"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Kasih Sayang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kasih Sayang. Papar semua catatan

Selasa, 5 November 2024

Uwan umur 90an menyantuni anaknya berumur 70an.Hebatnya kasih sayang mereka..

 


Gambar macam ni mahal. Ini gambar bapak mertua aku. Yang umur dia dah nak masuk 70an. Dan yang tengah bagi nasi ke bapak mertua aku tu mak dia. Yang umur dah mencecah 90an. Kasih seorang emak tu walaupun anak dia dah jadi Atuk. Dah berderet cucu.

Emak tetap lah emak.

Bapak mertua aku ni pun dah serba salah teruk dah sebab lama tak balik kampung. Yelah, dia duduk Kelantan. Mak dia duduk Negeri Sembilan. Dengan usia macam ni, nak duduk dalam kereta lama-lama tu kadang boleh bertambah penyakit lain dibuatnya. Baru-baru ni tiba-tiba dia menggelabah nak balik kampung. Dia call anak-anak dia, cakap dia nak kena balik jumpa mak dia.

"Eh bapak nak kena balik rembau nanti tau jumpa Uwan. Siapa yang free nanti jom lah ikut sekali. Bapak tidur sana."

"Eh bapak, kenapa tiba-tiba nak balik sana?

"Uwan dah call bapak dah ha suruh balik. Entah siapa yang ajar Uwan buat video call. Tiba-tiba Uwan video call suruh bapak balik. Tak pernah-pernah Uwan pandai buat video call."

Mengekek semua ketawa bila bapak tiba-tiba menggelabah kena balik kampung. Yelah, Uwan yang umur 90 tahun ni boleh buat video call ke bapak suruh bapak balik dan tidur sana. Ni lah sebenarnya kuasa veto seorang mak. Dah tua mana pun, emak tetap emak. Emak punya arahan, kalau serius tu, anak boleh sakit jantung dibuatnya. Nak taknak kena ikut.

Tapi itu lah, hari ni banyak emak-emak tak tahu fungsi kuasa veto yang ada pada tangan emak. Risau sangat anak tak bagi muka lah apa lah. Takut ganggu masa anak lah. Salah tu fikir macam gitu.

Ada satu part paling kelakar yang aku ingat pasal bapak mertua aku ni. Satu hari tu, bini aku bersembang dengan Uwan. Bapak mertua aku masa ni dekat Kelantan. Bini aku pun tanya lah Uwan, kesihatan Uwan macam mana sekarang?

Uwan pun mengadu lah. Suruh bagitau ke bapak.

"Uwan ni sakit-sakit dah kaki. Lutut pun tak kuat ni. Nanti bagitau lah ke bapak tu."

Petang sikit tu, bini aku pun call lah bapak dia. Cerita lah apa yang Uwan bagitau tu.

"Bapak, Uwan suruh bagitau Bapak ha yang Uwan tu kaki dah sakit-sakit. Lutut tak berapa okey.."

Kau harapkan jawapan apa dari bapak mertua aku masa tu? Kejap tu bapak mertua aku pun jawab ke bini aku.

"Cakap dengan Uwan, anak dia ni pun dah macam-macam sakit dah. Pinggang, bahu, kaki, buah pinggang, satu badan. Jalan pun dah terhuyung hayang dah. Sakit sendiri pun tak boleh nak handle lagi. Hahaha. Nanti bapak balik kampung. Cakap ke uwan tu."

Dengar bapak mertua aku jawab macam tu, mengilai teruk bini aku. Yelah, kelakar. Seorang emak yang umur 90 tahun mengadu dekat anak dia yang umur dah 70 tahun pasal kesihatan. Anak dia pun dah jadi atuk dah macam-macam sakit dekat badan. Tak dapat nak fikir pasal sakit orang lain dah. Sebab sakit dia lagi teruk. 

Ini semua esok jadi kenangan. Kisah-kisah yang akan turun ke anak cucu cicit. Semoga semuanya diberikan usia dan kesihatan yang baik hendakNya.

P/s : Laju betul masa bergerak. Hari ini hari Isnin bersamaan 4 November 2024 jam 5:57 petang. Masa ini akan tinggalkan kita dan kita takkan jumpa lagi tarikh hari ini sampai bila-bila pun. Semuanya tinggalkan kita. Tahu-tahu semuanya dah berubah dan kita tinggal tunggu masa pulang ke negeri abadi berbekalkan amalan yang entah banyak atau sedikit untuk di bawa ke sana.

Source