"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Search. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Search. Papar semua catatan

Khamis, 4 Julai 2024

'Keberanian' KidDin berbaloi dalam 'Gemuruh'

 'Keberanian' KidDin berbaloi dalam 'Gemuruh'

Konsert yang menelan masa sekitar tiga jam itu penuh dengan tenaga dan alunan muzik Search yang sebenar. - Gambar/ Big Stage Entertaiment
SEBENARNYA tidak ramai yang meletakkan keyakinan dan harapan tinggi apabila Kid dan Din memberi peluang kepada Amir Masdi untuk berdiri di hadapan, melantunkan lagu-lagu Search pada konsert Gemuruh malam minggu lalu.
Bukan sahaja mutu vokal yang mencetus rasa skeptikal peminat, tetapi juga 'roh' kumpulan rock tersohor tanah air itu yang mungkin akan pincang andai vokalis tidak selari dengan bawaan muzik dan alunan suara seperti yang biasa didengari selama ini.
Apatah lagi, KidDin telah meletakkan standard tinggi apabila tampil bersama Denden yang cemerlang sebagai vokalis dan diterima ramai peminat Search, dalam konsert pertama mereka selepas berpecah.
Namun, malam minggu lalu KidDin sekali lagi membuktikan vokalis pilihan yang ditampilkan tidaklah dibuat secara semberono.
Bahkan Amir tampil dengan gaya dan mutu persembahannya yang tersendiri dan dalam masa yang sama memperagakan kualiti serta stamina yang agak luar biasa.
Tidak perlu untuk membandingkan dengan mana-mana susuk penyanyi lain termasuk Denden, Amir nyata mampu memuaskan hati semua peminat Search KidDin yang hadir di mana persembahan mereka malam itu cukup menghiburkan.
Semestinya tidak akan sama antara watak seorang penyanyi dengan penyanyi yang lain, tetapi apa yang peminat Search inginkan adalah jiwa, bunyi serta mutu Search yang mampu mengembalikan nostalgia kehebatan kumpulan itu seperti satu ketika dahulu.
Maka tidak hairan andai boleh dikatakan semua yang hadir di Zepp KL dalam konsert tersebut memberikan respons yang sangat positif sejurus persembahan mereka selesai.
Konsert yang menelan masa sekitar tiga jam itu penuh dengan tenaga dan alunan muzik Search yang sebenar.
Nyata peminat yang dahagakan jeritan gitar Kid dan Din tidak hanya puas mendengarnya bahkan ditambah dengan kualiti vokal serta persembahan pentas yang hebat dari Amir.
Jika ada terkurang sedikit mungkin hanya dari sisi fitrah kebiasaan Din yang biasanya rancak ke hulu dan ke hilir di atas pentas dengan gaya gila-gila seperti sebelumnya, tidak kelihatan pada persembahan 'Gemuruh.'
Bagaimanapun rata-rata memuji aksi Amir pada malam itu yang penuh bertenaga dan tak pancit walau sedikitpun.
"Best, lama tak tengok dia orang main... memang padu.
"Penyanyi pun memang sesuailah dengan Search. Lagu slow sedap lagu tinggi pun sedap," kata pemain gitar utama Cromok, Karl, yang turut hadir menyaksikan konsert tersebut.
Pendapat Karl itu sebenarnya adalah rata-rata pujian yang diberikan kepada persembahan Search KidDin pada malam tersebut.
Apa pun, pertaruhan KidDin bersama Amir nampaknya memang berbaloi dan menjadi pada konsert kali ini.
Namun pasti kita akan tertanya-tanya, apakah Amir akan terus bersama mereka dalam konsert seterusnya atau sebaliknya?
Itu adalah satu perkara yang hanya Kid dan Din mengetahui!
-AstroAwani 

Sabtu, 25 Mei 2024

'Dia buat band macam haknya, saya ni macam makan gaji pula' - Din Search

 'Dia buat band macam haknya, saya ni macam makan gaji pula' - Din Search

Pemain gitar Search, Noordin Mohd Taib atau Din mempersoalkan tindakan Datuk Amy Search menuntut royalti penghasilan album kompilasi Rockology Search : Kid'Din Collection Series yang didakwanya dibuat tanpa kebenaran anggota Search yang lain.

Din ketika dihubungi berkata, album yang dipasarkan bersama 17 cendera hati Search pada 17 November 2021 itu adalah kompilasi lagu dan bukannya rakaman semula atau lagu baru.

