"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Firdaus Wong Wai Hung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Firdaus Wong Wai Hung. Papar semua catatan

Rabu, 26 Ogos 2026

“Saya Percaya Ada Kuasa Besar… Tapi Saya Tak Boleh Percaya Dia Tuhan Yang Baik.”

 “Saya Percaya Ada Kuasa Besar… Tapi Saya Tak Boleh Percaya Dia Tuhan Yang Baik.”

Oleh:Firdaus Wong Wai Hung

Seusai urusan di Mahkamah Sesyen Klang, saya terus bergegas ke Restoran Jom Claypot, Bukit Jelutong untuk bertemu dengan seorang pemuda. Dia telah menghubungi saya di Instagram pada Khamis lepas. 

Ianya teramat penting sehingga saya meletakkan pertemuannya sebagai keutamaan. Untuk menjaga identiti mereka, saya namakan dia sebagai Hakim. Dia datang bertemu saya bersama adiknya, saya namakan sebagai Haris.

Ketika mereka duduk di hadapan saya, selepas berkenalan, saya mula bertanya.

“Apa yang saya boleh bantu hari ini?”

Hakim diam seketika. Wajahnya seperti orang yang terlalu banyak benda mahu diceritakan, tetapi tidak tahu dari mana mahu bermula.

“Saya tak tahu macam mana nak mula,” katanya perlahan.

Saya jawab, “Tak apa. Kita bukan di sini untuk menghukum. Kita berbincang. Hakikat bahawa Hakim mesej saya pun sudah satu tanda yang baik. Hakim boleh sahaja hidup diam-diam dan buat tidak tahu, tetapi Hakim tetap mesej. Itu tanda masih mencari.”

Perlahan-lahan, ceritanya keluar.

Hakim dilahirkan sebagai Muslim. Sejak umur sekitar 12 tahun, dia mula mempersoalkan Tuhan. Bukan kerana dia mahu melawan. Bukan kerana dia mahu menjadi “free thinker” untuk nampak hebat. Tetapi kerana hidupnya terlalu sakit.

Pada usia 9 tahun, katanya, dia pernah hampir dibunuh oleh ibunya sendiri.

Ketika dia menyebut perkara itu, saya dapat lihat suaranya berubah. Dia menjadi sebak. Airmatanya mula mengalir. 

Ada luka yang belum sembuh. Ada kanak-kanak berusia 9 tahun yang masih hidup dalam tubuh lelaki berusia 29 tahun. Dia berkata lebih kurang begini, 

“Kalau betul Tuhan itu ada, kenapa Dia biarkan budak umur 9 tahun lalui semua ini? Apa yang saya buat sampai saya kena macam ini?”

Dia pernah masuk agama Kristian. Pernah mencari di tempat lain. Tetapi soalan yang sama tetap tidak selesai. Kenapa dunia ini penuh penderitaan? Kenapa orang baik diuji? Kenapa Tuhan yang baik membiarkan benda buruk berlaku?

Sampai satu tahap, dia berkata satu ayat yang sangat berat.

“Saya boleh percaya ada kuasa yang lebih besar. Tapi saya tak boleh percaya Dia Tuhan yang baik.”

Saya pandang dia dan saya katakan, “Hakim, saya tak nampak awak sebagai ateis. Saya juga tak nampak awak sebagai agnostik. Awak percaya ada Tuhan. Cuma awak kecewa dengan Tuhan kerana ada soalan yang belum terjawab.”

Dia diam.

Saya teruskan berkongsi, 

“Kadang-kadang manusia kecewa bukan kerana Tuhan mungkir janji, tetapi kerana kita meletakkan harapan kepada Tuhan berdasarkan apa yang kita sangka, bukan berdasarkan apa yang Tuhan sendiri beritahu.

