"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Selasa, 31 Ogos 2021

Batal pingat emas Ziyad: ‘Tentera bawang’ Malaysia serang laman sosial Ukraine.

Kamu perompak, memalukan - Netizen Malaysia serang media sosial Ukraine

Atlet lontar peluru paralimpik negara Muhammad Ziyad Zokefli beraksi pada acara lontar peluru F20 (kategori masalah pembelajaran) pada Kejohanan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Stadium Olimpik malam ini.- FOTO BERNAMA

Atlet lontar peluru paralimpik negara Muhammad Ziyad Zokefli beraksi pada acara lontar peluru F20 (kategori masalah pembelajaran) pada Kejohanan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Stadium Olimpik malam ini.- FOTO BERNAMA

KUALA LUMPUR: Tindakan kem Ukraine yang melakukan protes pada final lontar peluru F20 mungkin menyaksikan mereka merangkul emas dan perak, namun itu memberi petanda bahawa mereka 'mencari pasal' dengan netizen Malaysia.

Susulan protes yang menyebabkan pingat emas yang dimenangi atlet para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli dibatalkan, 'tentera bawang' Malaysia terus berkerumun dan meninggalkan komen di laman media sosial yang memiliki kaitan dengan negara itu.

Antara laman sosial yang terkesan adalah laman rasmi negara terbabit, Ukraine UA dan Jawatankuasa Paralimpik Ukraine.

Pelayar Internet dari Malaysia 'membanjiri' ruang komen di kedua-dua laman sosial sebagai bantahan ke atas tindakan yang dilakukan atlet mereka pada temasya Paralimpik di Tokyo itu.

Rata-rata menyifatkan negara itu tidak mengamalkan semangat kesukanan, perompak dan melabel protes itu sebagai satu tindakan yang memalukan.

Terdahulu, kejayaan jaguh Ziyad meraih pingat emas 'dirompak' oleh protes yang dilakukan oleh kem Ukraine pada pentas final di Tokyo, sebentar tadi.

Difahamkan, kem Ukraine melakukan protes berikutan tiga atlet iaitu Ziyad, Todd Hodgetts (Australia) dan Jordi Patricio (Ecuador) dikatakan lewat untuk memasuki bilik menunggu sebelum pertandingan dimulakan.

Berdasarkan semakan di laman Paralimpik Tokyo, ketiga tiga atlet terbabit mendapat status 'DNS' sekali gus menyebabkan mereka dianggap tidak layak beraksi sekalipun Ziyad sebelum itu memecahkan rekod dunia dengan catatan 17.94 meter.

Bagaimanapun, protes terbabit menyaksikan apa yang dilakukan Ziyad pada pentas final tidak dikira.

Keputusan rasmi menyaksikan Ukraine yang melakukan protes berjaya meraih pingat emas dan perak bagi acara lontar peluru F20.

Susulan itu, pingat emas menjadi milik Maksym Koval yang melakukan catatan 17.34 meter sekali gus menjadi rekod dunia sementara pingat perak dirangkul Oleksandr Yarovyi yang mencatat balingan 17.30.

-BH Online

”Ini Adalah Keputusan Yang Memalukan, Pingat Emas & Rekod Dunia Dicuri” – Khairy Jamaluddin


 Penarikan semula pingat emas yang dimenangi atlet lontar peluru negara, Ziyad Zolkafli sebentar tadi telah mencetus kemarahan rakyat Malaysia.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin tidak terkecuali dalam membantah keputusan penganjur tersebut, malah tegasnya ia adalah perkara yang memalukan.

“Ini adalah keputusan yang memalukan. Ia adalah aib yang bertentangan dengan semangat Paralimpik. Sekiranya itu adalah kelewatan di call room, sepatutnya anda tidak boleh benarkan mereka bertanding di tempat pertama.

“Pingat emas dan rekod dunia yang dicuri,” katanya di Twitter hari ini.

Khairy membuat kenyataan tersebut bagi membalas ciapan Twitter milik Paralympic Games yang memaparkan keputusan terkini acara lontar peluru berkenaan.

Dalam keputusan tersebut, jelas pingat emas dan perak telah diserahkan kepada dua atlet Ukraine, manakala pingat gangsa jatuh kepada atlet Jerman.

