"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Iktibar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Iktibar. Papar semua catatan

Ahad, 22 Jun 2025

PELANGGAN TERAKHIR SEBELUM KEDAI DOBI ITU TUTUP SELAMA-LAMANYA .KENAPA TUTUP?

 PELANGGAN TERAKHIR SEBELUM KEDAI DOBI ITU TUTUP SELAMA-LAMANYA 

Setiap hujung minggu saya ke sebuah dobi di Saujana Utama. Saya selesa dengan kedai itu sebab semua mesinnya menggunakan QR code untuk pembayaran. Tak perlu bawa syiling. Senang, cepat dan selesa. 

Namun, kunjungan saya kali ini terasa sangat berbeza. Hanya terdapat seorang individu. Rupanya dia pemilik kedai dobi itu. Pemilik dobi itu menyapa saya dan berkata, 

“Encik…  encik pelanggan terakhir saya. Hari ini hari terakhir kami beroperasi. Sekejap lagi lori datang untuk angkut mesin-mesin ni”

Saya tergamam. Terasa aura kesedihan daripada riak wajahnya. 

Selepas 10 tahun berniaga, beliau terpaksa akur untuk menutup perniagaan. Bukan kerana tiada pelanggan. Tapi kerana kos operasi yang melonjak naik, terutamanya harga LPG yang kini tidak lagi disubsidi bagi sektor komersial seperti dobinya.

Dulu harga tong subsidi 14kg sekitar RM26 hingga RM30. Sekarang, dengan perlaksanaan tong gas ungu, harganya mencecah RM70 satu tong.

Beliau hanya ada pilihan. Sama ada menaikkan harga cucian dengan risiko pelanggan lari ke dobi yang belum lagi naikkan harga atau ke dobi yang masih guna tong LPG bersubsidi. Atau beliau terus guna tong subsidi secara senyap seperti yang dilakukan segelintir peniaga kedai dobi lain. Tapi dia memilih untuk kekal jujur. Tidak mahu menipu.

Namun kejujuran itu datang dengan harga yang mahal. Keputusan beliau? Tutup perniagaan selepas 10 tahun mencari rezeki.

Sebagai oang luar, saya hanya mampu mendengar. Tapi sebagai rakyat biasa, saya rasa sedih dan terkesan. Ini bukan sekadar tentang tong gas. Ini tentang bagaimana dasar dilaksanakan dan bagaimana ia memberi kesan kepada mereka yang paling bergantung kepada pendapatan harian. Beliau tidak pernah menyusahkan negara, tetapi negara telah "menghukumnya" dengan keras.

Saya tinggalkan dobi itu dengan rasa berat. Saya bukan saudara dia. Saya bukan rakan dia. Tapi hari itu, saya rasa seperti saya kehilangan sesuatu yang lebih besar daripada sekadar tempat mencuci pakaian.

Saya kehilangan sebuah lambang kejujuran dalam dunia bisnes yang makin tenat. Rasa dianak-tirikan oleh para pemimpin yang sepatutnya menjaga sekalian rakyat. 

Persoalannya sekarang .. Berapa ramai lagi peniaga kecil yang akan terpaksa tunduk kepada tekanan yang sama? Berapa banyak lagi perniagaan jujur yang akan tumbang hanya kerana mahu mengikut dasar yang berubah-ubah?

Bukan nak salahkan dasar. Saya merupakan warganegara Malaysia yang faham keperluan untuk kawal subsidi.Tapi bila pelaksanaan jadi kelam kabut dan peniaga kecil terus dibiarkan terkapai, siapa yang sebenarnya sedang dilindungi?

Saya cuma rakyat biasa. Tapi saya percaya, kalau ramai orang biasa mula bersuara, yang di atas akan mula mendengar.

Ini bukan tentang tong gas sahaja. Ini tentang nilai hidup kita. Ini tentang harga sebuah kejujuran dalam perniagaan.

Gambar: Pemilik kedai berbaju T hitam, berseluar jeans sedang duduk menunggu mover untuk keluarkan mesin-mesin basuh dan pengering daripada premis yang disewa.

