"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Jumaat, 28 Ogos 2026

Biara Haram, Sami Langgar Ajaran Buddha?

 Biara Haram, Sami Langgar Ajaran Buddha?

Tempohari mereka dakwa biara telah berusia 100 tahun tetapi mereka gagal memberikan sebarang bukti sehingga mengakibatkan Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa biara haram tersebut tiada hak ke atas gua tersebut.

Apa akan jadi kepada hakmilik tanah di Malaysia andai semua pihak boleh mendakwa telah berada di tanah tersebut berpuluh atau beratus tahun tanpa sebarang bukti?

Itu belum lagi ditambah bahawa memang dari awal penceroboh tanah tahu itu bukan tanah mereka, kenapa ceroboh & bina sesuatu?

Jikalau itu logik mereka, adakah biara haram ini membenarkan pula orang luar ceroboh biara itu?

Sudah pasti mereka akan buat laporan polis.

Tidak cukup dengan dakwaan biara telah berusia 100 tahun tetapi gagal memberikan sebarang bukti, semalam mereka begitu terdesak sehingga ke SUHAKAM pula.

Kenapa pergi ke SUHAKAM?

Kali ini mereka bukan lagi memainkan dakwaan 100 tahun tetapi Perlembagaan pula. Menurut laporan Malaysiakini, mereka mendakwa perobohan biara itu menjejaskan kebebasan beragama yang dilindungi bawah Perkara 3(1), Perkara 11(1) dan Perkara 11(3) Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 3(1) memperuntukkan bahawa agama selain Islam boleh diamalkan dengan aman dan harmoni di mana-mana bahagian Persekutuan, manakala Perkara 11(1) menjamin hak seseorang untuk menganut dan mengamalkan agamanya.

Perkara 11(3) pula antara lain menjamin hak kumpulan agama untuk menguruskan hal ehwal agamanya sendiri serta menubuhkan dan menyelenggara institusi bagi tujuan keagamaan.

Beberapa isu timbul sebenarnya. Ketika mereka menceroboh & membina biara haram tersebut, Perlembagaan mana yang mereka rujuk atau mereka hanya rujuk Perlembagaan apabila kena pada tekak mereka sendiri?

Kedua pula ialah, sejak bila kebebasan mengamalkan agama Perkara 3 (1) & jaminan menguruskan hal ehwal agama Perkara 11 (3) itu bermaksud kita boleh ceroboh tanah orang lain & bina struktur haram di situ?

Dr Chiong Sai Tin atau dikenali sebagai Bhante Kusala sebagai ketua sami, saya yakin beliau tahu ajaran Buddha yang cantik ini dalam Pancasila yang kedua;

Adinnadana veramani sikkhapadam samadiyami

Aku berjanji untuk menahan diri daripada mengambil apa yang tidak diberikan.

(The Vipassana Retreat: The Precepts - 5 & 8)

Bukankah tuanpunya tanah tidak memberikan hak kepada biara haram & malahan telahpun kalah di Mahkamah Persekutuan, kenapa masih beria-ia mahukannya?

Adakah Dr Chiong mengikuti ajaran Buddha yang sepatutnya mengajar adanya Dukkha (kesengsaraan) kerana Samudaya (nafsu/kemahuan) dan cara mengatasi kesengsaraan adalah Nirodha iaitu menghapuskan nafsu?

Adakah sami-sami serta persatuan agama Buddha akan menegur perbuatan Dr Chiong atau mereka tidak mahu mengikuti salah satu ajaran 8 Fold Path iaitu Right Action (Perbuatan Yang Betul).

Perbuatan ceroboh & bina biara sudah pasti adalah salah & haram di sisi undang-undang Malaysia. 

Namun, persoalan untuk para sama-sama & persatuan agama Buddha di Malaysia, adakah perbuatan Dr Chiong & biara haram itu perbuatan yang betul menurut ajaran Buddha?