Kita sangka kalau Tuhan itu baik, dunia ini mesti bebas sakit, bebas derita, bebas kehilangan, bebas pengkhianatan. Tetapi Allah tidak pernah kata dunia ini syurga. Allah beritahu dari awal, dunia ini tempat ujian. Akan ada takut. Akan ada kehilangan. Akan ada kematian. Akan ada luka yang manusia tidak faham ketika sedang melaluinya.”

Saya tanya dia, 

“Hakim, umur 29 tahun. Awak tanya tadi, ‘apa salah aku sampai aku layak dapat semua ujian ini.’ Tetapi pernah tak Hakim tanya, apa amal kebaikan aku sampai aku layak dapat semua nikmat yang aku ada hari ini?”

Dia terdiam. Saya sambung, 

“Kita biasanya cepat nampak apa yang kita kurang. Tapi kita jarang mengira apa yang Allah beri lebih daripada apa yang kita layak.”

Kemudian saya beri satu gambaran.

Kalau seseorang maki Hakim, hina Hakim, persoalkan Hakim, adakah Hakim masih mahu belanja dia makan?

Hakim membalas dengan cepat, 

“Confirm tak lah.”

Saya tanya kenapa tak nak belanja? Sebab Hakim jahat ke? 

Lalu Hakim membalas, “Bukan sebab saya jahat tetapi kenapa saya nak belanja seseorang yang maki hamun saya?”

Saya sambung analogi saya,

“Tetapi berapa kali Hakim marah kepada Allah, persoalkan Allah, bahkan membenci takdir Allah, namun Allah tetap beri Hakim semua nikmat ini? Nafas, mata, tangan, kaki, rezeki, peluang hidup, bahkan Allah tetap bagi nikmat & kemampuan untuk Hakim memaki hamun Allah. Bukankah itu juga tanda kebaikan Tuhan?

Malahan Hakim pasti setuju, walaupun dengan hakim memaki hamun Allah, nikmat yang Allah berikan kepada Hakim ini jauh lebih banyak dari mereka yang taat kepada Allah, jaga solatnya dan agamanya. Bukan kerana Allah benci Hakim atau mereka tetapi ujian setiap manusia berbeza.”

Pada waktu itu, Hakim menutup kedua matanya sekali lagi. Kali ini airmatanya bercucuran turun membasahi wajahnya.

Dia cuba tahan, tetapi ada benda yang tidak mampu lagi ditahan. Lelaki biasanya susah menangis depan orang. Kalau seorang lelaki menangis ketika bercerita, biasanya luka itu bukan kecil.

Saya tidak cepat-cepat potong. Ada masa orang datang bukan kerana mahu dibelasah dengan hukum. Ada masa dia datang kerana dia sudah terlalu lama sesak dan perlukan seseorang mendengar sebelum memberi jawapan. Dia tanya lagi, 

“Kalau Allah Maha Mengetahui, kalau Dia sudah tahu saya akan jadi begini, adakah saya dicipta hanya untuk masuk neraka?”

Saya jawab, 

“Allah Maha Mengetahui, tetapi Allah juga Maha Adil. Allah tidak menghukum manusia atas perkara yang dia tidak boleh pilih. Kita tidak pilih siapa ibu bapa kita. Kita tidak pilih bangsa kita. Kita tidak pilih bila kita lahir. Kita tidak pilih bila kita mati. Tetapi dalam hidup, banyak benda Allah beri kita pilihan.”

Saya kata kepadanya, 

“Allah tidak mencipta manusia untuk dihumban ke neraka. Allah tunjuk jalan. Allah ajak manusia ke syurga dalam Surah Yunus 10:25. Tetapi manusia tetap ada pilihan untuk ikut atau menolak.

Saya beri contoh mudah. Kalau kerajaan sudah bina jalan yang betul, tetapi kita sengaja melawan arus kemudian kemalangan, bolehkah kita salahkan kerajaan kerana membina jalan?”

Dia mula mengangguk.

