𝗕𝗮𝗹𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗸𝗵𝗶𝗮𝗻𝗮𝘁 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮
Berlaku tahun 2 H bersamaan 15 Syawal (9 April 624 M hari Isnin). Perkampungan mereka terletak di Wadi Bathan 5km dari Madinah.
Baginda Nabi ﷺ pergi ke pasar mereka memperingatkan tentang perjanjian damai yang telah dipersetujui.
:: PUNCA PEPERANGAN ::
Peperangan Qainuqa' ini berlaku bermula pada 14 Syawal disebabkan seorang muslimah telah masuk ke pasar mereka.
Pasar mereka terkenal dengan industri besi dan mencipta senjata .
Seorang Yahudi meminta agar dibukakan wajahnya, wanita ini enggan kerana menjaga maruah dirinya. Mereka mengintai peluang untuk mengenakan dia. Sedang wanita muslimah asyik memilih barang perhiasan, maka ada yahudi yang telah mengikat tudung (atas) dengan kainnya (bawah) secara diam-diam.
🟢 Apabila wanita itu bangun, maka tersingkaplah auratnya sehingga ia ditertawakan oleh org yahudi yg ada di kelilingnya. Wanita muslimah yang memahami MEREKA INGIN MEMPERMAINKANNYA beliau terus menjerit dengan sekuat hati:
"WA ISLAMAH, WA ISLAMAH, WA ISLAMAH" (Ayuh org Islam, tolonglah).Lantas seorang lelaki muslim meluru masuk dan terus membunuh yahudi tersebut, lalu mereka pula membunuhnya.
Maka berita ini sampai kepada baginda Nabi ﷺ . Maka Baginda terus bergerak bersama para sahabat mengepung supaya mereka mengaku bersalah.
Ketika itu, Kota Madinah diamanahkan kepada Abu Lubabah bin Abdul Munzir untuk menjaganya
Kepungan dibuat selama 15 hari . Pemegang panji ketika itu ialah Sayyiduna Hamzah bin Abdul Muttalib, pakcik Baginda Nabi ﷺ sendiri. Allah SWT campakkan perasaan takut kepada mereka, akhirnya mereka menyerah diri kerana mengalami kesukaran untuk keluar.
Keadaan mereka dipantau oleh Al-Munzir bin Qudamah.
Abdullah bin Ubai bin Salul yang memikirkan Yahudi itu gengnya, maka ia berunding dengan Baginda Rasulullah ﷺ agar mereka tidak dibunuh.
:: BAGINDA NABI ﷺ TIDAK MEMBERI TAKLIMAT UNTUK MENJAGA KEDAULATAN NEGARA::
Sebagai balasan *MEMPERMAINKAN ISLAM* dan *INGIN MENCEMARKAN KEDAULATAN NEGARA*, mereka DIBUANG DARI BUMI MADINAH tanpa membawa senjata.
Iaitu mereka dihalau dari Bumi Madinah menuju ke Azri'aat di Sham.
🟢 PRINSIP DIRI TIDAK TERGADAI
Sayyiduna Abdullah bin Shomit رضي الله عنه yang asalnya bersekutu dengan Yahudi Qainuqa, setelah peristiwa ini , beliau menarik diri dan hanya berpaut dibawah kekuasaan Allah, RasulNya dan kaum mukminin.
Padanya dan Abdullah bin Ubai bin Salul, Allah SWT turunkan ayat:
{ ۞ یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ لَا تَتَّخِذُوا۟ ٱلۡیَهُودَ وَٱلنَّصَـٰرَىٰۤ أَوۡلِیَاۤءَۘ بَعۡضُهُمۡ أَوۡلِیَاۤءُ بَعۡضࣲۚ وَمَن یَتَوَلَّهُم مِّنكُمۡ فَإِنَّهُۥ مِنۡهُمۡۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا یَهۡدِی ٱلۡقَوۡمَ ٱلظَّـٰلِمِینَ }
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain
[Surah Al-Māʾidah: 51]
🟢 Apa yang kita belajar tentang Sirah ini:
1-Tindakan lelaki itu menolong wanita yg diejek lagi dihina itu sebenarnya telah menolong Islam
2-Tindakan wanita itu menjerit menunjukkan bahawa apabila dihina, jangan kita berdiam diri
3-Tindakan Rasulullah ﷺ mengepung pula mengajar bahawa sesiapa yg mempermainkan Islam dan mengganggu kedaulatan negara, maka akan menerima balasannya
4-Tindakan para sahabat turut mengepung yahudi adalah satu saranan apabila ISLAM perlukan PERTOLONGAN, maka tiada masa lagi untuk berlengah
5-Yahudi dibuang negeri adalah utk memberi kesedaran dan pengajaran, jika berada di negara Islam, maka hormatlah. Jika tidak, balasan akan dikenakan sesegera yg mungkin
والله تعالى أعلى وأعلم بالصواب
Petikan dari kitab:
يوميات السيرة النبوية ، المواهب اللدنية - بتصرف
Catatan: Abu Abbas Muhammad Shahir
Sirah bulan Syawal
Darul Fath Wal Madad
Dapatkan kitab : 517 bait sirah Rasulullah dan khalifah
https://my.shp.ee/pDgTfYj
#SirahSyawal


















