"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Bahan Sejarah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bahan Sejarah. Papar semua catatan

Sabtu, 1 November 2025

RANGKA JONG TERBESAR TERBONGKAR, ISYARAT KEBANGKITAN WARISAN MELAYU

 RANGKA JONG TERBESAR TERBONGKAR, ISYARAT KEBANGKITAN WARISAN MELAYU

⚫⚫➰⚫⚫

2020 dulu Orang Melaka Tengah riuh dengan berita penemuan rangka kapal gergasi yang baru ditemukan. Tapi tu jam tak la viral mana, alhamdulillah harini, lepas 5 tahun, kajian penemuan rangka kapal ni diteruskan lagi memasuki fasa ketiga lepas dapat dana RM200k daripada UNESCO. Pada aku, ini bukan berita biasa dan Ini bukan sekadar penemuan arkeologi, tapi ini pembuka tirai kepada kebangkitan Melayu.

Di Pulau Melaka, satu kawasan yang dulu hanya dianggap tanah biasa, kini menjadi saksi nyata dengan penemuan kapal purba abad ke-13, berusia lebih 700 tahun. Buat setakat penemuan terkini, kapal ni mungkin sepanjang 50 hingga 100 meter, tersimpan di perut bumi berabad lamanya dengan sebahagian kayunya masih utuh dan bila ia ditemui, seolah² bumi sendiri nak bagitahu sesuatu pada kita.

Kayu yang digunakan bukan kayu asing. Tapi Kayu Saga, Merbau, Giam dan Chengal, semua ni adalah kayu tempatan yang hanya ada di bumi Melayu. Maknanya jelas, kapal ni dibina oleh tangan anak Melayu. Di bumi ini. Dengan ilmu, akal dan kebijaksanaan sendiri.

Ujian makmal di Amerika Syarikat sahkan usianya melebih 700 tahun sekitar antara 1200 hingga 1300 Masihi. Zaman tu, dunia baru belajar mengenal pelayaran besar, tapi bangsa kita dah mula membina kapal sebesar itu. Kau bayangkan, sebelum nama Melaka diukir dalam sejarah rasmi, bangsa kita dah pun menguasai lautan, berdagang, dan membina tamadun di pesisir Nusantara.

Maknanya, jauh sebelum dunia mengenal nama Columbus, Magellan atau Marco Polo, bangsa Melayu dah pun menguasai laut, membina kapal besar, dan berdagang merentas samudera

Dan di sinilah kisah yang lama disembunyikan kembali bernafas.

Kisah Panglima Awang Hitam, atau dalam catatan Barat disebut Henry the Black. Seorang anak Melayu, nakhoda kepada Laksamana Hang Tuah, pelayar ulung dari bumi Melaka.

Dialah yang kemudian selepas kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka dipaksa menjadi pembantu kepada Ferdinand Magellan, dalam pelayaran pertama mengelilingi dunia.

Catatan Barat menyebut dia “budak Melayu dari Melaka” yang dibawa ke Eropah, tapi sejarah kita tahu, dialah pelayar sebenar yang menamatkan ekspedisi itu. Kerana bila Magellan mati dibunuh di Filipina, Panglima Awanglah yang membawa kapal itu pulang ke tanah asalnya, menamatkan pelayaran mengelilingi dunia. Bermakna, orang pertama dalam sejarah dunia yang mengelilingi bumi ini bukan orang Eropah, tapi seorang anak Melayu!

Dan yang menarik, penemuan ni bukan datang dari makmal, bukan hasil ekspedisi antarabangsa. Tapi bermula dari sekumpulan pencari siput dan pengkaji tempatan yang perasan sesuatu aneh di tepi Pulau Melaka. Diorang laporkan, dan bila disiasat oleh Jabatan Warisan Negara & PERZIM, maka terbukalah rahsia besar yang dah bersembunyi ratusan tahun.

Sekarang ni, kajian dah masuk fasa ketiga penggalian. Bahagian badan kapal, papan lantai, kayu panjang, semuanya masih utuh, walau ditelan masa. Bukti nyata bahawa bangsa Melayu bukan bangsa lemah, tapi bangsa yang pernah menguasai ilmu laut, binaan, dan perdagangan antarabangsa.

Tapi bang, kau perasan tak satu benda? Kenapa baru sekarang ia timbul? Kenapa bila dunia makin keliru, sejarah sebenar pula mula keluar dari bumi?

Mungkin ini bukan kebetulan. Mungkin ini isyarat zaman. Apabila kebenaran mula muncul, yang batil akan terhapus dengan sendirinya. Bila yang haq naik ke permukaan, segala tohmahan tentang “Melayu malas”, “Melayu tiada tamadun”, “Melayu mitos”, semuanya akan gugur.

Ini bukan sekadar kapal. Ini lambang jiwa bangsa. Sebuah mesej dari masa lalu, bahawa kita pernah hebat, dan kita akan bangkit semula. Bangkit bukan dengan kebanggaan kosong, tapi dengan ilmu, adab, dan tauhid.

Sebab setiap penemuan sejarah yang benar, akan mengingatkan kita siapa yang mencipta kita, siapa yang memimpin arah hidup kita, dan ke mana akhirnya kita kembali.

Kebangkitan Melayu bukan sekadar sejarah, tapi ianya sebahagian daripada rantaian kebangkitan akhir zaman, apabila yang haq mula menampakkan diri, satu demi satu.

Kapal ini muncul bukan untuk dipuja, tapi untuk membangunkan kesedaran. Untuk membuka mata bangsa yang dah lama lena.

Bahawa kita bukan bangsa kecil. Tapi Kita bangsa yang punya akar dari darah pendekar, ilmuwan, pelaut, dan pendakwah. Kita pernah berdiri dengan kekuatan iman dan ilmu, dan kita mampu berdiri semula.

Maka jangan pelik kalau tanah mula memuntahkan kebenarannya. Kerana apabila kebenaran mula menampakkan diri, ia tak akan dapat disembunyikan lagi.

Korang boleh tengok video penemuan dan kajian kapal ni kat sini, 

Part 1 👉 https://youtu.be/i0IYsFGe3n0

Part 2 👉 https://youtu.be/YPdsNzdYRKM

Part 3 👉 https://youtu.be/Bxh74dnFgMM

Part 4 👉 https://youtu.be/SKeUXPbZy7E

:/: tapi tu lah, yang namanya bukti artifak agung Melayu, akan ada tangan hitam yang menghalang daripada ianya terus dikaji, seakan tak mahu sejarah ini dibongkar kan yang akan menggugat sejarah dunia. Harap kes Melaka ni dapat tambahan dana lagi lah. Tengok Kapal Korek di Tamadun Sungai Batu, dah berapa tahun, sampai harini tak ada satu usaha pun daripada kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat nak keluarkan dana untuk buat kajian. Ending, Tapak Kajian Arkeologi Sg Batu pun dah nak tutup. Yang kat Melaka ni, harap Kerajaan Negeri Melaka serius lah

Pak Li

Guru Ajar Penchak Pukulan 13

Presiden Pertubuhan Kebajikan Adat Budaya Malaysia

YDP Pertubuhan Pusaka Armada Panji Laksamana

Jumaat, 17 Oktober 2025

Dari Temasek ke Singapura:Bagaimana sebuah pulau Melayu bertukar tangan?

 🦁 Singapura: Dari Temasek ke Kota British. Bagaimana Dunia Melayu Hilang Muaranya Sendiri

✨ “Di muara Temasek, ombaknya dulu menyambut perahu Melayu. Kini ia menyambut ‘kapal besi’ dan ‘langit kaca’ saksi sebuah kehilangan yang tidak pernah ditebus.”

Di tepi Selat Johor, angin laut pernah membawa bau gaharu dan rempah dari perahu dagang Melayu. Pulau kecil itu bernama Temasek, pelabuhan yang menjadi nadi laluan kapal dari Palembang ke Melaka.

Dalam catatan Sejarah Melayu, seorang putera Sriwijaya bernama Sang Nila Utama dikatakan menjejakkan kaki di pantainya, terpukau melihat seekor ‘singa’ lalu menamakan tempat itu Singapura; Kota Singa.

Namun Singapura bukanlah pusat besar dunia Melayu. Ia hidup dalam bayang Srivijaya, Majapahit, dan akhirnya Kesultanan Johor-Riau-Lingga, pewaris takhta Melaka yang runtuh pada 1511.

Empayar berganti, ombak datang dan pergi tetapi Singapura kekal Melayu, sehingga tahun 1819 mengubah segalanya.

Pada pagi itu, seorang pegawai Inggeris bernama Sir Stamford Raffles tiba dengan misi yang tidak kecil; mencari pelabuhan baru untuk menandingi Belanda.

Pulau itu bukan tanah kosong seperti yang ditulis dalam laporan kolonial. Ia sebahagian wilayah Johor, di bawah Temenggung Abdul Rahman.

Raffles menemukan peluang melalui politik dan tipu muslihat.

Beliau mengangkat Tengku Hussein, pewaris takhta Johor yang disingkir, lalu menandatangani satu perjanjian pada 6 Februari 1819. Dengan setitis dakwat di atas kertas, British memperoleh hak membuka pelabuhan di Singapura tanpa izin Sultan sebenar di Riau.

Dari situ, kuasa Melayu mula terhakis, bukan kerana kalah perang, tetapi kerana percaya pada perjanjian.

Lima tahun kemudian, Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 memisahkan dunia Melayu seperti belahan pedang:

Belanda mengambil Riau dan Sumatera,

British mengambil Tanah Melayu dan Singapura.

Dalam sekelip mata, keluarga diraja yang dulu menyeberang laut dengan layar putih kini terpisah oleh sempadan yang dilukis penjajah.

Dunia Melayu dibelah bukan oleh peluru, tapi oleh pena.