Saya menanti jawapan jujur & telus dari sahabat Buddhist kerana saya tahu agama Buddha mengajar penganutnya agar jujur.

Source 

Rabu, 26 Ogos 2026

“Saya Percaya Ada Kuasa Besar… Tapi Saya Tak Boleh Percaya Dia Tuhan Yang Baik.”

 “Saya Percaya Ada Kuasa Besar… Tapi Saya Tak Boleh Percaya Dia Tuhan Yang Baik.”

Oleh:Firdaus Wong Wai Hung

Seusai urusan di Mahkamah Sesyen Klang, saya terus bergegas ke Restoran Jom Claypot, Bukit Jelutong untuk bertemu dengan seorang pemuda. Dia telah menghubungi saya di Instagram pada Khamis lepas. 

Ianya teramat penting sehingga saya meletakkan pertemuannya sebagai keutamaan. Untuk menjaga identiti mereka, saya namakan dia sebagai Hakim. Dia datang bertemu saya bersama adiknya, saya namakan sebagai Haris.

Ketika mereka duduk di hadapan saya, selepas berkenalan, saya mula bertanya.

“Apa yang saya boleh bantu hari ini?”

Hakim diam seketika. Wajahnya seperti orang yang terlalu banyak benda mahu diceritakan, tetapi tidak tahu dari mana mahu bermula.

“Saya tak tahu macam mana nak mula,” katanya perlahan.

Saya jawab, “Tak apa. Kita bukan di sini untuk menghukum. Kita berbincang. Hakikat bahawa Hakim mesej saya pun sudah satu tanda yang baik. Hakim boleh sahaja hidup diam-diam dan buat tidak tahu, tetapi Hakim tetap mesej. Itu tanda masih mencari.”

Perlahan-lahan, ceritanya keluar.

Hakim dilahirkan sebagai Muslim. Sejak umur sekitar 12 tahun, dia mula mempersoalkan Tuhan. Bukan kerana dia mahu melawan. Bukan kerana dia mahu menjadi “free thinker” untuk nampak hebat. Tetapi kerana hidupnya terlalu sakit.

Pada usia 9 tahun, katanya, dia pernah hampir dibunuh oleh ibunya sendiri.

Ketika dia menyebut perkara itu, saya dapat lihat suaranya berubah. Dia menjadi sebak. Airmatanya mula mengalir. 

Ada luka yang belum sembuh. Ada kanak-kanak berusia 9 tahun yang masih hidup dalam tubuh lelaki berusia 29 tahun. Dia berkata lebih kurang begini, 

“Kalau betul Tuhan itu ada, kenapa Dia biarkan budak umur 9 tahun lalui semua ini? Apa yang saya buat sampai saya kena macam ini?”

Dia pernah masuk agama Kristian. Pernah mencari di tempat lain. Tetapi soalan yang sama tetap tidak selesai. Kenapa dunia ini penuh penderitaan? Kenapa orang baik diuji? Kenapa Tuhan yang baik membiarkan benda buruk berlaku?

Sampai satu tahap, dia berkata satu ayat yang sangat berat.

“Saya boleh percaya ada kuasa yang lebih besar. Tapi saya tak boleh percaya Dia Tuhan yang baik.”

Saya pandang dia dan saya katakan, “Hakim, saya tak nampak awak sebagai ateis. Saya juga tak nampak awak sebagai agnostik. Awak percaya ada Tuhan. Cuma awak kecewa dengan Tuhan kerana ada soalan yang belum terjawab.”

Dia diam.

Saya teruskan berkongsi, 

“Kadang-kadang manusia kecewa bukan kerana Tuhan mungkir janji, tetapi kerana kita meletakkan harapan kepada Tuhan berdasarkan apa yang kita sangka, bukan berdasarkan apa yang Tuhan sendiri beritahu.