Source 

Ahad, 12 Januari 2025

Doktor, saya bukan isteri. Tapi saya bekas isteri.'

 'Doktor, saya bukan isteri. Tapi saya bekas isteri.'

Gambar hiasan 

Wajah wanita itu sayu melihat lelaki yang terlantar di atas katil ICU. 

Wanita itu diceraikan pada umur 50 tahun, setelah 25 tahun bersama lelaki yang terbaring koma diatas katil. 

'Saya minta maaf, boleh saya bertanya anak anak puan di mana?' 

'Anak kami 2 orang doktor, tetapi anak semua dah besar. Mereka tak mahu datang melawat ayahnya'

Kenapa? 

'Sejak kami bercerai anak anak menjauh hati dari ayahnya doktor.'

Dia menangis teresak esak. 

'Jadi siapa waris yang ada sekarang ini?' 

'Dia dah kahwin setahun lepas. Ada isteri baru. Tapi setahu saya isterinya dah lama tinggalkan bekas suami saya sejak kakinya membusuk 2 bulan lalu'

Kepala aku makin pening. Namun, masih bersabar melayankan wanita di hadapan mataku ini. 

Di saat lelaki ini terdampar koma di atas katil ICU, sudah menjadi tugasku untuk mencari dan mengenalpasti siapakah waris. Segala perihal pesakit, surat menyurat, kebenaran untuk rawatan perlu dibincangkan dengan waris.

Bukan sekali aku jumpa keluarga yang berantakan di lanjut usia. Banyak..  

Kenapa? 

Kerana lupa diri. 

Ramai yang berkata 'wanita diuji sewaktu suaminya susah, lelaki pula diuji sewaktu dia sudahpun senang'. 

Itulah yang aku selalu lihat di depan mata. 

Wanita yang diceraikan kerana suaminya gelap mata. Bila anak sudah besar, duit sudah tidak kemana. Rezeki pula makin mudah. Kerja dan syarikat syarikat semuanya sudah stabil. Perkeja ramai. Hanya rileks rileks dan kaut untung sahaja. 

Masa banyak. Duit banyak.

Jadi, hati pun kembali muda. 

Maka ramailah betina yang tergedik gedik ingin menjadi pendengar setia masalah keluarga. 

Mula mula berbual, lepas itu bercerita hal masalah suami isteri. Kemudian perasaan itu berubah menjadi kasihan dan lama kelamaan curang itu semakin dekat. 

'Jadi puan datang ke sini bagaimana? ' 

'Mak mentua saya yang beritahu. Dia pun tak sihat, kena stroke'

'Saya datang sebagai tanda hormat lelaki ini pernah saya hidup denganya berpuluh tahun. Sedih saya lihat keadaannya doktor.'

'Tapi saya ini bukan siapa pada dia. Hanya bekas isteri. Menjaga dia pun bukan tanggungjawab lagi. Apa lagi nak buat keputusan bagi pihak dia.'

'Baiklah puan, puan duduk dan rehatlah di sini. Tenangkan diri'

Aku tinggalkan wanita itu melayan perasaannya. Biarlah airmatanya gugur. 

Keesokan harinya lelaki itu meninggal dunia. 

Seorang diri, hanya kami yang mengajar kalimat suci ditelinga. 

Tanpa keluarga.

Tanpa isteri... Atau lebih elok disebut bekas isteri. 

Tanpa isteri muda yang sudah lari.

Tanpa anak anak yang menjauh hati.

Tanpa ibunya yang juga sakit, tidak boleh bergerak sendiri. 

Hanya dia dan kami. 

Kami kemas jenazah itu untuk dibawa pergi ke bilik mayat, tanpa waris yang mengiringi. 

Entah siapa yang tuntut kemudiannya, saya pun tak pasti. 

Tua sepatutnya menjadikan kita lebih dekat dengan keluarga, lebih dekat dengan Tuhan. 

Dr Nurilyani Bujang

Air mata insaf di ICU

Source 

Rabu, 27 November 2024

Korang Kenal Tak Siapa Safiyyah binti Abdul Muttalib? Inspirasi Kepada Wanita!"

 "Korang Kenal Tak Siapa Safiyyah binti Abdul Muttalib? Inspirasi Kepada Wanita!" 