Apabila Singapura menjadi sebahagian daripada Straits Settlements (1826), bendera Union Jack berkibar di atas tanah yang suatu ketika diatur oleh Temenggung dan pembesar Melayu.

Kampung-kampung Melayu masih hidup di Telok Blangah, Kallang, Kampung Gelam namun kuasa mereka mengecil, terhimpit di antara gudang kolonial dan barak tentera.

Seratus tahun kemudian, selepas Jepun datang dan pergi, pulau itu berdiri sebagai kota British yang moden tapi tanpa jantung Melayunya.

Tahun 1963 membawa harapan baru ketika Singapura menyertai Malaysia, namun harapan itu hanya bertahan dua tahun.

Pada 9 Ogos 1965, Singapura keluar dari Persekutuan.

Bahasa Melayu kekal dalam perlembagaan sebagai bahasa kebangsaan, tetapi lebih sebagai tanda sejarah, bukan lagi nadi kehidupan.

Kini, orang Melayu hanya membentuk sekitar 15% daripada populasi; masih wujud, tapi tidak lagi memegang kuasa di tanah yang pernah mereka asaskan.

Singapura adalah amaran yang hidup:

bahawa kuasa tidak hilang dalam sekelip mata, tetapi dalam diam; satu perjanjian demi satu perjanjian.

Temasek yang dulu dibina dengan layar dan kepercayaan, kini berdiri dengan keluli dan undang-undang asing.

✨ “Kita sering bertanya bagaimana Singapura terpisah dari Malaysia tetapi jarang bertanya bagaimana ia terlebih dahulu terpisah dari dunia Melayu.”

👉 Apa pendapat anda; adakah kehilangan Singapura ini satu takdir, atau kesilapan yang diulang dalam bentuk baru hari ini?

Source 

#MalayDiscovery #SejarahMelayu #Temasek #Singapura #JohorRiau #Raffles #PenjajahanBritish #MisteriNusantara #WarisanMelayu

Sabtu, 20 September 2025

Raja Faisal dan Sekatan Minyak 1973: Kisah Keberanian yang Menggoncang Dunia!

 "Raja Faisal dan Sekatan Minyak 1973: Kisah Keberanian yang Menggoncang Dunia!" 

Pada Oktober 1973, dunia dikejutkan dengan keputusan berani Raja Faisal bin Abdulaziz Al Saud dari Arab Saudi. Ketika perang Yom Kippur tercetus antara negara Arab dan Isbiol, baginda memilih untuk menggunakan senjata paling ampuh yang dimiliki, iaitu minyak. Keputusan itu menjadikan nama beliau terpahat dalam sejarah dunia moden.

Langkah sekatan minyak ini dilakukan bersama negara anggota Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak Arab. Mereka menamatkan bekalan kepada Amerika Syarikat dan sekutu Barat yang menyokong Isbiol. Kesan tindak balas ini sangat besar sehingga harga minyak dunia melonjak empat kali ganda dalam tempoh singkat.

Barat yang terlalu bergantung pada minyak Timur Tengah mula panik. Amerika dan Eropah menghadapi krisis tenaga paling buruk sejak Perang Dunia Kedua. Lampu jalan dipadamkan, stesen minyak beratur panjang dan ekonomi mereka goyah dalam masa beberapa minggu sahaja.

Raja Faisal melihat langkah ini bukan semata-mata strategi ekonomi, tetapi senjata politik. Baginda mahu dunia menyedari bahawa penderitaan rakyat P tidak boleh dipandang enteng. Minyak yang selama ini mengalir ke Barat menjadi alat tekanan agar mereka mengubah pendirian.

Keberanian Raja Faisal amat menakutkan Washington. Henry Kissinger, Setiausaha Negara Amerika ketika itu, dilaporkan berulang kali datang berunding. Ada naratif popular yang menyebut beliau mengugut untuk mengebom telaga minyak Saudi jika sekatan tidak dihentikan. Walaupun tiada dokumen rasmi membuktikan ugutan itu, cerita ini tetap hidup sebagai gambaran tegangnya rundingan ketika itu.

Raja Faisal dikatakan menjawab dengan tegas bahawa bangsa Arab mampu hidup semula dengan kurma dan susu seperti nenek moyang mereka. Jawapan ini menjadi simbol bahawa baginda tidak gentar dengan ancaman kuasa besar. Walaupun mungkin tidak disebut verbatim, ia melambangkan pendirian baginda yang teguh.

Sekatan minyak 1973 memberi kesan domino kepada geopolitik dunia. Barat mula mencari alternatif tenaga dan mengubah dasar luar mereka terhadap Timur Tengah. Negara Arab pula merasakan buat pertama kali mereka memiliki kekuatan kolektif yang mampu menggoncang dunia.

Amerika akhirnya terpaksa meningkatkan hubungan diplomatik dengan negara Teluk. Washington sedar bahawa mengekalkan aliran minyak lebih penting daripada menekan Riyadh secara kasar. Sejak itu, hubungan antara Saudi dan Amerika menjadi lebih kompleks, penuh tawar-menawar dan kepentingan strategik.

Keberanian Raja Faisal tidak hanya dilihat dari sudut minyak. Baginda dikenali sebagai pemimpin yang tegas menolak sebarang bentuk penguasaan Barat terhadap dunia Arab. Beliau menolak sebarang hubungan rasmi dengan Isbiol dan konsisten memperjuangkan isu P di pentas antarabangsa.

Dalam dunia Islam, Raja Faisal dihormati kerana keprihatinan beliau terhadap Masjidil Aqsa. Baginda menyeru umat Islam agar bersatu mempertahankan tanah suci dan menyalurkan kekuatan ekonomi untuk perjuangan itu. Semangat ini memberi inspirasi kepada jutaan umat Islam ketika itu.

Namun keberanian itu tidak datang tanpa risiko. Pada 25 Mac 1975, ketika menerima tetamu di Riyadh, Raja Faisal ditembak mati oleh anak saudaranya sendiri, Putera Faisal bin Musaid. Dunia Arab terkejut dengan tragedi itu kerana ia berlaku sebaik sahaja baginda berjaya mengangkat martabat dunia Islam di mata dunia.

Motif pembunuhan masih menjadi tanda tanya. Versi rasmi menyatakan ia dilakukan kerana dendam peribadi. Ada juga pandangan yang melihatnya sebagai kesan daripada tekanan antarabangsa terhadap dasar berani Raja Faisal. Walaupun tiada bukti kukuh, teori konspirasi terus hidup hingga kini.

Pembunuhan itu segera meragut seorang pemimpin yang digelar "raja minyak" dan "pembela P". Dunia Islam kehilangan seorang tokoh yang berani mencabar kuasa besar dengan senjata ekonomi. Keberanian yang jarang ada pada pemimpin lain telah berakhir dengan darah di tanah air sendiri.

Krisis minyak 1973 tetap dikenang sebagai titik perubahan dalam sejarah moden. Buat pertama kali, negara Arab menunjukkan bahawa mereka bukan sekadar pengeluar minyak tetapi juga pemegang kuasa politik global. Raja Faisal menjadi wajah utama kepada detik bersejarah ini.

Bagi Barat, pengalaman itu meninggalkan trauma ekonomi. Inflasi melambung, pengangguran meningkat dan dasar tenaga mereka perlu dirombak sepenuhnya. Mereka belajar bahawa bergantung terlalu banyak kepada satu sumber boleh mengundang bencana.

Bagi dunia Arab, sekatan minyak mengajar mereka tentang kekuatan bersama. Ia membuktikan bahawa apabila umat Islam bersatu, Barat tidak mampu berbuat apa-apa. Namun sayangnya semangat itu tidak berterusan apabila perpecahan politik kembali menghantui negara Arab selepas krisis berlalu.

Raja Faisal dikenang kerana keberanian dan kesederhanaannya. Beliau hidup sederhana walaupun menjadi raja. Gambarnya yang sering duduk di atas tikar biasa, jauh daripada kemewahan melampau, menunjukkan keperibadian seorang pemimpin yang dekat dengan rakyat.

Sikap beliau memberi inspirasi hingga kini. Generasi muda dunia Arab masih menyebut nama Raja Faisal apabila membincangkan keberanian menentang Barat. Beliau menjadi lambang bahawa kuasa besar juga boleh ditekan dengan strategi yang bijak.

Kata-kata beliau tentang hidup dengan kurma dan susu terus hidup dalam memori umat Islam. Ia mengingatkan bahawa kekuatan sebenar bukan pada minyak atau wang, tetapi pada keimanan dan ketahanan jiwa. Inilah warisan yang paling berharga.

Sejarah mencatat bahawa sekatan minyak itu berjaya memberi nafas baharu kepada perjuangan P. Walaupun akhirnya Barat tetap menyokong Isbiol, tetapi mereka terpaksa mengakui bahawa isu P tidak boleh dipandang ringan. Itu semua kerana pendirian Raja Faisal.

Hari ini, dunia Arab masih berpecah dan isu P belum selesai. Namun kenangan terhadap keberanian Raja Faisal menjadi peringatan bahawa pemimpin berjiwa besar mampu mengubah arah sejarah walaupun seketika.

Pengajaran daripada kisah Raja Faisal ialah keberanian berprinsip mampu menggoncang dunia. Walaupun Barat memiliki senjata, teknologi dan kuasa ekonomi, sekatan minyak 1973 membuktikan bahawa satu keputusan tegas boleh menundukkan mereka. Dunia Islam memerlukan lebih ramai pemimpin seumpama itu.

MasyaAllah, Allah mengurniakan kita akal untuk melihat dan menilai sejarah. Kisah Raja Faisal mengajar bahawa kekuatan sebenar umat tidak terletak pada harta semata-mata tetapi pada iman dan keberanian. Semoga generasi akan datang menjadikan kisah ini inspirasi untuk membina masa depan Islam yang lebih gemilang.