Sumber: Twitter Khairy Jamaluddin

-siakapkeli.my

Paralimpik Tokyo 2020: Protes atlet Ukraine, Ziyad terlepas pingat emas

 Paralimpik Tokyo 2020: Protes atlet Ukraine, Ziyad terlepas pingat emas

Ziyad terlepas pingat emas apabila kemenangannya dibatalkan. - Gambar/ Bernama
ATLET paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli, terlepas pingat emas apabila kemenangannya dibatalkan selepas dia dianggap tersingkir kerana dikatakan lewat masuk ke call room sebelum pertandingan dimulakan.
Menurut laman Facebook Team Malaysia, pingat emas itu secara rasmi diberikan kepada atlet Ukraine, Maksym Koval, yang membuat bantahan selepas kemenangan Ziyad.
Sumber Facebook TeamMalaysia
Astro ARENA pula melaporkan, protes itu membabitkan tiga atlet termasuk Ziyad yang dikatakan lambat masuk ke call room sebelum pertandingan dimulakan.
"Ada protes dari atlet Ukraine. Ziyad salah seorang dari 3 atlet yang telah lambat masuk ke call room sebelum pertandingan dimulakan. Maka, Penyertaan Ziyad dibatalkan.
"Maka, penyertaan Ziyad dibatalkan. Kemenangan emas Ziyad dibatalkan serta-merta. Emas diraih atlet dari Ukraine Maksym Koval," lapor Astro ARENA.
Terahulu, Ziyad secara tidak rasmi berjaya meraih pingat emas kedua untuk negara dan memecahkan rekod dunia pada acara akhir lontar peluru F-20, menerusi lontaran ketiganya, dengan catatan 17.94 meter.
Pegawai Kontinjen Malaysia ketika ini sedang membuat rayuan dan difahamkan ia sedang dibincangkan oleh penganjur, menurut kemas kini Astro ARENA.
-AstroAwani

Nam Ron terkilan bakat isteri seolah-olah tak dihargai

 Nam Ron dan June bersama trofi masing-masing di FFM29 lalu.

Nam Ron dan June bersama trofi masing-masing di FFM29 lalu.

Kuala Lumpur: Walaupun pernah dicalonkan dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia Tenggara 2016 dan memenangi Pelakon Wanita Harapan di Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM29) pada 2017, tetapi bakat pelakon June Lojong seolah-olah tidak dihargai sebahagian besar peminat filem tanah air.

Suaminya yang pelakon dan pengarah berkaliber tanah air, Nam Ron, 52, agak terkilan dengan sikap masyarakat yang tidak mengendahkan bakat besar isterinya itu.

Bila isteri saya disenaraikan sebagai salah seorang pelakon wanita terbaik di Asia Tenggara. Saya bangga tapi turut sedih kerana bakatnya tidaklah begitu dihargai di negara sendiri," katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Menurut Nam Ron, jika tiada sesiapa menghargai bakat isterinya, biarlah dia menghargainya sampai bila-bila.

Dalam Festival Filem Asia Tenggara 2016, June satu-satunya wakil Malaysia yang dicalonkan menerusi filem Redha / Beautiful Pain.

Turut dicalonkan dalam kategori itu ialah bintang filem legenda Indonesia, Christine Hakim, Cut Mini dan pelakon Filipina, Jaclyn Rose, Nora Aunor dan Hashime Kilip.

Di FFM29, pasangan suami isteri ini turut membuat kejutan apabila Nam Ron memenangi Pelakon Lelaki Terbaik dan June menang Pelakon Wanita Harapan menerusi filem yang sama.

Dalam filem Redha / Beautiful Pain, mereka berlakon sebagai pasangan suami isteri yang berjuang membesarkan anak autisme.

June adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Seni Teater dari Universiti Malaya.

-myMetro

Isnin, 30 Ogos 2021

Pelukis Orang Asli Shaq kecewa portal guna Jakun dalam cara menghina

image placeholder
BERITA

Pelukis Orang Asli Shaq Koyok berasa kecewa dan marah atas penggunaan perkataan Jakun dalam kepala berita sebuah portal semalam.

Shaq memberitahu Malaysiakini dia terkejut melihat tajuk “Jijoe jakun posing depan jambatan” oleh Harian Metro, yang memaparkan jaguh pelumba basikal negara Azizulhasni Awang bergambar bangga di hadapan jambatan angkat Terengganu di negeri asalnya.

Dalam hantaran asal, pemenang pingat Olimpik itu berkata dia tidak kisah jika orang ramai memanggilnya jakong (dialek Terengganu untuk Jakun) kerana bergambar di hadapan jambatan berkenaan.

Harian Metro memetik hantarannya secara langsung dan mengubahnya kepada bahasa Melayu standard, dengan menggantikan perkataan jakong kepada ‘orang Jakun’.

 Azizulhasni telah pun menukar perkataan jakong dalam hantaran asal, kepada perkataan ‘kelolo’.

Untuk rekod, Harian Metro juga telah menukar kepala berita kepada "Kini baru Jijoe dapat peluang posing" dan menggugurkan perkataan Jakun dalam laporannya.

Pun begitu, kata Shaq perkara tersebut tidak seharusnya berlaku.

“Pada 2021, kita masih lagi lihat sesetengah orang Malaysia menggunakan Orang Asli Jakun sebagai satu istilah menghina! Berhenti menghina Orang Asli dalam cara begitu!

“Janganlah menggunakan ayat menyebut nama kaum orang lain untuk jadikan perumpamaan yang tidak baik.