"Lagu itu milik Datuk M. Nasir dan dia pun dah bagi kenyataan dulu dalam akhbar. Beliau kata, apa yang saya buat ini betul.

"Amy sebenarnya maksudkan royalti apa? Kalau royalti MACP (Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad), dia akan dapat juga. Itu lagu lama, lagu-lagu yang dah berdaftar. Stesen radio mainkan dan dinyanyikan di karaoke, MACP akan kumpul royalti.

Din berkata, Amy yang sudah lebih 40 tahun bergelar penyanyi, mustahil tidak tahu mengenai perkara ini.

"Royalti mekanikal pula lebih kepada komposer. Nak diikutkan 100 peratus itu memang hak komposer.

Kalau artis itu buat lagu sendiri, itu lain. Dia akan dapat royalti mekanikal. Itu bezanya dan takkan Amy tak faham?

"Apa yang sebenarnya nak diutarakannya? Dia sendiri boleh pergi Luncai Emas tanya dengan M Nasir. Rockology Search: Kid'Din Collection Series hanya diterbitkan 500 keping dan lebih kepada koleksi peminat. Tiada ulang cetak," katanya.

Din berkata, itu adalah projeknya sendiri tanpa membabitkan anggota Search yang lain.

"Kalau tengok memang gambar saya dan Kid berdua saja. Tajuknya pun Kid'Din Collection Series. Cuma saya letak logo Search, apa masalahnya?

"Kita kena saling memahamilah. Dah kenal bertahun-tahun. Kawan-kawan, benda begini kena toleransi. Dia serius sangat sampaikan gambar pun saya tak boleh pakai.

"Apa benda ini? Kita kawan dah bertahun-tahun. Kalau setakat kau nak pinjam baju aku, pakailah. Nak ambil terus pun tak apa," katanya.

Din mendakwa Amy sukakan perkara begini dengan mencampuri perkara yang dia tidak pasti.

"Contohnya macam cerita mengenai dakwaan Denden, baru-baru ini. Itu pun dia nak campur juga. Padahal semua itu tak betul. Saya lebih tahu sebab Denden yang bersama saya, bukannya Amy," katanya.

Din meminta Amy menurunkan egonya yang tinggi selama ini dan menasihatkannya jangan lagi mempunyai mentaliti sebegini.

"Saya penat tengok mereka. Dah tua tapi tak habis-habis perangai macam itu. Dia buat band macam haknya dan saya ini macam makan gaji.

"Semua dia saja yang nak buat. Kalau isu royalti, dia kata tiada dokumen tapi ia sebenarnya ada. Sebenarnya dulu dia janji nak jumpa bincang album Rockology Search: Kid'Din Collection Series tapi dia yang tak datang.

Din berkata, mereka sebenarnya tidak senang hati apabila melihat dia bergerak aktif.

"Amy dakwa ada orang beritahu duit royalti dah bayar pada saya. Dia boleh tunjukkan bukti tak? Bila sesuatu royalti keluar pasti ada penyata dan rekod.

"Dia kenalah tanya orang yang bercakap itu minta bukti. Ada atau tidak? Waktu buat video tunjuklah bukti itu. Untuk album Rockology Search: Kid'Din Collection Series, saya tunjuk dokumen cuma Amy tak respon.

"Saya buat dengan Kid tiada gambar mereka pun. Cuma, ada lagu Search dan mereka memang akan dapat royalti dari MACP," katanya.

Kredit : Peminat2 'Search'

Sumber 

Sabtu, 22 Januari 2022

Biar semua orang tahu, kalau betul nak buka semua cerita, buka sampai bogel, tegas Nasir


 Sejak beberapa minggu lalu nama kumpulan rock lagenda tanah air menjadi topik perbualan hangat terutama kepada peminat lagu rock era 80-90an.

Ia susulan kumpulan Search kini sudah berpecah menjadi dua kumpulan berbeza. Kdua-duanya menggunakan nama Search, yang beza cuma ‘line-up’ mereka.

Keakrab4n dan persahabatan bagaikan satu keluarga dibina selama 40 tahun membabitkan anggota kumpulan ikonik legenda itu kini lebur dan bertukar menjadi sengk3ta tiada berpenghujung.

BermuIa isu hak cipta nama Search diguna syarikat Home of Champions (HOME) demi kepentingan perniagaan sehingga melarat-larat kepada gandingan anggota asal iaitu Amy, Nasir Daud, Hillary Ang dan Man Kidal.

