"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Warisan Melayu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Warisan Melayu. Papar semua catatan

Sabtu, 1 November 2025

RANGKA JONG TERBESAR TERBONGKAR, ISYARAT KEBANGKITAN WARISAN MELAYU

 RANGKA JONG TERBESAR TERBONGKAR, ISYARAT KEBANGKITAN WARISAN MELAYU

⚫⚫➰⚫⚫

2020 dulu Orang Melaka Tengah riuh dengan berita penemuan rangka kapal gergasi yang baru ditemukan. Tapi tu jam tak la viral mana, alhamdulillah harini, lepas 5 tahun, kajian penemuan rangka kapal ni diteruskan lagi memasuki fasa ketiga lepas dapat dana RM200k daripada UNESCO. Pada aku, ini bukan berita biasa dan Ini bukan sekadar penemuan arkeologi, tapi ini pembuka tirai kepada kebangkitan Melayu.

Di Pulau Melaka, satu kawasan yang dulu hanya dianggap tanah biasa, kini menjadi saksi nyata dengan penemuan kapal purba abad ke-13, berusia lebih 700 tahun. Buat setakat penemuan terkini, kapal ni mungkin sepanjang 50 hingga 100 meter, tersimpan di perut bumi berabad lamanya dengan sebahagian kayunya masih utuh dan bila ia ditemui, seolah² bumi sendiri nak bagitahu sesuatu pada kita.

Kayu yang digunakan bukan kayu asing. Tapi Kayu Saga, Merbau, Giam dan Chengal, semua ni adalah kayu tempatan yang hanya ada di bumi Melayu. Maknanya jelas, kapal ni dibina oleh tangan anak Melayu. Di bumi ini. Dengan ilmu, akal dan kebijaksanaan sendiri.

Ujian makmal di Amerika Syarikat sahkan usianya melebih 700 tahun sekitar antara 1200 hingga 1300 Masihi. Zaman tu, dunia baru belajar mengenal pelayaran besar, tapi bangsa kita dah mula membina kapal sebesar itu. Kau bayangkan, sebelum nama Melaka diukir dalam sejarah rasmi, bangsa kita dah pun menguasai lautan, berdagang, dan membina tamadun di pesisir Nusantara.

Maknanya, jauh sebelum dunia mengenal nama Columbus, Magellan atau Marco Polo, bangsa Melayu dah pun menguasai laut, membina kapal besar, dan berdagang merentas samudera

Dan di sinilah kisah yang lama disembunyikan kembali bernafas.

Kisah Panglima Awang Hitam, atau dalam catatan Barat disebut Henry the Black. Seorang anak Melayu, nakhoda kepada Laksamana Hang Tuah, pelayar ulung dari bumi Melaka.

Dialah yang kemudian selepas kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka dipaksa menjadi pembantu kepada Ferdinand Magellan, dalam pelayaran pertama mengelilingi dunia.

Catatan Barat menyebut dia “budak Melayu dari Melaka” yang dibawa ke Eropah, tapi sejarah kita tahu, dialah pelayar sebenar yang menamatkan ekspedisi itu. Kerana bila Magellan mati dibunuh di Filipina, Panglima Awanglah yang membawa kapal itu pulang ke tanah asalnya, menamatkan pelayaran mengelilingi dunia. Bermakna, orang pertama dalam sejarah dunia yang mengelilingi bumi ini bukan orang Eropah, tapi seorang anak Melayu!

Dan yang menarik, penemuan ni bukan datang dari makmal, bukan hasil ekspedisi antarabangsa. Tapi bermula dari sekumpulan pencari siput dan pengkaji tempatan yang perasan sesuatu aneh di tepi Pulau Melaka. Diorang laporkan, dan bila disiasat oleh Jabatan Warisan Negara & PERZIM, maka terbukalah rahsia besar yang dah bersembunyi ratusan tahun.