Kita sangka kalau Tuhan itu baik, dunia ini mesti bebas sakit, bebas derita, bebas kehilangan, bebas pengkhianatan. Tetapi Allah tidak pernah kata dunia ini syurga. Allah beritahu dari awal, dunia ini tempat ujian. Akan ada takut. Akan ada kehilangan. Akan ada kematian. Akan ada luka yang manusia tidak faham ketika sedang melaluinya.”

Saya tanya dia, 

“Hakim, umur 29 tahun. Awak tanya tadi, ‘apa salah aku sampai aku layak dapat semua ujian ini.’ Tetapi pernah tak Hakim tanya, apa amal kebaikan aku sampai aku layak dapat semua nikmat yang aku ada hari ini?”

Dia terdiam. Saya sambung, 

“Kita biasanya cepat nampak apa yang kita kurang. Tapi kita jarang mengira apa yang Allah beri lebih daripada apa yang kita layak.”

Kemudian saya beri satu gambaran.

Kalau seseorang maki Hakim, hina Hakim, persoalkan Hakim, adakah Hakim masih mahu belanja dia makan?

Hakim membalas dengan cepat, 

“Confirm tak lah.”

Saya tanya kenapa tak nak belanja? Sebab Hakim jahat ke? 

Lalu Hakim membalas, “Bukan sebab saya jahat tetapi kenapa saya nak belanja seseorang yang maki hamun saya?”

Saya sambung analogi saya,

“Tetapi berapa kali Hakim marah kepada Allah, persoalkan Allah, bahkan membenci takdir Allah, namun Allah tetap beri Hakim semua nikmat ini? Nafas, mata, tangan, kaki, rezeki, peluang hidup, bahkan Allah tetap bagi nikmat & kemampuan untuk Hakim memaki hamun Allah. Bukankah itu juga tanda kebaikan Tuhan?

Malahan Hakim pasti setuju, walaupun dengan hakim memaki hamun Allah, nikmat yang Allah berikan kepada Hakim ini jauh lebih banyak dari mereka yang taat kepada Allah, jaga solatnya dan agamanya. Bukan kerana Allah benci Hakim atau mereka tetapi ujian setiap manusia berbeza.”

Pada waktu itu, Hakim menutup kedua matanya sekali lagi. Kali ini airmatanya bercucuran turun membasahi wajahnya.

Dia cuba tahan, tetapi ada benda yang tidak mampu lagi ditahan. Lelaki biasanya susah menangis depan orang. Kalau seorang lelaki menangis ketika bercerita, biasanya luka itu bukan kecil.

Saya tidak cepat-cepat potong. Ada masa orang datang bukan kerana mahu dibelasah dengan hukum. Ada masa dia datang kerana dia sudah terlalu lama sesak dan perlukan seseorang mendengar sebelum memberi jawapan. Dia tanya lagi, 

“Kalau Allah Maha Mengetahui, kalau Dia sudah tahu saya akan jadi begini, adakah saya dicipta hanya untuk masuk neraka?”

Saya jawab, 

“Allah Maha Mengetahui, tetapi Allah juga Maha Adil. Allah tidak menghukum manusia atas perkara yang dia tidak boleh pilih. Kita tidak pilih siapa ibu bapa kita. Kita tidak pilih bangsa kita. Kita tidak pilih bila kita lahir. Kita tidak pilih bila kita mati. Tetapi dalam hidup, banyak benda Allah beri kita pilihan.”

Saya kata kepadanya, 

“Allah tidak mencipta manusia untuk dihumban ke neraka. Allah tunjuk jalan. Allah ajak manusia ke syurga dalam Surah Yunus 10:25. Tetapi manusia tetap ada pilihan untuk ikut atau menolak.

Saya beri contoh mudah. Kalau kerajaan sudah bina jalan yang betul, tetapi kita sengaja melawan arus kemudian kemalangan, bolehkah kita salahkan kerajaan kerana membina jalan?”

Dia mula mengangguk.

Perlahan-lahan wajahnya berubah. Bukan terus selesai semua luka hidupnya, tetapi saya nampak beban yang dia pikul mula sedikit ringan. Kadang-kadang satu jawapan tidak menghapuskan semua kesakitan, tetapi ia boleh membuka tingkap kecil untuk cahaya masuk semula.