Perlahan-lahan wajahnya berubah. Bukan terus selesai semua luka hidupnya, tetapi saya nampak beban yang dia pikul mula sedikit ringan. Kadang-kadang satu jawapan tidak menghapuskan semua kesakitan, tetapi ia boleh membuka tingkap kecil untuk cahaya masuk semula.

Saya juga beritahu dia, 

“Hakim, soalan awak bukan tanda awak jahat. Nabi Ibrahim Alaihi Salam pernah bertanya kepada Allah dalam Surah Al-Baqarah 2:260 bagaimana Allah menghidupkan yang mati. Malaikat juga pernah bertanya apabila Allah mahu mencipta manusia sebagai khalifah. Bezanya, ada orang bertanya untuk menolak. Ada orang bertanya kerana mahu faham. Awak tanya ini kerana mahu faham.”

Akhirnya dia bertanya, “Jadi orang macam saya perlu syahadah balik?”

Saya jawab, “Awak bukannya murtad. Hakim hanya seorang manusia yang kecewa dengan Tuhan bukan kerana Tuhan memungkiri janji tetapi Hakim meletakkan ‘expectations’ yang tidak pernah Allah janjikan. Tiada salah untuk awak bersyadah kembali. Lafaz syahadah semula. Kemudian mandi wajib. Bertaubat. Mudah. Islam ini bukan agama yang mahu menyusahkan orang yang mahu kembali.”

Saya jelaskan, berdasarkan apa yang dia ceritakan, dia bukan datang sebagai orang yang memusuhi Tuhan. Dia datang sebagai orang yang keliru, kecewa dan mahu mencari jawapan. Jangan buka pintu was-was yang tidak perlu. Yang penting, selepas ini pandang ke depan.

Sebelum berakhir, saya nasihatkan dia belajar semula tentang Allah. Bukan mula dengan isu yang terlalu berat dahulu. Mula dengan mengenal siapa Allah melalui Asmaul Husna. Kenal Allah sebagai Ar-Rahman, Ar-Rahim, At-Tawwab, Al-Hakim, As-Syakur. Bila kita salah faham siapa Allah, kita akan salah faham cara Allah mengatur hidup kita.

Petang semalam bukan sekadar perbualan agama. Ia pertemuan dengan seorang manusia yang sejak kecil membawa luka, lalu menyangka luka itu bukti bahawa Tuhan tidak baik.

Sedangkan mungkin selama ini, dalam setiap luka itu, Allah masih memegangnya daripada jatuh lebih jauh.

Saya terfikir, berapa ramai lagi orang seperti Hakim di luar sana?

Mereka bukan jahat. Mereka bukan semestinya menolak agama. Mereka cuma kecewa, keliru, terluka dan tidak tahu kepada siapa mahu bertanya tanpa terus dihukum.

Kadang-kadang orang yang bertanya tentang Tuhan bukan mahu meninggalkan Tuhan. Dia sebenarnya sedang mencari jalan untuk kembali kepada Tuhan.

Anda juga seperti Hakim? Hubungi MRM di wasap.my/601110500414 untuk kami bantu anda kembali mengenali & mencintai Allah yang selama ini mencintai kamu.

Jadilah Penyokong MRM 

MAYBANK

Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor

5648 1052 0353

Source 

Sabtu, 2 Oktober 2021

Firdaus Wong lapor polis difitnah sebar gambar video lucah

Firdaus Wong membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju pada Sabtu.

 KUALA LUMPUR - Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju di sini pada Sabtu berhubung fitnah yang mendakwa beliau menyebar gambar dan video lucah melalui aplikasi Telegram.

Menerusi satu kenyataan di Facebook miliknya, Firdaus Wong menafikan segala dakwaan yang mengatakan kononnya beliau ialah pengasas dan pemilik satu Telegram yang menyebarkan video berkenaan.

Firdaus Wong turut menjelaskan bahawa beliau hanya memiliki satu Telegram rasmi sahaja untuk berkongsi segala maklumat dan turut menafikan sebarang fitnah yang mengaitkan dirinya dengan sebarang video atau gambar lucah.

