"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Gencatan Senjata. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Gencatan Senjata. Papar semua catatan

Jumaat, 17 Oktober 2025

Isbiol Ugut Sambung Serangan Jika H “Langgar” Gencatan: Damai Yang Semakin Tipis?

 "Isbiol Ugut Sambung Serangan Jika H “Langgar” Gencatan: Damai Yang Semakin Tipis?" 

Sebenarnya siapa yang memberi kuasa kepada si Trump dan si Isbiol untuk menentukan halatuju umat Islam? Dah kenapa dia pula yang berani mengarah dan mengawal seolah-olah dunia ini miliknya?

Di mana para pemimpin Islam ketika maruah saudara seagama diinjak dan bumi P dibedil tanpa belas kasihan? Ramai yang seolah-olah dicucuk hidung, tunduk tanpa suara, ikut setiap kata mereka seolah-olah tiada lagi harga diri.

Sedangkan depan mata, si Isbiol menghancurkan tanah suci, membunuh anak kecil dan menodai masjid, tetapi mereka masih memilih untuk diam, seolah-olah takut kehilangan jawatan lebih daripada takutkan Allah.

Korang tahu tak, Isbiol memberi amaran untuk menyambung semula serangan. Kenyanyaan ini datang daripada Menteri Pertahanan Setanjahat, Israel Katz, selepas H memaklumkan mayat lain sukar dikeluarkan dari runtuhan tanpa jentera khas.

Nampak tak betapa rapuhnya dan betapa berat sebelahnya gencatan di G kerana syarat yang ditetapkan sukar dipenuhi dalam medan perang yang ranap dan berdebu. Di sebalik pentas diplomasi, tekanan ketenteraan terus mengetatkan leher rakyat yang tercabut segalanya.

Gaya bicara kuasa tetap sama. Mereka mendakwa mahukan damai sambil mengikat syarat yang hampir mustahil. Soal mayat menjadi alasan politik, sedangkan bangunan tersebut runtuh dan sukar untuk dialihkan dalam masa yang dipinta. Soalnya, siapa yang bom? 

Beginilah kaedah Z sejak dahulu. Ketika dunia menuntut henti tembak, mereka tawarkan tempoh singkat yang lebih mirip rehat taktikal. Selepas itu, naratif dilancar semula, angka lori bantuan dikurangkan dan alasan baharu disusun rapi untuk menuduh pihak yang tertindas. Gencatan dipaparkan sebagai hadiah, sedangkan di belakang tabir ia menjadi senjata tekanan.

Peranan Trump dalam episod ini hadir sebagai bayang kuasa yang mengabsahkan peta jalan sebelah pihak. Dia memuji, berjanji pemulihan, dan menekan agar syarat yang keras diterima sebagai realiti. Nada yang lembut di podium tidak mengubah hakikat bahawa G hidup dalam kegelapan, hospital kekurangan bahan api dan kanak-kanak menunggu giliran untuk seteguk air.

Rakyat G terus bergelut mencari roti di bawah bumbung koyak. Dalam keadaan serba kekurangan, mereka diminta menyerahkan jasad yang tertanam di bawah konkrit dan besi. Soalan paling pedih pun muncul. Habis itu berapa ramai rakyat P yang tertimbus akibat letupan yang datang dari arah yang sama yang kini menuntut mayat itu diserahkan?

Di meja rundingan, istilah besar berkeliaran. Keselamatan serantau, proses transisi dan pemulihan ekonomi disebut berkali-kali. Namun di khemah-khemah, ibu memeluk anak yang kebasahan kerana hujan musim sejuk dan tiada selimut tebal. Jurang antara bahasa diplomatik dan realiti kemanusiaan semakin melebar setiap hari.

Kisah ini berulang dengan lakon yang sama. Syarat dicipta untuk gagal, kemudian kegagalan dijadikan bukti perlunya serangan. Kamera merakam jabat tangan, tetapi tidak merakam bunyi mesin penjana yang terhenti kerana kehabisan diesel. Di mata dunia, gambar pemimpin sudah mencukupi untuk meyakinkan bahawa damai sedang berjalan.

