"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Perlembagaan Persekutuan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Perlembagaan Persekutuan. Papar semua catatan

Jumaat, 28 Ogos 2026

Biara Haram, Sami Langgar Ajaran Buddha?

 Biara Haram, Sami Langgar Ajaran Buddha?

Tempohari mereka dakwa biara telah berusia 100 tahun tetapi mereka gagal memberikan sebarang bukti sehingga mengakibatkan Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa biara haram tersebut tiada hak ke atas gua tersebut.

Apa akan jadi kepada hakmilik tanah di Malaysia andai semua pihak boleh mendakwa telah berada di tanah tersebut berpuluh atau beratus tahun tanpa sebarang bukti?

Itu belum lagi ditambah bahawa memang dari awal penceroboh tanah tahu itu bukan tanah mereka, kenapa ceroboh & bina sesuatu?

Jikalau itu logik mereka, adakah biara haram ini membenarkan pula orang luar ceroboh biara itu?

Sudah pasti mereka akan buat laporan polis.

Tidak cukup dengan dakwaan biara telah berusia 100 tahun tetapi gagal memberikan sebarang bukti, semalam mereka begitu terdesak sehingga ke SUHAKAM pula.

Kenapa pergi ke SUHAKAM?

Kali ini mereka bukan lagi memainkan dakwaan 100 tahun tetapi Perlembagaan pula. Menurut laporan Malaysiakini, mereka mendakwa perobohan biara itu menjejaskan kebebasan beragama yang dilindungi bawah Perkara 3(1), Perkara 11(1) dan Perkara 11(3) Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 3(1) memperuntukkan bahawa agama selain Islam boleh diamalkan dengan aman dan harmoni di mana-mana bahagian Persekutuan, manakala Perkara 11(1) menjamin hak seseorang untuk menganut dan mengamalkan agamanya.

Perkara 11(3) pula antara lain menjamin hak kumpulan agama untuk menguruskan hal ehwal agamanya sendiri serta menubuhkan dan menyelenggara institusi bagi tujuan keagamaan.

Beberapa isu timbul sebenarnya. Ketika mereka menceroboh & membina biara haram tersebut, Perlembagaan mana yang mereka rujuk atau mereka hanya rujuk Perlembagaan apabila kena pada tekak mereka sendiri?

Kedua pula ialah, sejak bila kebebasan mengamalkan agama Perkara 3 (1) & jaminan menguruskan hal ehwal agama Perkara 11 (3) itu bermaksud kita boleh ceroboh tanah orang lain & bina struktur haram di situ?

Dr Chiong Sai Tin atau dikenali sebagai Bhante Kusala sebagai ketua sami, saya yakin beliau tahu ajaran Buddha yang cantik ini dalam Pancasila yang kedua;

Adinnadana veramani sikkhapadam samadiyami

Aku berjanji untuk menahan diri daripada mengambil apa yang tidak diberikan.

(The Vipassana Retreat: The Precepts - 5 & 8)

Bukankah tuanpunya tanah tidak memberikan hak kepada biara haram & malahan telahpun kalah di Mahkamah Persekutuan, kenapa masih beria-ia mahukannya?

Adakah Dr Chiong mengikuti ajaran Buddha yang sepatutnya mengajar adanya Dukkha (kesengsaraan) kerana Samudaya (nafsu/kemahuan) dan cara mengatasi kesengsaraan adalah Nirodha iaitu menghapuskan nafsu?

Adakah sami-sami serta persatuan agama Buddha akan menegur perbuatan Dr Chiong atau mereka tidak mahu mengikuti salah satu ajaran 8 Fold Path iaitu Right Action (Perbuatan Yang Betul).

Perbuatan ceroboh & bina biara sudah pasti adalah salah & haram di sisi undang-undang Malaysia. 

Namun, persoalan untuk para sama-sama & persatuan agama Buddha di Malaysia, adakah perbuatan Dr Chiong & biara haram itu perbuatan yang betul menurut ajaran Buddha?

Saya menanti jawapan jujur & telus dari sahabat Buddhist kerana saya tahu agama Buddha mengajar penganutnya agar jujur.

Source 

Sabtu, 13 Disember 2025

Apa dia Perkara 153 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN Dan MENGAPA kita Orang Melayu MESTI MEMPERTAHANKAN nya

 PERLEMBAGAAN   153

Oleh:Tamrin  Tun  Ghafar

Isnin -  08/12/25

( 1  -  22  )

1.    Apa  dia  Perkara  153   PERLEMBAGAAN

2.    Dan  MENGAPA  kita  Orang Melayu  MISTI   MEMPERTAHANKAN nya

3.   Perkara  153  PERLEMBAGAAN    dengan  jelas  MENYEBUT  HAK -  HAK  ISTIMEWA   ORANG  MELAYU  

4.   Sejak  UMNO  menjadikan  DAP  sebagai  sebuah  Parti  yang  perlu  di sokong  oleh SEMUA   Ahli -  Ahlinya    kini  HAK  ISTIMEWA  Orang  Melayu  mula   sedikit  demi  sedikit   TERHAKIS

5.   Sebagai  contoh ,  Perkenalan  RUU  URA  yang  mana  cukup  jelas  jika  di laksanakan  akan  MENAMPAKAN  apa  yang  berlaku  kepada  nasib  Orang  Melayu  Singapura   PASTI  akan  berlaku  kepada  kita  Orang  Melayu  di  Tanah  Air  kita  sendiri

