"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Khamis, 30 November 2023

Harap pembaca dapat baca dengan hati terbuka. Maaf jika ada yang tersinggung.Kami bercakap atas kebenaran demi kebaikan pengguna

 #BetulKe?

Luahan hati Dr Bazrul.

Harap pembaca dapat baca dengan hati terbuka. Maaf jika ada yang tersinggung.Kami bercakap atas kebenaran demi kebaikan pengguna.

"Buat pengetahuan anda, Malaysia sekarang salah satu negara pengeksport madu terbesar. Pada hal Malaysia mana ada madu sangat. Tapi madu madu dari Cina mengunakan Malaysia sebagai pusat hub  transit madu madu mereka ke eropah, USA dan lain lain. Selain Malaysia mereka juga gunakan Indonesia dan Vietnam"

"Sebenarnya bukan hanya madu Yaman, malah madu seluruh dunia. China telah menguasai hampir lebih 70 pasaran madu dunia. Kononnya madu dari hutan arizona, Turkistan, Pakistan dll, semua itu bohong, semua itu madu dari China."

"Madu madu palsu dari China ini dibuat oleh pakar kimia, pakar permakanan, sehingga ingrediennya( kandungan ramuannya) menyerupai madu asli bahkan khasiatnya pun menyerupai madu asli, padahal semua bahan kita dan bahan bahan haram.

Jadi madu yg kononnya dari hutan Arizona, Karzahkstan, dll semua itu hanya tipu muslihat."

"Sebenarnya lebih 90% madu yaman adalah madu palsu dan madu ternak yg di import dari China. Yaman adalah pengimport terbesar madu madu dari China. Yg betul betul madu Yaman hanya dlm 10 % saja. Itupun madu ternak yg diberi makanan buatan, bukan makan dari nektar bunga (madu jenis ini tak ada kualiti, juga tak mampu menjadi ubat, utk suplimen bolehlah).

Madu sidir yg sebenar hampir tak ada. Kalau ada sikit sangat, tu yg dibuat video, dibuat kajian. Hasil kajian itulah yg dimanipulasi oleh kedai kedai madu di Yaman kononnya madu mereka bagus, juga muat naik di di youtube kononnya semua madu Yaman adalah asli, macam dalam youtube itu. Kasihan sungguh nasib umat Islam."

"Tahukah tuan tuan, madu madu dari China ini.

dicampur dengan arak dan pelbagai bahan kimia supaya dapat kesan macam madu asli. Inilah yg dijual oleh ustaz ustaz kita di mesjid, di surau surau, madrasah. Kasihan... jadinya ustz kita, hafiz hafiz kita, pelajar madrasah kita, orang orang alim kita, karkun karkun kita, habis semua minum arak. Kedai kedai di markas Sri Petaling hampir semua jual madu campur arak. Mungkin yg minum tak berdosa, sebab mereka tak tahu. Tapi mereka ( ust, hafiz dan org orang alim dll) kita sudah tak lagi makbul, sebab mereka makan makanan haram (ingat kisah Hajaz bin Yusuf). Pada hal kita dan seluruh umat ini sangat berharap pd doa org orang alim, hafiz, ulama dan org orang soleh."

"Saya rasa nak menangis tengok hal ini. Itu yg menyebabkan saya kuatkan juga hati menjelaskan hal ini, walaupun saya akan dihujat, dimarah dll."

"Saya hanya beritahu keadaan sebenar, sekurang kurangnya saya lepas dari tanggungjawab di akhirat. Itu saja. Kalau tuan tak percaya dgn apa yg saya katakan tak masalah, tapi diakhirat saya dah lepas tangan sebab saya dah sampaikan. Saya juga benarkan tuan membuat dakwaan bahawa saya merosakan perniagaan tuan."