"Lagi-lagi nak jadi contoh perangai seseorang itu. Tak salah kalau buat benda yang baik,” katanya di Twitter.

Shaq, Orang Asli suku Temuan, memberitahu Malaysiakini penggunaan perkataan Jakun dalam cara sebegitu adalah tidak bertanggungjawab dan memudaratkan.

“Media seharusnya profesional dalam kerja mereka. Mereka perlu memeriksa asal perkataan (yang digunakan) dan mendidik diri mereka tentang orang minoriti di negara ini, terutamanya Orang Asli dan perkauman,” katanya.

Dengan komuniti lebih 20,000 orang, Jakun merupakan suku kedua terbesar daripada 18 suku Orang Asli di Semenanjung Malaysia dan tinggal kebanyakannya di hutan-hutan di Johor dan Pahang.

Nama suku mereka digunakan secara meluas dalam percakapan pasar sebagai istilah yang bersifat merendah-rendahkan, bagi menggambarkan seseorang yang kolot, kuno, atau mundur; atau mudah takjub atau hairan apabila melihat objek kemajuan.

Ia sama seperti istilah “sakai” yang merupakan perkataan Siam untuk Orang Asli, tetapi digunakan untuk merendah-rendahkan seseorang di Malaysia.

Kawan kepada Shaq, Rosya yang merupakan seorang Jakun, mengaku terluka dengan insiden itu.

“Sedih apabila orang menggunakan nama kaum saya untuk merujuk kepada penampilan atau sikap mereka. Didiklah diri anda, saya letih nak didik kawan-kawan sendiri. Hanya seorang, dua menerima penjelasan saya dan tak ulangi lagi (menggunakan istilah itu).”

Shaq melukis tentang subjek Orang Asli bagi membangkitkan isu dan kehidupan masyarakatnya.

Katanya, ketika sambutan Hari Merdeka menjelang tiba, masih ramai yang belum belajar untuk melayan orang lain dengan rasa hormat.

“Saya rasa masalah ini datang daripada sistem pendidikan Malaysia, yang tidak pun mengajar pelajar tentang budaya dan sejarah Orang Asli.

“Inilah sebabnya kenapa ramai pelajar Orang Asli tak menamatkan sekolah menengah mereka - kerana sikap perkauman.

"Saya tanya kawan-kawan Orang Asli saya sebab mereka berhenti sekolah. Mereka kata, ‘Kenapa susah-susah hendak ke sekolah sedangkan mereka dibuli dan dipanggil macam-macam gelaran?” kata Shaq lagi.

-malaysiakini

'Saya wanita tulen' - Che Halimah

 


Pasir Mas: "Saya bukan lelaki tetapi wanita tulen," kata Che Halimah Che Mood, 62, warga emas yang dikatakan 'pelik' kerana wajahnya mempunyai misai dan janggut.

Che Halimah yang diserang angin ahmar sejak lapan tahun lalu mengakui hidupnya dibelenggu masalah itu sejak di usia awal 20-an menyebabkan dia perlu mencukur dua atau tiga kali seminggu agar kelihatan seperti wanita biasa.

Dia yang pernah menempuh kegagalan rumah tangga sebanyak dua kali berkata, sudah berjumpa doktor untuk mengetahui punca masalah dan disahkan mempunyai kadar hormon testosteron yang tinggi.

"Selama berpuluh-puluh tahun saya perlu bercukur agar tidak dipandang aneh oleh orang sekeliling. Namun, kini keadaan semakin teruk apabila saya diserang angin ahmar menyebabkan lumpuh separuh badan sebelah kiri.

"Saya tidak mempunyai anak untuk menumpang kasih. Nasib baik adik, Mohammad Kamaruddin Abdullah, 42, dan isterinya, Nur Asmira Che Hussin, 36, sanggup menjaga segala makan dan minum saya serta ibu yang sudah tua, Kalsom Mamat, 93.

"Malah, misai dan janggut saya ini, Nur Asmira yang selalu bantu mencukur dua atau sekali seminggu agar tidak tumbuh panjang seperti lelaki," katanya ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Batu Karang, di sini, semalam.

Che Halimah dikunjungi wakil Yayasan Raja Shamri (YRS), Tuan Zaimah Raja Omar yang menyampaikan sumbangan kewangan, barangan keperluan, serta lampin pakai buang.

Menurutnya, dia mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 sebulan yang mana biasa digunakan untuk membeli keperluan lampin pakai buang dengan kos RM250 sebulan.

"Ketika masih sihat dan kuat, saya banyak merantau mencari rezeki termasuk beberapa tahun bekerja di Singapura sebagai tukang masak restoran di sana. Sebolehnya, saya tidak mahu menyusahkan orang sekeliling, tetapi apakan daya saya diuji dengan hanya kini mampu terbaring saja jika tidak dibantu.

"Sebelum ini, saya tidak terbuka untuk memberitahu orang lain mengenai masalah saya kecuali dengan keluarga terdekat kerana ia membuatkan saya kurang keyakinan diri," katanya.