Sebahagian pemimpin Islam perlu bercermin. Mereka hadir di sidang, duduk di barisan hadapan, tersenyum untuk kamera, kemudian pulang tanpa menuntut kedaulatan P yang jelas dalam undang-undang antarabangsa. Ketika si Setanjahat menyusun kata-kata keras, suara balas dari dunia Islam kedengaran hambar dan berpecah-pecah.

Gencatan yang tulen memerlukan tiga perkara. Laluan bantuan yang terbuka secukupnya tanpa selok-belok politik. Komitmen jelas terhadap kedaulatan P yang tidak lagi ditangguh. Mekanisme pemantauan bebas yang boleh menegur pelanggaran dengan kesan segera. Tanpa tiga perkara itu, damai tinggal tajuk berita.

Kita tidak menolak perjanjian. Kita menuntut keadilan yang hidup, bukan ayat-ayat manis yang membenarkan peluru kembali meletup selepas sidang akhbar. Selagi tuntutan kemanusiaan dikalahkan oleh syarat yang menjerut, selagi itu gencatan berubah menjadi teater yang memanjangkan derita.

Rakyat P memerlukan ruang bernafas, bukan syarat yang memerangkap. Mereka memerlukan jaminan air, makanan, perubatan dan elektrik, bukan angka lori yang turun naik mengikut mood politik. Mereka memerlukan pengiktirafan maruah, bukan simpati bermusim yang cair pada hujung minggu.

Sejarah sedang menulis dengan jelas. Amaran Isbiol membuka topeng damai yang tipis. Di sisi lain, sanjungan politik terhadap pelan gencatan tanpa akar keadilan hanya melanjutkan musim dingin di G. Dunia melihat, tetapi adakah dunia bersedia mengubah neraca atau sekadar menunggu tajuk baharu minggu depan?

Jika para pemimpin memilih diam, rakyat yang pedih akan terus menjerit dalam hati. Jika kuasa luar terus mengawal butang serangan, umat hanya mampu memeluk doa. Namun doa yang jujur menyimpan nyala tekad. Nyala itulah yang menuntut suara yang berani, tuntutan yang tegas, dan harga diri yang tidak dijual untuk setitis pujian.

Sudah jelas dunia sedang dipertontonkan dengan lakonan yang mengelirukan. Isbiol yang merampas tanah, membunuh puluhan ribu jiwa dan menghancurkan bumi P kini duduk sebaris dengan pemimpin dunia yang kononnya membawa damai.

Mereka bersalaman dan berbicara tentang keamanan, sedangkan tangan mereka masih berlumur darah. Ironinya, penjenayah yang menjarah wilayah orang lain kini diberi tempat di meja rundingan, seolah-olah mereka mangsa yang perlu difahami, bukan penjajah yang perlu diadili.

MasyaAllah, kebenaran itu tetap milik Allah walaupun dunia cuba menutupnya dengan propaganda dan senyuman palsu. Umat yang lemah di mata manusia sedang kuat di sisi Tuhan kerana mereka mempertahankan maruah dan akidah. Seperti buih di lautan, jumlah mereka mungkin banyak tetapi hanya iman yang berakar teguh akan bertahan di tengah gelombang yang menggila.

Source 

___


Buku "P: Dari Sungai ke Segara" karya Ayman Rashdan Wong mengajak pembaca menyelami sejarah panjang bumi barakah ini dengan pandangan yang jernih dan mendalam. Setiap helaian membongkar akar konflik, tipu daya kuasa besar dan perjuangan rakyat yang tidak pernah padam semangatnya. Fahami bagaimana tanah suci ini menjadi nadi umat dan simbol keteguhan yang tidak pernah tunduk pada kezaliman: https://s.shopee.com.my/4VMuIBEZ3n

Khamis, 16 Oktober 2025

Peace 2025: Gencatan Senjata G dan Isyarat Baharu Kuasa Dunia?

 “Peace 2025: Gencatan Senjata G dan Isyarat Baharu Kuasa Dunia?"

Di Sharm el-Sheikh, dunia menyaksikan detik bersejarah apabila pemimpin dari pelbagai negara duduk semeja menandatangani perjanjian gencatan senjata di G. Di atas pentas yang dihiasi panji-panji antarabangsa, Donald Trump berdiri teguh bersama pemimpin Mesir, Qatar dan Turkiye, mengumumkan apa yang disebut sebagai “permulaan era baharu untuk Timur Tengah.”