"Kita bukan kondem perniagaan org, kita kondem madu palsu yg bercampur pelbagsi bahan haram dan bahan kimia. Pengeluar madu palsu dan madu dari Cina ini skrg sedabg menipu umat Islam, mempergunakan ust ust dan org orabg ali. sebagai pengedar. Menyelamatkan jutaan umat Islam daripda kena kena tipu dan minum madu bercampur arak dll, lebih penting dari menyelamatkan perniagaan beberapa orang."

-Cetusan rasa oleh Dr Bazrul

Disusun semula oleh Haji Arba'ei Othman

Agen Rasmi Dr Bazrul

0195760035

Sumber: Facebook 

Rabu, 29 November 2023

Poligami:“Tiada istilah curang bagi lelaki sebab lelaki boleh kahwin 4.”

 


“Tiada istilah curang bagi lelaki sebab lelaki boleh kahwin 4.”

“Adakah Nabi SAW dikira curang kerana Nabi juga mengamalkan poligami?”

Biasa kan dengar soalan dan statement ni? 

Apa yang menentukan curang adalah bagaimana kita mendekati POLIGAMI sebelum poligami itu terjadi. 

Poligami boleh terjadi DENGAN CURANG atau TANPA CURANG. 

Curang adalah PERBUATAN. 

Curang BUKAN definisi poligami sehingga kita boleh mengeluarkan sifir bahawa semua yang poligami adalah curang dan semua yang curang adalah poligami.

Tidak. 

Curang dan poligami adalah 2 perkara yang berbeza langit dan bumi. 

Poligami itu rukhsah. 

Curang pula khianat. 

Poligami menyelesai masalah. 

Curang membawa masalah. 

Poligami dilakukan dengan jalan mengangkat maruah. Curang menginjak maruah pada tahap yang hina. 

Poligami itu ada undang-undang. 

Curang itu sendiri melanggar undang-undang. 

Yang menjadikan ummah keliru adalah BANYAK CURANG yang juga berakhir dengan poligami / banyak poligami yang bermula dengan curang. 

Walhal - di saat lelaki CURANG dia sebenarnya AUTO TIDAK LAYAK BERPOLIGAMI. Dia lelaki zalim. Dia tidak ada kriteria layak poligami. 

Poligami harus berada di tangan lelaki yang muhsin, soleh, bertaqwa, lelaki cerdas emosi dan intelektual, lelaki yang qawwam dan bertanggungjawab atas segala tindak tanduknya. 

Di saat lelaki mahu poligami - dia WAJIB selamatkan diri dari apa jua sifat/perbuatan curang.

Curang dan poligami tidak mungkin menyatu dalam sesuatu situasi KECUALI ada kezaliman yang sedang berlaku di sebaliknya. 

Adakah Nabi SAW mendatangi poligami dengan jalan curang, khianat, bercinta, tidak adil dan sebagainya? 

Kita sendiri tahu jawapannya. Maha Suci ALLAH yang menjadikan Nabi SAW sebaik-baik tauladan untuk kita semua. 

Bagaimana pula sebahagian lelaki hari ini mendatangi poligami? Pun, kita tahu jawapannya. 

Menipu isteri, kahwin senyap, ada sampai dah berzina dahulu, memburukkan isteri depan skandal, nafkah culas sentiasa, urusan batin yang gagal dilunasi dengan baik dan sebagainya. 

Teramat jelas perbezaan antara prinsip poligami Nabi SAW dan amalan poligami majoriti hari ini.

Nabi SAW memegang poligami dengan penuh taqwa dan wibawa. Jauh berbeza dengan apa yang diterjemahkan SEBAHAGIAN BESAR lelaki pada hari ini pada cara mereka melaksanakan poligami. 

Jika seorang lelaki itu GAGAL membezakan antara poligami Nabi SAW dan poligami yang dimulai dengan maksiat curang atas alasan “tiada istilah curang kerana lelaki boleh kahwin 4” - ini adalah petanda yang sangat jelas bahawa lelaki ini TIADA kriteria layak poligami kerana hal sesimple poligami vs curang pun dia tidak boleh faham. 

