"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label DSNR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DSNR. Papar semua catatan

Isnin, 6 Januari 2025

Istana Pahang sahkan kewujudan titah benarkan Najib pulang, dilema Anwar semakin sukar

 Surat itu dikeluarkan sehari selepas Istana Negara mengisytiharkan semua permohonan pengampunan akan hanya diputuskan Agong atas nasihat Lembaga Pengampunan.


Anak Najib Razak, Mohamad Nizar, bersalaman dengan orang ramai termasuk penyokong pembangkang, yang berkumpul di luar kompleks mahkamah di Putrajaya untuk menyatakan sokongan mereka kepada bekas perdana menteri itu.

Sepucuk surat istana Pahang yang mengesahkan bahawa Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah pernah menitahkan supaya Najib Razak menjalani baki hukumannya sebagai tahanan di rumah, dibacakan di Mahkamah Rayuan hari ini, dalam apa yang dilihat sebagai memberikan kelebihan kepada bekas perdana menteri ketika kerajaan mempertikaikan kewujudan titah addendum yang dikepilkan bersama pengampunan separa kepadanya tahun lalu.

Surat daripada Majlis Kesultanan Pahang bertarikh 4 Januari itu ditujukan kepada anak Najib, Mohamad Nizar dan ditandatangani oleh Pengelola Bijaya Diraja Sultan Pahang, Ahmad Khirrizal Ab Rahman.

"Sehubungan dengan itu, melalui surat ini, saya bagi pihak Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang selaku Yang di-Pertuan Agong ke-16 adalah dengan ini memperakukan bahawa Titah Adendum Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku termaksud adalah wujud dan sahih," menurut salinan surat itu yang tersebar luas di media sosial.

Surat itu dikeluarkan sehari selepas Istana Negara mengisytiharkan hanya Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Agong boleh membuat keputusan mengenai sebarang permohonan pengampunan atau pengurangan hukuman penjara.

Dalam kenyataan 3 Januari, Istana Negara berkata kuasa Agong seperti termaktub di bawah ini Perkara 42(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan dijalankan dengan nasihat Lembaga Pengampunan, yang turut dianggotai peguam negara dan menteri wilayah persekutuan.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berulang kali mempersoalkan dakwaan mengenai kewujudan titah tambahan oleh Sultan Abdullah, sebaliknya berkata perkara itu hanya akan diputuskan oleh mahkamah, dalam apa yang dilihat sebagai cubaan untuk menjauhkan diri daripada sebarang keputusan berhubung perkara itu.

Bagaimanapun, kenyataan Istana Negara memberikan isyarat bahawa Lembaga Pengampunan juga terbabit memutuskan masa depan Najib sekiraya Mahkamah Rayuan memutuskan adendum itu sah.

"Anwar nampaknya terjerat, tak ubah seperti ditelan mati emak, diludah mati bapak untuk kekal berkuasa," kata sumber dari PKR.

Menurutnya, presiden PKR itu berdepan risiko kehilangan sokongan dalam usahanya memuaskan hati beberapa pemimpin Umno yang mahu Najib dibebaskan sebagai balasan kepada sokongan berterusan parti Melayu itu.

Apa yang menjadi bukti penting dalam rayuan hari ini ialah afidavit Nizar yang difailkan bulan lepas, di mana beliau berkata telah dimaklumkan secara peribadi oleh Sultan Abdullah mengenai arahan tambahannya (adendum) agar Najib dibenarkan menjalani baki hukuman di rumah.

Persoalan mengenai masa depan bekas perdana menteri Najib Razak terus mengancam gabungan rapuh yang diketuai Anwar Ibrahim, lebih dua tahun selepas pemimpin Pakatan Harapan itu menjalinkan kerjasama dengan Umno untuk membunuh kerajaan.

Persoalan mengenai masa depan bekas perdana menteri Najib Razak terus mengancam gabungan rapuh yang diketuai Anwar Ibrahim, lebih dua tahun selepas pemimpin Pakatan Harapan itu menjalinkan kerjasama dengan Umno untuk membunuh kerajaan.