CHE Halimah mempunyai kadar hormon testosteron yang tinggi menyebabkan wajahnya mempunyai misai dan janggut. FOTO Syaherah Mustafa

CHE Halimah mempunyai kadar hormon testosteron yang tinggi menyebabkan wajahnya mempunyai misai dan janggut. FOTO Syaherah Mustafa


-myMetro

‘Sɑyɑ Mɑlu, Berpuluh Tɑhun Jɑgɑ Aurɑt, Akhirnya Kenɑ Mengɑngkɑng Depɑn Doktor Lelɑki’

 

SUATU malam rumah saya didatangi beberapa orang pelajar dari kalangan pelajar perubatan Tanta. Memandangkan sebelum ini kami pernah terlibat sama dalam program persatuan, maka saya mengenali mereka.

“Saya pelik, kenapa ramai doktor lelaki terlibat dalam bidang perbidɑnan (wɑnita bersɑlin)?” Saya cuba mendugɑ.

“Tak ramai sebab bidang perbidanan ini sebenarnya risikonya tinggi dan agak susɑh. Contohnya kalau ada emergency kes tengah-tengah malam ada orang nak berɑnak susɑhlah doktor perempuan nak tolong…” Jawabnya.

“Saya pelik, kenapa ramai doktor lelaki terlibat dalam bidang perbidɑnan (wɑnita bersɑlin)?” Saya cuba mendugɑ.“Tak ramai sebab bidang perbidanan ini sebenarnya risikonya tinggi dan agak susɑh. Contohnya kalau ada emergency kes tengah-tengah malam ada orang nak berɑnak susɑhlah doktor perempuan nak tolong…” Jawabnya.

Sudah saya jangkakan jawapannya. Saya cuba berfikir relevɑn di sebalik jawapan itu sambil tangan mencobek ketulan cucur bawang yang kami sediakan untuk mereka. Sedap juga menjɑmah cucur panas-panas begini.

“Lagipun doktor lelaki jadi dɑh biɑsa dah macam tu (sudah mɑngli melihat aurɑt wanita ketika mahu bersɑlin, tidak bernɑfsu lagi)…’ Sambungnya lagi.

Alasannya darurat

Alasannya darurɑtAlasannya darurat 

Ada di kalangan mereka yang memerlukan lelaki terjun ke dalam bidang sɑkit puɑn atau obstetrik dan ginekologi (O&G) dengan beralɑsan kecemɑsan. Malah menggunɑ pakɑi kaedah masyhur qawaid fiqh yang berbunyi:

Maksudnya: “Darurɑt boleh menghɑruskan perkara yang dihɑrɑmkan dengan syarat darurɑt tersebut tidak kurang (bukan lebih kecil) berbanding perkara yang dihɑrɑmkan.”

Perlu diketahui, kaedah di atas bagi darurɑt doktor lelaki merɑwat ataupun menjadi bidɑn kepada wanitɑ bersɑlin adalah terlalu umum. Kita tidak akan dapat menyelesaikan masalah tersebut tanpa membuat pengecuɑlian hal ehwal sɑkit puɑn.


Justeru, kita tidak boleh mengkiɑskan darurɑt memɑkan bɑngkai secara keseluruhannya. Ini kerana darurɑt memɑkan bɑngkai berbeza dari beberapa sudut. Antaranya ialah:

1. Merujuk kepada masalah keharusɑn memakan bɑngkai, ianya tidak melibatkan pihak kedua. Maksudnya ia hanya melibatkan individu yang memakan bɑngkai itu sahaja. Manakala bagi kes bersɑlin, ianya melibatkan pelbagai pihak bersama iaitu pesɑkit, suɑmi dan doktor yang menyambut kelahiran itu sendiri.

Seterusnya jika berlaku kes bersɑlin, kesɑn di sebalik perbidɑnan itu adalah amat besar samaada terhadap emosi sehinggakan si isteri akan mengalami trɑumɑ berpanjangan. Begitu juga suami, pasti akan mengundang rasa ‘lain’ apabila lelɑki ɑsing melihat aurɑt mughallazah isterinya. Doktor juga tidak dapat lari daripada menerima kesɑn akibat kes perbidɑnan tersebut seandainya masih bergelar lelaki sejati.

Harus memakan bɑngkɑi dikategorikan sebagai perkara yang ta’abbud. Oleh itu apabila berlaku pertembungan antara ta’abbud dengan tujuan pensyariatan (maqasid syariah) maka mestilah mendahulukan maqasid syariah. Menjɑga aurɑt adalah salɑh satu destinasi pensyariatan (iaitu menjaga mɑruɑh), dan berubɑt juga merupakan salah satu destinasi pensyariɑtan (iaitu menjaga nyawa).

Ini kerana, ada sesetengah keadaan didahulukan menjaga maruɑh berbanding menjaga nyɑwa, dan ada sesetengah keadaan didahulukan menjaga nyɑwa berbanding menjaga mɑruɑh.

