"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Konsert. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Konsert. Papar semua catatan

Khamis, 4 Julai 2024

'Keberanian' KidDin berbaloi dalam 'Gemuruh'

 'Keberanian' KidDin berbaloi dalam 'Gemuruh'

Konsert yang menelan masa sekitar tiga jam itu penuh dengan tenaga dan alunan muzik Search yang sebenar. - Gambar/ Big Stage Entertaiment
SEBENARNYA tidak ramai yang meletakkan keyakinan dan harapan tinggi apabila Kid dan Din memberi peluang kepada Amir Masdi untuk berdiri di hadapan, melantunkan lagu-lagu Search pada konsert Gemuruh malam minggu lalu.
Bukan sahaja mutu vokal yang mencetus rasa skeptikal peminat, tetapi juga 'roh' kumpulan rock tersohor tanah air itu yang mungkin akan pincang andai vokalis tidak selari dengan bawaan muzik dan alunan suara seperti yang biasa didengari selama ini.
Apatah lagi, KidDin telah meletakkan standard tinggi apabila tampil bersama Denden yang cemerlang sebagai vokalis dan diterima ramai peminat Search, dalam konsert pertama mereka selepas berpecah.
Namun, malam minggu lalu KidDin sekali lagi membuktikan vokalis pilihan yang ditampilkan tidaklah dibuat secara semberono.
Bahkan Amir tampil dengan gaya dan mutu persembahannya yang tersendiri dan dalam masa yang sama memperagakan kualiti serta stamina yang agak luar biasa.
Tidak perlu untuk membandingkan dengan mana-mana susuk penyanyi lain termasuk Denden, Amir nyata mampu memuaskan hati semua peminat Search KidDin yang hadir di mana persembahan mereka malam itu cukup menghiburkan.
Semestinya tidak akan sama antara watak seorang penyanyi dengan penyanyi yang lain, tetapi apa yang peminat Search inginkan adalah jiwa, bunyi serta mutu Search yang mampu mengembalikan nostalgia kehebatan kumpulan itu seperti satu ketika dahulu.
Maka tidak hairan andai boleh dikatakan semua yang hadir di Zepp KL dalam konsert tersebut memberikan respons yang sangat positif sejurus persembahan mereka selesai.
Konsert yang menelan masa sekitar tiga jam itu penuh dengan tenaga dan alunan muzik Search yang sebenar.
Nyata peminat yang dahagakan jeritan gitar Kid dan Din tidak hanya puas mendengarnya bahkan ditambah dengan kualiti vokal serta persembahan pentas yang hebat dari Amir.
Jika ada terkurang sedikit mungkin hanya dari sisi fitrah kebiasaan Din yang biasanya rancak ke hulu dan ke hilir di atas pentas dengan gaya gila-gila seperti sebelumnya, tidak kelihatan pada persembahan 'Gemuruh.'
Bagaimanapun rata-rata memuji aksi Amir pada malam itu yang penuh bertenaga dan tak pancit walau sedikitpun.
"Best, lama tak tengok dia orang main... memang padu.
"Penyanyi pun memang sesuailah dengan Search. Lagu slow sedap lagu tinggi pun sedap," kata pemain gitar utama Cromok, Karl, yang turut hadir menyaksikan konsert tersebut.
Pendapat Karl itu sebenarnya adalah rata-rata pujian yang diberikan kepada persembahan Search KidDin pada malam tersebut.
Apa pun, pertaruhan KidDin bersama Amir nampaknya memang berbaloi dan menjadi pada konsert kali ini.
Namun pasti kita akan tertanya-tanya, apakah Amir akan terus bersama mereka dalam konsert seterusnya atau sebaliknya?
Itu adalah satu perkara yang hanya Kid dan Din mengetahui!
-AstroAwani 

Ahad, 23 Jun 2024

Boikot konsert pro-Israel di KL

 

Ahmad Yahaya menyifatkan penganjuran konsert Bruno Mars di Kuala Lumpur dalam masa terdekat ini menggambarkan Malaysia sebagai tidak sensitif dengan isu Palestin.