Sebelum ini, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa dakwaan mengenai kewujudan adendum yang dikepilkan bersama pengampunan Najib oleh bekas Agong sebagai khabar angin yang tidak boleh dijadikan bukti.

Sejak dihantar ke penjara pada 23 Ogos 2022, pemimpin Umno giat berkempen mendapatkan pengampunan diraja untuk Najib, seperti yang diberikan kepada Anwar pada 2018 yang membenarkan pemimpin PKR itu dibebaskan dari penjara ketika menjalani hukuman penjara atas sabitan liwat, di samping membenarkannya kembali aktif dalam politik.

Desakan untuk pengampunan diraja semakin kuat selepas Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi membawa ahli Parlimen Umno untuk bergabung dengan Pakatan Harapan.

Penyokong setia Najib, yang dilihat masih berpengaruh dalam parti, merasakan Anwar harus membalas budi Umno yang menyokong PH, sekaligus membolehkan beliau memenuhi impiannya menjadi perdana menteri.

Najib disabitkan atas tuduhan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram dalam penyelewengan RM42 juta daripada SRC International Sdn Bhd, dan dijatuhkan hukuman denda RM210 juta dan penjara 12 tahun.

Selepas berbulan-bulan spekulasi dan tekanan terhadap kerajaan, Lembaga Pengampunan mengumumkan hukuman penjara Najib dikurangkan kepada enam tahun, dan denda kepada RM50 juta, yang sekiranya dibayar akan membenarkan beliau keluar setahun lebih awal.

Tidak lama selepas itu, peguamnya Muhammad Shafee Abdullah menuduh kerajaan menyembunyikan adendum mengarahkan Najib menjalani hukuman di rumah.

"Mengapa mereka menyembunyikan titah Yang di-Pertuan Agong, sedangkan kamu (ada kuasa) mendedahkannya? Mereka harus mendedahkan dan menguatkuasakannya," Shafee dilaporkan berkata.

-MalaysiaNow 

Jumaat, 13 Disember 2024

Titah Addendum:Nasib Najib kini sedang mengundang perhatian dari semua pihak yang bersimpati terhadapnya.

 

Oleh: Zakariya Mohamad

Nasib Najib kini sedang mengundang perhatian dari semua pihak yang bersimpati terhadapnya.

Ezam menggesa polis menyiasat Anwar dan Jemaah Menteri atas dakwaan mengingkari titah Yang di-Pertuan Agong awal tahun ini berhubung tahanan rumah untuk Najib Razak. 

IGP dilantik atas cadangan Anwar, namun Ezam berhak membuat saranan dan soalnya adakah tindakan akan diambil?

Fokus utama supaya Najib bebas dan kita menggesa Anwar menyahut saranan supaya Titah Adendum dilaksanakan.

Selepas "peram" Titah Adendum, kini sudah ada tanda-tanda titah itu semakin masak dan ranum.

Syabas Anwar dan tolong prihatin terhadap masalah yang menimpa Najib.

Namun Syabas juga kepada Ezam kerana tuduhan beliau memang benar kerana Anwar sengaja ingkar melaksanakan titah itu.

Titah Adendum telah menjadi kes polis.

Dokumen yang dikepilkan dalam laporan polis hari ini berkenaan titah Agong dengan cop mohor kerajaan, tetapi tidak dapat didedahkan kepada umum.

"Kesemua asas ini menjurus kepada keingkaran dan kegagalan pentadbiran kerajaan perdana menteri yang sengaja mengenepikan sebahagian daripada titah diraja atas kepentingan politik mereka," kata Ezam.

Dalam laporan yang difailkan di Balai Polis Dang Wangi, Ezam merujuk kepada Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan mengenai kuasa mutlak Agong memberi pengampunan dan pengurangan hukuman. 

Beliau turut menunjukkan sebahagian muka surat pertama dokumen perintah tersebut kepada media. 

Katanya, kegagalan melaksanakan titah tambahan itu merupakan jenayah dan melanggar sumpah jawatan Anwar dan jemaah menteri.