Maka hal-hal lain yang lebih kompleks dalam menguruskan rumahtangga poligami yang MENUNTUT KECERDASAN EMOSI DAN INTELEKTUAL yang berganda dari seorang lelaki yang ingin berpoligami tentulah tidak dapat dia fikirkan kerana kedangkalan akalnya dalam memahami letak duduk perkara yang hakikatnya sangat ringkas dan mudah untuk difahami. 

Poligami harus berada di tangan lelaki yang berilmu, bukan dungu. Saat ia berada di tangan orang yang tidak sepatutnya - saksikanlah kegagalan demi kegagalan akan terus berlaku dan yang lebih malang lagi - kegagalan tersebut mereka sandarkan atas nama sunnah dan ujian berumahtangga; maka agama pun terfitnah. 

Tidak semua perkara dalam rumahtangga itu berlaku kerana ujian. Kadangkala ianya berlaku kerana kita sendiri yang silap mencatur jalan. 

“Mek Jah suka betul minum air pepsi sebotol, bedal teh tarik malam-malam sebelum tidur, makan roti canai dan kek tiap-tiap pagi. Lepas 5 tahun, kaki dia kena potong. Kasihan Mek Jah. Itulah ujian Mek Jah nampaknya..” 

Begitulah kawan. 

Kadangkala, bukan semua takdir adalah ujian. Ada sebahagian takdir adalah natijah. 

Kerana itu, kita wajib memperhatikan tindakan kita. Agar tidak tersalah menempah natijah. 

Ada takdir boleh dielak sebatas menguruskan tingkah. Ada takdir memang tidak terkait dengan tingkah dan langkah kita - sebaliknya diselia ALLAH 100%. 

Ini benarlah ujian, di saat ianya tidak lagi terkait dengan tindakan kita sebaliknya kehendak ALLAH semata-mata. 

Allahualam. 

Sharifah Zahidah

27 November 2023 

#sebelumsenja

Sumber: Facebook 

Ahad, 26 November 2023

Lahirnya Pejuang Kemungkaran

 Lahirnya Pejuang Kemungkaran

=====

1. Semata-mata ingin mempertahankan penganjuran konsert yang membawa elemen LGBT, sebahagian kita sanggup memperlecehkan saudaranya yang menasihatkan mereka tentang perihal agamanya.

2. Lebih malang lagi kalam Mufti juga diambil mudah malah mula mempersenda Rasulullah SAW sendiri. Bahana yang melanda ini melahirkan lebih ramai pejuang kemungkaran yang mirip dengan sikap kaum Nabi Lut. Apabila dinasihatkan tentang kebenaran, mereka mengejek dengan berkata:

إِنَّهُمْ أُنَاسٌ يَتَطَهَّرُونَ

“Sesungguhnya mereka (orang-orang yang menasihat itu) adalah orang-orang yang merasakan diri suci". (Surah al-A’raf: 82)

3. Lalu mereka melaungkan istilah “holier than thou” sebagai justifikasi untuk merendahkan golongan yang menasihatkan tentang kebaikan. Keinginan nafsu untuk mempertahankan kemungkaran menjadikan minda mereka kabur. Sikap ini diolah oleh Sheikh al-Tantawi yang menyebutkan:

وما أعجب العقول عند ما تنتكس، والأخلاق عند ما ترتكس، إنها تستنكف أن يبقى معها الطهور المتعفف عن الفحش

“Alangkah anehnya ketika pemikiran mereka kabur dan akhlak menjadi runtuh, ia membantah untuk bersama kebaikan yang menghindarkan mereka dari perkara keburukan.”

4. Sifat tidak mencegah kemungkaran ini tidak ubah seperti perangai Bani Israel yang dilaknat oleh Allah dalam al-Quran. Allah menyifatkan Bani Israel sebagai bangsa yang dilaknat kerana mereka tidak mencegah kemungkaran. Firman Allah:

كَانُوا لَا يَتَنَاهَوْنَ عَنْ مُنْكَرٍ فَعَلُوهُ لَبِئْسَ مَا كَانُوا يَفْعَلُونَ

“Mereka sentiasa tidak mencegah (sesama sendiri) perbuatan mungkar yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan.” Surah al-Maidah: 79.

