"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Kerajaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kerajaan. Papar semua catatan

Isnin, 25 April 2022

Tol percuma dan diskaun hingga 50 peratus sempena Aidilfitri

 GAMBAR hiasan

GAMBAR hiasan

Kuala Lumpur: Diskaun harga sehingga 50 peratus serta tol percuma akan diberikan kepada pengguna lebuh raya utama negara bermula 12 tengah malam Sabtu ini hingga 11.59 malam, 1 Mei depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu diputuskan kerajaan selepas sesi rundingan bersama 30 syarikat konsesi lebuh raya.

"Kerajaan bersetuju memberikan diskaun dan tol percuma kepada Keluarga Malaysia yang pulang ke kampung sempena Aidilfitri, 3 Mei ini.

"Secara keseluruhan, tol percuma dan diskaun ini membabitkan 30 lebuh raya di seluruh negara dengan jumlah diskaun dinikmati pengguna sebanyak RM77.11 juta.

"Jumlah manfaat ini akan ditanggung kerajaan dan syarikat-syarikat konsesi," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pemberian tol percuma akan membabitkan lebuh raya milik Kumpulan PLUS Malaysia Berhad (Plus) yang menghubungkan jaringan lebuh raya utara dan selatan serta Anih Berhad (Anih) yang menghubungkan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) kepada semua kelas kenderaan.

"Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, pemberian tol percuma di Lebuhraya Utara dan Selatan dan LPT juga akan diberikan untuk pengguna yang akan pulang semula ke kediaman masing-masing bermula 12 tengah malam pada 7 Mei 2022 hingga jam 11.59 malam pada 8 Mei 2022 kepada semua kelas kenderaan.

"Tawaran diskaun tol antara 30 peratus dan 50 peratus akan diberikan kepada lebuh raya lain pada tarikh dan masa yang sama kepada semua kelas kenderaan.

"Diharapkan dengan pemberian tol percuma dan diskaun tol sempena perayaan Aidilfitri pada tahun ini akan memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri bersama-sama orang tersayang," katanya.

Menurutnya, keputusan kerajaan itu juga mengambil kira impak pandemik kepada sumber pendapatan sebahagian besar Keluarga Malaysia sebelum ini dan bagi mengurangkan bebanan pengguna lebuh raya terutama golongan berpendapatan rendah.

"Pada masa yang sama, saya berharap kita sebagai Keluarga Malaysia dapat bertoleransi dan sentiasa bersabar dengan kehadiran jutaan kenderaan di lebuh raya sepanjang musim perayaan yang bakal tiba ini.

"Pandulah dengan cermat dan sentiasa berhati-hati di jalan raya," katanya.

-myMetro

Selasa, 12 April 2022

Permohonan Bantuan RM500 One-Off Untuk Warga Emas

 


Berita baik bagi semua rakyat Malaysia, Dato' Sri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz telah mengumumkan bantuan warga emas atau bantuan kebajikan orang tua akan dinaikkan daripada RM350 kepada RM500 seorang bagi mereka yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Untuk pengetahuan anda, bantuan ini diuruskan oleh pihak JKM yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluiarga dan Masyarakat. Tujuan utama bantuan ini adalah untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Syarat Kelayakan Permohonan

Orang tua atau warga emas yang ignin memohon bantuan tersebut haruslah memenuhi segala syarat kelayakan seperti berikut:

  1. Pemohon adalah warganegara dan bermastatutin di Malaysia
  2. Orang tua atau warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas
  3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi RUmah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
  4. Warga emas yang bukan tinggal di institusi kendalina JKM atau pusat jagaan harian / berkediaman yang memberi kemudahan perkhidmatan secara percuma
  5. Mana-mana kes yang bekeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM

Cara Membuat Permohonan

Berikut dikongsikan cara untuk membuat permohonan

  1. Layari laman web JKM di ebantuanjkm
  2. Klik pada butang pendaftaran permohonan
  3. Masukkan negeri tempat tinggal dan nombor kad pengenalan
  4. Setelah selesai, klik butang daftar
  5. Dalam tempoh masa 14 hari, sila ke pejabat JKM yang berhampiran dengan kawasan anda.