Awal tahun ini, Lembaga Pengampunan dipengerusikan Agong ketika itu, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, mengumumkan hukuman penjara Najib dikurangkan kepada enam tahun, dan denda kepada RM50 juta, yang sekiranya dibayar akan membenarkan beliau keluar setahun lebih awal.

Bagaimanapun, peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah mendakwa kerajaan menyembunyikan titah itu oleh Sultan Abdullah supaya Najib menjalankan baki hukuman penjara di rumah.

Semalam, Anwar dalam jawapan di Dewan Rakyat enggan mengesahkan atau menafikan kewujudan titah tambahan itu, sebaliknya berkata arahan itu tidak dapat dilaksanakan disebabkan pertukaran Yang di-Pertuan Agong.

Tempoh takhta Sultan Abdullah tamat pada 30 Januari lalu, dan diambil alih oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Bagaimanapun, beliau berkata, pengampunan Najib telah dibawa ke perhatian Sultan Ibrahim selaku pengerusi Lembaga Pengampunan.

Ezam menyifatkan penjelasan di Parlimen itu helah "menutup jenayah" yang dilakukan Anwar dan jemaah menteri. 

Katanya Anwar tidak mahu melaksanakan titah tersebut atas kepentingan politik.

"Najib terpaksa membawa kes ke mahkamah hanya setelah beberapa bulan mereka menunggu dan tidak mendapat jawapan  daripada pihak kerajaan. Mengapa kerajaan membisu selama ini?

"Saya menggesa pihak polis membuka fail siasatan segera dan menyiasat perdana menteri yang pada hemat saya dengan jelas telah melanggar sumpah jawatan kepada Agong dan merupakan satu jenayah yang berat," katanya yang dipetik dari MalaysiaNow.

Apa significan hasil daripada laporan polis yang dibuat oleh Ezam? Kita tunggu perkembangan selanjutnya.

Anwar mempunyai kuasa seperti Mahathir yang menggadai Batu Puteh kepada Singapura.

Maksudnya, jika Anwar tersungkur selepas PRU16, barulah beliau tahu jika wujud RCI baru kerana ingkar titah Agong - Zakariya Mohamad.

Khamis, 13 Oktober 2022

PRU 15:Najib dinamakan calon Parlimen Pekan

 Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. - Foto BERNAMA

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: UMNO Bahagian Pekan kekal menamakan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai antara lima calon diketengahkan untuk Parlimen Pekan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Najib yang juga penyandang kerusi itu kini sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan hukuman ke atasnya berhubung kes SRC International Sdn Bhd.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan, Zamri Ramly, mengesahkan nama Najib antara lima calon dikemukakan bahagian itu untuk diserahkan kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN).

Beliau juga menolak jangkaan ramai pihak bahagian itu akan menamakan dua anak Najib, Datuk Nizar Najib atau Nooryana Najwa, bertanding di kerusi berkenaan.

"Tiada perancangan meletakkan anak Datuk Seri Najib untuk bertanding di Parlimen Pekan jika beliau tidak layak bertanding.

"Sebaliknya, sesiapa yang dipilih bertanding di situ nanti akan menyerahkan kembali kerusi Parlimen Pekan kepada Datuk Seri Najib selepas mendapat pengampunan," katanya seperti dilapor dalam FMT yang memetik Utusan Malaysia.

Beliau berkata, Nizar dicalonkan namun di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) membabitkan Chini, Bebar, Peramu Jaya dan Pulau Manis.

Pada 23 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Pada PRU-14, Najib mempertahankan kerusi Parlimen itu selepas memperoleh kemenangan majoriti besar 24,859 undi mengatasi tiga lagi pencabarnya di kerusi berkenaan.

-BH Online 

Ahad, 3 Julai 2022

Muhyiddin cadang tubuh MPN, bangkit isu TPM, Najib bantah..

 


1.  Tubuh MPN bukan kepentingan politik

TANAH MERAH: Pembentukan Majlis Pemulihan Negara (MPN) bukan untuk kepentingan individu atau mana-mana parti sebaliknya ia ditubuhkan oleh kerajaan untuk menyumbang idea dan saranan dalam membantu memulihkan negara demi kelangsungan hidup rakyat.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sebarang keputusan perlu diserahkan kepada rakyat untuk menilai sama ada gagal atau tidak meskipun ada pelbagai dakwaan pihak tertentu tentang perkara itu.