___

Source 

Khamis, 16 Januari 2025

Skrol Laut Merah:Pembina atau artifak piramid terjawab sudah

 PEMBINA ATAU ARKITEK PIRAMID TERJAWAB SUDAH -

 Pakar menegaskan bahawa Skrol Laut Merah berusia 4,500 tahun memberikan pandangan yang belum pernah terjadi sebelumnya tentang piramid — menjawab siapa yang mungkin membina keajaiban purba yang misterius ini dan bagaimana.

 Pada 2013, penemuan terobosan di Wadi al-Jarf di pantai Laut Merah Mesir mendedahkan khazanah papirus, yang tertua diketahui oleh manusia. 

 Antara dokumen purba ini, yang digelar Skrol Laut Merah, adalah diari seorang lelaki bernama Merer, seorang pemeriksa yang mengetuai sepasukan 200 pekerja semasa pembinaan Piramid Besar Firaun Khufu sekitar 4,500 tahun dahulu.

 Diari ini menawarkan gambaran yang unik dan jelas tentang usaha sehari-hari yang menyumbang kepada salah satu keajaiban seni bina terbesar di dunia.

 Rekod Merer memperincikan proses teliti mengangkut blok batu kapur besar-besaran dari kuari di Tura ke Giza melalui Sungai Nil.

 Pasukan Merer bekerja tanpa jemu, usaha mereka didorong oleh catuan roti, daging, bir dan kurma - petunjuk bahawa pekerja ini adalah buruh mahir, bukan individu yang diperhambakan seperti yang dicadangkan oleh beberapa teori sebelum ini.

 Papirus itu juga menyebut Ankhhaf, saudara tiri Khufu dan ketua arkitek piramid, akhirnya mengaitkan nama dengan pencipta projek monumental ini.

 Dokumen itu juga menekankan kepentingan Wadi al-Jarf sebagai pelabuhan yang sibuk yang membekalkan peralatan tembaga dan bahan lain yang penting untuk pembinaan piramid.  Penemuan ini bukan sahaja membentuk semula pemahaman kita tentang cara piramid dibina tetapi juga menawarkan gambaran yang jarang berlaku tentang orang yang membolehkannya.

Credit 

Rabu, 11 Disember 2024

2 Disember, 1989. PERJANJIAN DAMAI HAADYAI.

 2 Disember, 1989. PERJANJIAN DAMAI HAADYAI.

Orang Melayu dan Malaysia ramai tak tahu apa ysng dipersetujui dengan komunis PKM. Antara kandungan utama Perjanjian Damai Haadyai ialah :

1.PKM berjanji untuk menamatkan perjuangan bersenjata mereka.

2.Parti Komunis Malaya dibubarkan

3.Senjata api hendaklah diserahkan kepada pihak berkuasa Malaysia atau Thailand atau dimusnahkan di hadapan pihak keselamatan.

4.Chin Peng selaku wakil ahli PKM berikrar taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong Malaysia.

5.Ahli PKM akan mematuhi undang-undang negara Malaysia.

6.Artikel 3 perjanjian menetapkan bahawa 7.Kerajaan Malaysia akan membenarkan bekas anggota Parti Komunis Malaya yang dilucutkan senjata untuk menetap di Malaysia sekiranya mereka mahu.

8.Artikel 3.1 menetapkan bekas anggota Parti Komunis Malaya yang memang berasal dari Malaysia akan dibenarkan menetap di Malaysia mengikut undang-undang Malaysia.

9.Artikel 4 perjanjian menetapkan bahawa kerajaan Malaysia akan membantu bekas bekas anggota Parti Komunis Malaya untuk memulakan hidup baru di Malaysia.

10.Proses kepulangan bekas-bekas anggota Komunis ke Malaysia adalah berdasarkan tawaran one-off di bawah perjanjian untuk menghentikan peperangan di antara Kerajaan Malaysia dengan Parti Komunis Malaysia (PKM) yang ditandatangani pada 2 Disember 1989.

Di bawah perjanjian tersebut, mana-mana ahli PKM yang ingin kembali ke Malaysia perlu mematuhi beberapa syarat seperti :

1.Memaklumkan hasrat untuk kembali ke Malaysia kepada pihak berkuasa di dalam tempoh tidak lebih setahun dari tarikh perjanjian ditandatangani;

2.Mengemukakan butir-butir berkaitan dengan pemohon;

3.Menjalani proses temu duga serta dokumentasi

4.Kerajaan tidak memaksa mana-mana anggota komunis untuk pulang ke negara ini. 5.Mereka diberi kebebasan memilih sama ada untuk pulang atau terus tinggal di Selatan Thailand.

Dengan pilihan tersebut, ternyata tidak semua bekas anggota komunis menerima tawaran untuk pulang ke Malaysia, malah ramai yang memilih untuk terus tinggal di Selatan Thailand. 

Perjanjian damai dengan komunis ni  berbeza dengan syarat seperti Jepun menyerah kalah WW2. Damai diberi pilihan, menyerah kalah pula 'unconditional surrender' kena ikut cakap pihak yang menang. PKM pun rasanya tidak kemukakan senarai nama semua ahli mereka samada yang di dalam hutan berseragam atau yang berpakaian biasa dan hidup di dalam masyarakat. Kita harap 'pisang tidak berbuah dua kali'. Sentiasa beringat itu baik, pesan orang-orang tua. Pelanduk selalu lupakan jerat... kerana gula semut binasa. Do'akan agar Allah SWT pelihara negara kita yang tercinta dari anasir jahat dalam dan luar negara.

Sumber 

Sabtu, 30 November 2024

Jalan Bukit Bintang Kuala Lumpur sekitar tahun 50an

 Tempat ini dikatakan sebagai 

Jalan Bukit Bintang, pada tahun 1950. Tanah bertukar-tukar tangan. Demi pembangunan.

Bila bila terlihat rumah-rumah di situ, tertanya-tanya ke mana penghuni itu pergi dan apa yang terjadi.

Semoga kita jadikan iktibar.

Sumber

Jumaat, 8 November 2024

Dulu dan Sekarang: Yerikho(Jericho) Palestin

 Dulu dan Sekarang: Yerikho

Jericho, bandar yang terletak di Tebing Barat. Jericho adalah salah satu petempatan berterusan terawal di dunia, bertarikh mungkin dari kira-kira 9000 SM. Penggalian arkeologi telah menunjukkan sejarah panjang Yerikho. Tapak bandar ini mempunyai kepentingan arkeologi yang besar; ia memberikan bukti perkembangan pertama petempatan kekal dan dengan itu langkah pertama ke arah tamadun.

Herodes Agung mendirikan kediaman musim sejuk di Yerikho, dan dia meninggal di sana pada 4 SM. Penggalian yang dijalankan pada 1950–51 mendedahkan sesuatu tentang Herodian Jericho: fasad yang indah di sepanjang Wadi Al-Qilṭ mungkin sebahagian daripada istana Herodes, dan gayanya menggambarkan pengabdian Herodes kepada Rom.

Jejak bangunan indah lain boleh dilihat di kawasan ini, yang menjadi pusat Yerikho Rom dan Perjanjian Baru, kira-kira 1 batu (1.6 km) selatan bandar Perjanjian Lama. Yerikho pada zaman Tentara Salib berada di tapak ketiga, satu batu di timur tapak Perjanjian Lama, dan di sanalah bandar moden itu kemudiannya akan berkembang.

#purba #palestin #purbasejarah #arkeologi #thenandnow #WestBank

#legends #misteri #misteri #tidak diketahui #hilang #hilang #Sejarah #enigma #tak terpecahkan #soalan #terokai #halaman #arkeologi #tapakarkeologi #runtuhan

Omar B

Source 

Khamis, 29 Ogos 2024

"Idea Gila Lee Kuan Yew Yang Hampir Memusnahkan Malaysia!"

 "Idea Gila Lee Kuan Yew Yang Hampir Memusnahkan Malaysia!"

Oleh: Fakhry Harraz

Siapa saja tak kenal dengan Lee Kuan Yew, seorang sosok provokatif dalam sejarah Malaysia. Bermula dengan hasrat murni beliau membawa Singapura menjayakan pembinaan Malaysia sehingga terserlahnya kebiadaban beliau mecabar hak orang Melayu lantas mendorong kepada peristiwa pemisahan Singapura pada 9 Ogos 1965. Lee Kuan Yew sememangnya wajar diangkat sebagai sosok provokatif dalam sejarah negara ini.

Antara tindakan LKY yang penuh kontroversi adalah pengusulan idea beliau untuk ‘membelah’ Malaysia menjadi dua bahagian. Kedengaran agak agresif dan ekstrem bukan? ya itulah idea gila yang pernah diajukan oleh LKY dalam perjuangannya memartabatkan gagasan Malaysian-Malaysia!

Idea Partition Of Malaysia atau Permuafakatan Alternatif merupakan sebuah idea yang diusulkan oleh LKY pada Jun 1965, dengan tujuan untuk membahagikan Malaysia kepada dua wilayah pentadbiran yang berasingan.  Idea ini juga selari dengan hasrat beliau untuk melaksanakan prinsip Malaysian-Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi di dalam struktur pentadbiran negara.

Menerusi idea ini, wilayah pertama terdiri daripada negeri-negeri majoriti Malayu. Wilayah ini dikhaskan untuk orang Melayu yang menyanjung idea Malay-Malaysia. Manakala wilayah kedua yang terdiri daripada lima buah negeri iaitu, Singapura, Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Melaka diletakkan di bawah pemerintahan yang didominasi oleh golongan bukan Melayu yang menganut idea Malaysian-Malaysia. Mudahnya, satu untuk aku, satu untuk kau, itulah keadilan menurut LKY.

Idea LKY ini jelas sekali telah melanggar dan mencabar kedaulatan negara bangsa Malaysia. Impak yang bakal terhasil daripada pelaksanaan idea gila ini tidak terjangkau dek akal. Presiden MCA menyuarakan kebimbangan, barangkali Malaysia boleh jatuh ke kancah ‘Civil War’ yang binasa sekiranya idea LKY ini berjaya direalisasikan.