Dalam ucapannya, Trump menggambarkan masa depan yang penuh harapan untuk G, seolah-olah tanah yang hancur ini akan dibangunkan semula menjadi kota moden. Beliau memuji para pengantara serantau yang katanya berjaya membawa keamanan selepas dua tahun peperangan yang memusnahkan ribuan nyawa. Dengan penuh keyakinan, beliau menyatakan bahawa “pembinaan semula adalah bahagian paling mudah,” lalu menegaskan bahawa tiada siapa di dunia yang lebih tahu cara membina semula selain mereka.

Satu persoalan yang masih menghantui ramai pemerhati dunia. Siapa sebenarnya yang memusnahkan G? Siapa tangan-tangan jahat yang menekan butang peluru berpandu hingga seluruh kota bertukar menjadi debu? Dua tahun lamanya bumi itu dibedil tanpa henti, namun di pentas megah Sharm el-Sheikh, tiada satu pun pemimpin berani menyebut nama penjenayah sebenar di hadapan dunia. Mereka bersorak atas nama keamanan, sedangkan darah rakyat G belum pun kering di tanah mereka sendiri.

Kita faham pentingnya pembangunan semula, tetapi bagaimana mungkin sebuah tamadun baharu ingin dibina di atas kezaliman yang belum diadili? Dalam kalangan puluhan pemimpin yang berdiri di belakang Trump, tiada satu pun yang menuntut agar mereka yang memusnahkan G dibawa ke muka keadilan. Dunia seolah-olah buta terhadap hakikat bahawa keamanan tanpa pertanggungjawaban hanyalah ilusi yang akan hancur semula apabila angin politik bertiup ke arah lain.

Disebalik nada damai itu, tersirat makna yang jauh lebih besar. Ucapan Trump bukan sekadar menandakan berakhirnya serangan, tetapi permulaan kepada penyusunan semula kuasa geopolitik di Timur Tengah. Pembinaan semula G akan dijadikan model baharu untuk pelaburan global yang dikawal oleh kuasa-kuasa besar.

Kehadiran Mesir sebagai tuan rumah memberi isyarat jelas bahawa Kaherah mahu mengukuhkan kedudukannya sebagai penjaga sempadan dan pintu utama ke G. Mesir kini menjadi pusat logistik kemanusiaan yang menghubungkan dunia Arab dengan Barat. Dalam masa yang sama, Mesir memperoleh kedudukan strategik baharu sebagai penjaga laluan perdagangan Laut Merah yang semakin penting.

Qatar pula memainkan peranan yang jauh lebih "complicated". Doha ialah pengantara yang dipercayai semua pihak, menjadi jambatan antara Barat dan kumpulan pejuang P. Dengan reputasinya sebagai penyumbang dana kemanusiaan, Qatar memastikan pengaruhnya tidak akan pudar walaupun selepas letupan senjata berhenti berbunyi.

Turkiye hadir sebagai penyeimbang kepada dominasi Mesir dan memberi sentuhan Islamik dalam rundingan ini. Presiden Erdoğan membawa suara dunia Muslim dengan tegas bahawa keamanan tidak akan bermakna tanpa keadilan. Dalam masa yang sama, Turkiye menawarkan kepakaran pembinaan, tenaga dan industri berat bagi membangunkan semula G.

Dari Eropah pula, kehadiran Perancis, United Kingdom, Itali dan Jerman menunjukkan kepentingan ekonomi yang besar. Mereka hadir bukan hanya atas nama kemanusiaan tetapi kerana melihat G sebagai pasaran baharu untuk teknologi air, tenaga dan prasarana. Kehadiran Setiausaha Agung PBB António Guterres dan Liga Arab pula memberi sentuhan sah kepada perjanjian itu, menjadikannya kelihatan "seimbang" di mata dunia.

Trump menekankan keperluan nyahketenteraan G sebagai asas kepada proses pembinaan semula. Ia kedengaran seperti langkah keselamatan, tetapi di sisi lain ia memberi peluang kepada Amerika untuk menentukan struktur keselamatan baharu yang berpusat di bawah kawalan sekutu mereka. Sebenarnya "Money, money, money".