Contoh lain, misalnya terdapat kes seorang wanita dipɑksɑ berzinɑ, jikalau tidak berzinɑ maka akan dibvnvh. Oleh itu dalam masalah ini ulama ‘menghɑrɑmkan wanita berkenaan berzinɑ, jadi hendaklah memilih untuk dibvnvh berbanding berzinɑ.
Mengapa? Kerana berzinɑ risikonya lebih besar berbanding bvnvh. Antara risiko jenɑyɑh zinɑ ialah kesɑn traumɑ, kes3dihɑn, kemurvngɑn terhadap mɑngsɑ dan keluarga. Malah kesan ini akan lebih tervk jika menyebabkan kelahiran anak lvar nikɑh.

Alasan mereka yang lain

Saya merasakan alasan kerana wanita sukar untuk keluar malam jika berlaku kes kecemɑsan adalah tidak relevan sama sekali. Ini kerana dunia kini bertambah canggih dan mempunyai pelbagai kemudahan perhubungan. Bahkan wanita itu juga boleh ditemani suami ataupun mahram jika keseorangan.

Cuba kita renung sejenak, dahulu ibu-ibu kita melahirkan anak bagaimana? Hanya atas pertolongan mak bidan menggunakan perubatan tradisional. Terdapat juga sesetengah tempat mereka menggunakan khidmat jururawat bergerak.

Kesemua mereka adalah wanita. Mereka sanggup berkorban demi membantu kaum sendiri tanpa beralasankan hari sudah larut malam. Dunia bertambah canggih, ini bukan ceritera kisah menunggang basikal tua!

Oh, saya sedikit geli hati mendengar alasan doktor lelaki sudah bosan melihat aurɑt wɑnita sehinggakan tidak rasa bersyɑhwɑt lagi. Jawapannya mudah, sama ada doktor lelaki itu sudah mɑti pucvk? Atau sudah menjadi tidak normɑl? Sungguh kɑsihɑn jika itu berlaku.

Faktanya, lelaki yang mengubati wanita dan terpɑksa melihat aurɑt lebih berisiko iaitu risiko terdedah kepada perzinɑɑn. Ini bukan bermaksud terdedɑh kepada berzinɑ dengan pesɑkit ketika rawɑtan sahaja, bahkan ianya mendorong kepada perzinɑɑn umum, tidak kira samaada dengan pesɑkit atau bukan pesɑkit.

Secara teorinya, melihat aurɑt terutama bahagian aurɑt mughallazah (bahagian alɑt kelɑmin) boleh merangsɑng hɑwɑ nɑfsu. Lantas ransangan ini mendorong seseorang ke arah perzinɑɑn walaupun sekadar istimta’ (ringan-ringan).

Teori ini disokong oleh kajian daripada W.H.O yang menyatakan hampir 20% doktor lelaki menjalinkan hubungɑn s3ks dengan pesɑkit wanita. Ini termasuklah kes pegɑwai perubɑtan yang mer0g0l pesɑkit ketika komɑ sehingga menyebɑbkan mengɑndung di Barat. Perkara sebegini akan bertambah tervk jika dimonopoli oleh para doktor lelaki yang masih bujang dan tidak berɑkhlak.

Qatadah meriwayatkan: Telah sampai kepadaku sabda Rasulullah SAW dengan maksudnya: “Tidak harus bagi mana-mana perempuan yang beriman dengan Allah SWT dan hari akhirat (memperlihatkan anggota dan mereka) melainkan di bahagian ini, sambil baginda memegang bahagian tengah lengannya.” (Maksud bahagian tengah ialah – bermula dari hujung jari sehingga separuh lengan, bukan pergelangan tangan)

Terdapat riwayat di dalam sebuah hadis yang sahih bahawa Ibnu Abbas r.a berkata kepada Ato‘ bin Abi Robah r.a bermaksud : “Mahukah engkau jika aku tunjukkan seorang perempuan ahli syurga?” Ato’ menjawab: “Ya.”

Ibnu Abbas berkata: “Perempuan hitam ini telah datang kepada Rasulullah SAW lalu berkata: Aku dirɑsuk dan aurɑtku tersingkɑp, maka bolehkah engkau doakan untukku?” Rasulullah SAW bersabda: “Jika engkau mahu bersabar, maka bagimu syurga. Jika engkau mahu aku mendoakan kesejahteraan, (maka aku akan doakan)”.

Sumbert : chempedakcheese

VIRAL: Individu Yang Kena Tegur Tak Boleh Rakam Tampil Dedah Cerita Sebenar

 

Tiada m.asalah sekiranya penerima v aksin ingin merekodkan p.roses ketika menerima s.untikan v.aksinasi, selagi mana dia tidak menggang.gu tugas para pegawai perubatan ataupun kelancaran semasa di Pusat Pemberian V.aksin (PPV).