"Alhamdulilah selesai membuat laporan polis tentang fitnah yang disebarkan kononnya saya pengasas dan pemilik Telegram yang menyebarkan video dan gambar lucah. Saya menafikan fitnah tersebut.

"Saya hanya memiliki satu Telegram rasmi sahaja di pautan ini https://t.me/brofirdauswong dan menafikan sebarang fitnah yang mengaitkan saya dengan penyebaran sebarang video dan gambar lucah," katanya melalui satu hantaran di Facebook pada Sabtu.

Firdaus Wong turut memaafkan mereka yang memaki-hamun, menyindir, mengejek atau menghinanya tetapi beliau tidak akan mendiamkan diri apabila difitnah.

"Saya sayangkan sahabat semua maka saya tidak mahu sahabat semua melakukan dosa fitnah tanpa disedari akibat perbuatan tidak bertanggungjawab mereka yang menyebarkan fitnah tersebut," katanya.

-SH Online

Selasa, 28 September 2021

Isu Ebit Liew Dan Firdaus Wong Semakin Tersebar, Ini Teguran Dari GENG USTAZ Buat Ramai Yang Setuju.

 

PERTUBUHAN PENDOKONG DAN PENCINTA ULAMA (GENG USTAZ ) :

*Isu Melibatkan Dua Pendakwah Iaitu Ybrs. Saudara Ebit Liew Dan Ybrs. Bro Firdaus Wong Di Media Sosial*

1. Susulan Isu yang tersebarkan di media sosial melibatkan para asatizah berkaitan iaitu Ybrs. Sdr. Ebit Liew dan Ybrs Bro Firdaus Wong yang sedang berlegar di seluruh negara.

Kami sebagai sebuah Pertubuhan Pendokong dan Pencinta ulama, iaitu Geng Ustaz sebuah NGO yang cintakan ulama dan para asatizah berpendirian seperti berikut:

– Kami amat berharap kedua pihak agar bertenang dan tidak menyebarkan perkara yang mengaibkan diantara yang terlibat kerana ianya menjejaskan nama baik seorang pendakwah.

Berdasarkan Hadis daripada Rasulallah SAW bersabda :
حديث أنس  قال: قال رسول الله ﷺ: انصر أخاك ظالمًا أو مظلومًا، فقال رجل: يا رسول الله، أنصره إذا كان مظلومًا، أفرأيت إذا كان ظالمًا كيف أنصره؟ قال: تحجزه أو تمنعه من الظلم فإن ذلك نصره[1]، رواه البخاري.
Maksudnya :

“’Bantulah saudara kamu yang zalim dan dizalimi, lalu menjawab seorang sahabat, ya Rasulullah menolongnya ketika mana ia dizalimi dan apa pandangan kamu ketika mana ketika ia sedang melakukan

kezaliman? Bagaimana untuk menolongnya? Lalu Rasullah menjawab, menahannya atau kamu menyekatnya daripada berterusan melakukan kezaliman dan dengan cara itulah kamu membantunya.

– Memohon kedua pihak agar tidak menyalahkan mana mana pihak. Segala bukti yang ada hendaklah diserahkan kepada pihak yang berkuasa bagi memudahkan pihak berkenaan menjalankan siasatan keatas semua laporan yang telah dibuat.

Biarlah undang – undang yang menentukan siapa yang bersalah dan jangan mudah kita menghukum mengikut sesama kita.

– Jagalah adab dan akhlak kita sebagai pendakwah dalam mencari penyelesaian.

Sekian, Terima Kasih

Setiausaha Agong

Pertubuhan Pendokong Dan pencinta Ulama ( Geng ustaz )

23 September 2021

Polis siasat penyeb4r video, mesej pendakwah

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka satu kertas siasatan terhadap penyeb4r video dan mesej luc4h tular di aplikasi Telegram, yang dikaitkan dengan seorang pendakwah terkenal.