Menambahkn kekeIiruan apabila dua gitaris Search, Din dan Kid mengumumkan mempunyai vokalis baharu yang juga penyanyi dari Indonesia, Denden Gonjales yang diperkenalkan, baru-baru ini.

Situasi ini bukan sahaja menyebabkan kumpulan legenda ikonik yang popular menerusi lagu Fantasia Bulan Madu, Isabella dan Fenomena itu terus dihambat kntroversi, malah, peminat setia turut berpecah-belah.

Meskipun dituduh punca kepada segala kemeIut berlaku, namun, vokalis Search, Amy tidak melihat apa yang dilakukannya sebagai satu kesilapan.

” Saya tak anggap apa-apapun terhadap segala kntroversi berlaku selepas lebih empat dekad dalam industri muzik. Saya tahu apa yang dilakukan dan hanya buat apa yang difikirkan terbaik buat diri dan rakan lain.

Amy kata dia tak buat ksaIahan

” Emosi tidak terjejas kerana saya tak melakukan kesaIahan. Semuanya bermula daripada mereka, jadi merekalah perlu bertnggungjawab atas segala kemeIut yang berlaku,” katanya kepada BH Online.

Berhubung barisan baharu Search dianggotai Nasir, Hillary dan Man Kidal serta usaha untuk merakamkan single baharu yang didakwa menimbulkan kekeliruan, Amy berkata, perkara itu tidak sepatutnya dibangkitkan.

” Kenapa pula nak anggap timbul kekeliruan? Sepanjang empat dekad dalam bidang muzik, peminat tahu apa yang saya lakukan.

” Jadi, tak timbul isu kononnya gabungan baharu boleh menimbulkan kekeliruan kecuali jika ada yang sengaja mengambil kesempatan ke atas perkara ini.

” Lagipun, kami adalah perintis Search sejak 1981. Kami bersetuju bergabung bersama ahli yang juga pengasas iaitu Hillary, beliau jugalah individu yang bertanggungjawab memilih nama band ini sebagai Search.

” Kami bersetuju bergabung dengan Man Kidal. Kita tahu beliau gitaris hebat yang pernah bersama Search dari 1983 sehingga album Cinta Buatan Malaysia.

” Justeru, kami bersetuju dan bertanggungjawab memelihara serta meneruskan legasi Search.

” Sejujurnya, saya tak sabar mahu merakamkan single baharu. Bukan sahaja lagu, tetapi kami sudah menyusun pelbagai rancangan tahun hadapan. Kiranya, 2022 adalah tahun terbaik untuk saya dan Search,” ujar Amy.

Barisan baharu Search dianggotai Amy, Nasir, Hillary dan Man Kidal adalah perintis kumpulan legenda ikonik yang genap 40 tahun bertapak dalam industri muzik, tahun ini.

Ditanya kemungkinan konflik yang tercetus berakhir, penyanyi berusia 63 tahun ini, mengakui perkara itu agak mustahil berlaku.

” Kntroversi ini tidak akan berakhir selagi pihak sana terus membangkitkan isu hak, sedangkan saya sendiri tidak pernah buka mulut mengenai hak ataupun mempertikaikan hak orang lain. Ini kerana ia adalah hak bersama.

” Jadi, apabila mereka asyik bercerita soal hak, saya lebih selesa mendiamkan diri. Mereka tahu sebenarnya ia adalah hak bersama.

” Hak saya, arwh Yazit, Nasir dan hak sesiapa sahaja yang terbabit dalam rakaman album,” tegasnya.

Nasir mahu biar semua tahu

Mengulas tndakan undang-undang diambil oleh Amy, Nasir dan waris arwh Yazit ke atas individu bernama Mozylir Mokhtaruddin kerana didakwa menggunakan nama kumpulan Search tanpa kebenaran, pemain bass Search, Nasir pula merasakan perkara itu lebih baik diselesaikan mengikut landasan betul.

” Nak bergadvh dan bertvmbuk pun tiada guna. Negara ada undng-undng, jadi biarlah mhkamah menentukannya.

” Biar semua orang tahu, kalau betul nak buka semua cerita, buka sampai bog3I.

” Alang-alang kain sudah terbuka, biar terbuka sampai habis. Biar orang tahu siapa patut pegang nama Search dan siapa tak boleh pakai dalam Search ini.

” Kalau ada pihak merasakan ada hak, keluarkan bukti,” akhiri Nasir.

-Perak Insight