Justeru katanya, keberadaan beliau dalam MPN bukan hanya untuk menyumbang idea dalam membantu kerajaan khususnya demi menstabilkan keadaan ekonomi dan kesihatan negara.

“Saya serahkan kepada rakyat untuk menilai, kadang-kadang bila orang politik buat kenyataan ada muslihat politik. Saya tidak mahu kata apa, itu terserah..

“Saya berada disini bukan sahaja untuk bantu kerajaan tetapi saya mengambil pendirian bahawa apa keputusan yang kita nak usulkan kepada kerajaan tidak semestinya mengikut dasar kerajaan sedia ada.

“Jika ada perkara baru tidak disenaraikan yang penting untuk dilakukan, sebagai contoh pembukaan sempadan, jadi apa diputuskan oleh MPN, seboleh-bolehnya seawal Januari, tetapi kerajaan tangguh sehinggan Jun. Kenapa kita nak segera?, ini kerana kalau tangguh ekonomi tidak akan pulih dalam tempoh yang cepat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas Majlis Pemimpin Bersama Masyarakat dan Pelancaran Jentera Perikatan Nasional (PN) Kelantan, di sini hari ini.

Mengulas lanjut katanya, terserah kepada mana-mana pihak mendakwa ia gagal atau sebaliknya, namun perlu diingati MPN merupakan sebuah badan yang ditubuhkan kerajaan bertujuan memberi nasihat.

“Nak kata gagal atau tidak itu terserah kepada kerajaan, mungkin cadangan kita baik tapi kesannya tidak baik. Tapi saya faham proses pemulihan ini tidak mudah.

“Dato’ Seri Zahid Hamidi senang cakap gagal, macam dahulu dia kata kerajaan gagal tapi tak gagal. Apa pun yang cakap gagal itu adalah orang politik bukan rakyat. Tapi kalau rakyat bagitahu Muhyiddin berhenti, saya akan berhenti“ katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Zahid mengatakan penubuhan MPN sejak awal tidak membuahkan hasil dan hanya berfungsi sebagai penasihat kerajaan. – HARAKAHDAILY 2/7/2022

2. Muhyiddin bangkit isu TPM ketika jumpa PM 

TANAH MERAH: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob membincang beberapa perkara penting termasuk jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM).

Katanya selain itu pertemuan tersebut mempertimbangkan apa yang terkandung dalam perjanjian Perikatan Nasional (PN) dengan Perdana Menteri.

“Beberapa hari lalu sata berjumpa dengan Perdana Menteri dan melalui pertemuan itu saya juga mencadangkan beberapa perkara penting termasuk mengenai pelantikan dalam kerajaan bukan sahaja mengisi kekosongan tetapi termasuk pelantikan-pelantikan baharu.

“Kita tidak minta lebih daripada itu tetapi hanya soal pelantikan menteri, timbalan perdana menteri termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC), badan-badan berkanun dan peruntukan kerajaan.

“Perkara yang tersenrai itu saya dah maklumkan kepada PM, saya minta seberapa segera untuk buat keputusan yang saya harapkan,” katanya ketika diminta mengulas mengenai kedudukan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato’ Zuraida Kamaruddin.

Ketika ditanya mengenai agihan kerusi, beliau yang juga presiden Bersatu berkata, perkara itu masih belum diputuskan walaupun struktur PN di Kelantan telah lengkap.

“Setakat ini sokongan daripada ahli termasuk rakyat terhadap PN amat memberangsangkan selain kita juga telah mewujudkan jawatankuasa PN di peringkat negeri yang diputuskan oleh pimpinan pusat.

“Kelantan sebuah negeri yang sejak dahulu lagi di bawah pimpinan PAS, jadi saya yakin, dengan kerjasama ini termasuk Bersatu masa depan Kelantan akan lebih cerah,” katanya.

