Sabtu, 13 Januari 2024

7 Fakta menarik tentang Menara Merdeka 118.

 7 Fakta menarik tentang Menara Merdeka 118.

1.Menara canggih yang memiliki 118 tingkat dengan ketinggian 678.9 meter itu adalah yang kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa Dubai (828 meter).

2. Reka bentuknya diilhamkan daripada detik penting dalam sejarah Malaysia. Bangunan ini diilhamkan oleh detik ikonik dalam sejarah Malaysia, apabila Tunku Abdul Rahman, perdana menteri pertama Malaysia, mengangkat tangan dan melaungkan “Merdeka!” (Bebas) pada 31 Ogos 1957 (Hari Kebangsaan). Tapak berbentuk berlian juga direka menyerupai songket Melayu (tekstil tradisional yang telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai Wakil Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan.

3. Nombor 118 di dalam nama Merdeka 118 melambangkan jumlah tingkat yang akan ada di menara tersebut. Dengan 118 tingkat, ia bakal menjadi bangunan pertama di Asia Tenggara yang mempunyai lebih daripada 100 tingkat.

4. Setelah dibina, sebuah dek pemerhatian ‘The View at 118’ disediakan bagi mereka yang ingin menikmati latar langit Kuala Lumpur yang indah. Ketinggian lantai pemerhatian ini juga akan menjadikannya platform tertinggi di Asia Tenggara.

5. Satu lagi ciri khas Merdeka 118 adalah lif tinggi yang akan menawarkan pengalaman yang amat unik. Lif diperbuat daripada kaca dan keluli, pengunjung akan dapat melihat pemandangan langit Kuala Lumpur sepanjang lif itu naik ke atas.

6. Terletak di lokasi strategik antara Jalan Maharajalela dan Jalan Hang Jebat, Merdeka 118 mempunyai akses mudah ke rangkaian jalan utama termasuk Jalan Syed Putra, Jalan Pudu, Jalan Loke Yew, Jalan Hang Tuah, Jalan Tun Razak dan Jalan Tun Tan Cheng Lock.

7. Presint Merdeka 118 juga akan menampilkan sebuah muzium tekstil yang mengetengahkan tesktil dunia Melayu, pusat jagaan kanak-kanak serta Masjid Merdeka dengan kapasiti 3,000 jemaah.

Kredit foto: Twitter Skycrapers MY

Bangunan kedua tertinggi dunia Merdeka 118 dirasmikan! Harapnya, bukan setakat bangga. Tapi kita kena kerja keras untuk masa depan. Biar kena dengan simbol!

0 comments:

Catat Ulasan