Saya juga beritahu dia, 

“Hakim, soalan awak bukan tanda awak jahat. Nabi Ibrahim Alaihi Salam pernah bertanya kepada Allah dalam Surah Al-Baqarah 2:260 bagaimana Allah menghidupkan yang mati. Malaikat juga pernah bertanya apabila Allah mahu mencipta manusia sebagai khalifah. Bezanya, ada orang bertanya untuk menolak. Ada orang bertanya kerana mahu faham. Awak tanya ini kerana mahu faham.”

Akhirnya dia bertanya, “Jadi orang macam saya perlu syahadah balik?”

Saya jawab, “Awak bukannya murtad. Hakim hanya seorang manusia yang kecewa dengan Tuhan bukan kerana Tuhan memungkiri janji tetapi Hakim meletakkan ‘expectations’ yang tidak pernah Allah janjikan. Tiada salah untuk awak bersyadah kembali. Lafaz syahadah semula. Kemudian mandi wajib. Bertaubat. Mudah. Islam ini bukan agama yang mahu menyusahkan orang yang mahu kembali.”

Saya jelaskan, berdasarkan apa yang dia ceritakan, dia bukan datang sebagai orang yang memusuhi Tuhan. Dia datang sebagai orang yang keliru, kecewa dan mahu mencari jawapan. Jangan buka pintu was-was yang tidak perlu. Yang penting, selepas ini pandang ke depan.

Sebelum berakhir, saya nasihatkan dia belajar semula tentang Allah. Bukan mula dengan isu yang terlalu berat dahulu. Mula dengan mengenal siapa Allah melalui Asmaul Husna. Kenal Allah sebagai Ar-Rahman, Ar-Rahim, At-Tawwab, Al-Hakim, As-Syakur. Bila kita salah faham siapa Allah, kita akan salah faham cara Allah mengatur hidup kita.

Petang semalam bukan sekadar perbualan agama. Ia pertemuan dengan seorang manusia yang sejak kecil membawa luka, lalu menyangka luka itu bukti bahawa Tuhan tidak baik.

Sedangkan mungkin selama ini, dalam setiap luka itu, Allah masih memegangnya daripada jatuh lebih jauh.

Saya terfikir, berapa ramai lagi orang seperti Hakim di luar sana?

Mereka bukan jahat. Mereka bukan semestinya menolak agama. Mereka cuma kecewa, keliru, terluka dan tidak tahu kepada siapa mahu bertanya tanpa terus dihukum.

Kadang-kadang orang yang bertanya tentang Tuhan bukan mahu meninggalkan Tuhan. Dia sebenarnya sedang mencari jalan untuk kembali kepada Tuhan.

Anda juga seperti Hakim? Hubungi MRM di wasap.my/601110500414 untuk kami bantu anda kembali mengenali & mencintai Allah yang selama ini mencintai kamu.

Jadilah Penyokong MRM 

MAYBANK

Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor

5648 1052 0353

Source 

Rabu, 19 Ogos 2026

Benar atau mitos:Tapai sebagai agen makanan probiotik hidup baik untuk pelbagai masalah kesihatan

 


Korang tahu tak, selama ni kita dah lama tertipu dengan anggapan yang tapai ni cuma pencuci mulut kampung yang manis dan penuh gula?

Ramai ingat tapai ni sekadar makanan 'prebiotik' biasa yang tolong bagi makan kat bakteria dalam perut. 

Tapi korang silap. Realitinya jauh lebih gila daripada tu.

Baru-baru ni, dunia sains mula buka mata. Rupanya tapai yang korang makan kat kenduri atau beli RM2 sebungkus tu adalah MAKANAN PROBIOTIK yang hidup! 

Malah, dia sebenarnya adalah SINBIOTIK—gabungan super antara bakteria baik dengan makanan bakteria tu sekali. Sempurna.

