"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Jenama Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jenama Malaysia. Papar semua catatan

Sabtu, 15 Jun 2024

Ingatkan produk Malaysia, rupanya Ayam Brand bukan jenama tempatan!

 Ingatkan produk Malaysia, rupanya Ayam Brand bukan jenama tempatan!

Ayam Brand, sebuah jenama yang sangat dikenali di Malaysia, telah hadir dalam pasaran selama 127 tahun.

Di mana-mana sahaja, dari kedai runcit di kampung hingga ke pasaraya besar, anda pasti dapat menjumpai produk Ayam Brand dijual.

Jenama ini terkenal dengan produk sardin dan tuna berkualiti tinggi yang siap dimakan.

Kini, Ayam Brand telah menjangkau pelbagai negara seperti Australia, China, Perancis, Hong Kong, Jepun, Singapura, Thailand, United Kingdom, dan Vietnam.

Ayam Brand sentiasa menekankan kualiti produknya dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi tanpa pengawet, MSG, atau trans lemak.

Jenama yang terkenal ini diasaskan oleh Alfred Clouet, seorang warga Perancis.

Pada asalnya, syarikat ini berpusat di Singapura pada tahun 1882, ketika itu merupakan sebahagian daripada British Malaya.

Pada tahun 1954, Ayam Brand dibeli oleh Kumpulan Syarikat Denis Freres dari Perancis.

Hingga kini, nama pengasas terus diabadikan melalui nama syarikat pengedaran, A. Clouet & Co Kl Sdn Bhd di Malaysia.

Produk sardin Ayam Brand dihasilkan sepenuhnya di kilang mereka sendiri, dengan lebih kurang 1,200 pekerja tempatan yang berkhidmat di situ.

Kilang Ayam Brand merupakan salah satu pengeluar sardin terbesar di Asia Tenggara dan menerima pensijilan kualiti tertinggi termasuk dari JAKIM.

Selain produk sardin, Ayam Brand juga meluaskan rangkaian produk termasuk tuna, santan kelapa, kacang panggang, dan buah-buahan.

Syarikat ini juga menjadi ahli Global Compact sejak 1 Januari 2016, menunjukkan komitmen mereka terhadap tanggungjawab sosial korporat.

Menurut tinjauan oleh Synovate pada tahun 2007, Ayam Brand menduduki tempat ke-197 di kalangan jenama Asia yang terkenal, melebihi jenama-jenama besar lain seperti Nissan, L’Oréal, Heinz, dan American Express.

Ayam Brand juga aktif dalam aktiviti kerja amal dengan menganjurkan program-program dengan rumah-rumah kebajikan untuk membantu mereka yang memerlukan.

Melalui inisiatif sosial ini, mereka berharap dapat menyebarkan kesedaran tentang pemakanan sihat dalam komuniti.

Alfred Clouet adalah contoh usahawan yang berjaya membangunkan namanya di luar negara kelahirannya, Perancis, dan memberi sumbangan besar dalam industri makanan.

Kita semua boleh mengambil iktibar daripada kejayaan Alfred Clouet dengan menyemai usaha dan tekad tinggi dalam membangunkan perniagaan yang kita cintai.

-InfoRakyat 

Jumaat, 22 Oktober 2021

Kerajaan PH Luluskan Arak ‘Timah’… KPDNHEP Perlu Ambil Serius – Norshida

 

KUALA LUMPUR, 20 Okt – Wanita UMNO hari ini meminta pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk memanggil dan menyiasat tentang isu penjenamaan dengan mengguna pakai nama ‘Timah’ dan ianya jelas memang di bawah kuasa KPDNHEP.

Ketua Penerangannya, Datuk Norshida Ibrahim berkata syarikat tempatan ini berjaya menghantar permohonan produk arak tersebut dilihat mula mendaftarkan nama dan memohon kelulusan pada 6 Ogos 2019 iaitu ketika negara masih lagi di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) dan diluluskan.