Pengarah Jabatan Sias4tan Jenay4h Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata sias4tan dijalankan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseks4an (dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pec4h keamanan) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 (penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian).

“PDRM menasihatkan orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform terbabit sehingga boleh mendatangkan kegentaran awam serta menggug4t keharmonian negara.

“Tindakan tegas tanpa kompromi bakal diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggug4t ketenteraman serta keselamatan awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, tular tiga buah video di aplikasi Telegram memaparkan wajah mirip pendakwah berkenaan bersama beberapa tangkap layar yang memaparkan perbualan.

Bukti Baru Perbualan Didakwa Milik Ebit Lew Di Sebar Oleh Firdaus Wong. Ustaz Mohib Khouli tampil bagi satu nasihat

Kes melibatkan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew (UEL) masih menjadi isu dan perdebatan hangat warganet di laman sosial.

Walaupun sudah dua bulan kes masih dalam siasatan namun terbaharu, timbul bukti dan beberapa tangkap layar perbualan didakwa milik UEL dan mngsa kes berkenaan.

Menerusi laman Telegram rasmi milik pendakwah bebas, Firdaus Wong, beberapa bukti g4ngguan didakwa milik UEL didedahkan kepada umum.

Dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Firdaus menerusi Telegran, beliau berkata:

“Kami akan bersama dengan mngsa-mngsa yang telah membuat laporan polis untuk mendapatkan keadilan. Jikalau ada pihak yang mahu membuat laporan polis atau mengambil tindakan s4man, kami telahpun bersiap sedia 100 peratus.

 

“Segala bukti-bukti telah kami siap sedia andai ada mana-mana pihak yang mahu mengambil tindakan s4man. Kami tetap teguh mempertahankan prinsip berani kerana benar. Amar makruf nahi mungk4r.

“Kepada yang selama ini mempersoalkan kenapa mngsa tidak buat laporan polis, kami telah lama buat laporan cuma tidak menceritakan agar tiada pihak meng4nggu si4satan,” ujarnya.

Terdahulu Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung menerusi siaran Telegram nya mendedahkan rakaman suara dan tangkap layar perbualan yang dikatakan milik seorang pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew.

Terdapat beberapa tangkap layar perbualan pendakwah tersebut bersama seorang mangsa yang juga berstatus isteri orang. Antara ‘permintaan’ nya termasuklah menginginkan mereka bertukar pasangan (suami isteri) dan melakukan hubungan di hadapan satu sama lain.

Dalam pada itu menerusi laman Twitter, rata-rata warganet dilihat bersikap neutral mengenai isu ini.

Malah ada yang berpendapat selagi tiada kebenaran yang pasti, individu berkenaan tidak wajar dihkum kerana boleh menjatuhkan fitnah.

Tidak kurang juga beranggapan di zaman media sosial dan teknologi moden pelbagai cara boleh dilakukan untuk menjatuhkan seseorang.

“Kepada Ust Firdaus Wong, Jagalah Keaib4n Saudara Kamu Ust Ebit Lew ” Ustaz Mohib Khouli

Menurut Ustaz Mohib, terdapat usaha yang mengeriikan untuk mem4lukan Ebit Lew di sosial media

Belia mengatakan tidak bersetuju dengan cara yang sedang di lakukan oleh Firdaus Wong

Berikut  rakaman penuh penjelasan dari Ustaz Mohib buat ramai setuju

Sumber: Bernama dan trendingsangat.pw

Isnin, 27 September 2021

Bukan bertujuan untuk menjadi hero apatah lagi mendedahkan aib orang lain.-Firdaus Wong

 

Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mempertahankan tindakannya mendedahkan kontroversi salah laku yang didakwa melibatkan seorang pendakwah ternama. Jelasnya, tindakannya itu bukan bertujuan untuk menjadi hero apatah lagi mendedahkan aib orang lain.