Tidak ada seorang yang waras akan bersetuju dengan usul gila yang dibawakan oleh LKY ini. 

Hal ini dapat dibuktikan menerusi reaksi balas negatif oleh pelbagai pihak, khususnya dari Persekutuan, Sabah, Sarawak, bahkan di dalam Singapura sendiri. Di peringkat Persekutuan, G.A. Jockel mewakili menteri-menteri Persekutuan bersepakat menolak gagasan destruktif tersebut. Tun Tan Siew Yin (Presiden MCA), mengingatkan bahawa masyarakat Cina di Persekutuan tidak akan sesekali bersetuju dengan cadangan LKY itu yang berisiko memusnahkan harmoni di negara ini.

Di Sabah dan Sarawak, kedua wakil pimpinan dari wilayah ini sebulat suara menyatakan hasrat untuk setia bersama Persekutuan dan menentang sekeras-kerasnya usaha LKY memecahkan Malaysia kepada dua. 

Penentangan di Singapura juga lantang kedengaran. Kelantangan ini disuarakan oleh pihak Pembangkang di Singapura iaitu daripada Perikatan Singapura dan Barisan Sosialis. Mereka berkata, rakyat Singapura tidak akan membiarkan perkara yang diusul oleh LKY itu berlaku.

Pada akhirnya, walaupun idea Partition Of Malaysia ini tidak berjaya, namun kesannya cukup besar. Kesannya tidak lain tidak bukan adalah penyingkiran Singapura dari Persekutuan Malaysia. Bagi mengelakkan barah kian merebak, Tunku Abdul Rahman terpaksa memotong anggota yang sakit ini demi keharmonian dan kesejahteraan masa depan Malaysia. Walaupun kehilangan negeri itu pahit, namun itulah penawar yang sebaik-baiknya buat negara ini.

Peristiwa penyingkiran Singapura yang berlaku beberapa bulan setelah idea Partition Of Malaysia dikemukakan merupakan kemuncak kepada siri-siri keagresifan Lee Kuan Yew sepanjang bersama dengan Persekutuan Malaysia.

Apapun, syukur ke hadrat Allah SWT di atas kurniaan kemerdekaan dan kedaulatan yang dikecapi selama ini. Terima kasih buat bapa kemerdekaan negara, Tunku Abdul Rahman, kerana berjaya menyelamatkan Malaysia dengan menendang keluar golongan ini yang jelas sekali merupakan duri dalam daging buat negara tercinta ini.

Selamat Hari Kemerdekaan Ke-67!

Dirgahayu Malaysiaku!

---

Credit 

Sabtu, 27 Julai 2024

Panggilan Telefon Pertama dan Asal Usul Perkataan "Hello"

 Panggilan Telefon Pertama dan Asal Usul Perkataan "Hello"

MasyaAllah, pujian kepada Allah yang mencipta dunia ini dan memberi akal fikiran kepada manusia sehingga kita mampu mencapai pelbagai kemajuan teknologi yang begitu berharga. Salah satu kemajuan yang paling penting dalam sejarah komunikasi adalah penciptaan telefon.

Alexander Graham Bell, seorang saintis dan jurutera yang berasal dari Scotland, telah mencipta telefon pada tahun 1876. Beliau mencipta alat ini untuk membantu orang berkomunikasi dengan lebih mudah, terutamanya mereka yang menghadapi masalah pendengaran seperti ibu dan isterinya.

Pada 10 Mac 1876, Bell melakukan panggilan telefon pertama kepada pembantunya, Thomas Watson. Dalam panggilan tersebut, beliau berkata, "Mr. Watson, come here, I want to see you." Panggilan ini dibuat di dalam makmal Bell dan bukannya antara dua bandar yang berbeza seperti yang sering diceritakan.

Sejak itu, telefon telah berkembang dengan pesat dan menjadi alat komunikasi yang amat penting dalam kehidupan seharian kita. Penemuan Bell telah membuka jalan kepada pelbagai inovasi dalam bidang telekomunikasi, termasuk telefon bimbit dan internet.

Menariknya, perkataan "hello" yang kita gunakan setiap hari juga mempunyai kaitan dengan sejarah telefon. Thomas Edison, seorang lagi pencipta terkenal, mencadangkan penggunaan perkataan "hello" sebagai ucapan semasa menjawab panggilan telefon. Sebelum itu, Alexander Graham Bell mencadangkan penggunaan perkataan "ahoy" yang biasa digunakan oleh pelaut. Namun, "hello" yang dicadangkan oleh Edison menjadi lebih popular dan kekal sehingga hari ini sebagai ucapan biasa semasa menjawab telefon.

Mengenai kisah bahawa Alexander Graham Bell menggunakan perkataan "hello" kerana ia adalah nama tunangnya, itu sebenarnya adalah mitos. Tunang Bell bernama Mabel Gardiner Hubbard dan tiada kaitan langsung dengan asal usul penggunaan perkataan "hello" dalam komunikasi telefon.

MasyaAllah, betapa hebatnya ciptaan Allah yang memberikan manusia kemampuan untuk mencipta dan membina teknologi yang memudahkan kehidupan seharian. Semoga penemuan ini terus menjadi inspirasi dan pengajaran bagi kita semua untuk menghargai warisan sejarah dan terus berusaha untuk kemajuan ilmu pengetahuan.

Penemuan ini merupakan bukti nyata kecemerlangan tamadun manusia dan bagaimana keindahan serta kehebatan inovasi terus mempesonakan kita hingga hari ini.

Source 

Ahad, 21 Julai 2024

"Kenapa Tak Hantar Angkasawan Lepas Neil Amstrong?"

 "Kenapa Tak Hantar Angkasawan Lepas Neil Amstrong?" 

Hari ini genap pada 55 tahun yang lalu iaitu 21 Julai 1969, manusia pertama kali menjejakkan kaki di bulan. Pernyataan bahawa manusia tidak pernah kembali ke bulan selepas Neil Armstrong tidak benar. Selepas misi Apollo 11 yang menjejakkan Neil Armstrong dan Buzz Aldrin di bulan pada tahun 1969, terdapat lima lagi misi berangkawasan ke bulan yang berjaya di bawah program Apollo NASA. 

Berikut adalah senarai misi-misi tersebut dan angkasawan yang terlibat:

Apollo 12 (November 1969)

Angkasawan: Charles "Pete" Conrad dan Alan L. Bean

Apollo 14 (Februari 1971)

Angkasawan: Alan B. Shepard dan Edgar D. Mitchell

Apollo 15 (Julai 1971)

Angkasawan: David R. Scott dan James B. Irwin

Apollo 16 (April 1972)

Angkasawan: John W. Young dan Charles M. Duke

Apollo 17 (Disember 1972)

Angkasawan: Eugene Cernan dan Harrison H. Schmitt

Gambar dibawah ialah gambar daripada Misi Apollo 17 pada Disember 1972 yang merupakan kali terakhir manusia menjejakkan kaki ke bulan. Sejak itu, tiada lagi misi berangkasawan yang dihantar ke bulan apabila prob-prob mula dihantar ke sana.


NASA kini merancang untuk menghantar manusia kembali ke bulan melalui program Artemis. Program ini bertujuan untuk meneroka lebih jauh kawasan bulan, termasuk kawasan kutub selatan yang belum pernah diterokai oleh manusia. Artemis juga bertujuan menyediakan asas untuk penerokaan manusia ke Marikh nanti.

Program Artemis merangkumi beberapa fasa, bermula dengan Artemis I yang merupakan penerbangan ujian tanpa berpemandu. Artemis II akan menjadi penerbangan pertama dengan angkasawan mengelilingi bulan, dan Artemis III akan mendaratkan angkasawan di permukaan bulan.

Program ini juga melibatkan pembangunan teknologi baru, termasuk sistem pelancaran angkasa yang lebih kuat dan habitat yang boleh menyokong angkasawan dalam jangka masa panjang. Manalah tahu selepas ni ada koloni manusia di bulan kan? 

Sementara kita tunggu manusia mendarat lagi di bulan melalui Program Artemis III 2025 ni, ada banyak prob-prob angkasa dah dihantar ke bulan. Kita ada prob Chandrayaan-2 (India) yang pada November 2019, Chandrayaan-2 berjaya mengambil gambar tapak pendaratan Apollo 11.

Kita juga ada prob jenis Lunar Reconnaissance Orbiter (LRO) NASA, ia masih menunjukkan kawasan pendaratan dan memberi bukti tambahan mengenai kesan misi Apollo di permukaan bulan dengan menangkap gambar dengan jelas tapak kaki angkasawan sebelum ini yang masih kekal ke hari ini, sebab keadaan di bulan tanpa atmosfera dan angin!

Oleh: Helmi Effendy 

Source 

___


Dan Bulan menyimpan seribu satu rahsia untuk kita terokai. Sebab tu saya nak cadangkan anda beli buku sahabat saya, Dr Zamir Mohyedin. Buku ni berwarna, mengandungi isi kandungan angkasa yang sangat menakjubkan! Beli di: https://s.shopee.com.my/1B1rPrLp8m

Khamis, 18 Julai 2024

Kisah Atok:Usaha F Team Dan SB mengesan Chong Chor,Ketua 6 Assault Unit PKM

 


Atok perkenalkan seorang lagi Pengganas Komunis yang dianggap licik dan merbahaya, amat rajin dan berdedikasi dalam perjuangan nya, amat rapat dan amat dipercayai oleh Panglima Angkatan Tentera PKM juga ketua 6th Assault Unit  iaitu Chong Chor.  

Nama dia Pang Kuan, ketua 9th AWF yang beroperasi di hutan Telemong,  Pahang. 9th AWF adalah salah satu Unit di bawah sayap 6th Assault Unit. 

