Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine:
Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine
Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.
Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..
90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.
Kerajaan Kedah meluluskan penanaman durian Musang King di Gunung Inas, Baling, Kedah, bagi membolehkan kawasan itu dilindungi dan dibaik pulih setelah berlaku kegiatan pembalakan, kata Ahmad Bashah Md Hanipah.
“Saya tegaskan, kerajaan memberi kelulusan itu untuk melindungi semula kawasan tersebut di samping kerajaan turut mendapat faedah dan pulangan yang difikirkan setimpal,” kata mantan menteri besar Kedah itu.
Katanya kegiatan pembalakan telah berlaku di situ dan penamakan durian diharap melindunginya supaya idak menjadi masalah kepada kawasan sekitar.
“Kelulusan itu, tidak sama sekali untuk tujuan pembalakan yang baharu kerana aktiviti pembalakan sudah pun berlaku,” katanya.
Ahmad Bashah berkata keputusan itu mengambil kira pelbagai perkara termasuk faktor ekonomi, alam semula jadi dan kepentingan penduduk.
Minggu lalu, selepas lebih seminggu episod menuding jari, bekas menteri besar Kedah Mukhriz Mahathir mendedahkan penanaman durian di Gunung Inas dibuat ketika pentadbiran Ahmad Bashah.
Mukhriz yang juga presiden Parti Pejuang Tanah Air berkata, kerajaan BN diterajui Ahmad Bashah menukar tanaman pokok getah klon balak kepada durian Musang King.
Mukhriz juga berkata, kawasan hutan simpan kekal Gunung Inas ditukar status kepada ladang pertanian oleh kerajaan BN pada 2007 dan dijenamakan sebagai Ladang Sejahtera oleh kerajaan PAS pada 2008.
Sementara itu dalam kenyataan sebentar tadi, Ahmad Bashah juga berkata perkara itu tidak perlu dipolitikkan secara keterlaluan.
“Hentikan menyalah satu sama lain. Teruskan usaha dan ambil tindakan segera,” katanya.
Projek ladang durian Musang King di Gunung Inas dikaitkan dengan tragedi banjir dan kepala air yang mengorbankan tiga nyawa dan memusnahkan 15 rumah, selain ratusan kediaman rosak.
KUALA LUMPUR: Selepas lebih seminggu episod menuding jari, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mendakwa penanaman durian Musang King di ladang hutan di Gunung Inas, Baling, Kedah dibuat ketika pentadbiran Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.
ADVERTISEMENT
Mukhriz yang juga Presiden Parti Pejuang Tanahair (PEJUANG), berkata kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional (BN) yang diterajui Ahmad Bashah ketika itu membuat keputusan menukar tanaman pokok getah klon balak (TLC) kepada durian Musang King.
"Anak syarikat kerajaan Kedah, Kedah Agro Sdn Bhd yang sebelum itu diamanahkan untuk menanam semula kawasan terbabit bagaimanapun, gagal melaksanakannya.
Selepas itu, Aman Mega Sdn Bhd dilantik untuk mengambil alih tanggung jawab itu, tetapi syarikat itu dibeli oleh syarikat ECK.
"Ketika pentadbiran Ahmad Bashah, ECK dibenarkan menanam durian," katanya melalui kenyataan media, di sini.
Semalam, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor, menafikan pentadbirannya terbabit dalam projek itu, sebaliknya menyalahkan kerajaan negeri terdahulu di bawah pimpinan Mukhriz yang menjadi Menteri Besar pada 2013 hingga 2016 dan 2018 hingga 2020.
Katanya, konsep ladang rakyat yang diperkenalkan kerajaan di bawah pentadbiran Menteri Besar daripada PAS, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak dari 2008 hingga 2013 itu digagalkan Muhkriz kerana khuatir projek itu akan mengharumkan nama Azizan dan PAS dalam kalangan orang miskin.
Dalam kenyataannya, Mukhriz berkata, untuk rekod syarikat ECK yang menaja Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) ketika itu, kemudian dianugerah projek mega lapangan terbang antarabangsa Kulim (KXP) oleh Sanusi.
Katanya, Sanusi bagaimanapun membatalkan anugerah itu kerana akhirnya terbukti ECK tidak mampu melaksanakan projek mega berkenaan.
Pada masa sama, Mukhriz berkata, apabila beliau kembali sebagai Menteri Besar pada 2018, keputusan dibuat untuk mengehadkan penanaman durian kepada hanya 20 peratus sahaja.
Malah, beliau berkata, Jabatan Alam Sekitar (JAS) turut membenarkan peratusan itu untuk tanaman selain TLC dan tujuh spesies pokok hutan yang lain.