5. Malah, sikap orang munafiklah yang menyeru kepada kemungkaran ini. Firman Allah:

الْمُنَافِقُونَ وَالْمُنَافِقَاتُ بَعْضُهُمْ مِنْ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمُنْكَرِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمَعْرُوفِ 

Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat, dan melarang dari perbuatan yang baik. Surah al-Taubah:67.

6. Janganlah kerana ingin mempertahankan perkara kerosakan, kita sanggup memperlecehkan usaha kebaikan yang dilakukan oleh saudara-saudara kita apatah lagi merendahkan Rasulullah SAW.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

Rabu, 22 November 2023

Syeikh Izzuddin al-Qassam Idola Mujahidin Pada Era Mutakhir

Oleh : Dr Mohd Khafidz Soroni

NAMA Briged al-Qassam, sayap tentera Hamas diambil sempena nama seorang tokoh pejuang mujahidin Palestin. 

Dalam siri perang Palestin-Israel, nama Briged al-Qassam sering muncul dalam medan pertempuran sengit yang berlaku. 

Nama Briged al-Qassam yang juga sayap tentera Hamas sebenarnya diambil sempena nama seorang tokoh pejuang mujahidin Palestin yang terkenal bernama Syeikh Izzuddin al-Qassam atau nama penuhnya Syeikh Muhammad Izzuddin bin Abd al-Qadir al-Qassam yang gugur syahid genap 88 tahun lalu bulan ini.

Syeikh 'Izzuddin dilahirkan di Jabalah, Syria pada 1883. Bapanya seorang ahli sufi yang amat soleh dan warak. Pada 1896, ketika Izzuddin berumur 14 tahun, bapanya menghantar beliau untuk belajar di Universiti Al-Azhar, Mesir yang menyediakan peringkat pengajian lebih tinggi pada masa itu. Di Mesir, Izzuddin gigih menimba ilmu daripada guru di Al-Azhar sehinggalah beliau tamat pengajian pada 1904.

Setelah pulang ke tanah air, beliau mempelajari pula ilmu tasawuf daripada bapanya sendiri yang juga pemimpin sebuah tarikat tasawuf. Malah, selepas kewafatan bapanya, beliau mengambil alih tempat bapanya sebagai pemimpin tarikat berkenaan. Syeikh Zaki Mujahid menamakan tarikatnya sebagai Tariqat Syaziliyyah. Kata beliau dalam kitab al-A'lam as-Syarqiyyah (jld 1, hlm. 349): "Syeikh Izzuddin al-Qassam adalah syeikh Zawiyah Syaziliyyah di Jabalah al-Adhamiyyah, utara Syria." Namun, Muhammad Hasan Syurrab dalam bukunya Izzuddin al-Qassam Syaikhul Mujahidin fi Filastin (hlm. 33) menyebutkan, nama tarikat yang dibawa oleh bapa beliau ialah Tariqat Qadiriyyah.

Dalam fasa ini, beliau gemar menelaah kitab tasawuf di samping mengajar dan memberi bimbingan agama sehingga amat disayangi masyarakat sekeliling. Tatkala Perancis menjajah Syria seusai Perang Dunia Pertama pada 1918, beliau bangkit menentang mereka dengan bersungguh-sungguh dan menyeru kepada semua muridnya bahawa hukum berjihad pada saat itu adalah wajib. 

Beliau dengan tegas menggesa mereka supaya bangkit melaksanakan kewajipan berjihad. Bersama muridnya, beliau bergabung dengan pejuang yang lain. Penentangan ini membuatkan pihak Perancis berasa terancam, lantas mengeluarkan perintah hukuman mati ke atasnya. Namun, beliau berjaya meloloskan diri dan berhijrah ke Haifa, Palestin pada 1920.