Dokumen Yang Diperlukan

Bawa bersama dokumen berikut ketika hadir di pejabat JKM:

  1. Salinan kad pengenalan diri pemohon
  2. Salinan kad pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  3. Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  4. Salinan penyata gaji (jika ada)
  5. Lain-lain dokumen yang berkaitan.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan permasalahan dalam membuat permohonan, anda boleh menghubungi JKM di 03-8000 8000 atau hadir terus ke pejabat JKM berhampiran anda.

-blogrojak.com

Isnin, 28 Mac 2022

Bantuan E-Wallet RM150 Kepada Rakyat Malaysia Tahun 2022.

 


Kerajaan Malaysia menerusi pengumuman bajet 2022 telah mengumumkan bantuan kepada rakyat Malaysia berdasarkan kategori-kategori yang ditetapkan. Peruntukan bajet bagi tahun 2022 adalah sebanyak RM332.1 Billion yag merangkumi pelbagai bantuan khas kepada rakyat yang akan diumumkan dan dibuka permohonannya dari semasa ke semasa.

Dari peruntukan bajet 2022, terdapat bantuan khas secara bantuan E-Wallet iaitu bantuan secara atas talian yang harus menggunakan aplikasi E-Wallet. Program bantuan E-Wallet RM150 telah dibentangkan di dewan rakyat semasa pembentangan bajet 2022 oleh Menteri Kewanngan Malaysia, Datuk Seri Tengku Zafrul.

Bantuan E-Wallet RM150 Kepada Rakyat Malaysia Tahun 2022

Batuan E-Wallet sebanyak RM150 akan dikreditkan ke akaun E-Wallet masing-masing mengikut syarat kelayakan selepas permohonan dibuka untuk tahun 2022.

Menerusi Menteri Kewangan, Kerajaan telah memperkenalkan program yang bernama eStart iaitu sebuah Program Skim Transaksi Tanpa Tunai bagi memupuk dan membudayakan transaksi tanpa tunai di  mana-mana premis perniagaan.

Menteri Kewangan, Yang Berhormat Mulia Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Bin Tengku Abdul Aziz berkata, e-Start akan mengkreditkan RM150 secara one-off ke dalam akaun e-dompet para belia dan juga pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.

Bantuan E-Wallet RM150 secara one-off diberikan kepada golongan belia akan dapat membantu pelajar-pelajar di institusi tinggi. Dalam masa yang sama, melalui program E-Wallet, E-Start akan memberikan impak yang positif kepada sektor ekonomi. Khususnya premis perniagaan secara atas talian.

Melalui penggunaan E-Wallet akan memberikan pengalaman yang baru kepada mereka yang baru pertama kali menggunakan E-Wallet. Selepas dari itu, ia secara automatik mewujudkan masyarakat yang maju dari segi muamalat menggunakan E-Wallet yang boleh bertindak menggantikan dan menambahbaik cara muamalat dalam perniagaan sebelum ini.

Permohonan E-Wallet Kepada Golongan Belia Tahun 2022

Golongan belia boleh membuat permohonan atau claim RM150 di dalam akaun E-Wallet masing-masing. RM150 juga boleh didapatkan dari berbagai jenis akaun E-Wallet yang bertapak di Malaysia.Walaubagaimanapun, Pengumuman mengenai Program E-Start masih belum diumumkan oleh kerajaan Malaysia, mungkin akan diumumkan dalam masa yang terdekat kerana ini merupakan peruntukan bantuan bajet 2022.