"Perlu diingatkan sekali lagi bahawa penanaman semula walaupun membabitkan kerja teres tanah, bukanlah punca hakisan tanah dan banjir.
"Bencana itu tidak akan berlaku sekiranya hutan simpan tidak disentuh untuk tujuan pembalakan pokok bernilai tinggi dan aktiviti tebang bersih atas alasan Ladang Sejahtera sebelum 2013," katanya.
Projek ladang durian Musang King di Gunung Inas sebelum ini dikaitkan antara punca tragedi banjir dan kepala air di Baling, minggu lalu.
Kejadian itu mengorbankan tiga nyawa dan memusnahkan 15 rumah, selain beratus lagi kediaman penduduk rosak.
Untuk rekod, Ahmad Bashah menjadi Menteri Besar Kedah mulai 2016 hingga 2018.
Mukhriz juga berkata, meskipun kebanyakan pihak menganggap bahawa penanaman durian Musang King mengakibatkan bencana, perlu dilihat juga bahawa kawasan Hutan Simpan Kekal di Gunung Inas sudah ditukar statusnya kepada ladang pertanian oleh kerajaan BN pada 2007 dan dijenamakan sebagai Ladang Sejahtera oleh kerajaan PAS pada 2008.
Beliau berkata, ia menyebabkan pokok hutan terpaksa ditebang untuk melaksanakan ladang di atas tanah terbabit.
Mukhriz turut mempersoalkan sama ada Kajian Penilaian Kesan Alam Sekeliling (EIA) dibuat ketika kerja tebang bersih itu dilakukan.
"Yang ditebang bukan hanya pokok bernilai tinggi, tetapi ditebang bersih atau cuci mangkuk untuk penanaman semula pokok TLC atau pokok hutan yang diluluskan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM).
"Inilah yang dilakukan oleh kerajaan PAS seperti yang diakui oleh menteri besar sendiri.
"Sekitar 2012 hingga 2013, saya antara pihak yang membantah projek Ladang Sejahtera di Kedah, bukan kerana pokok yang hendak ditanam, tetapi kerana hutan simpan digondolkan," katanya.
Mukhriz berkata, dengan penjelasan dibuatnya, pihaknya meminta supaya tiada lagi pihak membuat tuduhan liar terhadapnya dan kerajaan negeri yang beliau terajui sebelum ini, semata-mata untuk mengaburi mata rakyat dari kebenaran.
Sementara itu, BH sedang berusaha menghubungi Ahmad Bashah untuk mendapatkan penjelasan lanjut.
Senarai Menteri Besar Kedah Datuk Seri Syed Razak Syed Zain Barakbah (1999-2005) Datuk Seri Mahdzir Khalid (2005-2008) Tan Sri Azizan Abdul Razak (2008-2013) Datuk Seri Mukhriz Mahathir (2013-2016) Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah (2016-2018) Datuk Seri Mukhriz Mahathir (2018-2020) Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor (2020-kini)
Berikut butiran mengenai pemilikan Syarikat ECK Sdn Bhd yang diberi kebenaran mengusahakan ladang Durian Musang King, di Baling, Kedah. Butiran ini diperoleh menerusi Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM):
-BH Online
p/s:Gajah sama gajah bergaduh.. kancil ditengah mati terhimpit...apa nak dikata
Ketika kerja-kerja pemulihan dijalankan di kampung-kampung berhampiran Kupang, Baling selepas banjir besar melanda pada 4 Julai lalu, pemilikan ladang durian yang dikatakan sebagai punca bencana itu kini menjadi perhatian .
Menurut laporan berita sebelum ini, projek itu dibangunkan oleh ECK Sdn Bhd.
Nama firma itu bagaimanapun tidak disebut dalam kenyataan media oleh kerajaan negeri selepas banjir itu melanda.
Semalam, Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata kerajaan negeri sedang dalam proses menentukan pemilik serta siapa yang memulakan penanaman durian itu memandangkan projek itu sudah lama dan banyak perubahan berlaku dalam pentadbiran kerajaan negeri.
Pun begitu, dalam satu kenyataan pada 6 Julai lalu, jurucakap kerajaan Kedah, Urusetia Penerangan Darul Aman menamakan Aman Mega Sdn Bhd sebagai syarikat usaha sama untuk pembangunan ladang hutan berkenaan.
Siapa ECK dan Aman Mega, dan adakah mereka mempunyai kaitan?
