"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Tokoh Islam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tokoh Islam. Papar semua catatan

Jumaat, 26 Julai 2024

Belasungkawa:Tuan Guru Baba Haji Abdullah, Pondok Mapat ( 1943 - 2024 )

 انا لله وانا اليه راجعون

اَللّٰهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّهَ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ اْلأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَس وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجٙا خَيْرًا مِنْ زَوْجٙهِ وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَفِتْنَتِهِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ. 

Khabar duka dari bumi Fathani Darus Salam, berturut² alim ulama Fathani meninggalkan kita. Bermula dengan al-marhum Tuan Guru Baba Mad Kelaba, al-Marhum Tuan Guru Baba Abdul Rahman Keming, al-Marhum Tuan Guru Baba Haji Abdul Qadir Chenak, al-Marhum Tuan Guru Baba Haji Musa Chenak.

Dan hari ini telah kembali ke rahmatullah, ulama sesepuh kawasan Patani, Tuan Guru Baba Haji Abdullah Bin Ibrahim - Pengasas Pondok Mapat dalam usia lebih kurang 81 tahun, pada pukul 3.22 pagi, malam Jumaat. Jenazah Baba akan disolatkan jam 10 pagi di pondoknya.

Moga Allah Taala menerima segala amal kebajikan, jasa baktinya terhadap agama dan penat lelah Allahyarham dalam mendidik masyarakat. Moga Allah Taala menempatkan Allahyarham di kalangan mereka yang mendapat Syurga ilahi. Amin

Manaqib ringkas beliau :

Tuan Guru Baba Haji Abdullah, Pondok Mapat ( 1943 - 2024 )

Oleh : Tengku Yusuff 

Tuan Guru Baba Haji Abdullah Bin Ibrahim dilahirkan di Yarang, Patani pada tahun 1943.

Pendidikan awalnya di Pondok Paya Naka, Yarang berguru dengan Syeikh Abdul Rahman Bin Ismail selama beberapa tahun (kemudian beliau menjadi menantu kepada gurunya berkenaan). Setelah itu beliau melanjutkan pengajiannya ke Sekolah Mudir Haji Harun di Yala dan seterusnya ke Pondok Ayah Dir Sekam. Bagi mendapatkan pengajian peringkat tinggi, Baba Lah berangkat ke Mekah menuntut ilmu di sana kira-kira 10 tahun, berguru antaranya dengan :

1. Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani

2. Syeikh Abdul Karim Banjar

3. Baba Li Chaiya

4. Baba Sin Surat dan ramai lagi

Setelah pulang beliau mengajar di Pondok Paya Naka yang dibangunkan oleh mertuanya. Turut mengajar di situ ialah biras beliau, Tuan Guru Baba Haji Ismail.

Baba Lah akhirnya mengambil keputusan membuka pondoknya sendiri yang tidak jauh dari Pondok Paya Naka kira-kira 15 tahun dahulu. Pondoknya dikenali dengan panggilan Pondok Mapat.

Almarhum Baba meninggal dunia pada 26 Julai 2023, pukul 3.22 malam, Hari Jumaat dalam usia 81 tahun.

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya. Amin 

*Sumber - Temubual penulis dengan almarhum Tuan Guru Baba Lah Mapat pada 8 Februari 2023

#WafatnyaUlamak

Ahad, 28 April 2024

Tokoh Agama:MAZA dan UAI

 MAZA dan UAI

2 tokoh agamawan yang popular di Malaysia.

2 tokoh ini punyai berjuta pengikut di media sosial.

Tak kisah la berapa pengikut, itu bukan ukuran kebenaran.

2 tokoh ini punyai aliran, mazhab, metadologi, dan karakter yang berbeza.

2 tokoh ini juga yang paling banyak saya dengar kuliah mereka di youtube, sama ada video panjang dan pendek.

Belum ada rezeki saya melihat UAI depan mata.

Dr. Maza pernah saya hadir dalam program di sekolah anak tiri saya, di SMART IQ dan beliau juga hadir untuk memberi ucapan.

Tapi sekadar lihat dari dekat saja. Alhamdulillah

Banyak isu yang berlaku antara 2 tokoh ini.

Mereka saling mengkritik antara satu sama lain.

MAZA seringkali dilihat oleh masyarakat sebagai "pembawa gerakan wahabi" dalam kerja dakwahnya.

Tapi saya masih tak jumpa mana sifat-sifat wahabi dalam dirinya.

Yang ada hanyalah tuduhan dan fitnah semata.

Bila minta bukti, berbelas tahun tunggu masih tak muncul.

UAI pada saya agak keras ketika berceramah tetapi boleh saya katakan tidak setegas MAZA.

Tetapi beliau ada keilmuan dan kaedah tersendiri.

Saya sangat kagum cara beliau mendekati anak muda.

Kutu rayau pun kenal UAI.

Dari segi ilmu, saya berpendapat MAZA lebih detail caranya.

