"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Krisis Sudan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Krisis Sudan. Papar semua catatan

Sabtu, 1 November 2025

Konflik Sudan:Sesama Muslim berperang..apa motif sebenarnya!!!?

 


Oleh: Ayman Rashdan Wong 

Baca komen kat post aku pasal Sudan. Ramai rupanya tak boleh terima hakikat bahawa orang Islam pun boleh menzalimi orang Islam sendiri.

Mesti nak kait dengan musuh luar. Ye, tak dinafikan konflik Sudan ni ada campur tangan musuh Islam (Isrel), tapi kalau orang Islam sendiri tak berpecah dan berkonflik, macam mana musuh luar nak ambil kesempatan?

Dan tentera RSF durjana yang suka hati bunoh orang ni bukan baru muncul atau dicipta oleh musuh.

RSF ni sebenarnya dicipta oleh Omar al-Bashir sendiri, presiden Sudan dari tahun 1989 sampai 2019.

Macam aku pernah jelaskan sebelum ni, al-Bashir ni berdepan pemberontakan di Darfur.

Majoriti penduduk Darfur, terutamanya kaum Masalit dan Fur, ialah kaum Afrika yang beragama Islam. Al-Bashir dan majoriti Sudan pula berketurunan Arab.

Arab dah lama duduk kat kawasan utara dan timur Sudan hari ni, kaum-kaum Afrika pula dah lama duduk kat kawasan barat dan selatan (termasuk Sudan Selatan yang dah merdeka).

Tapi bila British datang (ya, British lagi), dia lukis sempadan sesuka hati dan longgokkan Arab dan Afrika dalam satu negara. Itulah punca masalah besar lepas Sudan merdeka.

Sejak tu Sudan memang tak stabil. Perang saudara dan kudeta jadi benda biasa. Negara tu cuma boleh berfungsi bila ada diktator yang keras dan kejam.

Mula-mula diktator dia berhaluan nasionalis, macam Jaafar al-Nimeiry (berkuasa 1969–1985). Lepas dia jatuh, muncul pula al-Bashir. Asalnya tentera, tapi bawa imej lebih Islamis.

Al-Bashir ni lebih kurang sama macam Saddam dan Gaddafi. Diorang semua boleh kekal lama sebab jadi diktator.

Tak dinafikan, ada juga sumbangan diorang terhadap kestabilan negara. Tapi pencapaian tu dibina atas kekerasan dan kezaliman terhadap musuh politik.

Bukan macam tulisan viral yang aku baca baru-baru ni, yang puji Saddam kononnya pemimpin warak dan berhati mulia.

Begitu juga dengan al-Bashir. Betul dia sokong perjuangan lawan Isrel dan sebagainya, tapi dia tetap seorang yang kejam. Kalau dia tak kejam, dia takkan survive sebagai pemimpin Sudan.

Antara kekejaman paling besar dia ialah mencipta pasukan Janjaweed untuk lawan pemberontak Darfur.

Janjaweed ni terdiri daripada suku-suku Arab nomad di Darfur. Nomad ni macam badwi, hidup berpindah-randah di kawasan gurun atau padang rumput.

Badwi ni tak ada tempat tinggal tetap. Hidup diorang keras. Sumber rezeki utama diorang ialah menternak kambing, unta, kuda dan sebagainya. Jadi diorang kena selalu bergerak cari padang ragut.

Cara hidup macam ni buat diorang tahan lasak, tapi dalam keadaan tertentu boleh jadi kejam. Kadang bila kemarau dan ternakan mat1, diorang terpaksa merompak untuk hidup.

Mongol tu contoh klasik kaum nomad yang kejam. Orang Turki dulu pun badwi, tapi bila dah menakluk kawasan bertamadun, diorang pun berubah.

Balik kepada Sudan. Al-Bashir pernah cuba lawan pemberontak Darfur guna tentera biasa, tapi gagal.

Sebab orang Darfur cekap dalam perang gerila. Tentera Sudan yang datang dari luar kawasan tak faham geografi Darfur, asyik kena tapau je.

Jadi al-Bashir pun dapat idea nak rekrut Arab badwi Darfur sebagai militia (pasukan tentera bukan profesional). Maka lahirlah Janjaweed.