 Suatu ketika ketika Pang Kuan mempunyai 21 orang Pengganas sebagai pengikut. 

Tahun 1977, tempat dia diambil alih oleh Chye Kar Leong @Robin bekas ketua No1 MNLF. Robin yang tinggal di bandar Kuala Lumpur terpaksa lari masuk hutan apabila beratus2 orang pengikutnya ditangkap oleh F Team.

 Chong Chor mengarahkan Robin mengambil alih tempat Pang Kuan, dan Pang Kuan pula diarah membawa 4 orang Pengganas berpindah ke kawasan Karak dan membuat kerja2 massa di sana.

 Dia amat gigih dan mendapat sokongan padu di kalangan penduduk setempat di Karak.

 Suatu ketika lain Kenny berjaya mengelirukan Pang Kuan dalam satu projek sulit, membuatkan Pang Kuan bersama 4 orang pengikutnya beralih tempat menuju ke hutan Telemong semula.

 Di masa sama Kenny memaklumkan kepada Brig General Chong Tian Bok,  Komander 4 Brigade tentang perjalanan Pang Kuan itu. 4 Brigade melancarkan serang hendap yang berlangsung 12 hari.

 Malang sekali apabila kumpulan Pang Kuan muncul kejadian tembak menembak berlaku tetapi tiada pembunuhan,  Pang Kuan lepas lari...dimana silapnya.

Di hujung2 perjuangan Chong Chor di dalam hutan, Pang Kuan adalah orang yang sangat rapat dan dipercayai oleh Chong Chor. 

 Beliau pernah dipanggil oleh Chong Chor dan diberikan sepucuk surat sulit untuk dibawa dengan tangan ke Bangkok. 

Surat dituju kepada  Pemimpin2 Tertinggi PKM di Bangkok, menyatakan hasrat Chong Chor untuk membawa askar2nya kembali ke sempadan Thailand sebab perjuangan bersenjata yang dijalankan hampir hancur, kebanyakan anggota underground MNLF yang selama itu membantu perjuangan PKM telah lebur akibat tindakan berterusan Kenny dan rakan2 nya dalam F Team. 

SB menyedari perjalanan Pang Kuan ke Bangkok, malah dapat melihat orang2 yang dia temui di Bangkok. 

Namun SB sentiasa lebih licik dari PKM,  kami hanya membiarkan Pang Kuan dan isteri pergi ke Bangkok dan terus memerhati pergerakan nya.

 Kalau nak tangkap Pang Kuan dan isteri bila2 pun kami boleh tangkap, tetapi yang lebih penting kami nak mengesan Chong Chor dan menangkap Chong Chor. 

Ketika itu kami yakin Chong Chor berada di Kuala Lumpur menunggu kepulangan Pang Kuan  dari Bangkok....berjaya kah SB mengesan Chong Chor dan bagaimana caranya, sedangkan SB tak pernah tahu rupa Chong Chor,  belum pernah tengok gambar Chong Chor melainkan 1 gambar masa dia mudah dulu.

Sumber

Isnin, 15 Julai 2024

"Flor De La mar", Kapal Portugis Bermuatan 60 Ton Emas Yang Karam Di Laut Aceh

 "Flor De La mar", Kapal Portugis Bermuatan 60 Ton Emas Yang Karam Di Laut Aceh

Flor de la Mar (Bunga Laut, dieja Frol de la Mar dalam kronik Portugis abad ke-16) ialah kapal Portugis (carrack) yang selama sembilan tahun mengambil bahagian dalam peristiwa penting di Lautan Hindi.

Flor de la Mar dibina di Lisbon pada tahun 1502, menjadi salah satu kapal terbaik pada zamannya. Dengan berat 400 tan, ia adalah kapal terbesar yang pernah dibina, hampir dua kali ganda saiz kapal terbesar yang pernah belayar.

Kapal ini membuat pelayaran sulungnya dari Portugal ke India pada tahun 1502, di bawah perintah Estevão da Gama, sepupu Vasco da Gama.

Di bawah arahan Afonso de Albuquerque, Flor de la Mar menyokong penaklukan Goa pada tahun 1510 serta penaklukan Melaka pada tahun 1511.

Flor de la Mar adalah salah satu kapal tertua yang beroperasi di India. Walau bagaimanapun, perkhidmatannya sebagai kapal kargo masih diperlukan . Tidak begitu layak  apabila membawa muatan penuh.

Walaupun dianggap tidak selamat, Flor de la Mar ditugaskan untuk menyokong penaklukan Melaka yang ketika itu merupakan pusat perdagangan terbesar di Hindia Timur. Memandangkan kapasitinya yang besar, Afonso de Albuquerque memutuskan untuk menggunakan kapal itu untuk mengangkut khazanah besar 60 tan emas yang dirompak dari istana Sultan Melaka pulang ke Portugal.

Pada akhir tahun 1511, Flor de la Mar telah dimuatkan dengan 60 tan emas. Albuquerque, sebagai kapten tertinggi kumpulan itu, mengarahkan supaya segera mengangkat sauh dari Melaka untuk mendepositkan barang rampasan kepada Portugis. Flor de la Mar dan kapal-kapal yang mengiringinya meninggalkan Melaka. Bagaimanapun, ribut menghalang Flor de la Mar yang sedang berlayar di perairan Pedir, kawasan Pidie, Aceh Barat. Kapal itu akhirnya karam.

Afonso de Albuquerque telah diselamatkan dalam keadaan yang teruk, menggunakan rakit sementara, tetapi kargonya hilang dan tidak dapat ditemui. Lebih 400 orang di atas kapal juga hilang.

"Syiling emas, perak, tembaga dan timah dari Melaka, kebanyakan syiling timah telah hilang di Flor de la Mar," tulis Afonso dalam laporannya yang panjang dengan penuh kesedihan.

Amirul Hadi dalam Respons Islam terhadap Hegemoni Barat: Aceh lawan Portugal (2006:65) memetik FC Danver mengenai khazanah di kapal FLor de la Mar, apa yang dibawa oleh Afonso Albuquerque et al adalah rampasan paling mahal yang pernah diperoleh oleh Portugis sejak mereka tiba. di India.

Sehingga kini, Flor de la Mar masih belum ditemui di dasar laut. Usaha mencari dan menyelamatkan bangkai kapal telah menjadi punca kontroversi antara Portugal, Indonesia dan Malaysia.


Foto : Wikipedia

Kredit Marjafi

#Lovers Of the World Military & Defence 

@followers , top fans

Credit 

Selasa, 9 Julai 2024

Subhanallah: Bengkung kain Mat Kilau tidak terbakar!

 

Tangkap layar satu ujian yang dilakukan Amin menunjukkan kain bekung milik Mat Kilau tidak terbakar.

PETALING JAYA – Sejarah serta bukti tentang kehebatan pendekar Melayu selama ini sememangnya tidak boleh disangkal lagi, malah nama-nama pahlawan tanah air yang memperjuangkan hak bangsa sehingga kini tetap menjadi kebanggaan negara.

Datuk Bahaman, Tok Janggut, Datuk Maharajalela, Tok Gajah serta nama-nama pendekar Melayu kita selama ini tetap meniti di bibir kita yang aman berada di Malaysia hasil perjuangan mereka.

Mat Kilau salah seorang pendekar Melayu yang amat terkenal dan generasi baharu mungkin mengenali nama pahlawan dari Pahang itu selepas filem biografinya pernah dihasilkan beberapa tahun lalu.

Keperkasaan Mat Kilau melawan penjajahan British di negeri Pantai Timur itu telah dipertontonkan kepada khalayak menerusi filemnya.

Namun, tahukah kita betapa handalnya pendekar Melayu selama ini? Selain ketangkasan bersilat, ‘pemakaian’ di tubuh badan atau dalaman mereka juga mempunyai kehebatan dan keperkasaannya.

Menerusi satu pertemuan yang direkodkan oleh salah seorang pengkaji bangsa Melayu, Ustaz Amin yang menemui salah satu bengkung dipercayai milik Mat Kilau yang digunakan oleh pendekar itu untuk melilit perutnya.

Ternyata dalam kajian oleh Ustaz Amin, bengkung tersebut tidak terbakar walaupun bahan yang digunakan untuk membuatnya adalah daripada kain.

“Walaupun diuji dengan membakar di hujung kain bengkung tersebut, namun api tetap tidak membakarnya, malah akan kembali pada keadaan asal.

“Ini membuktikan pendekar-pendekar Melayu dahulu bukan ‘kosong’, malah pemakaian mereka juga dipercayai dibaca dengan ‘jampi’ atau ayat al-Quran bagi melindungi mereka,” katanya. – KOSMO! ONLINE.



Jumaat, 5 Julai 2024

Titanic: Kehebatan dan Tragedi Kapal Mewah Zaman Silam

 Titanic: Kehebatan dan Tragedi Kapal Mewah Zaman Silam

MasyaAllah, pujian kepada Allah yang mencipta dunia ini dan memberi akal fikiran kepada manusia. Kapal Titanic, sebuah kapal yang dianggap sebagai puncak kecanggihan teknologi pada zamannya, tetap menjadi salah satu tragedi maritim paling terkenal dalam sejarah. Titanic dilancarkan pada 10 April 1912 dari Southampton, England, menuju ke New York City.

Titanic direka oleh syarikat Harland and Wolff di Belfast dan dianggap sebagai kapal paling besar dan mewah pada masa itu. Kapal ini dilengkapi dengan kemudahan canggih seperti kolam renang, gimnasium, perpustakaan, restoran mewah, dan kabin-kabin yang dihiasi dengan hiasan yang indah. Kecanggihan teknologi Titanic termasuk sistem komunikasi wayarles yang maju dan rekabentuk kapal yang dipercayai tahan tenggelam.

