"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Maksiat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Maksiat. Papar semua catatan

Sabtu, 22 Jun 2024

Disebalik medan selera ada aktiviti hanyir lubuk dosa

 

Kuala Lumpur: Polis menyerbu sebuah medan selera di Jalan Gelang dan Jalan Kalong sebelum menahan 27 orang termasuk pelayan khidmat pelanggan (GRO) dan pelacur.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Serbuan dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman itu hasil pendedahan eksklusif Harian Metro sebelum ini berkaitan kegiatan medan selera menawarkan khidmat seks serendah RM100.

Ketua Penolong Pengarah D7 JSJ Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, siasatan mendapati premis beroperasi setiap hari dari jam 12 tengah hari sehingga 10 malam.

Menurutnya, premis menjalankan perniagaan berkonsepkan restoran dan kalung bunga serta menawarkan khidmat seks kepada pelanggan dalam restoran.

"Harga kalungan bunga mengikut warna iaitu RM50 bagi kuning, oren (RM20) dan merah (10) di mana pelanggan yang ingin mendapatkan khidmat seks dibawa ke bilik sewa di kediaman sebelah premis dengan bayaran RM100.

PREMIS tawar kalungan bunga dari harga RM10 hingga RM50.
PREMIS tawar kalungan bunga dari harga RM10 hingga RM50.

"Premis menyediakan khidmat GRO dan pelacur dari warganegara Vietnam dan China di mana hasil serbuan berjaya menahan 23 wanita warganegara asing yang digajikan sebagai GRO dan pelacur," katanya kepada Harian Metro.

Mohamad Farouk Eshak berkata, 18 GRO yang ditahan terdiri daripada sembilan warga China dan sembilan warga Vietnam manakala pelacur tiga warga Vietnam serta dua warga China.

"Turut ditahan lelaki tempatan sebagai pengurus, juruwang wanita warga Indonesia dan dua lelaki tukang cuci warga Myanmar.

"Mereka yang ditahan berusia 20 hingga 60 tahun di mana hasil semakan ke atas semua GRO dan pelacur warganegara asing mendapati tiada permit kerja sah dan tiada dokumen perjalanan," katanya.

Beliau berkata, dalam serbuan itu, polis merampas 10 kalung bunga warna kuning, 10 kalung bunga merah, 25 keping kondom, tisu, minyak pelincir, peralatan sistem audio dan wang tunai RM5,310.

"Semua tangkapan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi bagi diambil rakaman percakapan risikan dan siasatan.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 372A KK iaitu berkaitan kesalahan bagi mereka yang hidup daripada hasil atau memperdagangkan persundalan yang mana hukumannya boleh dikenakan jika disabit kesalahan adalah penjara hingga 15 tahun dan dengan sebatan dan hendaklah didenda,"katanya.

PREMIS dipercayai beroperasi setiap hari dari jam 12 tengah hari hingga jam 10 malam.
PREMIS dipercayai beroperasi setiap hari dari jam 12 tengah hari hingga jam 10 malam.

Sindiket 'kreatif' elak pihak berkuasa

Sindiket pelacuran sentiasa mencari kaedah baharu mengaburi mata pihak berkuasa supaya aktiviti persundalan terus aktif tambahan ia tetap mendapat sambutan lelaki hidung belang sehingga mereka yang sudah bergelar datuk pun tetap 'makan luar'.

Setiap wanita warga asing yang masuk ke negara ini dikendalikan ejen mereka yang terbabit dalam sindiket pelacuran ini dengan menggunakan pas lawatan sosial dan berpura-pura ingin melancong.

Menurut sumber, sebaik tiba secara sah dengan pas lawatan sosial, wanita warga asing dari China, Vietnam, Thailand, Indonesia dan termasuk dari negara Eropah dibawa sindiket ke premis pelacuran untuk bekerja sebagai pelayan khidmat pelanggan (GRO) dan pelacur.

"Malah, ada yang sanggup mengahwini lelaki berusia dan warga emas bagi membolehkan mereka tinggal di negara ini.

"Suami upahan ini sah di sisi undang-undang kerena mereka daftar perkahwinan dan apabila ada yang ditahan lelaki ini datang mengikat jamin," katanya.

Sumber berkata, dengan kepesatan teknologi, ada sindiket tidak lagi menawarkan perkhidmatan itu secara terbuka sebaliknya beroperasi secara dalam talian menggunakan aplikasi Telegram, WhatApps dan WeeChat.

BILIK yang digunakan untuk aktiviti tidak bermoral.
BILIK yang digunakan untuk aktiviti tidak bermoral.

"Apabila pelanggan bersetuju baru mereka akan dibawa ke tempat khas sama ada hotel atau kediaman," katanya.

Tambah sumber, apabila keadaan 'reda', sindiket bawa mereka masuk semula guna pas pelancong.

Malah, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain sebelum ini pernah mendedahkan modus operandi bersembunyi di negara jiran terbabit.

Razarudin dilaporkan berkata, jika dahulu wanita warga asing masuk ke negara ini menggunakan pas pelancong untuk bekerja sebagai GRO akan pulang semula ke negara terbabit selepas pas pelancong tamat.

"Pada masa sama, ada antara mereka berkahwin dengan lelaki warga tempatan demi tujuan melanjutkan pas lawatan sosial (PLS).