Kuliah-kuliahnya agak berat untuk ditelan orang awam yg baru berjinak.

UAI lebih ringan dan santai.

Sebab tu ramai cakap UAI mudah faham bila memberikan ulasan.

MAZA pula jika kita tak berminat dengan pengajian, memang ada benda kita akan kurang faham.

Tapi jika nak kembangkan ilmu, kuliah MAZA lebih mendalam.

Dari segi bahasa, saya tak boleh tolak, MAZA jauh lebih lunak dari UAI.

Saya sendiri tak setuju dengan cara UAI menggunakan perkataan bodo, sesat, bila ditujukan kepada orang tertentu.

Jika sekadar untuk umum tidak ada masalah.

Tetapi, kenapa saya masih dengar ceramah UAI?

Sebab hampir 3 jam dalam setiap ceramahnya boleh saya katakan 90% ilmu, 8% jenaka, 2% sahaja ada kata kasar.

Kenapa kita nak tinggal 90% yang bermanfaat untuk 10% yg tak bermanfaat?

Itu pun 8% mungkin tak bermanfaat pada saya tapi bermanfaat pada orang lain.

Audiensnya bukan saya sorang, beribu sekali datang, ada masa puluh ribu.

Kedua-duanya ilmuan, keduanya punya pengaruh besar dalam masyarakat.

Kalau ketika memandu, saya memang tak dengar radio.

Jika perjalanan yang lebih 2 jam, saya akan dengar UAI.

Jika perjalanan kurang 2 jam, saya akan dengar MAZA atau RORA.

Sebab kuliah mereka jarang lebih 2 jam.

Cadangan saya untuk netizen berkenaan 2 tokoh ini, kalau baru nak mendalami agama, boleh dengar UAI.

Ambillah kebaikan yang banyak darinya.

Jika nak advance lebih-lebih lagi dalam memahami hadis, boleh dengar MAZA.

Ambillah kebaikan yang banyak darinya.

NASIHAT SAYA

Kritik sekadar kritik, jangan sampai menghina.

Jasa kita pada agama terlalu sedikit berbanding kedua tokoh ini.

Jadi pastikan otak lebih laju dari jari.

Jangan kerana jari, banyak benda kita tak mampu jawab di hadapan Allah nanti.

Ditulis oleh : Adli Nordi

Sumber 

Sabtu, 2 Oktober 2021

SULAIMAN ABDUL AZIZ AL RAJHI – HARTAWAN & PENGASAS BANK AL RAJHI YANG CUKUP ZUHUD PERIBADINYA

 SULAIMAN ABDUL AZIZ AL RAJHI – HARTAWAN & PENGASAS BANK AL RAJHI YANG CUKUP ZUHUD PERIBADINYA

Hartawan Muslim terkaya dalam senarai Forbes ini dah 3 kali jatuh miskin!

:

Beliau bukan calang-calang orang. Beliau telah mengasaskan perbankan Islam pertama di dunia ketika sistem perbankan menjalankan unsur riba. Beliau orang terkaya di Arab Saudi yang BUKAN dari keturunan raja, sampaikan kekayaan beliau mencecah RM32 billion direkodkan dalam Forbes magazine. 

:

Tapi Masya Allah, beliau ni orangnya cukup zuhud. 

:

😇 Beliau infaqkan sehingga 170juta Riyal untuk misi bantuan Covid-19.

😇 Beliau serahkan 2 hotel miliknya kepada Kementerian Kesihatan di Kota Mekah.

😇 Beliau sanggup hadiahkan sebuah banglo dengan kereta mewah kepada cikgunya yang pernah hadiahkan 1 Riyal kepadanya dulu.

😇 Beliau serahkan hampir kesemua hartanya kepada isteri dan anak-anaknya

😇 Kemewahannya yang diwakafkan saja sebanyak 60billion Riyal

:

Kalau tuan puan ada kekayaan seperti Sulaiman Al Rajhi, rasanya tuan puan sanggup ke lepaskan kemewahan semata-mata untuk kebajikan?

:

“Setelah kamu meninggalkan kehidupan ini, satu-satunya pelaburan yang penting adalah bekalan kamu bawa untuk kehidupan yang lain. Saya berusia lapan puluhan! Apa lagi yang saya perlukan? Wakaf membayar bil saya, memberi saya penginapan, makanan, perubatan dan pengangkutan."


- Sulaiman Abdul Aziz Al Rajhi - 

---

Betul kata Sulaiman Al Rajhi. Apalah yang harta ni boleh jamin lepas kita tinggalkan dunia ni. Yang kita bawa cuma doa anak-anak yang soleh, ilmu yang dimanfaatkan & sedekah jariah kita di jalan Allah.

:

Bantu kami membina Kompleks Surau Al Mujahidin untuk manfaat umat Islam di Taman Desa Surada. Klik https://www.kompleksmujahidin.com/online/ untuk berinfaq