Di Palestin, beliau aktif menyeru masyarakat Islam agar bangkit melaksanakan kewajipan berjihad di samping mengingatkan mereka bahaya gerakan Zionisme yang mula bertapak di Palestin melalui bantuan pihak Inggeris. Seruan jihad yang beliau laungkan bukan semata-mata melibatkan jihad menentang musuh, malah turut menitikberatkan jihad melawan hawa nafsu sebagai proses menyucikan jiwa. Ini kerana jiwa yang bersih pasti tidak akan gentar dengan ujian dan kematian. Beliau cukup terkenal dengan syiar perjuangannya: "Jihad ini adalah menang atau mati syahid."

Dengan segala bantuan kewangan yang ada beliau berusaha membeli senjata untuk murid dan pengikutnya. Beliau bukan seorang menteri atau pemimpin politik, tetapi hanyalah seorang alim yang tidak rela bangsanya dijajah dan dihina.

Pada 20 November 1935, pihak Inggeris dengan kekuatan yang besar berjaya mengepung beliau bersama lapan pengikutnya sehingga berlaku pertempuran hebat yang berlangsung selama berjam-jam. 

Hingga akhirnya beliau dan tiga pengikutnya gugur syahid dalam pertempuran tersebut. 

Kesyahidan beliau menjadi inspirasi kepada ramai pejuang yang ikhlas berjuang bagi membebaskan tanah air mereka daripada cengkaman musuh yang membawa kepada tercetusnya revolusi besar di Palestin pada 1936. (Lihat: al-Butulah wa al-Fida' 'inda as-Sufiyyah oleh As'ad al-Khatib, hlm. 225-227)

Sabtu, 11 November 2023

Info Agama:Suasana dan keadaan makhluk ketika di Mahsyar

 MAHSYAR

Di padang Mahsyar ni punya la lama sampai kita hari ni tak mampu fikir berapa lama kita akan berada di alam mahsyar. 

Para sahabat Rasulullah saw tanya, mahsyar kat mana? 

Jawab Rasulullah saw, mahsyar ni di bumi ini sendiri di mana bumi ini dihamparkan. 

Tiada pokok, tiada sungai, gunung ganang, tempat berteduh dan tiada bertepian.

Ini terjadi bila malaikat israfil tiup sangka kala pada pertama kali. 

Kali kedua malaikat israfil tiup, semua manusia akan bangkit dari kubur masing2 dalam keadaan yang sungguh terpinga2. 

Lalu manusia bertanya sesama sendiri, dimana kita? 

Lalu datang api dari laut yang meluap-luap menghambat manusia ke mahsyar. 

Bayangkan manusia seluruhnya dari zaman nabi Adam as sampai manusia terakhir hidup di atas muka bumi ini dibangkitkan dalam keadaan lapar dan haus yang bersangatan serta bertelanjang bulat dihambat ke mahsyar.

Rujuk surah yassin ayat 52-54. 

ditambah dengan binatang lagi, jadi tak dapat dipastikan jumlah makhluk pada hari tu.

Saidatina Aisyah ra pernah bertanya Rasulullah saw, tidakkah kaum lelaki memandang aurat wanita. 

Lalu dijawab nabi saw dengan memetik ayat quran, pada hari itu semua manusia sibuk dengan urusan diri sendiri.

Rujuk surah a'basa ayat 37(80:37).

Ada yang ke mahsyar dengan menunggang binatang, ada yang pergi dengan mukanya, ada yang berjalan, dan yang istimewa dibawa oleh malaikat munkar dan nakir. 

Bila sampai di mahsyar,perbicaraan tak berjalan lagi. Kena tunggu entah berapa lama.

Lalu keseluruhan umat manusia tadi pergi kepada nabi Adam as hanya untuk meminta syafaat untuk Allah swt percepatkan hisab. 