Firdaus berkata demikian pada wawancara Mingguan Malaysia ketika ditanya sekiranya tindakannya itu akan semakin menjauhkan umat Islam daripada golongan agamawan.

Jawapan saya adalah ya dan tidak. Ya, kerana mungkin ada manusia yang kurang rasional, mereka akan menyalahkan agama dan kecewa dengan agamawan.

Tapi kalau manusia yang rasional, mereka akan fikir, bukankah ini lebih baik didedahkan untuk mencegah kemungkaran.

Bayangkan, kalau seorang agamawan A melakukan satu perkara terkutuk, lalu yang membawa isu ini adalah golongan liberal yang tak suka kepada Islam, apakah implikasinya? Lagi teruk, bukan jawabnya.

Pada 24 Sep lalu, seorang individu yang mendakwa abang kepada mangsa gang.guan s3k.sual melibatkan seorang pendakwah terkenal itu, melakukan mubahalah (sumpah l4knat) terhadap gang.guan yang didakwa dialami adiknya.

Wallahi, wabillahi, watallahi, saya [bunyi tapisan] bersumpah dengan nama Allah, bahawa adik saya [bunyi tapisan] mengalami kem.urungan, tekanan dan cuba m3mbun.uh diri, setelah [nama pendakwah berkenaan] melakukan perbuatan terkutuk melalui WhatsApp dan juga video call, kepada adik saya.

Jika saya berdusta, ya Allah, laknatilah saya,” kata lelaki berkenaan dalam satu rakaman video.

Video berkenaan dikongsikan pendakwah Firdaus yang menggerakkan kempen supaya mangsa-mangsa tampil membuat laporan polis.Berdasarkan video 46 saat itu, individu berkenaan dikatakan telah membuat laporan polis berkenaan hal itu.

Mengulas lanjut Firdaus dalam wawancara itu juga memetik satu hadis yang membawa maksud bahawa Rasulullah SAW meminta umatnya mengambil tindakan terhadap sesiapa saja termasuk mereka yang mulia jika melakukan kemungkaran.

Katanya, apa yang didedahkan pihaknya adalah berdasarkan laporan diterima daripada mereka yang menjadi m4ngsa.

Dakwaan terima aduan kes lain

Jelasnya, tindakannya adalah untuk mencari kebenaran dan mengelak imej Islam daripada dicemari pihak tertentu. Kami, yang pertama secara jujur, bila kes ini sampai, kami fikirkan tentang imej dan reputasi agama Islam. Bagaimana imej agama kita. Bagaimana kita mahu jaga imej agama kita daripada dirosakkan?

Bagaimana kita mahu jaga agama kita daripada dihina oleh orang lain bila kes ini bocor, bila nama mula dipanggil? Sebab itu, sehingga pihak polis memanggil individu tersebut tempoh hari, kami tak pernah sebut nama dia pun. Sebab waktu itu adalah proses untuk kami mematangkan masyarakat, memberikan kesedaran kepada masyarakat,” katanya lagi.

Menjawab soalan wartawan, Firdaus berkata dia tidak mahu menjadi wira dan tidak menyimpan perasaan hasad den.gki dalam mengetengahkan isu itu.

Tidak, tiada hero pun sebenarnya, sebab hero sebenar adalah masyarakat, hero sebenar adalah sistem perundangan, heronya adalah pihak berkuasa yang akan mengambil tindakan,” katanya. Sementara itu, Firdaus juga mendakwa NGO yang diasaskannya Multiracial Reverted Muslim (MRM) turut memfasilitasi banyak aduan dakwaan k3salahan s3k3sual oleh pelaku lain kepada pihak berkuasa.

Kami juga dapat laporan kes dilakukan oleh si ayah kepada mangsa, daripada adik beradik sendiri, kami dapat laporan kes dilakukan nazir masjid, imam masjid, kami dapat laporan datuk saudara buat gan.gguan s3ks.ual, kami terima kes budak 13 tahun, kes kanak-kanak seawal usia tiga, empat tahun (jadi mangsa).