Keunikan dan Kebanggaan Titanic

Sebelum dilancarkan, Titanic dianggap sebagai pencapaian besar dalam kejuruteraan maritim. Kebanggaan utama kapal ini termasuk:

- Rekabentuk Tahan Tenggelam: Titanic dilengkapi dengan 16 kompartmen kalis air yang boleh ditutup secara individu. Ini menyebabkan ramai percaya bahawa kapal ini tidak mungkin tenggelam.

- Kemewahan Luar Biasa: Titanic menawarkan kemudahan mewah seperti kolam renang, gimnasium, perpustakaan, restoran mewah, dan bilik-bilik yang dihiasi dengan indah.

- Sistem Komunikasi Wayarles: Titanic dilengkapi dengan salah satu sistem komunikasi wayarles yang paling canggih pada masa itu, membolehkan kapal itu menghantar dan menerima mesej dari jarak jauh.

Tragedi yang Berlaku

Pada malam 14 April 1912, Titanic melanggar sebuah iceberg di Lautan Atlantik Utara. Walaupun usaha untuk mengelakkan perlanggaran dibuat, kapal itu tetap mengalami kerosakan yang teruk. Kesan perlanggaran menyebabkan enam kompartmen kapal dimasuki air, dan ini melebihi had yang mampu ditahan oleh Titanic untuk kekal terapung. Kapal itu mula tenggelam dengan cepat, menyebabkan kekeliruan dan kepanikan di kalangan penumpang dan anak kapal.

Titanic hanya membawa 20 bot penyelamat yang tidak mencukupi untuk menampung lebih dari 2,200 penumpang dan anak kapal di atas kapal. Proses pemindahan penumpang juga menjadi kacau bilau, menyebabkan banyak bot penyelamat dilancarkan dengan muatan yang kurang dari kapasiti sebenarnya. Ramai penumpang enggan meninggalkan kapal, mempercayai bahawa Titanic lebih selamat daripada bot penyelamat kecil di tengah-tengah lautan.

Dalam detik-detik terakhir sebelum Titanic tenggelam sepenuhnya pada 2:20 pagi, 15 April 1912, terdapat banyak kisah keberanian dan pengorbanan. Seorang pereka kapal, Thomas Andrews, dilihat kali terakhir di dalam bilik merokok kelas pertama, manakala pasangan tua Isidor dan Ida Straus memilih untuk mati bersama daripada berpisah.

Keanehan dan Konspirasi

Tragedi Titanic turut diselubungi beberapa keanehan dan teori konspirasi, antaranya:

- Keangkuhan Teknologi: Walaupun menerima beberapa amaran tentang iceberg, kapal ini tidak memperlahankan kelajuan atau menukar haluan kerana keyakinan bahawa ia tidak mungkin tenggelam.

- Tidak Cukup Bot Penyelamat: Keputusan untuk tidak membawa bot penyelamat yang mencukupi adalah berdasarkan undang-undang maritim yang lapuk dan keyakinan yang salah bahawa Titanic adalah kapal yang tidak mungkin tenggelam.

- Teori Konspirasi: Terdapat pelbagai teori konspirasi mengenai Titanic, termasuk dakwaan bahawa kapal yang tenggelam sebenarnya adalah kapal kembarnya, RMS Olympic, yang ditukar untuk tujuan insurans.

Pengajaran dan Warisan

Titanic tenggelam membawa lebih dari 1,500 nyawa. Hanya 706 orang yang terselamat, diselamatkan oleh kapal RMS Carpathia yang tiba beberapa jam kemudian. Tragedi ini membawa kepada perubahan besar dalam peraturan keselamatan maritim, termasuk keperluan untuk menyediakan bot penyelamat yang mencukupi untuk semua penumpang dan anak kapal.

Lebih daripada satu abad kemudian, Titanic terus memikat hati ramai dengan cerita-cerita keberanian, tragedi, dan kemewahannya. Penemuan bangkai kapal pada tahun 1985 di dasar lautan membuka lebih banyak peluang kajian dan pemahaman tentang apa yang berlaku pada malam tragis tersebut. Teknologi baru membolehkan saintis dan sejarawan untuk menggali lebih dalam tentang Titanic, memberikan kita pandangan yang lebih jelas tentang kemalangan yang meragut begitu banyak nyawa.

Nasib Syarikat Kapal Titanic

Selepas tragedi Titanic, syarikat White Star Line yang mengoperasikan kapal tersebut menghadapi banyak kesulitan. Syarikat ini bergabung dengan Cunard Line pada tahun 1934. Harland and Wolff, syarikat pembina Titanic, terus beroperasi dan kini terlibat dalam pelbagai projek kejuruteraan maritim dan tenaga. Mereka masih dikenali sebagai salah satu syarikat pembinaan kapal terkemuka di dunia sehingga tahun 2024.

MasyaAllah, segala puji bagi Allah yang Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui, yang mengingatkan kita tentang kerapuhan hidup manusia dan pentingnya keselamatan dan persediaan dalam menghadapi sebarang bencana.

Ahad, 28 April 2024

Srikandi Terbilang:Laksamana Keumalahayati, Aceh. (01 Januari 1550 - 30 Jun 1615)

 WAJAHNYA SRIKANDI TERBILANG

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Laksamana Keumalahayati, Aceh.

(01 Januari 1550 - 30 Jun 1615)

Jangan mudah terpedaya dengan kecantikan dan kelembutan kaum perempuan.

Laksamana Keumalahayati berjaya membunuh Admiral Cornelius de Houtman, Laksamana Armada Belanda dalam pertemporan satu lawan satu di atas geladak kapal perang Belanda.

Amat sukar ditemui di zaman ini kerana kebanyakannya disibukkan di pentas² hiburan, TikTok dan Konsert² Perdana.

Kredit imej :

Yofangga Rayson

٠٠٠

Sumber 

Rabu, 13 Mac 2024

Jom kenali Kenny Dan kaitan dengan peristiwa 13 Mei 1969

 Mari berkenalan dengan Kenny 

Salam semua, hari ni atok nak bawak korang berkenalan lebih rapat dengan Kamaruddin Hashim @ Kenny dan kemudian mendengar cerita dia mengenai kejadian 13 Mei. Dia berada di tempat kejadian semasa rusuhan mula berlaku.

Kamarudin b. Hashim @ Kenny dilahirkn pada 9 SEP 1949  di Setapak, KL. Masa itu bapanya berkhidmat dgn BMA (British Military Administration) sebagai pegawai Penaksir Kerugian Perang. Kenny mula bersekolah pada tahun 1956 di Sekolah  Kebangsaan Raja Muda, Kg. Baru, KL sehingga darjah 3. Di hujung tahun 1958 keluarganya berpindah balik ke Kg. Minyak Beku, Batu Pahat, Johor. 1959, dia masuk Special Malay Class dan dari tahun 1962-1966 dia belajar di Sekolah Tinggi (High School, Batu Pahat). Dia dibesarkan dalam keluarga baik2, keturunan dari orang besar dan bergelar Daeng,  tinggi pengetahuan agama. Bapa Kenny seorang Imam dan naib Kadi. 

 Pada bulan Mac 1967, Kenny berjaya dipilih sebagai Pegawai Kadet Tentera dan menjalani latihan selama 6 bulan di Maktab Tentera Di Raja, Sg. Besi. Malangnya, walaupun beliau berjaya menamatkan latihan, umurnya terlalu muda tidak boleh ditauliahkan sebagai Pegawai Tentera berpangkat 2nd Leftenan. Semasa tamat latihan, umur Kenny baru masuk 18 tahun, sedangkan mengikut syarat seorang pegawai tentera mesti berumur 18 tahun masa mula masuk perkhidmatan. Maka malang bagi Kenny tak dapat jadi pegawai tentera.

Namun dia ditawarkan untuk mengikuti latihan Kadet sekali lagi bersama dengan intake baru.... Mana dia mau nak masuk training sekali lagi, nak kena lanyak sekali lagi.

 Kenny fed up dia memohon  keluar dari perkhidmatan tentera. Selepas keluar, Kenny buat kerja macam2 di berbagai tempat. Mula2  dengan  syarikat insuran MCIS, tak lama kemudian jadi trainee salesman dengan Leyland Motor di Jalan Pudu pulak.  Lepas tu dia bekerja pula dengan kilang Kasut Bata di Meru, Klang sebagai trainee supervisor.  Sebelum memasuki perkhidmatan Polis, Kenny bekerja dengan Jabatan Perangkaan (Statistik Dept) di Jln Young, KL sehinggalah kejadian 13 Mei 69.

 Semasa kejadian 13 Mei 1969, Kenny masih dengan Jabatan Statistik, dia sedang  membuat tugas bancian di Hospital Quarters tidak jauh dari tempat punca tercetus rusuhan,  iaitu di hadapan rumah MB Selangor, Dato'  Harun Idris.  Habis kerja dia  pulang ke rumah berjalan kaki kerana dia tinggal di Jalan Watson Kg. Baru. Semasa pulang dia dapati ramai orang Melayu sedang berhimpun  di hadapan rumah Menteri Besar Dato Harun Idris. Kenny terpanggil untuk menyertai orang ramai itu. Mereka sedang mendengar ucapan berapi2 dari beberapa orang pemimpin termasuk Dato Harun  Idris...mereka marah dengan tindakan pihak pembangkang DAP mengadakan demonstrasi jalanan meraikan kemenangan beberapa kerusi pilihanraya Kuala Lumpur lalu  hendak menghalau orang Melayu keluar dari Kuala Lumpur. Keadaan masa tu hening, orang ramai bersesak2 hingga membanjiri jalanraya.

 Ditakdirkan pada ketika itu telah lalu  sebuah lori kecil membawa perabot yang dipandu oleh lelaki Cina bersama seorang atendan juga budak Cina cuba lalu dalam kesesakan jalan di hadapan rumah MB. Kenny nampak secara tiba2 lori telah diserang oleh  penunjuk2 perasaan, pemandu dan atendan dipukul hingga mati ditempat itu juga. Kenny hanya memerhati perbuatan mereka tidak ikut sama menyerang. Kejadian berlaku secara spontan, tidak ada siapa yang mengarah melakukannya.  Kejadian berlaku kira2 jam 5 petang.