Jawab nabi adam as dia tak boleh bagi syafaat kerana dia pernah melakukan dosa. Pergilah seluruh umat manusia ini kepada seluruh rasul ulul azmi, bermula nabi nuh a.s, musa a.s, isa a.s, dan ibrahim a.s tetapi nabi2 ini hanya berdoa keselamatan diri masing2.

Lalu pergi semua manusia kepada nabi Muhammad saw, lalu baginda berdoa dan Allah swt memperkenankan untuk mempercepatkan hisab.

Bayangkan semasa menanti perbicaraan, ada orang dah minta pd Allah swt awal2 agar disegerakan masuk ke neraka sebab tak tahan lamanya berdiri di mahsyar. 

Bayangkan ruang yang ada hanya untuk meletakkan tapak kaki kite je krn padatnya manusia pada hari tu.

Sebelum hisab bermula, kitab2 amalan kita akan turun dari arash. 

Masa tu tahulah kita tangan mana yang sambut kitab tu. Kalaupun tangan kanan yang ambil kitab kita, masih tak menjamin kita ke syurga. 

Kemudian Allah swt panggil sorang2 untuk dihisab. Sebelum Allah swt mula hisab, Allah swt suruh kita baca semua amalan yang tercatat dalam buku kita disaksikan semua manusia. 

Tiada satu pun yg tertinggal. 

Lepas habis baca Allah swt akan tanya kita 3 soalan.

1) Adakah terdapat pahala kamu yang tidak dicatat oleh malaikat raqib dan atid

2) tak ingat

3) apa alasan kamu atas segala dosa yang kamu lakukan.

Setelah ditimbang di al mizan, didapati pahala kita la melebihi dosa kita. 

Seolah-olah sikit lagi kita ke syurga, tetapi final check Allah swt lakukan. 

Allah swt tanya kepada semua orang, siapa yang kenal kita sila tampil kedepan untuk menuntut hak mereka.

Antara yang mula2 bangun adalah anak isteri keluarga, jiran2, kawan2 dll.

Jika ada hak mereka yang tidak ditunaikan, pahala kita tadi terpaksa bagi pd mereka. 

Jika pahala dah habis, dosa mereka pula kita tanggung (ini yang dimaksudkan suami akan tanggung dosa anak2 dan isteri).

Kita yang perempuan, jagalah diri kita. Sebab apa yang kita buat tak effect diri kita sorang, tp effect jugak orang2 yang kita sayang.

Ayah kita, abang dan adik2 lelaki kita, suami kita. 

Kalau betul sayang mereka, lindungi mereka, jangan jadi penarik mereka ke neraka.. Tutup aurat, jaga maruah, jaga akhlak, jaga agama kita.

Hari mahsyar hari yang sangat dahsyat. 

hidup di dunia janganlah kita kejar populariti, nak terkenal, takut tak tertanggung kesannya kat akhirat nanti.

Kedua, jagalah amanah dan kejujuran kita sebab pada hari tu amanah dan kejujuran kita akan membantu.

Yakinkah kita tergolong dlm golongan mereka yang terpilih Allah swt ke syurga? Nak masuk syurga bukan senang..

Jom sama-sama bantu diri dan kawan-kawan.. Moga Allah swt bantu kita di hari pembalasan nanti. InshaaAllah.. Aamiin..

Wallahu'alam. 


Terdapat dua jenis manusia,

1. Bila dia baca dan lihat ilmu ini dia abaikan..

2. Bila dia baca sesuatu yg bermanfaat dia sebarkan.

Credit: Facebook 

Sabtu, 4 November 2023

Intel support Israel....jom ubah kepada AMD

 Graduate UTMKL 2006 saya masuk kerja di INTEL Penang, PG2.

Bidang kerja Circuit Marginality Validation merupakan bahagian yang kritikal untuk kaji performance rekabentuk CPU.

Nak masuk sini ada 3 level clearance kena lepas hatta butang seluar pun kena tunjuk kalau ada elemen metal. Diorg taknak CPU kena songlap keluar je.