Boleh tak bayangkan, bagaimana perasaan ibu mangs4, apabila anaknya berusia tiga atau empat tahun, yang masih tak pandai bercakap, bila sebut nak pergi rumah (pem4ngsa) saja, mereka terus takut.

“Boleh bayangkan tak, kami mengendalikan berpuluh-puluh kes, emosi dan m3ntal kami macam mana,” katanya lagi, petik wawancara Mingguan Malaysia.

-Top News Daily

Jumaat, 24 September 2021

Firdaus Wong dedah video sumpah laknat didakwa abang mangsa

Pendedahan Firdaus Wong menjadi perdebatan hangat pengguna media sosial hari ini.

 PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Ustaz Firdaus Wong Wai Hung hari ini mendedahkan sebuah klip video sumpah laknat seorang individu menerusi saluran Telegram miliknya, hari ini.

Rakaman klip video berdurasi 46 saat memaparkan seorang lelaki dari bahagian belakang itu mengakui dirinya merupakan abang kepada mangsa serangan seksual yang didakwa membabitkan seorang pendakwah popular.

“Setelah perbualan saya bersama mangsa dan ahli keluarganya menerusi Google Meet selama hampir dua jam kelmarin, ahli keluarga mangsa yang sangat ‘supportive’ (kuat menyokong) ini meminta saya kongsikan video sumpah laknat mereka.

“Ini adalah video sumpah laknat (mubahalah) dari abang mangsa sebagai saksi bagi membuktikan adiknya menerima mesej serta panggilan video lucah berkenaan sehingga mengalami kemurungan, tekanan dan cuba membunuh diri,” tulisnya.

Tangkap layar video sumpah laknat abang kepada mangsa serangan seksual yang didakwa membabitkan pendakwah selebriti.

Beliau yang juga merupakan Pengasas dan Presiden Multiracial Reverted Muslims (MRM) berkata, akan tiba masanya mereka akan tampil ke khalayak ramai demi menyatakan sebuah kebenaran.

“Buat masa ini, nama dan wajah mereka dirahsiakan dahulu. Ini adalah keluarga contoh yang menyokong jihad ahli keluarga mereka yang menerima mesej terkutuk sebegitu,” ujarnya.

Tulisan itu dilihat lebih 50,000 kali dan kali terakhir disunting pada pukul 9.11 pagi hari ini.

Sebelum itu, Firdaus Wong turut memuat naik tulisan menyatakan mangsa serta ahli keluarga beberapa individu terlibat ada menghubungi dirinya untuk memberi kata-kata semangat.

Berita berkaitan: Polis buka siasatan penularan video lucah didakwa milik pendakwah bebas

“Antara kata-kata mereka, ‘brother’ kena terus kuat untuk terus memberikan kekuatan kepada kami. Bila kami lihat ‘brother’ kuat, maka kami pun jadi kuat semula.

“Kami kasihan ‘brother’ kena maki hamun setiap hari kerana mahu menegakkan keadilan buat kami. Kami baca komen-komen itu semua terasa macam hendak balas tetapi kami ingat pesan ‘brother’ agar kami bersabar,” tulisnya.

Semalam, Firdaus Wong menerusi laman Facebook miliknya memuat naik satu hantaran yang antaranya menyatakan akan ada sesuatu yang besar bakal berlaku dalam sehari dua ini. – K! ONLINE

Rabu, 22 September 2021

Firdaus Wong dedah bukti perbualan lucah pendakwah terkenal

Firdaus Wong Wai Hung.
Firdaus Wong Wai Hung.

KUALA LUMPUR – Pendakwah, Firdaus Wong Wai Hung akhirnya tampil mendedahkan bukti daripada seorang mangsa serangan seksual individu yang didakwa sebagai seorang pendakwah terkenal.