Menurut beliau hal ini adalah satu petanda buruk kepada kerajaan Malaysia dimana seharusnya sewaktu proses dari awal permohonan tersebut ketika di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan perlu ditolak kerana sememangnya nama tersebut boleh menimbulkan kekeliruan dan tidak seharusnya berlaku dan mendatangkan provokasi terutamanya kepada umat Islam negara ini.

“Wanita UMNO merasakan ini adalah secara terang-terangan untuk menyerang umat Islam dan Melayu, kerana tanpa segan silu menggunakan nama mirip wanita orang Melayu iaitu nama singkatan kepada Fatimah yang juga mirip kepada nama anak Rasulullah S.A.W iaitu Saidatina Fatimah Ar-Zahrah.

“Ditambah pula syarikat tersebut menghina Melayu dan Islam dengan memaparkan label botol arak dengan seorang lelaki berjanggut dan memakai kopiah pada botol minuman dipercayai adalah Kapten Tristram Speedy yang juga Kapten Polis di Larut, Perak pada 1870-an yang pernah bertindak kejam terhadap orang Melayu dan Islam pada ketika itu.

“Kontroversi ini perlu dihentikan segera dengan menolak dan membatalkan kelulusan yang telah diberikan kerana kita akui bahawa syarikat arak tempatan ini cuba mencari peluang untuk menghina Melayu dan Islam. Kita wajib tentang dengan perbuatan mereka ini cuba memecahbelahkan kaum di negara kita,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Katanya lagi Kerajaan perlu segera melakukan siasatan latar belakang serta ketekunan wajar (due diligence) terhadap syarikat berkenaan dan mengambil langkah tegas dengan menutup syarikat pengeluar minuman keras itu seberapa segera.

“Wanita UMNO juga bertegas agar pihak penguatkuasaan dan pemantauan KPDNHEP juga perlu diperkemaskan supaya insiden seperti ‘arak Timah’ tidak berulang dan menjejaskan perpaduan kaum dan jika dibiarkan berleluasa, dikhuatiri akan memberi impak negatif kepada masyarakat, khususnya anak muda,” tambahnya.- UMNO Online

Sabtu, 16 Oktober 2021

Isu arak: PAS gesa KDN perlu lebih tegas kawal industri arak

Isu yang tular kini mengenai arak berjenama Timah hakikatnya telah wujud di negara ini sejak 2013 lagi, kata Ketua Penerangan PAS Kamaruzaman Mohamad. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) digesa supaya lebih tegas dalam menangani dan mengawal industri arak di negara ini, kata Ketua Penerangan PAS Kamaruzaman Mohamad.

Beliau berkata, pihak berkuasa tempatan (PBT) yang bertanggungjawab juga perlu meletakkan syarat yang lebih ketat berkaitan minuman keras.

 Menurutnya, desakan itu dibuat kerana PAS konsisten dengan pendirian menolak semua perkara yang bertentangan dengan syariat termasuk industri minuman keras yang jelas membawa mudarat kepada sistem sosial, kekeluargaan dan keselamatan masyarakat keseluruhannya.

“Isu yang tular kini mengenai arak berjenama Timah hakikatnya telah wujud di negara ini sejak 2013 lagi. Namun, perlu diingatkan bahawa minuman keras walau apa jenama sekali pun adalah tetap dilarang oleh Islam.

“Oleh itu, ia perlu dikawal seketat mungkin bagi mengelakkan daripada berlaku lebih banyak kerosakan sebagaimana yang dibuat negeri Kelantan yang merupakan antara model terbaik dalam mengawal industri berkaitan arak dari sudut jualan dan kebenaran meminumnya,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Justeru itu, PAS menyeru kepada semua pihak untuk berganding bahu dalam usaha membangunkan sebuah negara baharu yang lebih baik dan bebas daripada kemudaratan kesan daripada minuman arak yang berleluasa.

Isu arak jenama Timah tular di media sosial sejak beberapa hari lalu kerana ia dikatakan produk keluaran negara ini.-FMT