"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Feri Langkawi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Feri Langkawi. Papar semua catatan

Rabu, 16 Februari 2022

Trauma terkandas lapan jam di Langkawi

 

PENGALAMAN terkandas berjam-jam di Langkawi membuatkan pelancong serik untuk kembali bercuti di pulau peranginan itu. GAMBAR HIASAN

PULAU Langkawi sememang­nya menjadi lokasi pelancongan dalam negara yang menjadi antara pilihan utama rakyat negara ini untuk bercuti sambil menikmati keindahan alam semula jadi.

Namun, di sebalik keindahan dan tawaran keseronokan bercuti yang menggamit pelancong untuk berkunjung ke pulau itu, ramai yang kecewa kerana per­khidmatan operasi feri dari Terminal Feri Kuala Perlis di Perlis ke Terminal Feri Penumpang Kuah di Langkawi kerap tergendala.

Ia berikutan masalah air cetek dan berselut di alur pelayaran terutama sekitar kawasan terminal feri di Kuala Perlis yang semakin serius sejak kebelakangan ini.

Dalam kejadian terbaharu pada 2 Februari lalu, seramai 423 penumpang feri terkandas hampir lapan jam selepas pengangkutan itu rosak dan memerlukan masa untuk dibaiki seterusnya tidak dapat berlayar kerana air telah surut di Kuala Perlis.

Tidak dapat dibayangkan perasaan penumpang terutama yang membawa anak kecil sambil membawa troli dipenuhi bara­ngan terpaksa bersesak bersama 400 penumpang lain di terminal feri di Kuah.

Rentetan insiden itu, Kementerian Pengangkutan menerusi Jabatan Laut Malaysia (JLM) mengarahkan kerja-kerja pengerukan kecemasan dilakukan segera bagi mendalamkan alur pelayaran cetek.

Namun begitu, langkah mendalamkan kawasan terminal feri dan alur pelayaran feri di Kuala Perlis hanya memberi kesan sementara kerana lokasi sama akan kembali cetek dan berselut dalam masa kurang setahun.

Pengurus Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn. Bhd., Kapten Baharin Baharom berkata, pihaknya terpaksa mengehadkan perjalanan feri dari Kuala Perlis mengikut keadaan air laut.

“Penumpang mungkin terpaksa menunggu selama lapan jam jika feri terlewat daripada ja­dual ditetapkan. Justeru, kita sentiasa mengingatkan penumpang untuk datang awal agar masalah kelewatan feri keluar dari jeti dapat dielakkan,” katanya.

Menurutnya, masalah operasi feri disebabkan isu air cetek itu memberi kesan buruk kepada Langkawi sebagai lokasi pelancongan bertaraf dunia.

Pengangkutan feri masih menjadi pilihan ramai kerana kos lebih murah berbanding menaiki kapal terbang. Kebanyakan pelancong juga memilih untuk menaiki feri dari Kuala Perlis kerana tempoh masa perjalanan lebih singkat iaitu kira-kira sejam berbanding hampir dua jam dari Terminal Feri Kuala Kedah di Alor Setar, Kedah.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pelancongan Langkawi, Zainuddin Kadir berkata, insiden penumpang terkandas selama hampir lapan jam itu tidak boleh di­terima kerana ia bukan sahaja menyusahkan pelancong, malah menjejaskan nama Langkawi.

“Kerja-kerja pengerukan perlu dilakukan cepat dan berkesan bagi membolehkan operasi feri kembali lancar,” ujarnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Perlis, Nor Azam Karap pula mencadangkan pembinaan struktur tambahan iaitu jambatan pejalan kaki dari terminal utama ke tengah muara sungai dengan kemudahan pontun terapung.

“Kawasan di tengah muara Sungai Perlis masih dalam dan tak mengganggu pergerakan keluar masuk bot di muara sungai.

“Pembinaan struktur tambahan itu lebih praktikal berban­ding membina jeti feri penum­pang di kawasan lain,” katanya.

Sehubungan itu, pelaksanaan jangka panjang kepada masalah yang semakin memburuk sejak lima tahun lalu itu perlu dilaksanakan segera demi keselesaan dan keselamatan penumpang.

-Kosmo

Sabtu, 5 Februari 2022

Laut Cetek: Operasi feri Kuala Perlis dihenti sementara enam hari

OPERASI feri di Kuala Perlis dihenti sementara berikutan masalah laut cetek. - UTUSAN/SHAHIR NOORDIN

ALOR SETAR: Konsortium Ferry Line Ventures Sdn. Bhd. terpaksa menghentikan sementara operasi feri di Kuala Perlis selama enam hari pada 10 hingga 13 Februari ini serta 12 dan 13 Mac depan ekoran masalah laut cetek yang dijangka berlaku pada tarikh tersebut.

Pengurus Sumber Manusia dan Operasi, Konsortium Ferry Line Ventures Sdn. Bhd., Kapten Baharin Baharom berkata, langkah tersebut bagi mengelak sebarang insiden penangguhan perjalanan yang berlaku jika perkhidmatan feri beroperasi sekali gus membebankan penumpang.

 “Pihak konsortium mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak sebarang insiden tidak diingini berlaku seperti penangguhan feri atau terkandas di beting pasir kerana laut cetek. Jadi perkhidmatan feri di Kuala Perlis pada tarikh tersebut ditutup. Sebagai ganti, kita akan menambah perjalanan feri Kuala Kedah terutama pada waktu puncak. Kita memantau permintaan penumpang pada tarikh tersebut,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas tentang kejadian 423 penumpang terkandas di Terminal Feri Kuah Langkawi kelmarin ekoran fenomena air laut cetek dan feri rosak.

Kata Baharin, insiden tersebut tidak dapat dielakkan ekoran fenomena laut cetek yang menyebabkan pihak konsortium terpaksa mengambil langkah penangguhan demi keselamatan penumpang.

“Kita tangguh kena kecam, sangkut pun kena kecam. Jadi lebih baik kita ambil langkah paling tepat untuk keselamatan penumpang.  Jika feri jalan juga walaupun air cetek dan feri terkandas di laut keadaan akan menjadi lebih teruk, jadi kita tangguh perjalanan. Lagipun di terminal pihak konsortium menjaga kebajikan penumpang yang terkandas itu termasuk menyelesaikan masalah yang berbangkit kerana insiden itu seperti terlepas bas, kapal terbang atau keretapi, “ katanya.

Mengulas lanjut kata beliau, kerja-kerja pengerukan bagi mendalamkan alur pelayaran di perairan Kuala Perlis itu dijangka bermula pada penghujung Mac depan sekali gus menyelesaikan masalah laut cetek di kawasan berkenaan.

“Pihak konsortium difahamkan tender sudah dibuka dan kerja-kerja pengerukan ini akan bermula hujung Mac. Pengerukan ini akan mengatasi masalah laut cetek di perairan Kuala Perlis itu sehingga menjejas perjalanan feri,” katanya. – UTUSAN ONLINE