Sekarang ni, kajian dah masuk fasa ketiga penggalian. Bahagian badan kapal, papan lantai, kayu panjang, semuanya masih utuh, walau ditelan masa. Bukti nyata bahawa bangsa Melayu bukan bangsa lemah, tapi bangsa yang pernah menguasai ilmu laut, binaan, dan perdagangan antarabangsa.

Tapi bang, kau perasan tak satu benda? Kenapa baru sekarang ia timbul? Kenapa bila dunia makin keliru, sejarah sebenar pula mula keluar dari bumi?

Mungkin ini bukan kebetulan. Mungkin ini isyarat zaman. Apabila kebenaran mula muncul, yang batil akan terhapus dengan sendirinya. Bila yang haq naik ke permukaan, segala tohmahan tentang “Melayu malas”, “Melayu tiada tamadun”, “Melayu mitos”, semuanya akan gugur.

Ini bukan sekadar kapal. Ini lambang jiwa bangsa. Sebuah mesej dari masa lalu, bahawa kita pernah hebat, dan kita akan bangkit semula. Bangkit bukan dengan kebanggaan kosong, tapi dengan ilmu, adab, dan tauhid.

Sebab setiap penemuan sejarah yang benar, akan mengingatkan kita siapa yang mencipta kita, siapa yang memimpin arah hidup kita, dan ke mana akhirnya kita kembali.

Kebangkitan Melayu bukan sekadar sejarah, tapi ianya sebahagian daripada rantaian kebangkitan akhir zaman, apabila yang haq mula menampakkan diri, satu demi satu.

Kapal ini muncul bukan untuk dipuja, tapi untuk membangunkan kesedaran. Untuk membuka mata bangsa yang dah lama lena.

Bahawa kita bukan bangsa kecil. Tapi Kita bangsa yang punya akar dari darah pendekar, ilmuwan, pelaut, dan pendakwah. Kita pernah berdiri dengan kekuatan iman dan ilmu, dan kita mampu berdiri semula.

Maka jangan pelik kalau tanah mula memuntahkan kebenarannya. Kerana apabila kebenaran mula menampakkan diri, ia tak akan dapat disembunyikan lagi.

Korang boleh tengok video penemuan dan kajian kapal ni kat sini, 

Part 1 👉 https://youtu.be/i0IYsFGe3n0

Part 2 👉 https://youtu.be/YPdsNzdYRKM

Part 3 👉 https://youtu.be/Bxh74dnFgMM

Part 4 👉 https://youtu.be/SKeUXPbZy7E

:/: tapi tu lah, yang namanya bukti artifak agung Melayu, akan ada tangan hitam yang menghalang daripada ianya terus dikaji, seakan tak mahu sejarah ini dibongkar kan yang akan menggugat sejarah dunia. Harap kes Melaka ni dapat tambahan dana lagi lah. Tengok Kapal Korek di Tamadun Sungai Batu, dah berapa tahun, sampai harini tak ada satu usaha pun daripada kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat nak keluarkan dana untuk buat kajian. Ending, Tapak Kajian Arkeologi Sg Batu pun dah nak tutup. Yang kat Melaka ni, harap Kerajaan Negeri Melaka serius lah

Pak Li

Guru Ajar Penchak Pukulan 13

Presiden Pertubuhan Kebajikan Adat Budaya Malaysia

YDP Pertubuhan Pusaka Armada Panji Laksamana

Jumaat, 12 September 2025

Kampung Sungai Baru: Warisan Melayu di Tengah Kota

 🏘️ Kampung Sungai Baru: Warisan Melayu di Tengah Kota

📖 Di tengah hiruk-pikuk Kuala Lumpur, ada sebuah kampung kecil yang sarat dengan cerita. Namanya: KAMPUNG SUNGAI BARU. 

Walaupun diapit Menara Berkembar KLCC dan deretan kondominium mewah, kampung ini pernah menjadi bukti bahawa orang Melayu tidak pernah hilang tanahnya di tengah kota.

⏳ Asal-usulnya bermula lebih 100 tahun lalu.

Pada tahun 1890-an, penjajah British mula membuka Kuala Lumpur sebagai pusat perlombongan bijih timah dan perdagangan. 

