NAMA itu adalah doa. Justeru, ibu bapa bertanggungjawab memberikan nama yang elok untuk bayi yang dilahirkan.
Sepasang suami isteri di Jawa Timur memilih nama yang baik buat cahaya mata mereka bagaimanapun ia terlalu panjang sehingga berhadapan masalah untuk mendapatkan sijil kelahiran.
Tidak seperti kebanyakan nama yang panjang hanya terdiri atas kombinasi tiga hingga empat perkataan sahaja, Arif Akbar dan Suci Nur Aiysiah memilih nama Rangga Madhipa Sutra Jiwa Cordosega Akre Askhala Mughal Ilkhanat Akbar Sahara Pi-Thariq Ziyad Syaifudin Quthuz Khoshala Sura Talenta buat anak lelaki mereka yang terdiri daripada 19 perkataan dan 115 huruf.
Kata Arif, nama yang dipilih untuk membawa makna adalah berkaitan dengan sejarah ketamadunan Islam. Ia dipilih hasil perbincangan saudara mereka yang juga seorang budayawan, Mujoko Zahid.
Berhadapan dengan masalah dokumen rasmi kelahiran, menurut laporan Detik, pasangan itu telah menulis surat kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo.
Dalam perkembangan berkaitan, pihak berkuasa menyarankan agar pasangan berkenaan memendekkan nama anak mereka, lapor Kompas.
Ia berikutan tindakan pihak berkuasa yang menolak permohonan dokumentasi pasangan itu kerana had jumlah abjad yang dibenarkan ialah 55 abjad iaitu separuh daripada nama kanak-kanak yang mesra dipanggil Cordo itu.
Antara nama yang menjadi nama terpanjang di dunia ialah Willow Sullivan Corbett Fitzsimmons Jeffries Hart Burns Johnson Willard Dempsey Tunney Schmeling Sharkey Carnera Baer Braddock Louis Charles Walcott Marciano Patterson Johansson Liston Clay Frazier Foreman Taylor-Brown
Gadis itu berusia 13 itu berasal dari England memiliki nama tengah sebanyak 25 perkataan.
Kredit:sinarplus.sinarharian.com.my
0 comments:
Catat Ulasan