Perjanjian “Peace 2025” ini juga memberi ruang besar kepada Eropah untuk memainkan peranan ekonomi. Negara-negara seperti Jerman dan Itali dilapor akan menaja projek tenaga solar dan rawatan air, sementara syarikat-syarikat pembinaan dari Turkiye dan Qatar akan menjadi peneraju utama pembinaan semula rumah dan sekolah.

Namun di balik janji pembangunan, tersembunyi risiko besar yang mereka ini tak mahu sebut. Setiap pelaburan akan datang dengan syarat. Setiap kontrak akan membawa kuasa. Jika tidak berhati-hati, G yang baru akan dibina di bawah pengawasan antarabangsa yang terlalu ketat hingga rakyatnya terkurung dalam tembok yang lebih senyap daripada sebelumnya.

Rakyat P mungkin akan menikmati bekalan elektrik dan sekolah baharu, tetapi jika hak mereka untuk menentukan nasib sendiri tidak diiktiraf, maka pembangunan itu hanya menjadi topeng bagi sebuah penjajahan gaya baharu. Dunia mungkin melihat keamanan, sedangkan jiwa G terus dibelenggu dalam sistem kawalan yang kompleks.

Mesir beruntung kerana peranannya kini menjadi nadi diplomasi serantau. Sharm el-Sheikh berubah menjadi ibu kota baharu rundingan antarabangsa, menggantikan Geneva sebagai pentas perbincangan dunia Arab. Qatar pula memperoleh pengaruh luar biasa dalam Majlis Kerjasama Teluk, manakala Turkiye mengukuhkan pengaruhnya sebagai kuasa Islam yang tidak tunduk sepenuhnya pada Barat.

Namun kehadiran Mahmoud Abbas bagi mewakili Autoriti P menimbulkan persoalan tentang legitimasi. H yang lebih berakar di lapangan tidak berada di meja utama, walaupun merekalah pihak yang mengangkat senjata mempertahankan G. Inilah paradoks paling besar dalam perjanjian ini dimana suara rakyat yang paling terkesan tidak berada di kerusi rundingan. Apapun diharap mereka bersatu tidak kisah siapa wakilnya demi ummah. 

Eropah menggunakan momentum ini untuk menunjukkan bahawa mereka masih relevan di pentas global. Setelah bergelut dengan krisis ekonomi dan ketegangan dalaman, projek pembinaan semula G menjadi peluang untuk membina imej semula sebagai pelindung nilai kemanusiaan. Dalam senyap, Eropah turut memastikan syarikat mereka menjadi penerima utama kontrak infrastruktur.

Amerika pula tidak datang dengan tangan kosong. Mereka hadir dengan agenda jelas untuk mengawal arus geopolitik selepas era peperangan. “Peace 2025” bukan sahaja tentang G tetapi juga tentang imej Amerika sebagai kuasa yang mampu menamatkan konflik setelah dua dekad hanya dikenali kerana mencetuskannya.

Bagi Trump, ini adalah pentas politik yang sempurna baginya. Dunia Islam pula melihatnya sebagai ujian sejauh mana suara mereka benar-benar diambil kira atau sekadar menjadi perhiasan di meja rundingan.

Dalam kesibukan ucapan dan sidang media, rakyat G masih hidup di antara runtuhan. Mereka menunggu air bersih, makanan, ubat dan keamanan sebenar. Bagi mereka, “Peace 2025” hanya akan bermakna jika ia menghadirkan kehidupan yang manusiawi, bukan sekadar janji di podium.

Apa yang kita lihat ialah permulaan kepada fasa geopolitik baharu. Timur Tengah sedang disusun semula dengan cara yang lebih halus. Kuasa besar tidak lagi menakluk dengan senjata, tetapi dengan pinjaman, kontrak dan dasar ekonomi. G menjadi papan ujian seterusnya bagi model ini.

MasyaAllah, dunia menyaksikan satu babak besar dalam sejarah manusia. Umat Islam perlu bersatu hati, menolak perpecahan dan berhenti menembak sesama sendiri. Jika kita benar-benar mahu melihat bumi P bebas, maka kesatuan dan hikmah mesti menjadi senjata utama dalam perjuangan ini.

---

Source