Sebab apa? Jom kita pecahkan info yang ramai orang tak tahu ni:

1. Dia Ada 1 Juta Tentera Bakteria Baik Per Gram!

Bahan asas tapai macam ubi atau nasi parboiled mengandungi pati tahan hadam (Resistant Starch). Bila diperam dengan ragi, wujud bakteria asid laktat (BAL) seperti Lactobacillus plantarum. Dalam setiap gram tapai yang korang suap, ada dekat 1 juta bakteria hidup sedia nak bersihkan usus korang!

2. Penurun Gula Darah Yang Tak Disangka

Ini paling 'mind-blowing'. Ada kajian makmal ke atas subjek tikus diabetik menunjukkan glukosa darah boleh turun antara 39.49% hingga 57.79% selepas diberikan tapai! 

Bukan tu je, tahap insulin pula naik subur balik dalam 15.86% hingga 26.52%. Ramai ingat tapai ni musuh kencing manis sebab manis, tapi proses fermentasi tu ada magis dia sendiri.

3. Pembersih Kolesterol Jahat (LDL)

Kajian yang sama juga dedah benda ni:

 - Kolesterol keseluruhan turun 37.65%!

 - Trigliserida turun 34.50%.

 - Kolesterol jahat (LDL) menjunam sampai 59.29%.

 - Paling syok, kolesterol baik (HDL) meroket naik 171.21%!

4. Ejen Detoks Racun Kulat (Aflatoksin)

Korang perasan tak kadang-kadang makanan kita ada kulat rahsia yang kita tak nampak? Tapai ada keupayaan unik untuk mengikat dan mengurangkan aflatoksin (racun kulat berbahaya) daripada merosakkan badan korang.

5. Kilang Vitamin B1 dan B12 Bergerak

Masa proses peraman (fermentasi) berlaku, kandungan Vitamin B1 dalam tapai melonjak naik sampai 3 kali ganda! Vitamin B12 pula dihasilkan secara semula jadi, benda yang sangat penting untuk pembentukan sel darah merah dan nak elak penyakit anemia (kurang darah).

Sebab tu lah, kalau orang Korea bangga dengan Kimchi, orang Jerman bangga dengan Sauerkraut, kita kat Malaysia patut banggakan Tapai Pulut dan Tapai Ubi kita. Level khasiat dia untuk usus sebenarnya setaraf, cuma kita je kurang buat pemasaran!

Macam mana nak makan cara betul?

 Makan dalam porsi yang sederhana setiap hari, janganlah seperiuk sekali hadap.

 Ingat, tapai ada kandungan alkohol ringan hasil fermentasi semula jadi, jadi kawal kuantiti.

 Nak lagi layan, boleh makan terus, campur dalam es buah, buat tape goreng, atau baked jadi cake.

Lepas ni kalau nampak tapai, jangan pandang sebelah mata lagi. Usus korang tengah tersenyum tengok tentera bakteria baik ni masuk.

Pendapat Strategik

Dari sudut pandang industri dan kesihatan negara, tapai mempunyai potensi komersial yang belum diterokai sepenuhnya (untapped potential). 

Selama ini kita terlalu mengagungkan produk fermentasi barat dan asia timur seperti yogurt, kombucha, dan kimchi sehingga sanggup membayar harga premium. 

Walhal, penyelesaian kepada kesihatan mikrobiom usus komuniti tempatan berada di dalam kearifan tempatan kita sendiri.

Kerajaan melalui agensi penyelidikan dan usahawan tempatan perlu bertindak agresif untuk melakukan penjenamaan semula (rebranding) tapai. 

Isu standardisasi kandungan alkohol dan jangka hayat (shelf life) perlu diselesaikan segera menggunakan teknologi makanan moden. Jika kita berjaya memformulasikan tapai ke dalam bentuk superfood yang bersih, premium, dan mudah alih, kita bukan sahaja mampu mengurangkan kebergantungan kepada suplemen import, malah mampu meletakkan tapai sebagai produk eksport kesihatan warisan Malaysia yang ikonik di persada global. 