Pekerja dari pelbagai bangsa datang, bandar membesar, dan harga tanah naik mendadak.

Melihat orang Melayu semakin terhimpit, pada tahun 1900, British mewartakan kawasan khas bernama Malay Agricultural Settlement (MAS) supaya orang Melayu ada hak milik tanah kekal di bandar.

📌 Di sinilah lahirnya Kampung Sungai Baru.

Penduduknya membuka rumah kayu, berladang kecil, dan membina masjid. Sungai kecil yang mengalir jadi nadi kampung, tempat anak-anak mandi manda. Dari situlah nama Sungai Baru diambil.

⚔️ Zaman Jepun (1941–1945).

Kampung ini tidak terkecuali dari kesengsaraan. Ramai lelaki ditangkap jadi buruh paksa. Namun, kampung ini juga jadi tempat orang Melayu, Cina, dan India saling berlindung daripada kekejaman tentera Jepun. 

Ada kisah orang Melayu di Sungai Baru menyembunyikan anak-anak jiran Cina agar tidak dibawa askar. Dari situ, lahirlah semangat persaudaraan yang menjadi kenangan turun-temurun.

🏠 Selepas Merdeka.

Kampung Sungai Baru berkembang. Dari rumah kayu, muncul rumah batu, kemudian flat kos sederhana dibina pada 1970-an untuk menampung generasi baru. Ia sangat unik kerana kampung Melayu ini di tengah kota metropolitan, hanya beberapa langkah dari KLCC.

🌆 Hari ini.

Namun, Sungai Baru berdepan ujian besar. Projek pembangunan mega mahu mengambil alih tanah kampung. Ada yang melihatnya sebagai peluang moden, tapi ramai menganggapnya sebagai ‘pembunuhan warisan.’

Persoalan yang timbul:

➡️ Apakah nilai tanah hanya pada wang ringgit?

➡️ Atau pada kisah dan darah yang pernah menitis di atasnya?

👉 Kampung Sungai Baru bukan sekadar sebuah kampung kecil. Ia adalah cerita Melayu bertahan di tengah kota moden, antara warisan yang ingin dipelihara dan pembangunan yang sukar dielak.

📚 Rujukan:

• Hussin Mutalib, Malay Identity in Postwar Malaysia (1990)

• “Inside KL’s longest-running housing dispute: The Kampung Sungai Baru redevelopment row”, Malay Mail, April 2025

• Arkib Negara Malaysia – Koleksi Malay Agricultural Settlement (1900)

• “Kampung Baru issue: Additional compensation disbursed”, The Star, 2024

#KampungSungaiBaru #SejarahMelayu #Warisan #KualaLumpur #MalayDiscovery #malaydiscovery

Source 

Isnin, 12 Februari 2024

KAMPUNG BHARU KUALA LUMPUR...2007.

 KAMPUNG BHARU KUALA LUMPUR...2007.

   Kampung Bharu Kuala Lumpur pernah terbakar sebahagian dari rumah-rumah penduduk sekitarnya... Selepas kebakaran itu, aku meninjau kawasan disitu, dan dapati kawasan itu seperti selepas perang. 


   Kampung Bharu KL mula dibuka seawal 1899 di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur. Sebanyak 7 buah kampung di kawasan itu. Ada beberapa rumah-rumah melayu tradisional dan klasik masih berdiri megah disitu... Ada juga yang telah dirobohkan dan diganti dengan rumah moden bertingkat.


   Sepatutnya kampung Bharu inilah yang diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO oleh kerajaan memandangkan usianya lebih 100 tahun, seawal tahun 1899 lagi... Apatah lagi sangat banyak rumah-rumah tradisional melayu di tengah bandar ada disitu yang masih boleh dilihat oleh generasi muda kini... Antara rumah-rumah melayu tradisional ada pengaruh rumah Melaka... rumah Limas... rumah Perak... Terlalu banyak khazanah berharga ada disini, jika tidak dijaga, dibimbangi akan pupus ditelan arus pembangunan moden...



Credit:Rumah Malaysia