Buat masa ini,kerajaan juga tidak mengumumkan rangkaian E-Wallet yang akan terlibat untuk program E-Start.Pada tahun lepas,tahun 2021, penebusan program eBelia PEMERKASA telah dilaksanakan dari 1 Jun hingga 22 Julai 2021 dengan menggunakan aplikasi E-Wallet  Belia berikut:

  • Touch n Go eWallet
  • Boost
  • Grab Pay
  • BigPay
  • Shopeepay

Jadi, untuk tahun 2022 ini. Kemungkinan program E-Wallet akan dijalankan dan melibatkan rangkaian E-wallet seperti diatas. Oleh itu, diharapkan golongan belia setia menanti pengumuman-pengumuman oleh kerajaan Malaysia bagi bantuan khas kepada golongan belia Malaysia.

e-start

Kepentingan E-Wallet Dan Kelebihannya

Tahukah anda E-Wallet merupakan satu aplikasi yang memudahkan dan dapat menggantikan fungsi dompet duit anda?. E-Wallet merupakan gantian tranksaksi anda secara lansung di premis-premis perniagaan yang menerima pembayaran E-Wallet. Anda dapat menggunakannya dengan mudah dan selamat. Berikut merupakan kelebihan penggunaan E-Wallet dalam kehidupan harian anda :

  1. Mudah untuk digunakan. E-wallet dapat digunakan dengan mudah dalam membuat urusan pembayaran di mana-mana premis perniagaan samaada di Stesen Minyak, Pasar raya, Restauran dan mana-mana premis perniagaan yang lain yang menyediakan perkhidmatan pembayaran E-Wallet. Anda dapat memudahkan pembayaran anda hanya dengan scan code untuk membayar melalui paparan code yang disiarkan di dalam E-Wallet oleh penjual.
  2. Keselamatan wang anda terjamin. Penggunaan E-Wallet merupakan penggunaan pembayaran yang selamat. Ini adalah kerana setiap kali anda ingin melakukan transaksi, ia akan selalu meminta anda memasukkan kata laluan akaun E-Wallet anda. Jadi transaksi yang dapat dilakukan hanya anda sahaja dan tidak boleh orang lain.
  3. Boleh menebus ganjaran. Rangkaian E-Wallet yang anda gunakan mempunyai kelebihan yang menguntungkan anda. Penggunaan E-Wallet yang ada menyediakan ganjaran selepas anda melakukan transaksi akan memberikan anda ‘coin’ mereka sendiri. Semakin banyak anda menggunakan apa-apa transaksi dalam sesetengah E-Wallet anda akan dihadiahkan ‘coin’ yang anda boleh claim untuk apa-apa diskaun yang dinyatakan yang anda boleh pilih mengikut kesukaan anda sebagai ganjaran.

“E-Wallet Beg Dompet Masa Hadapan Anda”

Bantuan E-Wallet RM150 Kepada Rakyat Malaysia Tahun 2022. Kerajaan Malaysia sentiasa komited dalam membangunkan rakyat Malaysia. Melalui Program E-Start ini akan mendorong rakyat Malaysia bijk menggunakan kemudahan secara atas talian untuk diamalkan sesuai mengikut arus kemodenan.

-sistemguruonline.my

Sabtu, 5 Mac 2022

BKM 2022: Semak Status & Tarikh Bayaran Fasa 1 Bermula Mac Ini

 


Pastinya ramai yang sudah tidak sabar untuk membuat semakan status kelulusan dan bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 fasa 1 yang dijangka akan dibuat bermula Mac ini.

Untuk makluman, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah memaklumkan bahawa tempoh permohonan dan pengemaskinian BKM 2022 adalah bermula pada 1 Januari 2022 sehingga 31 Januari 2022.

Justeru itu, bayaran pertama BKM Fasa 1 dijangka akan diterima bermula awal Mac ini.

Berikut merupakan cara membuat semakan status dan bayaran yang bakal diterima mengikut kategori.

Semakan Status BKM 

Bagi yang telah membuat permohonan baharu atau kemaskini maklumat, berikut dikongsikan cara membuat semakan status permohonan di portal rasmi BKM.

