"Cashzine - Aplikasi Buat Duit Percuma Terbaik Yang PERLU anda miliki"

Cara Buat Duit Dengan Aplikasi Cashzine: Peluang Jana Side Income lebih RM100 Dalam Sehari Melalui Aplikasi Cashzine. (Scroll ke bawah untuk bukti pembayaran terkini daripada Cashzine

Cordyceps:Herba luarbiasa dan apa kehebatannya?

Pernahkah anda mendengar Cordyceps? Atau anda pernah melihat? Mungkin tak pernah dengarkan... Dan tak pernah lihat pun. Sama jugalah macam saya. Saya cuba ceritakan serba sedikit tentang Cordyceps ni. Walaupun bagaimanapun saya cuba fahamkan anda semua mengenainya samada dari tempat asal ataupun khasiat Cordyceps ini.

Cara Mudah Jadi Youtuber Terhebat

Ketahui cara bagaimana untuk menjadi Youtuber. Video yang senang difahami dan penuh dengan semua info yang perlu sebagai Youtuber. Dari asas kepada SEO, teknik Viral, Fb ads serta Mengandungi Teknik dan Rahsia Youtuber yang memiliki JUTAAN Subscriber..

Wanita kelihatan anggun dengan Hasanah Lipmatte

90% pengguna GEMBIRA dan TERUJA dengan Hasanah Lipmatte. Dah jadi trending bagi wanita abad ini. Bukan setakat mencantikkan bibir si pemakai malah dapat menaikkan keyakinan anda sepanjang hari.

9/10 Rezeki Perniagaan: Dari SOLOpreneur ke ENTREpreneur menjadi GLOBALpreneur

Cara Mulakan dan Kembangkan Perniagaan Ke Tahap Yang Lebih Tinggi Dengan Modal Minima.

 



Memaparkan catatan dengan label Zionist Yahudi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Zionist Yahudi. Papar semua catatan

Selasa, 17 Jun 2025

IRAN BERLAKON SERANG ISREAL?

 IRAN BERLAKON SERANG ISREAL?

1. Ada yang kata Iran lawan Isreal ini hanya lakonan.  Lakonan puak2 Syiah dan  Isreal. Sampai tara itu ada sesetengah kita berfikir. Rasanya ini cara fikir songsang penyokong teori akhir zaman @ tunggu Imam Mahdi @ para pendokong teori konspirasi  atau puak kuat Saudi.

2. Agak-agaklah kalau nak kata Iran sedang  berlakon.  Takkan berlakon sampai biar negara dan pemimpin sendiri ramai mati dibunuh. Bukan sekali tapi dah acap kali berlaku. Bodoh sangatlah berlakon sampai dibuli begitu teruk. 

3. Kejahatan Isreal jelas. Rakyat negara- negara baratpun tahu kejahatan Isreal.  Sebab itu mereka  bangkit lawan Isreal berkait isu Gaza. Pastinya Isreal akan musnahkan sesiapa sahaja yang cuba halang mereka.

4. Yang memalukan perangai pemimpin negara Islam terutama negara Islam Sunni seperti Saudi dan lainnya.  Boleh duduk diam dan tidak membantu. Kalau ada negara lain nak bantu, mulalah buat sekatan itu dan ini. Mereka lebih sanggup tengok rakyat Palestin mati kebulur dan kena bunuh tiap hari.  Cukup memalukan !

5. Jadi bab lawan Isreal ni,  nak harap negara Sunni seperti Saudi dan lainnya memang tak haraplah. Mereka mementingkan diri. Mereka lebih selesa hidup senang. Hidup bermewah-mewah. 

6. Sekarang  mereka, Saudi dan negara Arab lainnya telah melakukan  normalisasi dengan Isreal. Hakikatnya mereka sokong Isreal. Bahkan sanggup bantu Isreal dengan  dalam banyak hal. 

7. Terbaru mereka sanggup  jemput Trumph. Sambut Trumph besar-besaran dan mengagongkannya. Sampai Trumph panggil pemimpin Saudi Mohammad Salman  dengan jolokan 'Johhny'. Mereka jelas mengkhianati harapan umat Islam.