Pengaruh kuasa pasangan suami isteri, pemaju besar
Menurut Suruhanjaya Syarikat, ECK Sdn Bhd tidak wujud tetapi firma dengan nama ECK Development Sdn Bhd dan Aman Mega dikaitkan melalui pengarah dan pemiliknya.
Mereka ialah Khor Eng Chuen, 58, dan isterinya, Ginney Chew, 43, dari George Town, Pulau Pinang.
Pasangan bergelar “Tan Sri ” dan “ Puan Sri ” itu masing-masing mempunyai pengaruh kuasa yang besar dan dikaitkan dengan pembangunan berprofil tinggi di Pulau Pinang dan Kedah.
ECK Development ialah syarikat usaha sama bagi Lapangan Terbang Kulim yang menelan belanja berbilion ringgit dan pemaju projek terowong bawah laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion.
ECK Development mengambil alih ekuiti untuk projek terowong bawah laut Pulau Pinang daripada Consortium Zenith pada Januari tahun lepas. Ia menandatangani perjanjian usaha sama projek Lapangan Terbang Kulim dengan kerajaan Kedah yang diwakili Sanusi, Ogos lalu.
ECK Development juga merupakan bekas penaja utama Persatuan Bola Sepak Kedah, dengan Chew dinamakan sebagai tokoh penting dalam pengambilan jurulatih Sepanyol, Ramon Marcote pada 2017.
Kaitan dengan firma pengubahan wang haram
Menariknya, ECK Development dikaitkan dengan MBI International Sdn Bhd - sebuah firma yang terlibat dalam penipuan dan pengubahan wang haram, dan pengasasnya yang menjadi buruan, Tedy Teow digelar “Jho Low 2 ” .
Beberapa eksekutif MBI International didakwa melakukan pengubahan wang haram, termasuk anak lelaki Tedy Teo Ee Meng.
Bagaimanapun, pada 2019, keluarga Teow menjual sahamnya dalam ECK Development, manakala Khor membelinya. Chew dan seorang lagi pemilik nominal, Rohana Shariff, menjadi pemegang saham pada 2020.
Rohana hanya memiliki 40 peratus saham berbanding 300 juta milik pasangan itu.
Setakat 8 Mei 2020, ECK Development juga dilaporkan telah disenaraihitamkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kerana gagal membayar kompaun, tetapi tidak lagi berada dalam senarai kemas kini pada 15 Mei tahun itu.
Pada 9 Mei tahun itu, ia menderma RM1 juta kepada Penggerak Komuniti Negara, sebuah NGO yang penaungnya ketika itu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.
Ini berdasarkan hantaran Instagram Zuraida yang kini dipadam tetapi telah tersebar secara meluas.
Dalam tempoh itu, Zuraida telah mendapat kritikan daripada lawan politiknya, yang menggesa dia meletak jawatan berhubung perkara itu.
ECK: Kami patuh semua peraturan
Malaysiakini telah menghubungi ECK Development untuk mengulas mengenai peranan ladang berkenaan dalam banjir yang melanda melalui e-mel dan panggilan telefon serta sedang menunggu maklum balasnya.
Ketika dihubungi oleh The Star pada 2019, ECK memberitahu akhbar itu bahawa ia telah mematuhi semua peraturan.
Penduduk mendakwa tidak pernah mengalami banjir seteruk ini sebelum projek tanaman durian itu dijalankan, walaupun hujan selama dua tiga hari.
Aktivis alam sekitar telah memberikan amaran tentang kemungkinan bencana akibat pembukaan hutan untuk projek di kawasan berbukit itu.
Mereka berkata pembukaan hutan di lereng bukit dan berhampiran sungai menjejaskan keupayaan semula jadi untuk mengurangkan aliran air semasa hujan lebat, menyebabkan sejumlah besar air, enap cemar dan serpihan mengalir ke hilir kampung.
MBI Kedah berkata ia telah mendapat kelulusan untuk membangunkan ladang hutan seluas 1,074 hektar di lapan kompartmen Hutan Simpan Gunung Inas. Ia adalah bersamaan saiz kira-kira 1,400 padang bola sepak.
Ia berkata 600 hektar telah dibangunkan sebagai tapak penyediaan, di mana 52 hektar ditanam dengan anak benih, tetapi kerja-kerja dihentikan apabila diarahkan oleh kerajaan negeri pada 2020.
Sanusi berkata dia mengarahkan kerja-kerja dihentikan dan pokok ditanam di sana untuk menutupi tanah yang dibersihkan, berikutan aduan banjir-banjir kecil di hilir.
Pada Rabu, menteri besar berkata siasatan mendapati kolam tadahan di ladang durian itu masih utuh, menunjukkan ia tidak menyumbang kepada banjir.