"Sindiket mencari lelaki warga emas untuk berkahwin dengan wanita ini, namun hakikatnya mereka bekerja sebagai GRO.

"Kini, siasatan polis mendapati sindiket tetap membawa masuk GRO ini dengan pas pelancong, malah mereka berpura-pura membeli tiket balik bagi mengaburi pihak berkuasa," katanya.

-myMetro 

Rabu, 19 Jun 2024

Duda, janda dicekup ‘berasmara’ dalam Perodua Bezza

 

Gambar hiasan.

JEMPOL – Seorang duda dan janda yang bekerja di sebuah madrasah di Tampin ditahan selepas cuba menghalang tugas polis dalam operasi di Pekan Bahau di sini, semalam.

Dalam kejadian pada pukul 8 malam itu, sepasukan anggota Balai Polis Bahau yang menjalankan tugasan Ronda Cegah Jenayah ternampak sebuah kereta jenis Perodua Bezza di bahu jalan dalam keadaan mencurigakan.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, anggota polis kemudian menghampiri pasangan itu untuk memperkenalkan diri, namun suspek bertindak mengundurkan kenderaan dan cuba menghimpit kenderaan pasukan.

“Kedua-dua suspek berjaya ditangkap di Jalan Datuk Thong Hiang Kim kira-kira satu kilometer dari lokasi pemeriksaan dijalankan,” katanya hari ini.

Menurut Chang Hook, suspek duda berusia 45 tahun yang mempunyai seorang anak bekerja sebagai pemandu kereta di madrasah itu, manakala janda yang juga memiliki seorang anak itu pula bekerja sebagai pengutip derma.

Suspek duda mempunyai empat rekod lampau jenayah, manakala suspek wanita pula mempunyai 19 rekod jenayah dan dadah. – KOSMO! ONLINE

Ahad, 7 November 2021

“tengah mencari kepah katanya biIa di soal” pasangn di cekvp aktiviti peIncongan dicemari aktiviti mksiat


Parit Buntar – Ban Pecah terletak di Tanjung Piandang, Perak yang terkenal sebagai kawasan rekreasi dan aktiviti pelancongan dic.emari aktiviti m.aksiat.

Begitulah luahan seorang pengguna facebook Mohd Shahril Mat Saad berkongsi status dilaman beliau hari ini.

“Assalamualaikum dan selamat pagi. Larian ku di ban pecah diakhiri dengan pemandangan yang menc.emarkan m.aruah Ban Pecah. Pihak yang berkenaan terutama Jabatan Agama Islam Parit Buntar Perak mohon ambil t.indakan sewajarnya.

Saya sempat bertanya lelaki tersebut isteri dia ke? Dia mengaku tidak dan saya beri nasihat sedikit walaupun tidak berhemah.

Reaksi Orang Ramai

Kita think p.ositif je..pagi td diorg mancing dpt pari besor sgt dh xsabor sgt depa pn terjun dgn plan nak gagau ngan tangan tnpa disangka pari tu mngelak msuk dlm sluar si gadis pari tlepas mata kail plk tsangkut kt area tu..xkan nk biar..abg her0 dtng mmberi bntuan dgn tangan..bnda mmng amk masa tara nk tlepas..ttiba abg joging tegur.

Kat situ pejabat agama dah letak signb.oard dah sbg usaha utk menc.egah perbuatan yg mcm ni. Tak kan 24 jam pegawai dr pejabat agama nak terpacak kat situ.


Natizen yg dok ada di situ x kan nak tengok saja, tlg la b.antu apa yg patut.. mec.egah kemu.ngkaran ni adalah tgg jwb bersama.

Maksudnya: “Barangsiapa di antara kamu yang melihat kem.ungkaran, hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Apabila dia tidak mampu, maka dengan lisannya. Dan apabila dia tidak mampu lagi, maka dengan hatinya. Sesungguhnya itu adalah selemah-lemah iman.” [Riwayat Muslim (78)].

Berangapan baik.mungkin mereka org susah.jd mereka nk cari kepah…rezeki tk dtg berg.olek.kena usaha.

Pggl pej agama boleh… tp setakat depa tu sepasang, kite pon boleh tegur. Jerkah je dr jauh, m.aki kow2 skit. Tkde nye deme b.erani lawan. Ingat, sbg masyrkt, kte pon ade tggjwb utk cegah m.aksiat.

Jangn kata nak mndi, nk m.ain ayaq kat situ pun takut ampai weii. klu kena blh la nk menggaru.


Biasanya kalau aku bawak ank anak buah aku bjalan & mandi, nampak bukan² gini, aku tegur d.irect je. Xmalu ke budak budak pandang.? Org ramai pandang.. mana sebenarnya l.evel muka & harga diri ko sebagai Islam?? Org org gini lah yg buatkan b.angsa lain pandang serong & remeh pd usaha p.ejuang I.slam contoh skuad badar memba.nteras keg.iatan ni.. dh laa u.ndang u.ndang bab ni lemah, wujud pulakk jenis ni.. memang h.ina, & xde h.ormat lah bangsa lain pd Agama Islam.. kalau jumpa org macam ni, p.ijak je dulu.. nk panggil Jab.Agama pn lambat.. dorang cari s.ajat pn xjumpa lagi.. lagi k.es gini celah gigi je pd dorang.. tu yg sampai laa xjumpa.

Sumber : MohdShahrilMatSaad / OM / fuh

Credit:belumbalik.com