"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Ghanim Al-Muftah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ghanim Al-Muftah. Papar semua catatan

Isnin, 28 November 2022

Rupanya ‘Budak Ajaib’ Yang Bersama Morgan Freeman Pada Pembukaan Piala Dunia Qatar Bukan Biasa-biasa!

 

‘Budak Ajaib’ Mengemp4rkan Tanah Arab

Perhatian dunia tertumpu kepada seorang pemuda bernama Ghanim Muhammad Al-Muftah atau lebih dikenali sebagai Ghanim Al-Muftah yang tampil dalam upacara pembukaan Piala Dunia 2022 di Stadium Al Bayt, Qatar, malam Ahad lalu.

Duta Piala Dunia 2022 itu tampil membuat persembahan memukau bersama dengan aktor terkenal dari Amerika Syarikat, Morgan Freeman untuk menyampaikan mesej mengenai kedamaian, perpaduan dan keindahan dalam perbezaan.

Sosok Ghanim Al-Muftah yang Baca Quran di Piala Dunia Qatar

Pemuda 20 tahun itu melontarkan kata-kata yang cukup indah bersama alunan ayat suci al-Quran dari Surah Al-Hujurat, ayat 13 sehingga persembahan tersebut menjadi tular di media sosial.

Ghanim Al-Muftah dilahirkan dengan peny4kit Caudal Regression Syndr0me (CDS) iaitu gngguan perkembangan bahagian bawah badan.

Gen3tik Jarang Berlaku

CDS merupakan keadaan gen3tik yang sangat jarang berlaku dan kira-kira satu daripada 100,000 kanak-kanak dilahirkan dengan kec4catan ini.

Ketika mengandungkan Ghanim Al-Muftah, ibu bapanya, Mohammed Al-Muftah dan Eman Ahmad perlu berdepan keputusan yang suk4r sama ada mahu meneruskan kandungan tersebut atau menggu gurkannya kerana kandungan itu bukan sahaja memb4hayakan kepada bayi, tetapi juga merisik0kan si ibu.

Namun, pasangan itu memilih untuk memberi peluang kepada bayi mereka melihat dunia dan pada 5 Mei 2002 Ghanim dilahirkan bersama saudara kembarnya Ahmad. Pun begitu, d0ktor meramalkan yang dia hanya boleh hidup selama 15 tahun.

Ghanim mendapat gelaran ‘budak ajaib Qatar’ dan dia melakukan perkara yang dianggap mustahiI seperti menyelam skuba, memanjat gunung, bermain bola sepak, hoki ais, berenang, bersenam di gimnasium dan memanah.

Pada 2017, Ghanim menyempurnakan ibadah Haji di Mekah dengan merangkak menggunakan tangan untuk mengelilingi Kaabah.

Dua tahun kemudian, ikon belia Qatar itu menyelesaikan salah satu cab4ran fizikalnya yang paling g3tir iaitu dengan mendaki gunung Jebel Shams setinggi 9,827 kaki, salah satu yang tertinggi di Semenanjung Arab.

“Saya telah diberikan banyak kelebihan seperti memiliki tangan yang kuat dan saya rasa sangat bertuah kerana Allah merahmati saya.

“Saya suka menjalani kehidupan saya, ia sangat indah dan menyeronokkan,” katanya yang juga seorang YouTuber dan penceramah motivasi terkenal.

Mengasas Badan Amal

Selain aktif dalam aktiviti fizikal, Ghanim juga telah menerajui badan amalnya sendiri untuk membantu kanak-kanak kelainan up4ya. Dia mengasaskan Persatuan Kerusi Roda Ghanim al-Muftah dari rumahnya.

“Saya mengambil berat tentang orang lain, ini adalah tanggungjawab kemanusiaan dan moral,” ujarnya ketika berucap pada Kejohanan Olahraga Dunia Paralimpik di Doha, Qatar pada 2015.

Pada tahun yang sama, beliau dipilih sebagai Duta Muhibah Reach Out To Asia (ROTA) ‘Memperkasakan Kanak-kanak dan Belia PeIarian PaIestin melalui Sukan di Lubnan’.

Remaja itu melawat kem peIarian PaIestin di Nahr El Bared, Lubnan dan di situ dia melancarkan pusat sukan baharu untuk membantu 5,000 kanak-kanak. Dia dan ibu bapanya juga memulakan ‘Be Positive Project’ untuk membantu melatih kanak-kanak kelainan upaya.

Ghanim yang aktif bersukan, banyak melakukan kerja amal dan mempunyai ramai pengikut di media sosial telah melayakkannya dipilih sebagai duta rasmi Piala Dunia 2022 di Qatar.

Duta Keamanan

Bukan itu sahaja, Ghanim pernah dinobatkan sebagai Duta Keamanan oleh H.H Emir Kuwait, Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Sabah, pada tahun 2014.

Selain bertujuan untuk memec4hkan haIangan yang masih dihadapi oleh golongan kelainan upaya, Ghanim juga mempunyai cita-cita tinggi untuk menjadi seorang dipIomat suatu hari nanti.

Oleh itu, dia telah menyambung pengajian dalam bidang politik di Universiti Loughborough, Leicestershire, United Kingdom dan menjadi pelajar yang dikagumi ramai di sana.

“Hari ini, satu bilion wanita dan lelaki kelainan upaya di dunia masih berjuang untuk mengatasi haIangan yang menyek4t hak asasi manusia dan kemasukan mereka dalam masyarakat.

“Walaupun rangka kerja undang-undang sedia ada di peringkat antarabangsa, kebangsaan dan tempatan, berjuta-juta orang kurang upaya kekal terpinggir, tiada akses kepada kerja, layanan adil dan perkhidmatan asas seperti penjagaan kesihatan serta pendidikan.

“Pada masa hadapan, saya berjanji untuk sentiasa menyokong usaha bagi meningkatkan kesedaran dan menyokong kepentingan memasukkan perspektif kec4catan dalam perbincangan politik,”tuturnya yang kini mempunyai 3.6 juta pengikut di Instagram.

Ghanim turut berharap dapat membantu meningkatkan kesedaran orang ramai tentang hak orang kurang upaya, memupuk rasa hormat terhadap orang kurang upaya, menggalakkan masyarakat yang lebih inklusif dan bertolak ansur.

Sumber: Relevan via ASNsohor