Saya antara technician terawal diberi tugas untuk validate CPU Atom ketika architecture baru siap. Atom kiranya design yang bagus sebab guna power rendah dan masih boleh reach speed lebih 3Ghz. Tapi dalam market mostly 1.2Ghz hingga 1.8Ghz yang diorg offer.

Saya tak menyesal dapat keje Intel kerana baru saya sedar hubungan Intel dengan pusat R&D Israel di Kiryat Gat.

Sebagai tech CMV, saya dapat tahu beberapa archicture yang related dengan team R& D di Israel seperti Dimona, Gesher, Dothan, Merom, Gesher, Sandy Bridge.. ni codename CPU dalam bahasa Ibrani.. Sandy Bridge tu Gesher (pasir).

Masa kerja tu paling banyak touch untuk kerja-kerja validation adalah Merom, Sandy Bridge, Atom. Masa tu CPU design Atom yang multi-core dah ada macam-macam.

Manager saya masa tu Mr Alex payah nau nak lepaskan masa bagitau nak sambung Degree di UTM Skudai. Siap cakap kalau dah boring belajar contact dia ya 😁

Disebabkan hubungan mesra Intel dan serael ni, maka saya amat berminat untuk study dan support AMD.

Dan hari ni AMD bukan lagi dianggap cap ayam walaupun harga sedikit lebih rendah. Intel harga lebih tinggi kerana masa tu persaingan dan prestasi AMD belum cukup hebat.

IBM ada tapi mereka target market untuk server berbanding market end user seperti yang orang ramai mahu guna.

AMD pun sekarang ni dah advance jauh ke depan bila mereka dah beli ATI Radeon untuk explore bidang graphic.

Bagusnya AMD ni mereka jadi begitu kreatif apabila berdepan dengan cabaran pemain industri besar seperti Intel. AMD yang mula perkenalkan Hypertransport yang kemudiannya digunapakai Intel dengan nama QuickPath.

AMD ni macam H.A.M.A.S bila kita bincangkan dalam konsep persaingan CPU-War 😁

Intel dah lama apply teknik HyperThreading untuk tingkatkan kapasiti output pemprosesan. 

Bila AMD apply teknik yang sama dengan nama SMT (Simultaneous Multi-Threading), AMD makin setara dengan CPU Intel.

AMD juga yang mula-mula perkenalkan CPU 64-bit (2003), konsep Dual-Core ( May 2005) berbanding Intel (July 2006).

Sekarang ni AMD dah jauh berinovasi dengan design RDNA (previously GCN) untuk teras atau core CPU diorg. Dan setiap CPU AMD ketika ini dah integrasikan CPU (computing unit) + GPU (graphic unit).

Beli sekeping CPU AMD tahun 2023 ni dah dapat processing power yang tinggi dan grafik yang cantik.

Walaupun AMD tak berperang CPU-War bawah tanah macam H.A.M.A.S tapi kreativiti dan inovasi mereka hebat. Cuma awal dulu marketing saja belum hebat dan modal tak besar. Sekarang dah jauh berbeza.

Yang penting dalam dunia berat sebelah macam sekarang, kita perlu tahu dan kenal ke mana duit kita dibelanjakan, dan jangan sesekali bersubahat secara tak langsung.

Pakai je komputer yang dah beli sebelum ni.. tak cerdik kalau buang. Dah beli iPhone takkan nak campak sungai pula.. kita jangan jadi tak cerdik macam mereka2 yang dah comolot dengan zi.on.ist.

Kesimpulannya, no more INTEL. Moga Allah ampunkan khilaf kita atas niat tidak lagi mahu bersubahat hatta sekecil-kecil subahat.

AMD dah la lagi murah, pastu apply teknologi 7nm even untuk processor yang harga rendah. Refer gambar ke-3 untuk faham bahawa INTEL caj nilai branding dalam harga produk mereka.. kos marketing la katakan.. 😏

Sumber: Facebook