6.  Orang  Melayu  di sini  AKAN  senasib  dengan  Orang  Melayu  di Singapura  di mana  inilah  cara  PAP  merobek  kuasa  Orang  Melayu ,  dalam  erti kata  mudah  Orang  Melayu  yang  di tempatkan  di  flat  -  flat di sana TIDAK  LAGI   boleh  mengundi  mengikut  kaum  -  maka  HILANG LAH  KUASA  dan  SUARA   Orang  Melayu  di sana

7.   Mengapa  sebaik  sahaja  menjadi  Menteri  Perumahan  dan Kerajaan  Tempatan  atau  KPKT  ,  Nga  Kor  Ming  dari  DAP  melantik  penasihat  Kerajaan  PAP  sebagai  Penasihat  KPKT ?  ;  apa  tujuan  sebenar nya  -  tidak  jelas

8.   Berbagai  lakunan dan  alasan   di buat nya  di Kementrian  KPKT  bagi  menyakinkan  pegawai -  pegawai  Melayu Kementerian  namun RUU  itu  terpaksa  di tanggohkan  buat  kali  ke2  ke  Persidangan  Parlimen  akan  datang

9.    SEPATUTNYA   pada  peringkat  awal  lagi  SEBELUM  di  bentangkan  di Kabinet ,  PMX  BOLEH  MENGHALANG    bill  ini  di  bawa  dan  akhirnya  di  bentangkan  di Parlimen 

10.  Tetapi  malang nya   Anwar  CUBA  menjadi  HERO  kepada   DAP ,   bercakap  dan  CUBA   menyakinkan  Ahli - Ahli  Parlimen  Melayu  namun masih  tidak  berjaya

11.   Apakah  Anwar  TIDAK  NAMPAK  BAHAYA   yang  akan  menimpa  Orang  Melayu  itu  sendiri  atau LEBIH  MEMBALAS   BUDI  DAP ,  kerana   rakyat  sudah  tahu  ,  TANPA  sokongan  DAP ,  Parti  yang   terbesar  dalam  gabungan  PH  dengan  40  Kerusi  Parlimen  mana  mungkin  beliau  boleh  jadi  PM

12.   Dalam  lain -  lain  perkataan   yang  mudah  di fahami ,  Anwar  SANGGUP   mengadai  Bangsa  demi  terus  berkuasa  ;   Anwar  TIDAK  BOLEH  DI PERCAYAI  DAN  DI  HARAPKAN

13.   Begitu  juga  dengan  PERJANJIAN  yang   di tandatangi  Anwar  dan  Trump  pada   Ahad  26 hb  Oktober 2025  

14.   Mengikut banyak kajian  yang  di  buat  di kalangan  cerdik pandai  berlatar belakang kan  undang - undang ,  dan  yang mempunyai  pengetahuan  luas  dan  pengelaman  di ketuai  oleh  Tun    Dr. Mahathir  sendiri  ,  mereka  bersetuju  PERJANJIAN  itu  sememang nya  lebih  banyak  MENGUNTUNGKAN  Amerika  dan  MERUGIKAN Malaysia

15.   Negara  China  sendiri  memprotes ,   begitu  juga  Thailand ,  Kambodia  dan  Indonesia  ENGGAN  menurukan  tandatangan  mereka

16.   Akhbar - akhbar  terkemuka   di  Amerika  seperti  Bloomberg   ,  dan  Kongress  Amerika  sendiri  MENOLAK   nya

17.    SEPATUTNYA   terlebih  dahulu Anwar  MENUBUHKAN  satu  Jawatankuasa  Khas  mengkaji  terma  -  terma  termasuk   MENDAPAT PANDANGAN   Peguam  Negara   dan  kajian  dan pandangan  itu  di  serahkan  ke Kabinet  dan   ke  Parlimen  untuk  di bahaskan  dan AKHIRNYA  kepada   Agong  dan  Majlis  Raja -  Raja ,  BUKAN  memberitahu Agong  SELEPAS  berlaku

18.    Apa  yang  di lakukan  beliau  bersama  Menteri   MITI   Tengku  Zafrul  seolah  - olah  betul  dan  sempurna

19.    SEPATUTNYA  Malaysia  sebagai  Pengurusi  dan  Tuan  Rumah  ASEAN  TIDAK  BOLEH  BERTINDAK  BERSENDIRIAN   tanpa  MELIBATKAN  Anggota  ASEAN  yang  lain

20.   Terlalu  bayak  terma -  terma  di dalamnya  yang  hendak  di perkatakan ,  cukup  dengan  mengatakan  PERJANJIAN  tersebut  SEMEMANGNYA   'LOPSIDED  ,  BIASED  atau  BERAT  SEBELAH'  

21.  SAYA  DENGAN  INI  MENCABAR  PMX ,  TENGKU  ZAFRUL  DAN  263  BLOGGERS  ANWAR  DAN  PENYOKONG   DAN  PENGAMPU NYA  MENYAMAN  SAYA  DI  MAHKAMAH   BERHUBUNG  PERJANJIAN  TERESEBUT  -   TIDAK  PERLU  MENGGUNAKAN  POLIS  DAN  MCMC   BERTINDAK  BAGI  TUJUAN  MELENYAPAKAN  SUARA  SAYA

22.    Akhir  sekali  beramai -  ramai lah  kita  Orang  Melayu  ke  Dewan  Saloma  pada  Sabtu  13 hb  Disember  ini  jam  8  pagi  JIKA   SAYANGKAN   BANGSA

Wassalam

Terima  Kasih

Source