KUALA LUMPUR: Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) menggesa Kerajaan Madani tidak meneruskan penganjuran konsert artis Barat pro-Zionis Israel, Bruno Mars di Malaysia. 

Ketuanya, Dato’ Ahmad Yahaya, berkata penganjuran konsert tersebut menggambarkan Malaysia tidak sensitif dengan isu Palestin, bahkan lebih membimbangkan boleh mengundang bala daripada Allah SWT.

“Pihak kami sentiasa konsisten dalam isu konsert artis dari luar negara yang datang membuat persembahan di negara ini. 

“Saya juga berulangkali mohon agar kementerian yang bertanggungjawab untuk mengetatkan kriteria Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) bagi sebarang perlaksanaan program,” katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, isu ini juga adalah penting demi menjaga imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam serta memelihara budaya ketimuran.

“Malangnya, mutakhir ini kebanyakan artis yang dibawa masuk ke dalam negara tidak melalui tapisan yang teliti oleh pihak berwajib. 

“Sebelum ini kita pernah membantah penganjuran konsert artis pro-lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) ketika umat Islam berada di ambang menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak,” katanya.

Terdahulu, penyanyi berasal dari United Kingdom, Ed Sheeran yang dikatakan penyokong tegar komuniti LGBT membawa konsert jelajahnya ‘ − = ÷ ×’ atau ED The Mathematics Tour dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 24 Februari lalu.

Justeru, Ahmad Yahaya menuntut ketegasan daripada pihak kerajaan bagi menangani isu ini. 

“Seharusnya isu-isu sebegini tidak berbangkit lagi setelah bantahan demi bantahan dibuat. Persoalannya, apakah kerajaan atas nama Madani ini tidak lagi sensitif?” katanya.

Terdahulu, media tempatan melaporkan bahawa penyanyi tersebut diserang netizen selepas pengumuman dibuat oleh penganjur, Live Nation Malaysia menerusi platform Instagram untuk memaklumkan jualan tiket konsert berkenaan mula dibuka Jumaat depan.

Serangan itu ekoran pendirian Mars yang sebelum ini pernah menyuarakan rasa cintanya kepada Israel ketika mengadakan konsert di negara haram tersebut pada tahun lalu.

Difahamkan konsert tersebut dijadualkan berlangsung di Stadium Bukit Jalil pada 17 September nanti. – HARAKAHDAILY 22/6/2024

Khamis, 18 April 2024

Satu lagi konsert Di SNBJ, Harimau Malaya pertimbang tukar venue

 

FAM akan pantau situasi padang SNBJ kerana difahamkan ada satu konsert lagi akan diadakan - Foto: Fail Bernama
FAM akan pantau situasi padang SNBJ kerana difahamkan ada satu konsert lagi akan diadakan - Foto: Fail Bernama

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) tidak menolak kemungkinan akan mengetepikan Rumah Harimau Malaya, Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), jika gelanggang itu masih lagi terjejas untuk baki kempen kelayakan Piala Dunia 2026.

Harimau Malaya masih mempunyai baki dua perlawanan dalam Kumpulan B dengan perlawanan terakhir bertemu Chinese Taipei dijangka berlangsung di venue keramat itu.

Bagaimanapun, setelah beberapa kali dihujani kritikan berikutan kegagalan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) menyediakan permukaan padang Bukit Jalil yang terbaik, Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan FAM, Mohd Firdaus Mohamed menjelaskan sudah pun mengenal pasti gelanggang yang sesuai iaitu Stadium Sultan Ibrahim dan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

“Kami akan pantau situasi padang, sebab saya difahamkan ada satu konsert lagi akan diadakan di SNBJ. Ini pun memberi kita satu tekanan sama ada mahu digunakan atau tidak.

“Tapi akhirnya kami akan lihat, selepas ini kami tiada kompromi mengenai situasi padang, jika boleh digunakan kami akan guna.

"Keutamaan kami adalah pemain, kami tidak mahu pemain cedera. Itulah periuk nasi mereka," katanya dipetik daripada MakanBola. - Stadium Astro/ Awani