“Kita ingin menggalakkan seramai mungkin orang untuk mendapatkan s.untikan v.aksin. Sekiranya mereka ingin mengambil video, ia harus dibenarkan,” kata Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng.

Ahli P.arlimen Tanjung Piai itu berkata demikian sebagai mengulas keja.dian di mana seorang lelaki berusia 24 tahun dihalang untuk merakam proses v.aksinasi oleh seorang petugas perubatan, dengan alasan bahawa menteri penyelaras Program I.munisasi C0vid 19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin telah meletakkan jawatan.

Difahamkan, keja.dian itu berlaku awal minggu ini di sebuah PPV di Pontian, yang berada di dalam daerah Tanjung Piai.

Lelaki tersebut yang merupakan seorang jurutera dan hanya mahu dikenali sebagai Raff Muhd berkata dia hadir ke PPV berkenaan untuk menerima s.untikan v.aksin dos pertama sekitar pukul 11 pagi, 25 Ogos baru-baru ini.

“Pada mulanya, saya tidak beniat untuk merekod p.roses v.aksinasi tetapi jururawat yang mengendalikan saya baik dan ramah, jadi saya meminta izin kepadanya untuk merakam.

“Saya hanya mula merekod setelah dia memberi izin dan kami dengan senang hati berbual semasa dia sedang memberi s.untikan. Tiba-tiba, seorang pekerja perub.atan lain masuk dan mengatakan bahawa rakaman tidak dibenarkan ‘kerana KJ telah meletak jawatan’, dan dia menutup telefon bimbit saya menggunakan tangannya.

“Saya sangat terk.ejut dan bingung pada ketika itu sehingga saya tidak tahu bagaimana hendak memberi respon. Saya hanya terus berlalu ke stesen seterusnya untuk pemerhatian selepas menerima suntikan,” katanya.

Dia memuat naik klip video itu di Twitter pada Khamis (26 Ogos), di mana ia menjadi tular dan meraih sehingga 579,000 jumlah tontonan setakat tengah hari Jumaat.

Menerusi klip video selama lapan saat itu, kedengaran petugas berkenaan berkata dalam Bahasa Malaysia: “Tak boleh rakam, KJ dah letak jawatan. Prosedur Kementerian Kesihatan (KKM) tak boleh rakam,” katanya sebelum menutup telefon bimbit milik pemuda tersebut.

Raff menambah, dia menghormati tugas barisan hadapan (fro.ntliners) yang memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat, tetapi menyifatkan in.siden yang berlaku seolah-olah tidak menghormatinya.

Dalam masa yang sama dia turut berharap agar jururawat yang membenarkannya merakam video agar tidak dikenakan apa-apa t.indakan.

Sementara itu Jeck Seng menyifatkan ayat yang digunakan oleh petugas perubatan berkenaan sebagai tidak wajar, memandangkan perletakan jawatan seorang menteri seharusnya tidak memberi pengaruh kepada cara barisan depan menjalankan tugas mereka.

Khairy pada 23 Julai lalu berkata orang ramai dibenarkan merakam ketika menerima s.untikan v.aksinasi mereka.

Khairy yang sebelum ini merupakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi serta menteri penyelaras Program Imunisasi C0vid 19 Kebangsaan (PICK), kini memegang portfolio sebagai Menteri Kesihatan sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Jumaat.

Reaksi Khairy Sebelum Itu

T.indakan Menteri Kes.ihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bert.indak berkongsi semula video memaparkan seorang pemuda yang tidak dibenarkan merakam video ketika menerima suntikan vaksin di laman Twitter mencuit hati pengguna media sosial, hari ini.

“Assalamualaikum,” tulisnya ringkas sebentar tadi yang diulang kicau lebih 16,000 kali.

-ISU HOT

Sabtu, 28 Ogos 2021

Info herba:Kenali dan ketahui khasiat Pokok Jarum 7 Bilah

 POKOK JARUM 7 BILAH

Pokok jarum 7 bilah ni saya pernah baca awal-awal tahun 80-an di dalam mastika. 

Seorang perempuan cina mengidap kanser.

Dia amal kan dengan kesep di bawah lidah dan berjoging setiap hari.

Daun ni berlendir bila dikunyah. Tapi penuh khasiat.  Dengan izin ALLAH kansernya sembuh dalam tempoh sebulan.

Lepas keluo kat mastika, esok pokok tu habis dikejekan orang. Tak tinggal sikit pun.

Pokok ni senang idup.

Bila kawan-kawan yang tahu khasiatnya berkongsi cete, timbul rasa nak cuba.

Tambah pulak tahu daun yg dah dikeringkan ni kalau dijual di kedai  ubat beratus RM, tu yang rebus sendiri.

Antara pengalaman saya, bila badan rasa cam nak demam, saya rebus 7..8 lai dan minum. 

Alhamdulillah.  

Tak jadi demam.  

Bila ada bisul atau bengkak-bengkak di tubuh, saya tumbuk letak sedikit air dan tepekkan ditempat yg bisul. 

