada ahli keluarga beliau.

Peguam Nurul Hafidzah Hassan dibantu oleh peguam bersama Zeti Zulkifli dan Datuk Wan Azmir Wan Majid.

-tehtarikkaw.com