"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Pesawat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pesawat. Papar semua catatan

Selasa, 28 Disember 2021

Cermin kokpit pesawat retak terkena ketul ais pada ketinggian 35,000 kaki

 

Cermin kokpit pesawat British Airways dari London ke Costa Rica retak terkena ketulan ais pada ketinggian 35,000 kaki. - Gambar agensi

Kira-kira 200 penumpang pesawat British Airways (BA) berdepan saat cemas setelah cermin depan Boeing 77 dari Gatwick di London ke Costa Rica, retak, terkena ketulan ais dari sebuah jet yang terbang 1,000 kaki di atasnya

Kejadian dianggap ‘satu dalam sejuta’ berlaku ketika BA2236 berada pada ketinggian 35,000 kaki menyebabkan pesawat membawa pelancong bercuti tidak sempat pulang ke London bagi menyambut Krismas.

Bagaimanapun, juruterbang berjaya mengendalikan penerbangan yang mengambil masa kira-kira 11 jam itu sebelum mendarat di lapangan terbang San Jose.

Penerbangan pulang mereka dijadualkan semula pada petang berikutnya tetapi kegagalan untuk mendapatkan pesawat yang dialihkan dari Jamaica bermakna mereka terpaksa bermalam lagi di hotel lapangan terbang, namun akhirnya berlepas pada hari ‘Boxing Day’ (26 Disember 2021) – 50 jam lewat daripada jadual.

BA2236 sepatutnya berlepas dari San Jose ke Gatwick pada petang 23 Disember dan penumpang pada mulanya diberitahu untuk menjangkakan kelewatan selama 90 minit.

Tetapi kerana cermin depan retak, pesawat itu perlu diperbaiki oleh pakar.

Ketebalan cermin depan kokpit biasanya kira-kira dua inci, diperbuat daripada pelbagai lapisan kaca mineral dan plastik jernih.

Ia direka khas untuk menahan rempuhan burung serta ais yang jatuh dari udara, dianggap setanding dengan kaca kalis peluru.

Sementara itu, BA menyatakan permohonan maaf di atas kejadian yang tidak disangka-sangka sehingga merosakkan rancangan penumpang untuk menyambut Krismas.

“Kami tidak akan sekali-kali menerbangkan pesawat melainkan kami berasakan ia benar-benar selamat untuk berbuat demikian, dan pada kesempatan ini, jurutera kami tidak dapat membenarkan ia terbang,” kata jurucakap BA.

-Agenda Daily

Rabu, 17 November 2021

Seorang maut pesawat pejuang Hawk TUDM terhempas

 INSIDEN pesawat Hawk terhempas di Pangkalan TUDM Butterworth. FOTO Bernama

INSIDEN pesawat Hawk terhempas di Pangkalan TUDM Butterworth. FOTO Bernama

Kuala Lumpur: Sebuah pesawat pejuang Hawk milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terhempas ketika mendarat di kawasan landasan Pangkalan Udara TUDM Butterworth, Pulau Pinang, malam ini.

TUDM dalam kenyataan memaklumkan, insiden berlaku pada 10.07 malam.

"Pihak TUDM kini sedang mengambil tindakan segera dan akan memaklumkan perkembangan semasa berhubung kemalangan ini.

Semua pihak diminta tidak menyebarkan sebarang spekulasi atau berita tidak sahih," katanya.

TWITTER Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengenai kejadian.
TWITTER Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengenai kejadian.

Sementara itu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menerusi Twitternya memaklumkan beliau menerima berita kejadian membabitkan Hawk 108 itu daripada Panglima TUDM, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad.

Beliau berkata, kejadian itu menyebabkan seorang maut manakala seorang lagi cedera dan TUDM diarahkan segera memberikan laporan lebih terperinci dan menyiasat punca kejadian.

"Takziah kepada keluarga anggota TUDM yang maut dan seorang lagi yang cedera. Amat sedih dan dukacita terima berita ini.

"Saya difahamkan anggota yang cedera telah dibawa untuk rawatan segera. @MINDEFMalaysia telah diarah untuk salur apa jua keperluan kepada keluarga kedua-dua anggota terlibat," ciapnya.

-myMetro