MasyaAllah... Jika ada satu kisah wanita yang mampu mencetus semangat juang umat Islam, ia adalah kisah Safiyyah binti Abdul Muttalib. Beliau bukan sahaja bergelar makcik kepada Rasulullah SAW tetapi juga seorang wanita yang memiliki keimanan teguh dan keberanian yang mengagumkan. Dalam lipatan sejarah Islam, Safiyyah dikenali sebagai lambang keteguhan wanita yang tidak gentar menghadapi apa jua cabaran.

Safiyyah dilahirkan dalam keluarga bangsawan Bani Hashim yang tersohor dengan ketokohan dan ketabahan. Sebagai kakak kepada Saidina Hamzah yang digelar "Singa Allah", beliau mewarisi semangat keperwiraan yang tinggi. Beliau memeluk Islam pada peringkat awal dakwah Rasulullah SAW dan tidak pernah goyah dalam menyokong perjuangan Baginda. Keberanian beliau benar-benar diuji ketika tercetusnya Perang Khandaq yang membawa cabaran besar kepada umat Islam.

Ketika itu kota Madinah dikepung oleh gabungan tentera musuh yang dikenali sebagai Ahzab. Mereka merancang serangan besar-besaran untuk menghancurkan Islam. Kaum Muslimin telah menggali parit yang dalam di sekeliling kota sebagai strategi pertahanan. Kawasan belakang Madinah yang didiami oleh kaum wanita, kanak-kanak dan warga emas menjadi titik kelemahan kerana ketiadaan pertahanan ketenteraan. Safiyyah berada di situ bersama beberapa wanita termasuk Ummu Salamah, isteri Rasulullah SAW.

Dalam suasana yang tegang itu sampai berita yang lebih membimbangkan. Bani Quraizah, sekutu Yahudi di Madinah telah mengkhianati perjanjian mereka dengan Rasulullah SAW dan menyertai pihak musuh. Mereka menghantar seorang pengintip untuk menyusup masuk ke kawasan kediaman wanita dengan niat menyerang dan membuka laluan kepada tentera musuh.

Bayangkan keadaan ketika itu. Tiada lelaki bersenjata yang mengawal, hanya kaum wanita yang perlu mempertahankan diri mereka sendiri. Safiyyah tidak menunggu bantuan tiba. Beliau bertindak pantas dengan menggenggam senjata di tangan lalu menyelinap keluar dari tempat perlindungan. Beliau menyerang pengintip tersebut dan berjaya membunuhnya sebelum pengintip itu sempat melaksanakan niat jahatnya. Lebih mengagumkan, Safiyyah menunjukkan kecerdikan yang tinggi. Beliau sengaja meletakkan mayat pengintip itu di kawasan yang mudah dilihat untuk menimbulkan kegerunan dalam kalangan musuh, menghantar isyarat jelas bahawa kaum Muslimin tidak akan tunduk.

Strategi Safiyyah berhasil. Musuh yang merancang untuk menyerang menjadi gentar kerana menyangka kaum Muslimin telah bersedia sepenuhnya. Mereka tidak lagi berani menghampiri kawasan tersebut. Berkat keberanian dan kecerdikan Safiyyah, satu ancaman besar terhadap kaum wanita dan kanak-kanak Muslim berjaya dielakkan.

Semasa Perang Uhud pula Safiyyah sekali lagi memperlihatkan keteguhan semangatnya. Apabila mendapat berita tentang kesyahidan adiknya Saidina Hamzah, beliau segera ingin ke medan perang untuk melihat jenazah adiknya itu. Rasulullah SAW cuba menghalang Safiyyah kerana Baginda tahu jasad Saidina Hamzah telah dicacatkan oleh musuh. Namun dengan tenang Safiyyah menyatakan kesediaannya untuk menerima hakikat tersebut demi agama Allah. Ketabahan beliau menjadi teladan kepada wanita Islam sepanjang zaman.