  1. Layari Portal Rasmi Semakan Status Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) di pautan ini : https://bkm.hasil.gov.my.
  2. Klik LOG MASUK BKM.
  3. Untuk makluman anda, jika anda sebelum ini merupakan penerima atau pernah memohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) anda boleh semak menggunakan Kata Laluan Bantuan BPR. Jika anda tidak pernah memohon dan tidak pernah daftar, sila Klik [Permohonan Baharu] di Laman Utama myBKM untuk Semak dan Pendaftaran baru.
  4. Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di kotak NO MYKAD/ID PENGGUNA.
  5. Klik Semak.
  6. Buat pengesahan iaitu “Adakah ini kata kunci keselamatan anda?”.
  7. Klik Ya jika kunci keselamatan anda betul.
  8. Sila masukkan Kata Laluan anda.
  9. Klik Log Masuk.
  10. Anda akan dibawa ke ‘Halaman Utama Portal Bantuan Keluarga Malaysia (myBKM)’.
  11. Klik Menu Semakan Status.
  12. Maklumat Semakan BKM akan dipaparkan di ruangan ini.
  13. Status Permohonan anda sama ada Permohonan Diterima / Tiada Dalam Rekod / Lulus atau Tidak akan dipaparkan di Semakan Status.
  14. Maklumat Pembayaran iaitu Jumlah Bayaran Bantuan yang anda akan terima dan juga Tarikh Pembayaran atau Kredit ke akaun anda juga akan dipaparkan.
  15. Selesai.

Tarikh Bayaran BKM Fasa 1

Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia ini akan dilaksanakan sebanyak empat kali dalam tempoh satu tahun.

Tarikh pembayaran pertama dijangka bermula pada bulan Mac 2022.

Kaedah Pembayaran

Pembayaran BKM adalah seperti kaedah pembayaran BPR 2021 / BKC sebelum ini:

A) Bagi Penerima Yang Ada Akaun Bank

  • Berjaya Kredit
    • Kredit ke akaun bank terkini yang didaftarkan dalam tempoh pengemaskinian/permohonan BKM; atau Kredit ke akaun bank sedia ada dalam pangkalan data BPR / BKC sekiranya tiada pengemaskinian maklumat dibuat.
  • Gagal Kredit
    • Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau
    • Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.

B) Bagi Penerima Yang Tiada Akaun Bank

  • Tuntutan Tunai di Cawangan BSN; atau
  • Kemas kini maklumat akaun bank perlu dibuat semasa tempoh permohonan/ kemaskini BKM.

Untuk maklumat lanjut mengenai bayaran bantuan Keluarga Malaysia sila rujuk lampiran soalan lazim menerusi laman web berikut bkm.hasil.gov.my

-xtra.com.my

Isnin, 28 Februari 2022

KDN akui aset PDRM usang, tidak sesuai laksana kerja menyelamat

KDN akui aset PDRM usang, tidak sesuai laksana kerja menyelamat
Hamzah berkata pihaknya menyedari aset dimiliki Polis Diraja Malaysia (PDRM) semakin usang dan tidak sesuai digunakan dalam kerja-kerja menyelamat pada masa ini. - Gambar fail
SEGAMAT: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membuat penilaian rapi berhubung keperluan mendapatkan aset baharu khusus dalam berdepan operasi menyelamat dan menghadapi bencana alam.
Menterinya Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, ia susulan pihaknya menyedari aset dimiliki Polis Diraja Malaysia (PDRM) semakin usang dan tidak sesuai digunakan dalam kerja-kerja menyelamat pada masa ini.
“Banyak aset kita bila dalam keadaan nak membantu ini baru kita sedari ianya sudah agak lama seperti bot yang digunakan selama ini sudah uzur.
“Helikopter yang kita (PDRM) ada juga agak lama yang mana aset berkenaan tiada teknologi terbaru yang menggunakan kaedah elektronik lebih canggih, sebab itu kita juga fikirkan untuk mencari aset lebih sesuai.

