"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label KXP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KXP. Papar semua catatan

Rabu, 29 Julai 2026

KXP: MASIH TUNGGU ‘LAMPU HIJAU’, BELUM ADA MAKLUM BALAS PERSEKUTUAN BERBAKI DUA SYARAT

 KXP: MASIH TUNGGU ‘LAMPU HIJAU’, BELUM ADA MAKLUM BALAS PERSEKUTUAN BERBAKI DUA SYARAT 

 

Roslinda Hashim

ALOR SETAR - Kerajaan Negeri Kedah masih menunggu kelulusan Kerajaan Persekutuan bagi membolehkan komponen utama Kedah Aerotropolis, Lapangan Terbang Antarabangsa Kargo Kulim (KXP) diteruskan, meskipun enam daripada lapan syarat ditetapkan Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) telah dipenuhi.

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, dua syarat yang belum dipenuhi berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan, melibatkan kelulusan penubuhan aerodrom KXP oleh Kementerian Pengangkutan (MOT), Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Menurut beliau, Kerajaan Negeri telah menyerahkan semua dokumen diperlukan kepada MOT dan hanya menunggu keputusan Kerajaan Persekutuan.

"Sekarang kita tunggu kelulusan MOT kerana mereka maklumkan perlu menunggu kelulusan TUDM. TUDM boleh berikan pandangan profesional, namun jika Kerajaan Persekutuan memilih untuk tidak menerima pandangan itu, kita tidak boleh buat apa-apa. Kita tunggulah," katanya ketika bersiaran secara langsung dalam Podcast Bersama MB Kedah di portal Kedah Online.

Sanusi berharap Kerajaan Persekutuan bersikap terbuka mempertimbangkan projek strategik tersebut yang disifatkan mampu merancakkan ekonomi negara, bukannya hanya untuk manfaat Kedah.

“Apabila melibatkan bidang kuasa Persekutuan, seolah kita serahkan sepenuhnya kepada mereka sama ada mereka akan potong atau cincang, kita tak boleh buat apa sebab kuasa pada mereka.

“Saya harap mereka terbuka. Jika sebelum ini dicanang konon kita tak merancang, Kerajaan Negeri lemah, tak buat apa-apa projek, inilah yang kami rancang dan nak buat, jadi berilah laluan,” katanya.

Sanusi  percaya kelewatan kelulusan mungkin berpunca daripada kebimbangan pihak tertentu terhadap kewujudan saingan baharu kepada hab sedia ada.

“Kita tak akan hentikan projek ini, kita tetap tunggu, disebabkan bantahan oleh Pulau-Pinang, mungkin Kerajaan Persekutuan tak berani berikan kelulusan sedangkan semua syarat dikehendaki telah kita penuhi.

"Kita lihat sama ada mereka benar-benar terbuka atau masih mahu bermain politik sehingga projek ini tidak dapat direalisasikan. Momokan PAS parti pak lebai tak reti memerintah akan terhapus dengan sendirinya jika projek itu berjaya, mungkin mereka tak mahu ia berlaku,” katanya.

Tambah beliau, dakwaan kononnya KXP tidak mempunyai pelabur juga tidak berasas kerana ramai pelabur menyatakan minat, namun enggan meneruskan komitmen selagi kelulusan belum diperoleh.

"Tak logik pelabur mahu melabur tanpa kelulusan. Sudah tentu mereka mahu kepastian terlebih dahulu, tetapi pada masa sama Kerajaan Persekutuan pula mahu kita buktikan ada pelabur sebelum beri kelulusan," katanya.

Sanusi turut mendedahkan ‘mainan politik’ pihak tertentu yang cuba menggagalkan usaha Kedah merealisasikan KXP.

“Beberapa rakan strategik dari China yang sebelum ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Kerajaan Negeri, didekati Kerajaan Persekutuan yang mengajak mereka beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Sebab itu saya katakan sukar (projek ini), kita tak ada kuasa menahan, mereka Kerajaan Persekutuan, kita hanya Kerajaan Negeri,” katanya.

Menurut beliau, syarikat terbabit sebenarnya lebih berminat memilih Kedah kerana memerlukan kawasan luas bagi membangunkan hab pengedaran serantau berkapasiti sehingga sejuta tan kargo, yang sukar ditampung di KLIA.

“Mereka mahu tempat baharu sebagai pusat pengedaran di Asia Pasifik, untuk operasi sejuta tan pengedaran dari Eropah dan bawa ke KXP sebelum diagihkan menggunakan kapal kecil.

"KXP mampu penuhi keperluan itu dengan keluasan tanah tersedia, kerana kapasiti mereka di China sudah capai maksimum bagi pembangunan berskala besar," katanya.

Beliau berkata, sehingga kini Kerajaan Negeri telah membelanjakan hampir RM28 juta bagi penyediaan kajian serta pelantikan perunding, termasuk yang sebahagiannya sebelum ini dilantik Kerajaan Persekutuan.

Sanusi turut memaklumkan, cadangan pembangunan KXP mendapat sokongan ketika pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri, termasuk cadangan pinjaman RM3 bilion melalui Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) bagi pengambilan tanah dan pembangunan infrastruktur berkaitan.

Beliau berkata, perancangan itu turut melibatkan pembinaan lebuh raya menghubungkan KXP dengan Jambatan Kedua Pulau Pinang, laluan Serdang-Bandar Baharu ke Sungai Petani serta rangkaian kereta api ke Tasek Gelugor, dan dalam pengetahuan Kementerian Ekonomi.

“Namun pelan itu tidak menjadi selepas pertukaran kerajaan. Ia tidak berbangkit kerana ketika disebutkan dalam mesyuarat NCIA, perkara itu tidak diminitkan dan tidak dipanjangkan kepada Kementerian Ekonomi,” katanya.

Sanusi berkata, projek KXP bukan idea baharu pentadbirannya, sebaliknya digagaskan sejak era pentadbiran Menteri Besar, Dato' Seri Mukhriz Mahathir sebelum diteruskan Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah.

Bagaimanapun, projek itu tidak pernah dibawa secara rasmi ke MPFN sebelum beliau mengambil alih Kerajaan Negeri pada 2020.

"Saya ambil alih ketika projek ini belum dibentangkan kepada MPFN. Kita kemukakan kertas cadangan dan mendapat kelulusan MPFN pada November 2021. Itu syarat asas sebelum proses-proses lain boleh diteruskan," katanya.

Sebelum ini, Sanusi memaklumkan Kedah Aerotropolis diberikan lanjutan tempoh sah pematuhan nasihat MPFN sehingga 27 Oktober 2030 seperti diputuskan Mesyuarat MPFN ke-48 dipengerusikan Perdana Menteri.

Mesyuarat MPFN ke-49 (13 Oktober 2025) turut bersetuju membenarkan pembangunan komponen industri dan perniagaan (Business Park) serta Sidam Logistic and Manufacturing (SLAM) Hub tanpa perlu menunggu kelulusan penubuhan aerodrom KXP.

ARTIKEL BERKAITAN:

KEDAH AEROTROPOLIS: KEDAH PENUHI ENAM SYARAT, DUA LAGI PERLU TINDAKAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

https://www.facebook.com/share/p/1HcnN6K79p/

#UrusSetiaPeneranganDarulAman 

#UPDA

#mbkedah

Source