Seterusnya penunjuk perasaan bergerak beramai2 menuju ke Jalan Chow Kit. Sampai hampir di Stadium Raja Muda, bilangan penunjuk perasaan bertambah ramai, mereka  memenuhi semua persimpangan jalan. Adalah difahamkan mereka pergi beramai2 kesana bertujuan menghalang kumpulan penunjuk perasaan DAP yang merancang untuk datang ke rumah MB untuk memaksa Dato Harun tidak menerima perlantikan semula sebagai Menteri Besar. Mereka datang tak tau dari mana, makin lama makin ramai, masing2 kelihatan membawa senjata saperti parang, besi, kayu, buluh dan sebagainya. Mereka tampak bersedia untuk berperang dengan pihak DAP jika mereka hendak berarak ke rumah kediaman Menteri Besar....Dari situ mereka beramai2 terus maju ke Jalan Chow Kit.  Sentimen perkauman meluap2 perasaan masing2 tidak dapat dikawal lagi, dan mereka mula membakar kereta dan bangunan di sekitar Jalan Chow Kit, api menjulang di sana sini asap berkepulan nampak dari jauh. Pertembungan kaum berlaku, banyak korban di kedua2 pihak.

Pada ketika itu Pasukan Keselamatan seolah2 hilang kawalan, kejadian berlaku berleluasa dan Polis langsung tidak kelihatan...Kejadian rusuhan berterusan tidak ada pihak yang menghalang. Kenny masih bersama mereka hanya sebagai pemerhati,  dia tak bawa senjata dan tidak mengambil bahagian merusuh.

Kenny pulang ke rumah lebih kurang jam 8 malam dan dengar berita di TV bahawa kawasan Kg. Baru dan Chow Kit telah dikenakan perintah berkurung. Jam 10  malam Kenny keluar semula dari rumah untuk melihat keadaan. Dia melihat  orang ramai  masih berkeliaran di sekitar Kg Baru walau pun Perintah Berkurung telah diistihar. Kelihatan juga hampir  setiap orang membawa senjata parang, pisau, buluh atau kayu. Kenny berada di kawasan berdekatan masjid Kg. Baru, dia melihat dengan jelas api bersemarak membakar kedai2 di kawasan Chow Kit. Kenny terus hairan, dia masih  tidak nampak kehadiran Polis.  Dari petang Polis tidak kelihatan, sampai ke malam Polis masih tidak kelihatan masuk atau meronda kawasan  Kg Baru walaupun keadaan sudah menjadi huru hara.

Kenny pulang ke rumah lebih kurang jam 2 pagi. Esoknya, 14 Mei Kenny dapat tahu curfew telah dilonggarkn dari jam 7 - 10.00 pagi untuk membolehkan orang ramai membeli barang keperluan.  Kenny keluar melihat keadaan di Jalan Raja Muda dan dia lihat ada beberapa kajadian baru membakar kenderaan dan orang dibunuh.  Mayat bergelimpangan di tepi2 jalan.

 Jam 10.00 pagi dimaklumkn curfew berkuat kuasa semula tetapi Kenny dapat lihat dalam Kg Baru orang macam tidak mempedulikan arahan curfew. Mereka berjalan sana sini, masing2  membawa senjata seperti parang, pisau, buluh dan kayu.

Atok nak ingatkan semua orang, inilah bahaya jika kita bermain sentimen perkauman. Ia sangat bahaya....sentimen perkauman boleh meledak jadi peperangan secara tiba2  tanpa dapat dikawal. Bayangkan kita orang Melayu, Cina, India yang sebelum itu hidup aman damai, sekolah sama2, kerja sama2, makan tidur sama2...tiba2 boleh jadi bermusuhan membunuh antara satu sama lain tanpa sebab, tanpa pertimbangan. Ini semua adalah disebabkan ada pihak memainkan sentimen perkauman. Kejadian membunuh bukan oleh orang Melayu sahaja, orang cina juga membunuh orang Melayu. Dikhabarkan, kumpulan Cina pula telah mengepung panggung2 wayang, menghalau orang cina keluar dan membunuh orang2 Melayu di dalam panggung....begitulah dahsyatnya kejadian rusuhan perkauman....moga2 ia tak akan berlaku lagi....dan orang2 jenerasi sekarang jangan sekali  berani bermain api dengan meniup sentimen perkauman.

Sumber

Khamis, 7 Mac 2024

Kisah Benar:Operasi sulit penangkapan Yeong Nam oleh F Team

 


Sambungan kepada cerita Yeong Nam semalam...sebenarnya bukan sambungan tapi versi yang lebih lengkap mengenai cerita penangkapan Yeong Nam...

Hari ni atok nak bawa satu lagi cerita mengenai operasi sulit untuk menawan hidup2 satu gerombolan komunis dari 5th AWF yang berada di kawasan Bentong Pahang. Peristiwa berlaku pada Mac 1988. Jumlah komunis lebih kurang 10 orang, ketuanya bernama Yeong Nam. Kumpulan inì sangat licik, sangat mahir dengan selok belok dalam hutan di sekitar Bentong hingga ke Bukit Frazer...rekod menunjukkan amat sukar untuk menjejak dan menawan kumpulan ini..

 Dalam tahun 1977 satu operasi besaran2 pernah diadakan di kawasan Bukit Tinggi di panggil Op Jala Raja di mana tenaga 5 battalion tentera lebih kurang 5 orang telah digunakan untuk mengepung Komunis no1 Chong Chor,  operasi itu telah digagalkan oleh CT Yeong Nam kerana beliaulah yang menyelamatkan Chong Chor dengan membawanya keluar dari kawasan kepungan tentera. Cerita mengenai Op Jala Raja atok akan cerita di lain masa 

Yeong Nam memang kerap mengada pehubungan dengan bos besarnya Chong Chor dan Chong Chor amat percaya kepadanya...Chong Chor menganggap dia sebagai orang nombor dua paling kanan.

Suatu hari pada awal  1988 F Team melalui risikannya telah mendapat maklumat bahawa Yeong Nam akan keluar dari hutan untuk mengadakan perjumpaan dengan bosnya Chong Chor di dalam bandar Kuala Lumpur...jangan ingat  komunis hanya duduk dalam hutan saja. Kadang2 mereka keluar ke bandar dan berĺagak macam orang biasa seolah2 dunia ni dia yang punya...kita puas mengejarnya dalam hutan rupanya dia bersenang2 dalam bandar...di Jalan Tuanku Abdul Rahman pulak tu...

Yeong Nam nak jumpa Chong Chor sebab nak bincang pasal satu projek besar membuat huru hara di  Genting Highland. Mereka merancang nak meletupkan dan memutuskàn jalan naik ke Genting. Juga termasuk dalam rancangan mereka ialah untuķ menahan sebuah bas perlancongan dan meletupkanñya dan membakarnya ditengah2 jalan. Sebenarnya tujuan membuat huru hara hanyalah satu decoy bagi memesongkan perhatian pihak keselamatan kerana Chong Chor bercadang naik keretapi dari Kuala Lumpur menuju Bangkok bertemu bos2 besarnya iaitu PKM Central Commitee yang bertapak di sana...cerita pasal rancangan Chong Chor ini mungkin atok cerita di lain masa...hari ni cerita Yeong Nam saja.

Namun Cawangan Khas lebih cekap, kita sudah menghidu perancangan ini, kita juga telah tahu awal yang Yeong Nam akan keluar hutan untuk menemui Chong Chor...Cawangan Khas menggunakan segala kepakarannya untuk mengesan Yeong Nam dan Chong Chor....dan berjaya mengesan mereka di kawasan Balakong. Selepas membuat pemerhatian selama beberapa hari,  Yeong Nam bersama bosnya Chong Chor kelihatan  menaiki  sebuah sebuah kereta Mitsubishi Supertouring . Ada 3 orang dalam kereta itu, seorang   anggota Underground Komunis sebagai pemandu, Chong Chor dan Yeong Nam di tempat duduk belakang...

Cawangan Khas terus mengekori mereka hingga sampai ke sebuah kedai buku di Jalan Tuanku Abdul Rahman berdekatan Globe Silk Store....kereta itu telah berhenti, pemandunya keluar untuk masuk dalam kedai buku, enjin kereta masih berjalan...Pasukan F Team sedia bertindak...Tuan Kamaruddin Hashim @Kenny selaku ketua operasi,  beliau mengarahkan  anggota2 segera bertindak... lantas mereka menerpa, buka kedua2 pintu kereta serentak dan menangkap Chong Chor dan Yeong Nam.  CT Chong Chor yang memakai topi baseball tidak melawan dan dia pun tidak bersenjata. CT Yeong Nam cuba melawan sebab dia ada memegang pistol di atas ribanya, namun F Team lebih pantas menewaskannya sebelum sempat dia melepaskan tembakan...

Kejayaan ini adaĺah titik permulaan operasi terbesar Cawangan Khas menghancurkan perjuangan bersenjata komunis iaitu Op Ta Loong...atok akan cerita mengenai Op Ta Loong di kemudian hari....

Chong Chor dan Yeong Nam segera dilarikan ke markas Cawangan Khas dan soalsiasat bermula. Dari soalsiasat ke atas Yeong Nam team interrogasi memperolehi maklumat yang pasukan 5th AWF di bawah jagaannm Yeong Nam sedang berada dalam satu khemah di kaki gunung Genting Highlands kawasan sebelah Selangor.  