8. Dalam bab menentang Zionis @ Isreal ini,  jadi siapa sebenarnya pengkhianat umat Islam  sekarang ini ?Syiah @Sunni ? 

9. Memang kita  tidak setuju dengan  Syiah dan cubaan Syiah memperluaskan pengaruhnya. Tapi yakinlah,  dalam bab menentang Isreal ini, tindakan negara Sunni amat memalukan. Tidak ikut ajaran Islam. Tidak ikut Sunnah Rasulullah SAW.

10. Negara Saudi dan lainnya perlu ingat mereka juga akhirnya akan dimusnahkan oleh Isreal. Target Isreal bukan semata negara P@lestin tapi seluruh wilayah timur tengah. Bahkan target sebenar mereka ialah untuk menguassi Kota Mekah dan Madinah. Mereka hendak tegakkan Yahudi Raya. Jadi masa itu, takkan masih hendak duduk diam dan berseronok lagi ?

11. Jadi, puak2 yang tuduh Iran sedang berlakon tu kena banyak muhasabah diri. Jangan terpengaroh sangat dengan teori konsfirasi. Cuba berfikir ikut al Qur'an, Sunnah Rasulullah SAW dan fikiran logik  stretegik serta saintifik.

Oleh:

FAgs

15/6/25.

Jumaat, 2 Ogos 2024

60 ahli keluarga As Syahid Ismail Haniyeh telah syahid. Dan takdirnya beliau pula menyusul...

 60 ahli keluarga beliau telah syahid. Dan takdirnya beliau pula menyusul...

Rasulullah sendiri 13 kali paling kurang menghadapi cubaan měmbunuh sepanjang hayat Baginda. Sayidina Umar mati kena tikåm semasa solat di masjid. Sayidina Utsman mati kena bůnuh di rumahnya. Demikian sunnah berjuang pemimpin Islam. Alhamdulillah, syahid buat Ismail Haniyeh. 

Berita semalam membawa saya untuk ulang kaji sirah Nabi dalam hal ini. Maka berikut ialah catatan ringkas berkenaan beberapa percubaan měmbunuh Rasulullah di luar medan perang. Dalam perang belum ambil kira lagi. Saya sertakan sedikit teks riwayat asalnya untuk sesiapa nak jejak dan rujuk sendiri.

Semasa di Makkah:

1. Abu Jahal cuba nak pijak tengkuk Nabi semasa Baginda solat tetapi dia tidak jadi sebab nampak parit api dahsyat di depan. Riwayat Muslim

‎وَاللَّاتِ وَالْعُزَّى لَئِنْ رَأَيْتُهُ يَفْعَلُ ذَلِكَ لَأَطَأَنَّ عَلَى رَقَبَتِهِ أَوْ لَأُعَفِّرَنَّ وَجْهَهُ فِي التُّرَابِ

2. Uqbah bin Abu Mu'it jerut tengkuk Nabi dengan kain namun diselamatkan Abu Bakar. Ini antara pengalaman paling dahsyat dialami Nabi. Riwayat al-Bukhari.

‎عُقْبَةَ بْنَ أَبِي مُعَيْطٍ جَاءَ إِلَى النَّبِيِّ ﷺ وَهُوَ يُصَلِّي فَوَضَعَ رِدَاءَهُ فِي عُنُقِهِ فَخَنَقَهُ بِهِ خَنْقًا شَدِيدًا فَجَاءَ أَبُو بَكْرٍ حَتَّى دَفَعَهُ عَنْهُ فَقَال: }أَتَقْتُلُونَ رَجُلًا أَنْ يَقُولَ رَبِّيَ اللَّهُ وَقَدْ جَاءَكُمْ بِالْبَيِّنَاتِ مِنْ رَبِّكُمْ

3. Amru bin al-As pernah rancang nak bünuh Nabi. Riwayat Muslim

‎لَقَدْ رَأَيْتُنِي وَمَا أَحَدٌ أَشَدَّ بُغْضًا لِرَسُولِ اللَّهِ ﷺ مِنِّي ، وَلَا 

أَحَبَّ إِلَيَّ أَنْ أَكُونَ قَدْ اسْتَمْكَنْتُ مِنْهُ فَقَتَلْتُهُ

4. Umar cari Nabi nak bůnuh Baginda. Kisah permulaan keislaman Umar. Riwayat Ibn Ishak

‎خَرَجَ عُمَرُ يَوْمًا مُتَوَشّحًا سَيْفَهُ يُرِيدُ رَسُولَ اللّهِ ﷺ وَرَهْطًا مِنْ أَصْحَابِهِ قَدْ اجْتَمَعُوا فِي بَيْتٍ عِنْدَ الصّفَا