Alhamdulillah.  

Bisul atau bengkak hilang.

Kalau saya rasa tapak kaki mula sakit, bisa bila memijak , saya gunakan daunnya sebagai detox.

Ambik daun banyak-banyak, letak air dan blend. Belendir.

Cari stoking yg lama, tuang dalam stoking dan pakai. Bungkus kaki tadi ngan plastik dan baring. 

Sedapnya rasa bila dia mula menyedut toksid. Terasa berdenyut tapak kaki.

Agak-agak 30-1 jam. 

Rilex lah. 

Lepas tu cuci kaki.

Ringan rasanya.

Biasa saya buat sebelum gi umrah. Tu yang selalu kena marah ngan jamaah sebab jalan laju.😂😂😂. Jamaah jauh tertinggal kat belakang.

Ilang sakit-sakit kat tapak kaki. Tak yah budget mahal-mahal.

Jamaah selalu tanya, saya makan pil vitamin apa ya.

🤭🤭🤭 malu saya nak gi tau.

Saya jenis tak teliti makan ubat. Jadi saya jarang membeli. Sebab beli pun saya tak makan. 

Agak-agak tak sihat, saya rebus je daun ni. Dan solat duha jangan tinggal. Tu je ubat saya.

Kalau lutut saya sakit..Saya blend daun dan balut ngan tuala good morning kat lutut.

Alhamdulilah.  Ok.

Menantu bersalin dan buasir. Ngis tak leh duduk. Sakit.

Saya tumbukkan daun ni, masukkan dalam tisu dan suro dia letak di tempat yang bengkak. Cam pembohong. Esok dah ilang bengkak dan boleh jalan dan duduk cam biasa.🤭 ( sorry pecahkan rahsia)

Saya kanser tiroid. Sekarang saya cuba blend 2..3 lai ngan epal hijau. Alhamdulillah.  Bengkak tiroid di leher semakin menghilang. Saya tumbuk daun tu, letak di kain tudung yang tak pakai..lilit kat leher. Bengkak semakin susut.

Kalau saya sakit kepala, saya blend daunnya dan bungkus di kepala ngan tuala good morning. Peegh. Lega. Lepas tu cucilah rambut bersih-bersih. Memang lega. Nak-nak kalau kolestrol tinggi, ada bisul-bisul kecil kat kepala. Ini je saya buat.

Pernah bengkak buah dada. Sakit. Menangis-nangis. Tak leh sentuh. Sampai timbul urat-urat ijau. Gi klinik doktor kata urat tegang.  Nanti baik sendiri.

Balik saya blend daun ni dan tuang dalam tuala good morning. Tekap di dada.

Alhamdulilah. 

Ilang bengkak dan sakit 

😪😪😪

Saya tak tau lah sesuai tak kat orang lain. Tapi ni lah yang saya buat tuk ubat diri sendiri. Semua tu ngan izin ALLAH.  Kita usaha je. Tak salah mencuba.

Pokok ni berduri. Durinya panjang dan tajam. Hati-hati.

Ada yang bunga kuning dan oren.

Orang cina selalu rebus yang kering wat minum teh.

yang ni saya blend dan masukkan dalam stoking.

Masuk kan kaki dalam stoking dan bungkus ngan plastik.

Jadi detox yg baik.

Kadang-kadang saya rebus 7..8 helai sampai didih. Masukkan dalam jug...buat minum anak beranak cam minum teh O.

Nak tahu khasiat dia, google lah. Lain tempat lain namanya.

Saya kongsikan apa yg saya dah cuba.

untuk orang lain, saya tak tau lah serasi ke tidak.

Sumber: Whatsapp

Jumaat, 27 Ogos 2021

'Kalau ada jodoh, nak cari 'level' saya saja' - Datuk Seri Vida

 Datuk Seri Vida

Datuk Seri Vida

Kuala Lumpur: Jutawan kosmetik, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida hanya memilih bakal suami yang setaraf dengannya jika ditakdirkan bertemu jodoh lagi.

Vida menerusi hantaran terbaru di Instagram berkata, dia akan mencari calon yang mempunyai kestabilan dari segi ekonomi dan sebaya usianya.

"Ada ke lelaki yang nak saya? Tengoklah saya jenis 'brutal' gini (begini). Semua buat, takut lari saja nanti. Sekarang ini saya tidak terfikir pun nak kahwin ke apa. Anak-anak, keluarga dan syarikat adalah keutamaan saya.

"Kalau ada jodoh sekali pun saya akan cari yang level-level (setaraf) saya. Maksudnya dari segi umur, pengalaman, kaya of course (sudah pasti)," katanya secara berseloroh.

Perkongsian ini dibuat bagi menjawab khabar angin yang mengatakan dia bakal berkahwin lagi.

Vida pernah mendirikan rumah tangga dengan Fairuz Ahmad Zainuddin pada Januari 2014, namun bercerai pada 7 April 2017.