Sudah tiba masanya kita berhenti melihat tapai sekadar 'makanan pencuci mulut pasar malam' dan mula melihatnya sebagai 'aset bio-ekonomi'.

Disclaimer: Artikel ini ditulis bagi tujuan perkongsian maklumat dan pendidikan sahaja,

Sumber:Sebaran WhatsApp 

Selasa, 11 Ogos 2026

Berbaloi Kah Guna SIMKAD ToneWow?

 


Berbaloi Kah Guna SIMKAD ToneWow?

Jawapan dia…
Ya. Sangat berbaloi.
Simkad biasa yang kita guna sekarang
boleh call, SMS dan internet.
SIMKAD ToneWow pun boleh buat benda yang sama.
Tetapi bezanya…
Hari ini orang tak cari line sahaja.
Orang nak:
✔ Coverage kuat
✔ Data tak hangus
✔ Ada manfaat tambahan
✔ Dan kalau boleh… ada pulangan sekali
Sebab itu semakin ramai mula beralih ke ToneWow.
⭐ 7 Kelebihan Utama ToneWow
1️⃣ Line CelcomDigi
Menggunakan rangkaian CelcomDigi yang terkenal dengan coverage luas di seluruh Malaysia.
2️⃣ Data Carry Forward
Data tak habis bulan ini?
Boleh bawa ke bulan depan.
3️⃣ Cashback Top Up
Setiap kali top up, anda boleh dapat cashback sehingga 5%.
4️⃣ Perlindungan Takaful Percuma
ToneWow beri perlindungan takaful kemalangan RM30,000 – RM54,000 sehingga umur 75 tahun.
5️⃣ Khairat Kematian
Jika berlaku kematian, ahli keluarga akan menerima
RM500 bantuan khairat sehingga umur 70 tahun.
6️⃣ Points Ganjaran
Setiap kali topup atau daftar ahli, anda akan dapat points Wowcher.
7️⃣ Komisen & Royalti Setiap Bulan
Jika anda perkenalkan SIM ToneWow kepada orang lain,
anda boleh dapat komisen sehingga RM50.
Dan selagi mereka guna simkad itu,
anda boleh terima royalti setiap bulan tanpa henti.
Cuba tanya diri sendiri sekejap…
Jika kita kenalkan simkad
C, M, Datau U
kepada ahli keluarga atau kawan…
Ada tak kita dibayar setiap bulan oleh mereka?
Tak ada kan.
Sebab itu ramai orang mula guna ToneWow.
Nampak macam simkad biasa.
Tapi manfaat dia…
Luar biasa.
Saya sendiri akan bantu dari awal
sehingga simkad aktif dan boleh digunakan sepenuhnya.
📶 Boleh saya tahu lokasi tuan dari mana?
Saya nak semak coverage internet kawasan tuan dahulu.
Klik link di bawah 👇

Berhenti membazir & tukar phone korang jadi sumber 'duit poket ekstra'! 📈🤫
Guna tone wow untuk start bina income pasif dengan modal RM10 je:
👥 𝐑𝐞𝐟𝐞𝐫 & 𝐄𝐚𝐫𝐧: Ajak member guna, korang dapat komisen setiap kali diorang top-up.
💰 𝐂𝐚𝐬𝐡𝐛𝐚𝐜𝐤 𝟏𝟓%: Top-up phone sendiri pun dapat duit masuk balik akaun*
Zaman sekarang kena bijak. Tak payah pening modal beribu, 𝐠𝐮𝐧𝐚 𝐬𝐢𝐦 𝐑𝐌𝟏𝟎 ni je untuk bantu cover belanja harian korang.
Tunggu apa lagi? Grab SIM tone wow SuperLITE korang sekarang & jom kita fight cost of living sama-sama! 🚀
Join me on tone wow today! 🚀