5. Quraisy tawarkan Abu Talib supaya serahkan Nabi untuk mereka bůnuh. Gantinya Abu Talib dapat seorang pemuda hebat. Riwayat Ibn Ishak

‎يا أبا طالب، هذا عمارة بن الوليد أنهد فتى في قريش وأجمله، فخذه.. فلك عقله ونصره، واتخذْه ولدا فهو لك !.. وأسلم إلينا ابن أخيك هذا الذي قد خالف دينك ودين آبائك، وفرق جماعة قومك، وسفه أحلامنا فنقتله فإنما هو رجل برجل !

6. Quraisy nak bůnuh Nabi pada malam hijrah. 

7. Suraqah bin Malik cuba nak bunůh Nabi semasa hijrah. Riwayat al-Bukhari

‎جاءَنا رُسُلُ كُفَّارِ قُرَيْشٍ يَجْعَلُونَ في رَسولِ اللَّهِ صلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ وأَبِي بَكْرٍ دِيَةَ كُلِّ واحِدٍ منهما؛ مَن قَتَلَهُ أوْ أسَرَهُ،

8. Fadhalah bin Umair cuba nak bůnuh Nabi ketika Baginda tawaf. Masa itu Nabi dah berjaya tawan Makkah. Dia dah datang dekat dengan Nabi tapi dulu tegurnya, "Awak Fadhalah?" Riwayat Ibn Hisyam.

‎إنّ فَضَالَةَ بْن عُمَيْرِ بْنِ الْمُلَوّحِ اللّيْثِيّ أَرَادَ قَتْلَ النّبِيّ ﷺ وَهُوَ يَطُوفُ بِالْبَيْتِ عَامَ الْفَتْحِ فَلَمّا دَنَا مِنْهُ . قَالَ رَسُولُ اللّهِ ﷺ: " أَفَضَالَةُ ؟ " قَالَ نَعَمْ فَضَالَةُ يَا رَسُولَ اللّهِ ﷺ .. قَالَ : " مَاذَا كُنْت تُحَدّثُ بِهِ نَفْسَك ؟ " قَالَ: لَا شَيْءَ كُنْت أَذْكُرُ اللّهَ  قَالَ : فَضَحِكَ النّبِيّ

Semasa di Madinah:

9. Amir bin Tufail dan Arbad nak bůnuh Nabi. Nabi sudah ada depan mata mereka tapi tak berjaya. Riwayat Ibn Hisyam

‎وَاَللّهِ لَقَدْ كُنْتُ آلَيْتُ أَنْ لَا أَنْتَهِيَ حَتّى تَتْبَعَ الْعَرَبُ عَقِبِي ، أَفَأَنَا أَتْبَعُ عَقِبَ هَذَا الْفَتَى مِنْ قُرَيْشٍ ؟! ثُمّ قَالَ لِأَرْبَدَ: إذَا قَدِمْنَا عَلَى الرّجُلِ فَإِنّي سَأَشْغَلُ عَنْك وَجْهَهُ ، فَإِذَا فَعَلْتُ ذَلِكَ فَاعْلُهُ بِالسّيْفِ 

10. Ghaurats bin Harits hampir berjaya bůnuh Nabi. Ketika itu Nabi tertidur berseorangan di bawah pokok dalam satu perjalanan. Nabi tersedar, Ghaurats sudah berada dekat kepala Baginda dengan pedang. Riwayat Ahmad

‎مَنْ يَمْنَعُكَ مِنِّي؟ قَالَ: «اللَّهُ» ، فَسَقَطَ السَّيْفُ مِنْ يَدِهِ، فَأَخَذَهُ رَسُولُ اللَّهِ

11. Yahudi Bani Nadhir cuba bůnuh Nabi. Mereka nak hempapkan batu dari atas bumbung ketika Rasulullah duduk dekat dinding sebuah rumah mereka. Riwayat Ibn Ishak