Badwi Darfur ni memang masak dengan keadaan setempat, dan sebab gaya hidup diorang, diorang mahir menunggang kuda dan unta. Bila dibekalkan senjata, terus jadi pasukan tempur yang berkesan.

Diorang lebih bersemangat daripada tentera biasa sebab tentera dibayar gaji, tapi Janjaweed ni dibayar dengan ghanimah (hasil rampasan).

Dengan sokongan al-Bashir, diorang bebas menyerang dan membunoh orang Darfur atas nama memadamkan pemberontakan. Kampung dibakar dan dijarah dengan kejam.

Hidup keras buat diorang tamak, dan ramai tak berpendidikan pun. Hemedti tu tak habis sekolah, kerja asalnya pedagang unta.

Tanpa pendidikan dan hidup berkiblatkan untung, Janjaweed jadi pasukan yang zalim. Tambahan pula diorang ni supremasis Arab, pandang orang Darfur macam bukan manusia.

Janjaweed makin berjaya. Darfur pula kaya dengan emas. Jadi komander Janjaweed macam Hemedti makin kaya, makin berkuasa.

Al-Bashir pun nampak Janjaweed bukan saja boleh bantu dia selesaikan masalah Darfur, tapi juga boleh bantu kukuhkan kuasanya.

Sebab tentera Sudan ada banyak faksi, tak semua faksi setia pada dia. Dia ingat Janjaweed ciptaan dia ni akan kekal setia.

Maka pada 2013, Janjaweed direbrand jadi Rapid Support Forces (RSF), jadi pasukan yang bantu kerajaan pusat Sudan.

Bila Sudan makin rapat dengan Saudi dan UAE, al-Bashir hantar RSF ke Yaman bantu perang kat sana.

Tapi tindakan tu makan diri. Bila RSF makin banyak kuasa dan ada hubungan dengan luar, diorang jadi makin berdikari.

Akhirnya RSF tikam belakang al-Bashir dan gulingkan dia pada 2019.

Hemedti pun naik jadi "kingmaker", jadi timbalan kepada Abdel Fattah al-Burhan, ketua tentera yang jadi pemimpin baru Sudan.

Pada 2021, diorang berdua sama-sama gulingkan Abdullah Hamdok untuk hapuskan kerajaan orang awam dan ambil kuasa penuh.

Tapi bila RSF dah makin penting, Hemedti tak nak lagi jadi orang nombor dua. Burhan pun sedar Hemedti ancaman jangka panjang.

Jadi Burhan nak masukkan RSF bawah tentera Sudan, satu langkah yang akan hilangkan kuasa Hemedti.

Bila gagal capai kata sepakat, perang pun meletus pada 2023.

Dan RSF teruskan perangai lama diorang. Dah 20 tahun buat kerja kotor, kekejaman dah jadi norma.

Mula-mula orang Darfur, sekarang seluruh rakyat Sudan pun jadi mangsa.

Jadi, kezaliman yang kita tengok hari ni sebenarnya berakar dari zaman al-Bashir.

Konflik di Sudan ni bukan pasal agama atau ideologi. Walaupun jelas RSF ni memang jahat, durjana dan zalim, tapi Burhan pun bukannya Islamis mana.

Diorang berdua pernah sama-sama guna kekerasan untuk suraikan protester yang bantah pemerintahan tentera selepas al-Bashir jatuh.

Cuma Burhan asal tentera, ada kod dan etika dia. Hemedti dan RSF dia memang guna kekejaman sebagai taktik perang, tu jadi jahat semacam.

Semua ni perebutan kuasa dan kekayaan. Tapi akibat daripada percaturan dan kerakusan kuasa ni, 150,000 orang terkorban, 10 juta lagi jadi pelarian.

Dan mana-mana pihak yang menang pun akan menyaksikan kedaulatan Sudan terhakis.

Pengajarannya: catur kuasa dan perebutan kuasa nampak seronok pada awalnya, tapi akhirnya meninggalkan kesan yang sangat buruk pada generasi masa depan.

Nota: Jangan terkejut dengan bendera dalam gambar tu hampir sama dengan bendera Falastin. Putih hitam hijau merah tu warna nasionalis Arab, sebab tu kebanyakan bendera negara Arab pakai warna-warna ni, termasuk Falastin dan Sudan.

Source