Safiyyah binti Abdul Muttalib bukan sekadar wanita biasa. Beliau adalah lambang keberanian, keteguhan iman dan kebijaksanaan yang luar biasa. Kisahnya membuktikan bahawa dalam Islam wanita bukan sekadar pelengkap tetapi mereka adalah pejuang dan pembela agama. Keberanian Safiyyah mengingatkan kita bahawa kekuatan tidak terletak pada bilangan atau kelengkapan senjata, sebaliknya pada keteguhan iman kepada Allah SWT.

MasyaAllah... Inilah Safiyyah, seorang wanita yang tidak gentar walaupun bersendirian. Semangatnya kekal hidup sebagai sumber inspirasi kepada kita semua, khususnya wanita Islam masa kini. Semoga kita dikurniakan kekuatan untuk mencontohi keberanian dan ketabahan beliau dalam mempertahankan agama Allah. Amin.

___

Source 

Bayangkan perjuangan Rasulullah SAW menghadapi rintangan dakwah – dihina, dipulau, bahkan diancam nyawa, namun Baginda tetap teguh menyampaikan risalah Islam. Kisah-kisah penuh hikmah ini bukan sekadar sejarah, tetapi panduan hidup yang relevan hingga hari ini.

Segala kehebatan Baginda dalam menyampaikan dakwah dan diplomasi, dari peristiwa hijrah hingga ke perjanjian Hudaibiyah, dihimpunkan dalam buku MUHAMMAD: DAKWAH DAN DIPLOMASI. Buku ini bukan sahaja membuka mata tentang kehebatan strategi Rasulullah, tetapi juga menyuntik semangat untuk kita terus istiqamah dalam perjuangan hidup.

Nak lebih faham cara Rasulullah mengubah dunia? Jangan tunggu lagi – dapatkan buku ini di Shopee sekarang: https://s.shopee.com.my/2Ax8Jd6jnG.

Ilmu yang bermanfaat menanti anda – InsyaAllah

Selasa, 26 November 2024

Fitnah Terbesar Dalam Sejarah Islam: Pembunuhan Uthman dan Perpecahan Umat"

 "Fitnah Terbesar Dalam Sejarah Islam: Pembunuhan Uthman dan Perpecahan Umat" 

MasyaAllah… sejarah Islam tidak pernah sunyi daripada pengajaran yang besar, dan salah satu episod yang paling getir ialah pembunuhan Saidina Uthman bin Affan r.a. Peristiwa ini bukan sahaja mengakhiri hayat seorang pemimpin yang mulia, tetapi juga mencetuskan gelombang fitnah yang merobek kesatuan umat Islam. Uthman r.a., seorang khalifah yang terkenal dengan sifat pemurah, lembut hati, dan teguh dalam keimanan, telah menjadi mangsa fitnah jahat yang mengatakan beliau tidak adil dan mengamalkan kronisme. Tuduhan ini, yang disebarkan oleh golongan yang ingin menggoncang kestabilan umat Islam, langsung tidak mempunyai asas kebenaran.

Ketika rumahnya dikepung oleh pemberontak, Uthman bin Affan memilih untuk tidak melawan demi mengelakkan pertumpahan darah sesama umat Islam. Pada hari beliau dibunuh, Uthman sedang membaca Al-Quran sambil berpuasa, menunjukkan ketenangan dan keteguhan hatinya walaupun berada dalam situasi yang genting. Mushaf Al-Quran yang beliau pegang menjadi saksi pengorbanannya, dengan darah syahid beliau menitis di atas ayat-ayat suci itu. Peristiwa tragis ini menjadi titik hitam dalam sejarah Islam dan mencetuskan pergolakan besar yang menggoncang umat.

Selepas pembunuhan Uthman r.a., perpecahan dalam kalangan umat Islam semakin mendalam. Saidina Ali bin Abi Talib r.a. dilantik sebagai khalifah keempat, tetapi beliau menghadapi cabaran besar untuk memulihkan kestabilan. Fitnah yang bermula pada zaman Uthman r.a. terus berlanjutan hingga ke pemerintahan Ali r.a., membawa kepada dua peperangan besar: Perang Jamal dan Perang Siffin. Dalam Perang Jamal, Saidina Ali r.a. berhadapan dengan pasukan yang dipimpin oleh Saidatina Aisyah r.a., bersama sahabat-sahabat seperti Talhah dan Zubair, yang menuntut keadilan atas pembunuhan Uthman. Walaupun kedua-dua pihak berniat untuk menegakkan kebenaran, salah faham dan manipulasi fitnah membawa kepada pertempuran yang tidak diingini.