‎فَمَنْ رَجُلٌ يَعْلُو عَلَى هَذَا الْبَيْتِ فَيُلْقِي عَلَيْهِ صَخْرَةً فَيُرِيحُنَا مِنْهُ ؟

12. Yahudi Khaibar cuba nak bunűh Nabi. Mereka hadiahkan hidangan kambing yang diletak racun. Riwayat al-Bukhari

‎لَمَّا فُتِحَتْ خَيْبَرُ، أُهْدِيَتْ لِرَسُولِ اللَّهِ ﷺ شَاةٌ فِيهَا سمٌّ

13. Sekumpulan munafik cuba nak bůnuh Nabi dalam perjalanan pulang dari Tabuk. Ketika itu malam. Mereka dah ekori Nabi senyap-senyap. Mujur ada Huzaifah bin al-Yaman. Mereka pun lari masuk semula dalam tentera. Huzaifah tak dapat siapa mereka. Nabi pun beritahu Huzaifah nama seorang-seorang namun Nabi minta rahsiakan. Riwayat Ibn Ishak.

‎لما قفل رسول الله ﷺ من تبوك إلى المدينة همّ جماعة من المنافقين بالفتك به وأن يطرحوه من رأس عقبة في الطريق، فأُخْبِر بخبرهم

Begitulah. Selepas beberapa lama hambar, semalam rasa segar semula ketika mengaminkan qunut nazilah. Teringat juga sabda sentap Rasulullah ini;

مَن ماتَ ولَمْ يَغْزُ، ولَمْ يُحَدِّثْ به نَفْسَهُ، ماتَ علَى شُعْبَةٍ مِن نِفاقٍ.

"Sesiapa yang mati tetapi tidak pernah berperang, dan dia tidak pernah pula berangan-angan nak berpërang, dia mati atas satu cabang kemunafikan!" (Riwayat Muslim)

Dimana agaknya kita kan!!!

.Copy paste.

Ahad, 11 Februari 2024

Petugas Aman Palestin maut dibom bersama 21 ahli keluarga

 

Aman-Palestin-681x421
Rabab Zuhair Al-Masri

KUALA LUMPUR – Seorang kakitangan Aman Palestin di Gaza, Rabab Zuhair Al-Masri maut bersama 21 ahli keluarganya syahid dalam serangan udara Israel semalam.

Rabab berperanan besar dalam menguruskan anak yatim, keluarga miskin dan ibu tunggal di Gaza yang ditaja oleh para penyumbang Aman Palestin.

Menurut bekas Pengurus Jom Taja (Kafalah) Aman Palestin Berhad, Zulikha Ali, sangat aktif, dedikasi dan amanah dalam menguruskan sumbangan rakyat Malaysia dan Indonesia di Gaza dan Tebing Barat.

“Bukan satu tugas mudah bagi Rabab bersama Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin Gaza, Ir. Omar Seyam dan pasukan Aman Palestin Gaza untuk menggalas amanah menguruskan seramai 2,415 orang anak yatim di Gaza.

“Allahyarham turut menguruskan 413 anak yatim di Tebing Barat, menyantuni 302 keluarga miskin dan 909 keluarga ibu tunggal,” katanya dalam kenyataan.

Rabab juga merupakan saksi kepada kecemerlangan dan kesungguhan anak yatim Palestin dalam menuntut ilmu.

Melalui laporan perkembangan pendidikan yang diterima anak-anak yatim ini memperolehi keputusan peperiksaan yang sangat membanggakan.

Setiap kekurangan dan situasi sukar yang mereka hadapi tidak menghalang mereka untuk belajar.

Sumbangan dari setiap penaja selama ini merupakan satu motivasi kepada mereka untuk terus berusaha memperolehi pendidikan yang tertinggi agar dengan kepakaran mereka nanti dapat membina semula tanahair tercinta.

“Kesyahidan Rabab tidak sesekali mematahkan semangat kami warga Aman Palestin untuk terus bertungkus lumus walau apa cara sekalipun untuk mencari dana demi membantu saudara di Palestin,” katanya.

Sementara itu Zulikha berharap, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia segera menyahbekukan akaun Aman Palestin.

Ini kerana bantuan yang sampai tidak diperoleh sepenuhnya oleh rakyat Palestin yang masih hidup dan sedang berhadapan dengan musim sejuk serta ketibaan Ramadan.-MalaysiaGazette