Selain itu beliau turut mengulas mengenai segi logo katanya, semua bersetuju menggunakan logo PN. – HARAKAHDAILY 2/7/2022

3. 'Tak perlu layan tuntutan Muhyiddin' 

KUALA LUMPUR: Kerajaan digesa tidak melayan tuntutan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang menuntut lantikan Timbalan Perdana Menteri daripada Perikatan Nasional (PN) dan penubuhan Majlis Pemulihan Negeri.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menegaskan tuntutan Muhyiddin itu bukan keutamaan ketika ini memandangkan pentadbiran semasa hanya boleh bertahan maksimum setahun lagi, sebelum ia perlu dibubarkan.

Sebaliknya, Najib menggesa kerajaan memberi fokus sepenuhnya pada usaha memulihkan ekonomi dan mengawal inflasi, berbanding mendahulukan pengagihan jawatan politik dan penubuhan majlis.

"Adakah prioriti negara ketika ini untuk lantik Timbalan Perdana Menteri, menteri-menteri baharu, pelbagai jawatan baharu serta menubuhkan banyak lagi majlis dan jawatankuasa?

"Saya faham kenapa dia (Muhyiddin) terdesak sehingga tahap ini. (Jawatan) dijadikan gula-gula untuk elak lagi ramai pemimpin BERSATU lompat keluar partinya seperti yang sedang berlaku sejak awal tahun ini.

"Harap kerajaan jangan layan. Fokus pada pemulihan ekonomi dan mengawal inflasi. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Bukan jawatan didahulukan, berlambak majlis ditubuhkan," katanya menerusi Facebook, hari ini.

Semalam, Muhyiddin memaklumkan berjumpa Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob beberapa hari lalu bagi membincangkan isu lantikan jawatan baharu, khususnya Timbalan Perdana Menteri seperti yang dijanjikan kepada PN.

Selain itu, Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri, menggesa Majlis Pemulihan Negeri segera dibentuk bagi melancarkan usaha memulihkan ekonomi bersepadu membabitkan kerjasama kerajaan Pusat dan negeri.

Pengerusi PN itu memaklumkan cadangan penubuhan Majlis Pemulihan Negeri itu sudah diusulkan kepada kerajaan dan mendakwa ia dipersetujui Ismail Sabri. (BH)

-ibnuhasyim.com

Ahad, 22 Mei 2022

Dakwaan kahwin janda anak tiga, akhirnya Najib beri respon


Dakwaan kahwin janda anak tiga, akhirnya Najib beri respon. Najib Razak enggan mengulas mengenai sekeping gambar yang tular di media sosial sejak dua hari lalu sehingga mencetuskan spekulasi pemimpin Umno itu mempunyai keluarga baru.

Bekas perdana menteri itu yang ditemui media terus berjalan ke arah keretanya di luar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, di Jalan Duta selepas perbicaraan sebelah pagi berhubung dakwaan dia dan bekas CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy terbabit dalam pemindaan laporan audit firma pelaburan negara itu.

“No no no no no no no,” kata Najib sambil terus memasuki kereta dan dipandu pulang ke rumah.

Semalam, Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad mengucapkan “selamat pengantin baru” kepada Najib dalam komen di Facebook.

Ini selepas bekas perdana menteri itu, memuat naik statusnya bersama Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan dan Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Vanu Gopala Menon.

“Selamat pengantin baru Datuk Seri!” tulis Wan Wan Ahmad Fayhsal.

Komen itu dibuat selepas tersebarnya sekeping gambar Najib dengan seorang wanita, yang mencetuskan spekulasi pemimpin Umno itu mempunyai keluarga baru.

Najib berkahwin kali pertama dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar pada tahun 1976 ketika berusia 23 tahun.

Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mohd Nizar, Mohd Nazifuddin dan Puteri Norlisa.

Selepas bercerai dengan Zainah pada 1987, Najib berkahwin pula dengan Rosmah Mansor.

Mereka memperoleh dua orang cahaya mata iaitu Mohd Norashman dan Nooryana Najwa.

Dua tahun lalu, tersebar dakwaan sama bahawa Najib berkahwin dengan seorang wanita berusia 50 tahun.

Wanita itu bagaimanapun menafikannya dan membuat laporan polis.

-ohviralnews.com