F Team mula merancang untuk menawan 9 orang Pengganas Komunis dari 5th AWF itu...pada 4 Mac 1988 rancangan dilaksanakan...Yeong Nam diminta menulis sepucuk surat dituju kepada pengikutnya yang berada di kaki gunung Genting Highland,  surat itu menyatakan dia berada dalam keadaan selamat di Kuala Lumpur  dan telah berjaya berjumpa dengan bosnya  Chong Chor dan kini dia sedang menunggu arahan dari Chong Chor untuk melaksanakan projek sabotaj jalan naik ke Genting. 

Surat itu dibawakan oleh seorang anggota bekas pengganas yang telah ditawan oleh F Team di hutan Telemong  pada tahun 1977. Beliau telah dineutralisasikan  dan kini berkerja untuk F Team.  Bersama surat itu, F Team menyertakan  sebungkus besar kueh pau yang sangat ènak kononnya pau itu telah dibeli sendiri oleh Yeong Nam untuk merayakan keberhasilàn perjumpaannya dengan Chong Chor ...tapi dalam pau itu telah disumbat secukupnya dengan ubat tidur, kalau makan mesti tertidur kao2 punya...

Orang kepercayaan F Team itu telah masuk ke hutan menuju kawasan khemah 5th AWF jam 5.00 petang...Kenny bersama 5 angota F Team menyusul 1 jam kemudian. Mereka masuk penuh waspada, setiap langkah senyap dan berhati2.  Perjalanan tidak mudah...mula2 berjumpa curam yang sangat tegak...menurun curam nun jauh ke bawah jumpa pulak anak sungai.  Mereka berjumpa pembawa surat  di situ, dia  sedia menunggu dengan bungkusan kuih pau...lepas gelap baru mereka menghampiri khemah Pengganas yang  melepasi sungai ...ia kelìhatan nun diatas bukit setinggi 150 kaki dari tebing sungai.  Pergerakan F Team perlu sangat berhati2 dan senyap sunyi, setiap langkah perlu merangkak....akhirnya mereka sampai dekat dengan khemah...kelihatan  seorang Pengganas sebagai sentri di luar khemah, yang lain berada di dalam khemah.

Pembawa surat  diberikan satu alat   penyampai isyarat untuk beritahu ok.  Jam 8.30 malam dia berjalan masuk kedalam khemah seorang diri membawa sura  pau...satu jam kemudian datang isyarat dari dia, berkelip2 lampunya...Kenny memasang telinga dengan teliti...sah sudah senyap sunyi, tiada lagi bunyi suara, tiada lagi geĺak ketawa...beliau pasti  Pengganas sudah nyenyak dilamun mimpi....

Kenny dan team mara lebih dekat...tinggal satu lagi halangan,  iaitu sentri yang berseorangan. Nasib baik source pandai memain peranan...dia datang ke arah sentri berpura2 nak buang air kecil, dia berbual dengan sentri...kedudukan sentri membelakangi Kenny...source memberi isyarat dengan tangan untuk bertindak, Kenny menerkam...sekali pulas lehernya sentri terus pengsan.

Mereka masuk ke dalam khemah melihat Pengganas terbaring di sana sini, ada yang mononggeng, ada yang tertiarap, semua nyenyak tidur...

Begitulah mudahnya F Team menawan satu gerombolan Pengganas Komunis yang sangat licik, yang sangat pakar dalam perjuangan bersenjata di hutan, dan yang sangat mahir dengan  setiap inci tanah di seluruh kawasan hutan Bentong hingga ke Bukit Frazer...inilah juga pasukan yang telah melepasi kepungan 5 batalion tentera pada tahun 1977 dalam Op Jala Raja dan membantu Chong Chor memboloskan diri dari kepungan...mereka tewas dengan hanya bermodalkan beberapa biji kueh pau yang dihadiahkan oleh F Team...

Justeru Kenny dan rakan2 mengikat semua Pengganas,  mereka dipikul keluar dari hutan....di pertengahan jalan baru berjumpa pasukan sokongan F Team untuk bantu mengusung mereka keluar.... Kenny sendiri terpaksa memikul seorang orang pengganas dan mengheret seorang lagi.  Pengganas dibawa dengan truk ke markas F Team...Sampai di markas semua Pengganas itu masih lena dibuai mimpi...

F Team kekal di kawasan khemah itu selama 48 jam lagi untuk kerja2 pembersihan. Semua senjata mereka termasuk bom dapat dirampas. Yang paling menggerunkan  mereka menjumpai 2 peti besar mengandungi sejumlah bahan peletup plastik bersama detonator yang bukan sahaja mampu meletupkan jalanraya   malahan juga mampu meranapkan bangunan2 tinggi di Genting Highland resort. Bayangksn apa boleh berĺaku jika F Team tidak berjaya menawan 5th AWF ini....

Akan datang atok mungkin akan tumpu kepada penangkapan Chong  Chor dan operasi2 besar seterusnya di bawah Op Ta Loong hingga membawa kepada penawanan bèrpuluh2 lagi Pengganas tegar di bawah payung 5th Assault Unit dan ia kemudian yang membawa kepada penamatan perjuangan bersenjata PKM...seterusnya rakyat Malaysia dapat menikmati keadaan sejahtera,  aman damai bebas dari serangan2 komunis....

Sebelum menamatkan bicara...atok sekali lagi ingin menegaskan....memang benar semua pihak termasuk tentera, polis hutan, komando, vat 69 dan lain2 agensi telah sama2 menyumbañg tenaga dalam pèrjuangan menentang komunis dan masing2 ada mencapai kejayaan di bidang masing2...terima kasih kepada semua pihak yang terlibat. Namun cerita2 atok mengenai pèrjuangan F Team hanya sekadar pembuka mata bahawa di sebalik kejayaan Pasukan2 keselamatan itu ada satu pasukan yang teĺah menyumbang dengan banyak sekali yang mana orang ramai tidak pernah mengetahuinya. Segala tindak tanduk mereka di rahsiakan, malah kewujudan  mereka juga tak di ketahui  umum. Misalnya, cerita yang atok tulis hari ini tak pernah diketahui oleh sesiapa pun. Namun pada tahun 2016  Arkeb negara mengistiharkan fail2 F Team di turun taraf klasifikasi nya dan projek2 F Team itu telah boleh disebar untuk pengetahuan umum...itu pun selepas 2 tahun Kenny secara peribadi berusaha membuat permohonan kepada pengurusan PDRM  dan Arkeb Negara dan Arkeb Negara pula mengambil masa 2 tahun untuk membuat keputusan...

Mungkin selepas ini tuan2 sendiri boleh ñampak banyak mana F Team telah menyumbang dan apakah impak tindakannya kepada perjuangan bersenjata PKM.

Nukilan Zahriman Alias

Artikel Berkaitan: Kisah benar:Penangkapan Chong Chor Ketua Angkatan Bersenjata PKM bersama orang kuatnya Yeong Nam di depan Globe Silk Store

Rabu, 6 Mac 2024

Kisah benar:Penangkapan Chong Chor Ketua Angkatan Bersenjata PKM bersama orang kuatnya Yeong Nam di depan Globe Silk Store

 


Beberapa hari lepas atok buat cerita pasal penangkapan Chong Chor Ketua Angkatan Bersenjata PKM bersama orang kuatnya Yeong Nam di depan Globe Silk Store...hari ni atok nak cerita sikit pasal Yeong Nam dan tunjuk wajah dia.

Inilah wajah CT Yeong Nam orang kuat CT Chong Chor,  orang yang sangat dia percayai dan menjadi orang paling kanan di bawah pemerintahan nya. Yeong Nam mengetuai 5th Armed Work Force AWF yang beroperasi di kawasan hutan di kaki Genting Highland, Bukit Tinggi hingga ke Bentong. Dia amat mahir selok belok dalam hutan di bawah jagaannya, semasa pihak tentera menghantar 5000 tentera untuk menjejak Chong Chor di hutan Janda Baik di dalam Op Jala Raja, dialah menjadi penyelamat Chong Chor  dan membawa Chong Chor keluar dari kepungan tentera. Dia juga pernah membuat  rancangan dan persiapan untuk mengebom jalan naik ke Genting Highland,  termasuk merancang untuk menahan bas pelancong dan membakarnya di jalanraya pertengahan gunung . 

Dan untuk melaksanakan rancangan tersebut lah, pada awal Mac 1988 dia membuat perjumpaan dengan Chong Chor di Balakong Cheras.  

Mujur Kenny  berjaya mengesan dan  menangkap kedua2 Chong Chor dan Yeong Nam pada 2 Mac 1988. Yang bagusnya, pengikut2 Yeong Nam tidak sedar ketua mereka telah ditangkap oleh Kenny,  lalu Kenny mengatur satu rancangan yang sangat bijak ...Kenny menggunakn khidmat seorang bekas tawanan Komunis yang di tawan di kem Telemong tahun 1977 untuk menghantar kueh pau mengandungi ubat tidur kepada anggota 5th AWF yang sedang berkhemah di dalam hutan di bawah Genting Highland.... Pengganas Komunis makan kueh pau kenyang2, 1 jam setengah kemudian Kenny bersama 5 anggota F Team masuk ke kem itu, menjumpai 8 orang Pengganas menonggeng2 tidur lena kenyang makan pau mengandungi ubat tidur. F Team usung mereka keluar hutan bawak balik ke markas, sampai di markas pengganas masih tidur nyenyak dibuai mimpi.

Kisah ini panjang dan detail tapi atok buat cerita yang ringkas je.

Cerita ini benar belaka dan sukar dipercayai, mungkin CIA pun tak dapat melakukannya melainkan cerita dalam panggung wayang. Patutlah, pihak antara bangsa mengiktiraf Polis Malaysia terbaik di dunia, kerana ia satu2 nya pasukan yang dapat mengalahkan perjuangan Kominis bersenjata.

Sumber asal:FB Zahriman Alias

#Untuk maklumat lebih detail selanjutnya anda boleh layari laman FB pemilik asal.Tq