SYEIKH MASHARI MENDUKACITA DARIPADA MENGEMBIRA DUNIA ISLAM
1. Bacaan Syeikh Mashari Rashid boleh diambil manfaat. Qari yang fasih & sedap.
2. Mutakhir ini bertubi-tubi ia menzahir celaka hanya bagi Iran. Menzahir sokongan melangit pada pemerintah Saudi yang rakus. Tidak segan mendokong Amerika untuk hancurkan apa yang patut. Catatannya tentang pejuang Palestin juga tidak selari dengan harapan para pendengar al-Quran daripadanya.
3. 'Serangan' Syeikh Mashari tiada manfaat lagi fatal untuk dunia Islam khasnya kepentingan Palestin. Bercanggah dengan pendirian kesatuan para ulama yang berjuang. Iran memang kontroversi, tetapi dalam perdebatan yang panjang, tidak wajar menjulang Amerika dengan cara 'memberi izin' kecelakaan dan menyempitkan istilah Ahlul Tauhid.
4. Sesiapa yang takjub dengan Syeikh Mashari, janganlah sampai tidak sedar dengan fiqh geopolitik dunia Islam. Sesetengah orang kerana terpesona ilmu, bacaan al-Quran, hadith, diskusi kitab, perihal ketokohan pada seseorang ilmuan, maka ia akan menelan segala-galanya tanpa ada mizan (pertimbangan kebenaran).
5. Sudah ramai orang alim, qari apabila mereka bergelumang rapat dengan penguasa duniawi, termasuk agamawan yang hanya zahirkan kemahiran ilmu sahaja tapi enggan membangkit soal perjuangan ummah, akhirnya mereka menjadi hamba dunia. Bukan hamba Allah yang takut hanya pada-Nya.
6. Ada yang menjadi 'alat pemusnah' kepada pihak yang ikhlas berjuang. Inilah yang banyak berlaku di Mesir, Saudi, Yaman & Syria. Ummah menjadi bingung kerana "itu alim besar."
7. Lantaran itulah al-Quran melaknat sesiapa yang sengaja menjual ilmu. Rasulullah SAW juga banyak menyebut perihal kecelakaan bangsa Arab & ilmuan yang khianat dalam terang atau diam.
8. Moga para alim khasnya Syeikh Mashari kembali betulkan apa yang patut. Sayang jika ia mahu berbuat sesuatu yang menguntungkan Barat & segala hamba Zionis. Syeikh Mashari perlu ambil kisah kritikan padanya demi umat Islam sejagat. Dengan popularitinya di Saudi & Kuwait (sekutu Amerika), ia boleh berbuat sesuatu kebaikan perjuangan.
9. Diharapkan Syeikh Mashari kembalilah menjadi hakikat khadam al-Quran yang mulia. Berjuanglah untuk Islam yang luas. Jangan pilih 'bermukim' di Barat kerana matahari akan terbit di ufuk Barat.