 “Ini perkara baru yang saya kata kita kena lihat dan mesti bersedia mencari beberapa kaedah kerana apabila jadi bencana, pengajarannya apa dan bagaimana kita harus bersiap sedia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan lawatan ke Pusat Latihan Polis (PULAPOL), di sini pada Jumaat.
[TERKINI] Lawatan kerja Menteri Dalam Negeri ke Segamat dan Muar
Beliau sebelum itu turut mengadakan lawatan ke beberapa kawasan yang terjejas banjir disekitar daerah Segamat dan Muar termasuk di Galeri Darurat Bukit Kepong.
Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan kementerian memperuntukkan RM 250,000 bagi kerja-kerja membaik pulih Galeri Darurat Bukit Kepong, Muar yang terjejas teruk akibat banjir baru-baru ini.
“Atas sifat prihatin KDN, saya telah bersetuju memberikan bantuan kewangan untuk baik pulih kawasan galeri bersejarah tersebut meskipun semua artifak dapat diselamatkan.
“Walaupun kerana kita sudah buat reka bentuk galeri tersebut lebih tinggi selepas mengambil kira bencana besar pada tahun 2011 lalu, namun apakah keperluan menghadapi bencana pada masa akan datang perlu diberi perhatian,” tambahnya.
Galeri berkenaan sebelum ini ditenggelami air sehingga paras kira-kira 2.5 meter dan merupakan yang terteruk sejak tahun 2011 lalu.
-Astro Awani

Sabtu, 27 November 2021

Covid19: Siap sedia senario terburuk hadapi varian Omicron, kerajaan digesa tingkatkan kawalan

 

Seorang penyelidik Universiti Malaya menggesa kerajaan meningkatkan kawalan sempadan dan penjujukan genom, khasnya ke atas pelancong asing. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang penyelidik berkata, Malaysia dan dunia perlu bersedia menghadapi kemungkinan terburuk dalam berdepan varian baharu Omicron menggunakan kawalan sempadan dan sekatan perjalanan tidak popular sehingga mempunyai lebih banyak maklumat berhubung strain baharu itu.

Dr Lam Sai Kit, perunding penyelidikan di Universiti Malaya dan Felo Kanan Akademi Sains Malaysia, berkata kerajaan boleh menyesuaikan respons mereka apabila mempunyai lebih banyak maklumat dalam beberapa minggu akan datang.

“Pada masa sama, Malaysia dan dunia perlu bersedia menghadapi senario terburuk,” katanya, dengan langkah seperti larangan perjalanan, meningkatkan kawalan sempadan dan penjujukan genom, khasnya untuk pelancong asing dari negara terjejas.

“Untuk melaksanakan semula sebarang bentuk larangan perjalanan bukan langkah popular dan sudah tentu akan merosakkan lagi ekonomi dunia. Tetapi, apa lagi yang kita boleh lakukan untuk mengelakkan atau sekurang-kurangnya memperlahankan varian itu daripada menular ke luar Afrika Selatan?

Dr Lam Sai Kit.

“Kita perlu bertindak proaktif dalam melindungi sempadan kita dan satu-satunya cara ialah melaksanakan sekatan perjalanan, tidak kira betapa tidak popularnya langkah ini.”

Hari ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengklasifikasikan varian Omicron sebagai varian membimbangkan – kategori paling mengancam untuk varian Covid-19. Ia dikesan sebahagian besarnya di Afrika Selatan, tetapi turut ditemui di Hong Kong, Belgium dan Israel.

Lam berkata, “kita tidak tahu sejauh mana keterukan Omicron” dan sama ada ujian PCR serta Antigen Rapid Test (ARTs) masih berguna untuk mengesannya, atau jika vaksin yang digunakan sekarang masih berkesan terhadap Omicron.

Tetapi, langkah semasa seperti memakai pelitup muka, penjarakan fizikal, kebersihan tangan, mengelakkan ruang sesak dan meningkatkan pengudaraan di ruang dalaman masih berguna.-FMT