Selasa, 12 Oktober 2021

Wujud kesalahan lain membabitkan tiga pegawai SPRM


PETALING JAYA : Kertas siasatan membabitkan tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes kehilangan wang AS$6.94 juta dikembalikan semula kepada suruhanjaya itu untuk tindakan lanjut.

Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam satu kenyataan memberitahu, perkara itu susulan  mendapati ada kesalahan lain yang memerlukan siasatan lanjut.

“Jabatan Peguam Negara mendapati wujud kesalahan-kesalahan lain yang memerlukan siasatan lanjut dilakukan oleh agensi penguatkuasaan yang berkaitan.

“Justeru, kertas siasatan telah dikembalikan untuk tindakan lanjut,” kata satu kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan sama juga menjelaskan, jabatan berkenaan menerima laporan mengenai siasatan itu pada 28 September lalu.

Pada 29 September, media melaporkan Bahagian Pendakwaan Pejabat Peguam Negara sudah menerima kertas siasatan berhubung kes itu daripada SPRM.

 Terdahulu, SPRM mengesahkan tiga pegawainya ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan kes membabitkan seorang bekas ketua jabatan pada 20 September lalu. -UTUSAN ONLINE

0 comments:

Catat Ulasan