Peperangan Siffin pula tercetus antara Saidina Ali r.a. dan Muawiyah bin Abu Sufyan, gabenor Syam. Muawiyah menuntut agar pembunuh Uthman diadili sebelum beliau memberikan bai’ah kepada Ali r.a. Konflik ini berakhir dengan tahkim (arbitrasi), tetapi keputusan tahkim tersebut gagal menyatukan umat. Sebaliknya, keadaan ini membuka jalan kepada kemunculan kumpulan radikal seperti Khawarij, yang menentang kedua-dua pihak dengan ideologi yang ekstrem. Dalam masa yang sama, mazhab Syiah mula mengambil bentuk, dengan berpihak sepenuhnya kepada Ali r.a. dan keturunannya, yang mereka anggap sebagai pemimpin yang sah.

Era fitnah ini bukan sekadar perpecahan politik tetapi juga ujian besar bagi umat Islam. Ia menunjukkan betapa berbahayanya fitnah dalam masyarakat, dan bagaimana ia mampu memecahbelahkan sebuah umat yang sebelum ini bersatu. Walaupun para sahabat yang terlibat dalam konflik ini adalah individu yang dijamin syurga, ia mengingatkan kita bahawa perpecahan boleh berlaku walaupun dalam kalangan generasi terbaik jika fitnah tidak dibendung.

Namun, di sebalik tragedi ini, terdapat hikmah yang besar. Peristiwa ini mengajarkan umat Islam pentingnya menjaga perpaduan dan menolak fitnah dalam apa jua bentuk. Sejarah ini juga menjadi peringatan bahawa keadilan dan kebenaran harus ditegakkan walau dalam keadaan paling sulit. Kita perlu mengambil iktibar daripada peristiwa ini untuk memperkukuh kesatuan umat dan mengelakkan perpecahan yang merugikan.

MasyaAllah… semoga Allah merahmati Saidina Uthman bin Affan r.a., Saidina Ali bin Abi Talib r.a., dan semua sahabat yang terlibat dalam episod ini. Mereka adalah generasi terbaik yang telah mengorbankan segalanya untuk Islam, dan setiap peristiwa yang berlaku adalah ketentuan Allah sebagai ujian untuk umat manusia. Semoga kita terus mengambil pengajaran daripada sejarah ini untuk membina masa depan yang lebih baik bagi umat Islam.

___

Source 

"KHULAFA AL-RASYIDIN: PENAKLUK ROM DAN PARSI"

Era Khulafa al-Rasyidin bukan sekadar kisah agama, tetapi lambang kekuatan dan kebijaksanaan dalam ketenteraan. Buku ini membawa anda ke tengah-tengah era kegemilangan Islam, di mana dua kuasa besar dunia—Empayar Rom dan Parsi—tunduk kepada kekuatan iman dan strategi cemerlang tentera Islam.

Setiap bab menceritakan kisah luar biasa dari kepimpinan Khalifah Abu Bakar al-Siddiq hingga ke penaklukan agung oleh Khalid al-Walid. Inilah kisah keberanian sahabat-sahabat Nabi SAW yang mengangkat Islam ke puncak kuasa, dengan setiap langkah penuh taktik dan kepercayaan kepada Allah SWT.

Dengan naratif mendalam dan analisis tajam, buku ini adalah bacaan wajib bagi sesiapa yang ingin menyelami bagaimana Islam berjaya mengatasi dua empayar terkuat dunia. Miliki naskhah ini dan biarkan ia membuka mata anda kepada kehebatan dan keberanian sejarah Islam!

🌐 Dapatkan sekarang di: https://s.shopee.com.my/7AKoCRbkaH

Khamis, 19 September 2024

KISAH BENAR:ARWAH IBU LAWAT JENAZAH ANAK

 ARWAH IBU LAWAT JENAZAH ANAK(KISAH BENAR)

Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.

Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa. Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu, wajah jenazah semakin hitam. Selepas lima minit berlalu, barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi. Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.

Ustaz," kata wanita itu."Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut.

Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya

"Betulkah ini mayat anak mak cik?"tanya saya."Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih."Makcik lihatlah betul-betul." kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan,wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat. Tiba di luar saya bertanya kepadanya.

"Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya.Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak.Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab.Dia seperti menyembunyikan sesuatu."Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu,saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. "kata saya untuk menggertaknya.

Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya.Sambil mengesat airmata, dia berkata,"Ustaz, anak saya ni memang baik,patuh dan taat kepada saya.Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja,dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun.Dia memang anak yang baik.Tapi..." tambah wanita itu lagi "apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang,Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik.Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai,dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang,anak makcik ini akan terus naik angin.Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut.

Jawapannya itu memeranjatkan saya.Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang,maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya.Mungkin itulah yang berlaku.Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya,malah diaibkan dengan warna yang hitam.

Selepas menceritakan perangai anaknya,wanita tersebut meminta diri untuk pulang.Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap.Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.

Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula.Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah,saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya.

Selepas memperkenalkan diri, saya berkata,"Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari.Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang."Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut,"Orang tua mana pula?" katanya.

Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya,wajahnya, tuturannya serta pakaiannya."Kalau wanita itu yang ustaz katakan,perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!"Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi.Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi itu?

Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya,saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam.Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi,yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja,dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun.Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia.

Kalau 80,000 tahun?

Ingatlah..azab meninggalkan solat fardhu ini amat dahsyat dan tidak putus-putus seksaannya dari kehidupan dunia hinggalah kehidupan akhirat..Semoga kita semua mengambil iktibar dari cerita ini dan menjadi orang yang sentiasa menjaga solat,InsyaAllah..

Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan facebook anda.Sharing is Caring

Source 

Isnin, 15 November 2021

Ambil iktibar isu ikan siakap Langkawi mahal

 

PEMILIK sebuah restoran menunjukkan ikan siakap yang dibela untuk pertunjukan di restorannya. - UTUSAN/NUR AMALINA AZMAN

SAUDARA PENGARANG,      

TULAR di media sosial berhubung harga makanan yang mahal di sebuah kedai makanan di Pulau Langkawi masih belum reda. Ramai mempertikaikan harga ikan yang dikatakan terlalu mahal dan menganggap pelanggan dianiaya. Namun, ada juga golongan menyalahkan pelanggan yang tidak bertanyakan harga terlebih dahulu sebelum meneruskan pesanan.

Pun begitu, di media sosial atau di dada akhbar melaporkan, peniaga menyalahkan pelanggan dengan mengatakan pihaknya telah menjelaskan apa yang sepatutnya termasuk berat ikan dan pelanggan pula mendakwa telah memaklumkan apa yang dikehendakinya. Kedua-dua pihak tidak mengaku bersalah.

Pada saya, mudah sahaja. Kalau benar pelanggan itu jujur maka perlulah bersikap bertanggungjawab menyatakan secara lengkap (apa yang sebenarnya berlaku). Begitu juga peniaga perlu jujur dalam menyatakan kuantiti atau kualiti makanan atau masakan yang ditawarkan dan pastikan kedua-duanya berpuas hati.

Memang adakala pelanggan tidak kesah sangat dengan harga asalkan berpatutan dan peniaga pula mengamalkan sikap bertolak ansur atau lebih kurang dalam hal bayaran tetapi pada masa sama, pastikan tidak berlaku salah faham apatah lagi ia merupakan rezeki pelanggan dan peniaga.

Dalam kes ini, kedua-duanya perlu ambil jalan tengah dengan peniaga boleh memulangkan baki harga ikan (mengikut kadar harga terbaik) yang dirasakan mahal sementara pelanggan pula perlu memohon maaf.

Sikap sebegini akan dapat mengelakkan salah faham dan kedua-dua pihak sudah pastinya berpuas hati. Ini akan membolehkan perniagaan kedai makan tersebut terus beroperasi serta menjadi pilihan pelanggan untuk berkunjung.

DZANMUO, Bakri, Muar

-utusanonline