"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label KTMB. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KTMB. Papar semua catatan

Ahad, 3 November 2024

KTMB laksana bayaran tanpa tunai sepenuhnya mulai 1 Januari 2025

 


Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan melaksanakan bayaran tanpa tunai sepenuhnya bagi semua transaksi pembelian tiket bermula 1 Januari depan di sektor Lembah Klang, Utara dan Selatan serta Pantai Timur.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KTMB, Datuk Mohd Rani Hisham Samsudin, berkata inisiatif itu bertujuan membentuk masyarakat lebih cekap dan berdaya saing.

Katanya, ia selaras aspirasi kerajaan ke arah digitalisasi yang mengutamakan aspek keterangkuman, keselamatan dan ketelusan.

"Langkah itu juga bertujuan menyokong usaha kepimpinan negara untuk memangkin transformasi Malaysia kepada sebuah ekonomi digital berdaya saing, termasuk transformasi kepada masyarakat tanpa tunai atau 'cashless society'.

"Sehubungan itu, KTMB hingga akhir tahun dalam fasa peralihan bagi memberi pendedahan serta kesedaran kepada orang ramai khususnya warga emas, orang kurang upaya (OKU) sebelum dilaksanakan sepenuhnya tahun depan.

"Diharapkan dengan pelbagai usaha yang sudah dan sedang dijalankan, kumpulan sasar ini akan menjadi mahir dalam penggunaan pembayaran tanpa tunai," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam tempoh peralihan itu, Mohd Rani berkata, kaunter tiket masih menerima transaksi tunai sebelum 1 Januari apabila inisiatif itu dilaksanakan tanpa tunai sepenuhnya.

"Pelbagai medium dan hebahan dilaksanakan bagi menguar-uarkan kempen ini. Antaranya, pemakluman notis dan video melalui media sosial rasmi KTMB, edaran bahan-bahan promosi di stesen dan pengumuman di dalam tren.

"KTMB turut menjalin kerjasama dengan bank tempatan untuk membuka reruai pendaftaran pembukaan akaun di stesen terpilih bagi mereka yang belum memiliki kad debit.

"Selain itu, kakitangan barisan hadapan di stesen juga akan membantu pelanggan, khususnya untuk mendaftar Aplikasi KTMB Mobile (KITS), membuat pembelian tiket melalui KITS atau mesin kios tiket dan mendaftar atau menggunakan kad Komuter Link," katanya.

Bagi menggalakkan orang ramai menyokong kempen tanpa tunai, sebanyak 500 mata 'railpoints' percuma untuk 1,000 pendaftaran KITS terawal akan diberi manakala KTM Komuter bakal mengedarkan 1,000 kad Komuter Link secara percuma dalam menguar-uarkan inisiatif peralihan mod pembayaran.

Stesen KTMB terutama di Lembah Klang dan Utara kini dilengkapi mesin kios tiket bagi pembelian tiket komuter dan ETS.

Stesen utama di Pantai Timur juga sudah dilengkapi dengan mesin kios untuk membuat pembelian tiket Ekspres Rakyat Timuran dan Shuttle Timuran.

Bagi stesen di sektor Selatan selain dari Stesen Johor Bahru Sentral dan Kempas Baru, mesin kios hanya akan beroperasi selepas Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru siap sepenuhnya pada pertengahan 2025.

Bagaimanapun, pengguna masih boleh membuat pembelian tiket melalui medium sedia ada seperti KITS atau laman sesawang www.ktmb.com.my.

Sistem pembayaran terbuka untuk perkhidmatan KTM Komuter juga diperkenal awal tahun ini dan menyediakan pelbagai mod pembayaran yang praktikal untuk semua stesen di Lembah Klang dan Utara dengan membabitkan lebih 80 stesen.

Melalui kaedah ini, pengalaman pengguna dapat dipertingkatkan kerana perjalanan boleh menggunakan kad debit, kad kredit dan mod bercirikan komunikasi medan berhampiran (NFC) seperti Apple Pay, Samsung Pay selain KITS dan kad Touch 'n Go yang sedia ada.

-BH Online