Semua bukti tersebut didedahkan Firdaus yang Pengasas Multiracial Reverted Muslims (MRM) menerusi saluran aplikasi Telegram miliknya, semalam.

Menurutnya, mangsa berkenaan telah menghantar tangkap layar kiriman WhatsApp dan Instagram kepadanya meminta untuk berkongsi bukti tersebut untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat.

Pada masa sama, beliau berkata, mangsa itu juga memintanya berkongsi semua bukti berkenaan bagi menggalakkan lebih ramai mangsa tampil membuat laporan polis.

Katanya, mangsa tersebut juga telah membuat laporan polis dengan kesemua bukti berkenaan turut diserahkan untuk disiasat pihak berkuasa.

“Setelah berbincang dengan sekumpulan penasihat syariah dan pakar perundangan, Alhamdulillah mereka memberikan keizinan kerana semua perkongsian ini tidak bercanggah dengan ajaran Islam dan juga undang-undang.

“Buat pengetahuan sahabat semua, kesemua mesej ini saya telah lihat dengan mata saya sendiri daripada WhatsApp mangsa dan bukan sekadar mendengar kata pihak ketiga.

“Saya terpaksa berkongsi di saluran telegram kerana pada pandangan saya, mesej-mesej bertulis itu mempunyai elemen lucah melampau yang mungkin menyebabkan Facebook atau Instagram saya dipadamkan apabila ada individu yang membuat laporan,” jelas beliau dalam satu hantaran di saluran Telegram itu.

Sejak beberapa bulan lalu, Firdaus menerusi platform media sosial miliknya sering kali berkongsi mengenai isu pemangsa seksual bagi memberi kesedaran kepada masyarakat.

Tindakan itu mencetuskan persoalan dalam kalangan netizen seolah-olah Firdaus Wong merujuk kepada seseorang yang mempunyai populariti dan jumlah pengikut yang ramai.

Mengulas lanjut, Firdaus menegaskan pihaknya telah bersiap sedia sepenuhnya sekiranya ada pihak yang mahu membuat laporan polis atau mengambil tindakan saman.

Kata beliau, pihaknya tetap bersama dengan semua mangsa yang telah membuat laporan polis untuk mendapatkan keadilan.

Beliau menegaskan tetap teguh mempertahankan prinsip berani kerana benar dengan segala bukti telah disiapkan.

“Kepada yang selama ini mempersoalkan kenapa mangsa tidak buat laporan polis, kami telah buat laporan cuma tidak menceritakan agar tiada pihak menganggu siasatan.

“Setelah laporan dibuat, anda yang meminta bukti dikongsikan di media sosial tetapi kami enggan berbuat demikian kerana masih dalam siasatan polis dan tidak mahu menganggu tugasan polis. Kami dihina dan diserang, tiada masalah, kami bersabar.

“Kini setelah siasatan telah selesai dan atas permintaan mangsa-mangsa, kami kongsikan beberapa bukti-bukti yang telah diserahkan kepada polis sebagai kesedaran untuk masyarakat serta menggalakkan lebih ramai mangsa tampil membuat laporan polis,” jelas beliau.

Firdaus turut memaklumkan, pihaknya akan terus membantu mangsa untuk keluar daripada masalah itu dan mendapatkan keadilan.

“Kami tidak menagih simpati atau pujian. Kami mohon sahabat doakan mangsa-mangsa mendapat keadilan sewajarnya.

“Bak kata Kamal Affandi Hashim, “kita bukan nak kurangkan pemangsa seksual tetapi kita nak kurangkan jumlah orang daripada menjadi mangsa”.

“Yang pernah menjadi mangsa mana-mana pemangsa seksual, boleh hubungi kami di MRM Women’s Wing dan Insya-Allah kami akan membantu anda semampu dengan percuma untuk mendapatkan keadilan,” katanya. – MalaysiaGazette