-myMetro

Kabinet baharu: Senarai penuh Menteri, Timbalan Menteri

 ISMAIL Sabri ketika mengumumkan senarai anggota Jemaah Kabinet baharu di Bangunan Perdana Putra. FOTO Bernama

ISMAIL Sabri ketika mengumumkan senarai anggota Jemaah Kabinet baharu di Bangunan Perdana Putra. FOTO Bernama

Kuala Lumpur: Berikut adalah senarai penuh Jemaah Kabinet di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang diumumkan, hari ini.

Menteri Kanan - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri:
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
Timbalan Menteri: Datuk Lim Ban Hong

Menteri Kanan - Menteri Pertahanan:
Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Timbalan Menteri: Datuk Seri Ikhmal Hisham Abdul Aziz

Menteri Kewangan:
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
Timbalan Menteri I: Mohd Shahar Abdullah
Timbalan Menteri II: Tuan Yamani Hafez Musa

Menteri Kanan - Menteri Kerja Raya:
Datuk Seri Haji Fadillah Yusof
Timbalan Menteri: Datuk Arthur Joseph Kurup

Menteri Kanan - Menteri Pendidikan:
Senator Datuk Dr. Mohd Radzi Md Jidin
Timbalan Menteri I: Senator Datuk Dr Mah Hang Soon
Timbalan Menteri II: Datuk Mohamad Alamin

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi):
Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri : Eddin Syazlee Shith

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas):
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad
Timbalan Menteri: Datuk Mastura Mohd Yazid

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang):
Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Timbalan Menteri: Datuk Wira Mas Ermieyati Samsuddin

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama):
Senator Tuan Idris Ahmad
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Marzuk Shaary

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak):
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Timbalan Menteri: Datuk Hanifah Hajar Taib

Menteri Pengangkutan:
Datuk Seri Dr Wee Ka Siong
Timbalan Menteri: Datuk Henry Sum Agong

Menteri Alam Sekitar dan Air:
Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Menteri: Datuk Dr Mansor Othman

Menteri Sumber Manusia:
Datuk Seri Saravanan Murugan
Timbalan Menteri: Datuk Awang Hashim

Menteri Wilayah Persekutuan:
Datuk Seri Shahidan Kassim
Timbalan Menteri: Datuk Seri Jalaluddin Alias

Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat:
Datuk Seri Rina Harun
Timbalan Menteri: Datuk Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff

Menteri Pengajian Tinggi:
Datuk Dr Noraini Ahmad
Timbalan Menteri: Senator Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad

Menteri Tenaga dan Sumber Asli:
Datuk Seri Takiyuddin Hassan
Timbalan Menteri: Datuk Ali Anak Biju

Menteri Dalam Negeri:
Datuk Seri Hamzah Zainuddin
Timbalan Menteri I: Datuk Seri Dr Ismail Haji Mohamed Said
Timbalan Menteri II: Jonathan Yassin

Menteri Kesihatan:
Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Timbalan Menteri I: Datuk Dr Noor Azmi Ghazali
Timbalan Menteri II: Datuk Aaron Ago Dagang

Menteri Pertanian dan Industri Makanan:
Datuk Seri Dr Ronald Kiandee
Timbalan Menteri I: Datuk Seri Ahmad Hamzah
Timbalan Menteri II: Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh

Menteri Pembangunan Luar Bandar:
Datuk Seri Mahdzir Khalid
Timbalan Menteri I: Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad
Timbalan Menteri II: Datuk Hasbi Habibollah

Menteri Luar Negeri:
Datuk Saifuddin Abdullah
Timbalan Menteri: Kamarudin Jaffar

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna:
Datuk Alexander Nanta Linggi
Timbalan Menteri: Datuk Rosol Wahid

Menteri Komunikasi Dan Multimedia:
Tan Sri Annuar Musa
Timbalan Menteri: Datuk Zahidi Zainul Abidin

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan:
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
Timbalan Menteri: Datuk Seri Ismail Abdul Mutalib

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi:
Datuk Seri Dr Adham Baba

Timbalan Menteri: Datuk Haji Amzad Mohamed @ Hashim

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi:
Tan Sri Noh Omar
Timbalan Menteri: Tuan Muslimin Yahaya

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi:
Datuk Dr Hajah Zuraidah binti Kamaruddin
Timbalan Menteri I: Datuk Seri Wee Jeck Seng
Timbalan Menteri II: Willie Mongin

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan:
Datuk Seri Nancy Shukri
Timbalan Menteri: Datuk Seri Dr Santhara Kumar Ramanaidu

Menteri Perpaduan Negara:
Datuk Halimah Mohamed Sadique
Timbalan Menteri: Senator Tuan Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal

Menteri Belia dan Sukan:
Datuk Seri Ahmad Faizal Datuk Azumu
Timbalan Menteri: Senator Datuk Seri Ti Lian Ker

-myMetro