Gara-gara dituduh menjadi punca kepada pembatalan pingat emas milik atlet Malaysia, Ziyad Zolkelfi, netizen mula menyerang akaun sosial media yang dikaitkan dengan atlet Paralimpik serta kedutaan negara Ukraine.
Selepas akaun Facebook kedutaan Ukraine diserang semalam, netizen melepaskan kemarahan mereka kepada Maksym Koval, pesaing Ziyad di akaun peribadi miliknya.
Ruangan komen di akaun itu dibanjiri dengan pelbagai bentuk kecaman terhadap atlet tersebut.
Menurut Koval, akaunnya pertamanya turut digodam oleh netizen dari Malaysia selepas pembatalan pingat emas Ziyad diumumkan.
Pengumuman tersebut dibuat oleh Koval di akaun keduanya semalam.
Tidak tahan dengan tindakan netizen yang tidak putus-putus melakukan serangan terhadapnya, atlet tersebut membuat permohonan maaf secara terbuka di story Instagram bagi mengelakkan isu ini dipanjangkan.
Walaupun dia telah meluahkan kekesalannya serta membuat permohonan maaf secara terbuka, tentera bawang nampak masih lagi tidak mahu berundur.Tindakan tentera bawang tersebut bagaimanapun dilihat bersifat keterlaluan kerana dianggap tidak matang selain mencemarkan imej negara di mata dunia.
Sebelum ini, Keputusan untuk membatalkan pingat emas yang dimenangi jaguh lontar peluru para negara Muhammad Ziyad Zolkefli kekal.
Rayuan kontinjen Malaysia bagi mengesahkan pingat emas milik jaguh lontar peluru para negara, Ziyad Zolkefli, telah ditolak pihak penganjur dalam mesyuarat antara chef-de-mission (CDM) sebentar tadi.
Ia bermakna, Ziyad terlepas pingat emas acara lontar peluru F20 Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dan rayuan selanjutnya hanya boleh dibuat selepas temasya itu berakhir.
Sumber: Ohmymedia, Insidethegames, Instagram @maksym.koval_official
Sumber: Gula Gula Cinta